6

Assalamualaikum

Seronok weh tengok wall fb hari ni.semua pakat dok share status balik kampung.Of courselah yang balik kampung ni,kampung jauh..Takat kampung dekat tu,hahaha..sendiri mau ingat.

Ada share kt entry yang lepas bila aku mula cuti beraya..Meh nak ingatkan lagi.Aku start cuti dari selasa sehinggalah ahad.Isnin aku dah mula kerja.Lagipun tahun ni raya kat johor je.So tak payah nak amik cuti banyaj sangat.Sayang pulak cuti banyak-banyak.Kena tolak gaji tu yang tak syok.

Kat bandar ni,senyap sunyi je rumah.Kalau kat kampung ni sure dah pong pang dengan bunyi mercun.Tapiiii...nak ingat kan kotang,tamolah dekatkan diri dengan mercun-mercun ni..bahaya weh!!
kalau kat kampung,dah meriah dengan pelita di tepi rumah dan tepi jalan.Tapi kt taman aku ni,dengar bunyi kereta je dok ulang alik..

Semangat dah nak balik kampung.Nak jumpa anakanda tercinta..sebak dah ni..Insya allah esok malam dah bertolak balik kampung.Tak jauh mana pun.Takat 1 jam je perjalanan ke kampung..so lepas berbuka,kemas kemas sikit rumah..dan bolehlah mulakan perjalanan...

Post a Comment

  1. Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
    Pemilik blog theathra.blogspot.my
    Ain Athirah binti Anuar

    ReplyDelete
  2. bestlah dapat cuti raya..saya tahun nih beraya dekat office jer la..sebab tahun nih giliran saya bekerja..hehe..btw hati hati balik kg

    ReplyDelete
  3. singgah ramadhan dan selamat hari raya
    https://belogs.blogspot.my

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam,
    Semoga selamat sepanjang perjalanan.
    Selamat menyambut lebaran.

    ReplyDelete
  5. sama ler dgn fb aida.
    dari jumaat lepas dah ada status balik kg.
    hu hu hu aida pun kampung dekat2 aje.
    melaka... seremban...

    ReplyDelete
  6. hati2 balik kampung, ingatlah org yang menyayangi kita :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top