3
Assalamualaikum

Lepas je kakak awfiyah demam tempohari,menjangkit pulak kat adik..Dah macam gasing berputar kitarannya..Ada aku ceritakan di entry Bila si kakak dan adik demam .Baik sehari dua,kena pulak lagi demamnya..Tapi menurut doktor,kalau anak demam,tengok samada dia aktif seperti biasa atau tidak.Kalau dia lesu tak bermaya,harus bawa berjumpa dengan doktor lagi..

Tapi berbalik pula dengan Naura dan awfiyah,tengok aktif je.Minum makan pun still macam biasa.Doktor kata,demam nak dapat upah je tu..Syukur lah kalau macam tu..Bukan apa,kalau dah tengah malam demam,risau jugak.Tetiba suhu tinggi mendadak,uih...tu yang risau tu.

Tapi walau doktor kata macam tu,semalam,pergi jugak lagi jumpa doktor buat sekian kalinya.Tapi kali ni package bersama umi dan babah.Babah dah sehari sebelum tu rasa macam kurang enak badannya.Begitu juga umi batuk tak berhenti.Mybe penangan puasa.minum pun nak sedap tekak je..Ha!! itulah padahnya.

Sebenarnya masa puasa ni,kita perlu mengelak mengambil ais untuk mengelakkan diri dari sakit -sakit badan,demam,selsema dan batuk..Ambil ais tu pun kadang-kadang je rasa nak minum..Tapi nak buat macam mana kan...dah nak kena..Redha jelah.

Semalam dapat seharian rehat pun dah syukur.Tapi sempat lagi tu dok shopping baju anak..Dah alang-alang lalu kat situ kan..lagi pulak bila waktu bekerja ni,takdelah orang berpusu-pusu nak memilih..Boleh memilih pakaian anak-anak dengan tenang je..wah seronok rasa.Tu pun babah dah suruh cepat memilih baju anak-anak..Ikutkan segar lagi nak cari baju anak..Tapi bila babah dah nampak tak larat,emm..terpaksalah ambil mana yang perlu je.Alhamdulillah,,walau babah tak sihat hari tu,dia tetap berpuasa.

Hari ni nampaknya semuanya dah sihat sikit..umi masih lagi batuk-batuk..Naura pun ada selsema lagi sikit.


Post a Comment

  1. Semoga cepat sembuh SR sekeluarga..
    Kekadang kita kurang minum air kosong tu yg bdn jadi nak demam SR..
    Akak ni pun rasa nak demam juga..

    ReplyDelete
  2. penat dan kurng air tu punca utamanya..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top