2
Assalamualaikum

Naura dah ada gigi sebatang..Biasa budak kalau nak tumbuh gigi,mesti air liur dia meleleh je kan..Masa mula-mula Naura tumbuh gigi tu dia demam.Air lur jangan cakap lah..meleleh saja.

Seperti yang aku baca dari babycenter,satu daripada 2,000 bayi dilahirkan dengan sebatang gigi atau dua.Tetapi majoriti bayi tumbuh gigi pertama mereka pada usia enam bulan atau tujuh bulan.
Bagi bayi yang cepat tumbuh gigi,puncak gigi(biasanya gigi kacip atau insisor tengah yang terletak di rahang bawah) akan muncul seawal bulan ketiga,sementara bayi yang lambat pertumbuhan gigi mungkin perlu tunggu sehingga dia berusia hampir setahun,

Nampak tak gigi nan sebatang tu

Gigi yang terakhir(gigi geraham kedua,terdapat di bahagian dalam rahang atas dan bawah) biasanya sudah tumbuh menjelang tahun kedua.Pada usia tiga tahun,anak anda sepatutnya sudah memiliki set lengkap 20 gigi bayi..emmm..Macam Nur awfiyah,cuma tinggal gigi yang belakang-belakang je,Kalau dekat depan tu semua cukup..Tu yang sedap menggigit orang tu.


carta pertumbuhan gigi bayi
Ini adalah carta pertumbuhan gigi setiap bayi


Apakah Tanda-tanda pertumbuhan gigi bayi
  • Pengeluaran air liur-ni dah sememangnya..Sejak sebelum keluar gigi lagi air liur naura meleleh..
  • Suka Menggigit-Memang pantang la,apa je objek yang dia jumpa mesti dia nak gigit termasuk badan mak dia ni ha!!
  • Demam rendah-Boleh dikatakan Naura demam tiap-tiap bulan.Tapi demamnya tidaklah teruk kerana dia still aktif kalau dia demam.
  • Menolak makanan-Tak sure pulak sebab naura tak tolak makan,cuma susu jelah yang dia kurang..



Naura start tumbuh gigi pertama semasa dia berusia 8 bulan..Kira lambat jugak kan tumbuh..Tapi semua tu aku tak khuatir sangat selagi dia belum berumur setahun ke atas..betul tak..Sebab budak ni,bak kata orang tua-tua,Kalau dia berjalan dulu,tumbuh gigi lambat.Dan kalau dia tumbuh gigi dulu,berjalannya lambat pulak..wallahualam..Tapi dari pengalaman ibu-ibu kat malaysia ni,macam tulah kan..

Ni pun tak taulah bila pula gigi kedua dia nak tumbuh...Kalau kena gigit pun sakit jugak tu..Biasalah gigi budak kan baru..Tajamnya lain macam dari kita yang dah tua ni.
carta pertumbuhan gigi bayi
Tooth arrival Chart

Biasalah,jadi ibu bapa ni kita kena alert perkembangan anak-anak kan..Banyak ilmu kita nak kena cari untuk jadi ibu bapa ni.Budak sekarang tak boleh nak di bandingkan dengan budak dulu-dulu..masa kita ni mana ada internet bagai..Nak cari ilmu pun payah tau..Sekarang ni ,semuanya di hujung jari.Cuma kita je nak atau tak mencarinya..Takat ni sikit-sikitlah pengalaman.Dari anak pertama sampailah anak kedua ni..Semakin banyak ilmu dan juga pengalaman dalam membesarkan anak.

sumber gambar : Hernee nazir

Post a Comment

  1. Alhamdulillah... blh makan kuih raya nanti.. hehe

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top