4
Assalamualaikum

Bila anak dah semakin meningkat usianya..Perangainya juga semakin meningkat..Kekadang boleh buat umi sakit kepala.Nak lagi bila di dalam kereta..Ish..ligatnya dia,nak ke sana sini,nak kebelakang.puas ke belakang nak ke depan pulak.Duduk dalam Car seat pun tak menahan.yelah,kalau babah drive selalunya umilah yang pangku si Naura ni.Tapi bila dia dah bosan duduk dalam kereta,nak pulak dengan perjalanan yang jauh,mulalah dia buat perangai...Masa tu temperature umi naik entah ke berapa gamaknya.

Kalau kat rumah pun macam tu jugak,bila dia bosan,ada je lah aktiviti dia yang boleh buat umi dia marah..Tapi kan,bila dah marah-marah tu,umi dah cool balik,mulalah umi ni rasa nak nangis sebab teringat marah kat dia..Lagi pulak masa dia tidur,syahdu betul tengok.

Anak kecil ni kita kena didik supaya anak kita tak terlalu aktif kan..Masa nilah masa yang  paling tepat untuk kita ajar anak-anak kita.Sebagai ibu bapa,kita selalu inginkan yang terbaik untuk anak-anak.Sebolehnya,kita cuba untuk mencari gali ilmu bagaimana menangani anak-anak yang tentrum ni kan.Nak-nak bila pergi rumah orang.Tapi itu semua cycle bagi kehidupan seorang kanak-kanak.Mereka membesar dengan meneroka pembelajaran kehidupan.So,kalau kita nak tegah,tak boleh jugak.Letih jugaklah kan melayan keletah anak-anak macam ni..

Apa nak buat ek bila anak-anak kita ni terlalu aktif.Dari pembacaan aku di majalah PAMA,ada diberikan beberapa Tips untuk menangani anak yang aktif ni.

1.Pembesaran dan perkembangan anak-anak juga bergantung kepada 'Temperament' mereka.Ia juga dikenali sebagai personaliti.Jadi,tukarlah rasa terbeban dengan keletah anak-anak yang sangat aktif dengan keseronokkan agar kita tida berasa susahnya jaga anak yang sorang ni.

2.Jangan dimarahi atau dipukuli(kecuali memang anak melakukan kesalahan yang nyata) hanya kerana terlalu riuh rendah bermain atau tidak mahu duduk diam.

3.Belai anak ini dengan kasih sayang dan berikan sesuatu yang boleh membuatnya tertumpu kepada satu-satu perkara atau ajaklah dia bermain bersama hingga penat..

4.Kadangkala oleh kerana kita terlalu menyekat pergerakkannya,itu tak boleh ini tak boleh,menyebabkan mereka tidak puas bermain sehingga mereka tidak mahu berhenti bermain(kerana permainan mereka asyik terganggu dengan kata-kata jangan dan tidak boleh)

5.Elakkan daripada memukul atau menengkingnya.Jika kita kerap memukul dan memarahinya tanpa sebab,ia hanya akan membuatkannya semakin memberontak dan membuat ragam.
Anak aktif? Apa perlu kita buat?
Gambar ni saja je untuk menghiasi entry ini..hahaha...jangan marah


Itulah serba sedikit tips untuk anak kita yang aktif.Yelah,kekadanga manusia ni diuji dengan kesabaran.Kadang-kadang tu,timbul juga rasa marah kepada anak.Tapi itu taklah lama..Tapi tidaklah juga sampai nak memukul mereka membabi buta.At least memukul sebagai pengajaran kepada mereka..

Nur Naura auni bakal memasuki usia setahun bulan ni,Dia pun semakin lasak,pantang nampak benda yang boleh dibuatnya bermain.Dia pulak dah semakin berani nak memanjat katil dan juga kerusi.

Syukur dan tak sangka,dah setahun rupanya dia..Alhamdulillah..Moga terus jadi anak yang baik dan solehah nanti..insya allah.

Post a Comment

  1. anak tak aktif saya susah hati.. tapi kalau aktif sangat pening kepala pula.. haha

    ReplyDelete
  2. Satu yg pasti kakak kurang suka ibu-bapa yg suka marah pada anak-anak yg masih mentah tidak tahu lagi. Sebab budak kecik ni kalau kita cakap baik-baik dan puji (kena cari idealah) biasa dia akan dengar. Dah kata pun budak kan..

    ReplyDelete
  3. anak-anak saya memang aktif ..asal mata celik je memang tak reti duk diam! haha

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top