5
Assalamualaikum

Cerita raya lagi lah kan..Selagi tak habis bulan raya,memang takkan pernah habis la ceritanya ni.
Part paling gembira bila hari raya ni adalah bila adik beradik dapat berkumpul.Bersama-sama di pagi hari raya.Masak sama-sama,makan sama-sama dan beraya bersama-sama.

Alhamdulillah,tahun ni memang turn beraya di belah aku,so adik beradik pun tahun ni ramai yang beraya di sini juga,tentulah seronok.Cuma abang yang tua je tahun ni tak dapat beraya dengan kami sebab belah kelantan ada buat kenduri kahwin..emmm..takkanlah dia tak balik kan..Terpaksalah merelakan mereka beraya di sana.

Bila dah ramai-ramai berkumpul ni,pulak tu dengan anak-anak yang masih kecil,seronok juga.Melayan mereka,walaupun kadang kala yang tua-tau tu macam tarzan tak hengat marah bila anak buat perangai..hahaha..Tapi detik itulah yang akan dirindui..Bila diorang dah besar,dah jadi anak dara,mana ler nak buat perangai macam budak-budak kan..entah-entah mereka semua buat hal sendiri-sendiri dah..Tinggallah mak-mak ni hah dok tengokkan je diorang tu.

Bila nak kumpulkan budak-budak ni,nak ambil gambar raya pun payah..Ade je peel mereka yang buat makcik-makcik dia geram..Family aku memang ramai anak-anak yang masih kecil.Yelah masing-masing ramai yang baru 13 tahun berkahwin..yang lain-lain tu belum sampai 10 tahun...tu yang anak kecil-kecil lagi.

Ini je yang ada..Yang lain balik rumah mertua...Tu pun ada lagi yang tak bergambar.

Bila tengok balik gambar-gambar raya,macam tak puas berkumpul.Bila gaknya boleh berkumpul lag i ni..Aku bila dapat berkumpul ni,handphone pun aku tak pandang..hahaha..Apatah lagi nak ambil gambar..Ni pun camera sruh adik aku yang pegang..Kalau camera pada aku,boleh kira gambar yang diambil kan.


Post a Comment

  1. Seronok kan dapat berkumpul ramai2...

    ReplyDelete
  2. Keseronokan berkumpul tu lah yg memeriahkan hari raya kan SR..
    Banyak stori mori keluar masa tu..

    ReplyDelete
  3. sgt la betul. memang seronok berkumpul ramai2.
    meriah ceria gembira.
    and bab anak2 bergambo tu, yes, payah nyer nak dpt kan shot terbaik.
    byk kerenah. tak reti dok diam :)

    ReplyDelete
  4. Bebudak kecil nilah penyeri raya...

    ReplyDelete
  5. dah ramai-ramai kekadang memang susah nak berkumpul ambil gambar.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top