6
Assalamualaikum

Terkena Ahad lepas..Ngam-ngam aku nak balik ke rumah sendiri.Pagi tu memang rasa badan ni lain macam tu..Sampai tak tolong buat ape pun kat rumah mak tu..Terbaring je.Anak tido,aku pun tido jugak.Dah tak larat rasa nak buat keje.Nak kemas baju pun aje tak larat.

Bila mak suruh makan pun rasa tak selera je tekak ni..adehh!!! Dah rasa nak demam dah kat situ..Gagahkan jugak telan nasi,makan panadol...Kena jugak kan..hoho..Baru lah dapat buat kerja sikit-sikit,siapkan apa yang patut di bawa balik..Sempat bagi makan kakak fiyah,mandikan dia.Anak dara sorang tu kalau umi dia balik,memang taknaklah dengan orang lain..So,petang sebelum maghrib,tunggukan hujan redha,barulah berangkat balik.

Sampai kat rumah,sempatlah mengemas rumah sikit-sikit..Rasa tak berdaya jugak,tapi kuatkan hati dan badan ni,kalau tak,bila lagi nak kemas kan..Baknya orang datang ketuk pintu nak beraya..Tak ke haru.Lepas siap-siap,baring tu,terus je rasa sakit-sakit badan..Batuk pun dah hinggap..Sedar-sedar pagi tu,tulang belakang aku ni macam nak patah dah...Rasa kepala sendiri pun dah panas..huwa....nasib baik anak tak jangkit weh.Terus sambung tidur balik,sempatlah wassap kat boss bgtau aku mc.
Kebetulan pulak,babah memang amik cuti panjang,so dapatlah jaga anak dara sorang tu.Maklumlah budak dah lasak,ade je kerja dia nak buat.Kalau tak kat dapur,dalam bilik pun jadi..Dalam pukul 10 baru dapat gi klinik..Itupun di klinik,beratur punyalah panjang..Itu baru klinik swasta,kalau kerajaan..Tapi sakitnya hati tuari,doktor check ala kadar je..takat nak check jantung aku guna mendalah ape ke namanya tu pun tak sampai 2 saat weh...tapi disebabkan tak sihat,malas nak bertekak..bayar pun macam tu jugak.Dapatlah mc satu hari.

Demam sampai esoknya tak kebah,huh!! dah risau takut denggi ke kan..Gi check lagi kat klinik lain.klinik pertama yang aku gi tu,kira klinik panel.Ni doktor yang anak beranak aku,bila sakit mesti gi situ,doktor sangat friendly.Aku sentiasa ingat nama dr ni..Doktor Baikuni..Klinik Kota Masai.Macam Ciko weh..Anak Uji Rashid tu...hahaha..Mana tau kot dia baca blog aku ni..hehehe

Sekarang ni still lagi batuk dan selsema.Lagi satu masalah aku sakit belakang ni,Allah je yang tahu betapa sakitnya.Nak bangun pun payah.Apatah lagi nak tido.Disebabkan dua hari dengan ubat batuk dan selsema yang mengantukkan,aku dah macam khayal pun ada.Kalau berdiri tu rasa dok huyung hayang je.Ada orang kata minum air cincau..Tapi sampai sekarang tak beli-beli..huwaaaa....

Cepatlah sembuh..malas dah nak makan ubat!!



Post a Comment

  1. air barli kak...semoga cepat sembuh ye..jaga diri

    ReplyDelete
  2. Kesiannya... lagilah nak kena jaga anak dara yg tengah ligat ye..

    Raya kali ini ramai yg kena demam. batuk. selsema. Kakak pun sama ingat sebab asyik tidur lewat pagi kisahnya bila balik rumah abg kat Batu Pahat pun sama. Rumah kakak cuma anak bongsu akak je yg ok. Nasib baik, jadi bila hantar balik asrama taklah kita bimbang.

    Kakak tahun ini puasa syawal pun lewat Eda. Hari ini pun masih tak habis lagi. Harap esok setellah 6 hari. Tapi masih juga batuk ni. Suara pun dah merdu hihi...

    ReplyDelete
  3. demam raya... semoga cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Semoga cepat sembuh.. Sekarang musim demam, batuk dan selsema.. Reen dan hubby, dua-dua selsema..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top