1
Assalamualaikum

Tetiba macam aku tersuka,eh..tersentuh bila tengok video klip si Aizat Amdan..sweet gila korang..Aku terbaca pasal pelancaran video klip ni pun dari blog ciklilyputih.1st tengok pun dah jatuh hati kat jalan cerita ni..sedih wehhh!!..

Yelah..masa korang tengah bahagia,tetiba pasangan korang mendapat penyakit,Nasiblah pasangan dia tu nak sama-sama susah,sama-sama senang...Cerlah korang tengok video ni





Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama di dalam muzik video ini, beliau membawa watak sebagai Rania, seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri. Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak. Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman. Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini. Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata. Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat. 

Penggambaran muzik video yang berlaku di Bali, Indonesia ini dijayakan dibawah arahan Direktor, En Nan Salleh, diiringi oleh lagu Raniaku nyanyian Aizat Amdan bersama produser muzik, En Anas Amdan. Setiap bait-bait lirik yang dijalin bersama menceritakan tentang perjalanan pasangan dalam menempuh dugaan kehidupan. Penyanyi juga penulis lirik Raniaku, Aizat Amdan turut menyelitkan tentang jerih perih yang dihadapi akan mampu diatasi dengan adanya kekuatan cinta dan perasaan sayang yang mendalam.
Mencintai seseorang akan memberikan kita kekuatan,dan dicintai seseorang akan memberikan keberanian yang hebat...




So,macam mana,korang tertarik kan..sebenarnya kalau dilihat ,ada pengajaran yang perlu dan kita ambil tahu...


Lirik lagu Aizat Amdan-Raniaku

Ku lihat bayangan tubuhmu
Gerak gerimu, meragut kalbu
Namun ku tahu, jiwamu penuh gelora
                                                      
Biar setahun, mahupun seribu
Dilambung ombak tiap waktu
Kan aku sambut,
Wahai Rania hatiku
Jangan kau ragu

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Biar berkurun, belum pun berlalu
Dibuai ngeri celaru
Kau tetap dakap dan belai raja  hidupmu
Membelai raja hidupmu
Ku takkan ragu

Mungkin
Setiap gerak dan kata
Diolah hati yang merana
Namun saban masa kita kan rasa
Perit dan luka
Kan menghilang

Perjalanan kita
Dilimpahi segala
Onak dan duri tak berhenti
Kan kita redahi

Mungkin
Setiap langkah baharu
Diorak jejak tak menentu
Namun saban waktu kita kan tahu
Jatuh bangunmu
Bersamaku

Mungkin
Setiap waktu
Jatuh bangunku
Bersamamu
Ooooooo
Kaulah Raniaku 




Post a Comment

  1. selamat malam..syira lokman singgah sini nak bisik bisik...hehehe..nantikan giveaway di blog syira lokman tau ! tak lama je lagi..tunggu :D

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top