4
Assalamualaikum

Diam tak diam dah masuk ke bulan ogos kita kan..Tak sangka dah nak ke penghujung tahun kita ni kan..

Apa yang ada dalam bulan ogos ni kan..So far takde pape pun..Cuma bulan ogos ni ada cuti satu hari je..bhahahaa...Kita kan akan menyambut Hari kemerdekaan yang ke 59 tahun pada 31 ogos ni..Korang tau tak tema Hari kebangsaan yang ke 59 ni?

Temanya adalah "Sehati Sejiwa".Kenapa sehati sejiwa? untuk memupuk semangat bersatu padu yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Malaysia ni.

Apa lagi yang best dalam bulan ogos ni ye...Hah!!! nak share dengan korang,company aku dah tak keje hari sabtu..wahh..seronok kan..Bagi korang mestilah kata,bestlah sabtu dah tak keje..Tapi disebaliknya kena potong gaji weh!! sedih...Dah la gaji tak seberapa..kena potong pulak...tu yang membuatkan ianya jadi kisah sedih.

Walaupun perasaan cuti sabtu tu seronok,mana tak seronoknya,Sabtu boleh la habiskan masa dengan keluarga.Hari sabtu tu jelah yang boleh sarapan bersama,makan tengahari bersama,jalan pun sama-sama...hahaha..macam sebelum ni jalan tak sama..Semuanya boleh dibuat pada hari sabtu bersama-sama...sila jangan kecam aku.


Lagi yang best,aku boleh la join apa-apa event pada hari sabtu..yeyeyeyee......itupun boleh cover untuk area JB sahaja...Luar kawasan jb memang tak boleh la...sedih!!

Bulan ni,akan menghadiri satu event dari Philips..tunggu live update dari aku ek...Wow...1st time pegi event,macam jakun pulak ko khen...bhahaha..



Post a Comment

  1. Memang betul sabtulah hari yg selesa buat kita keluarga di JB ni
    Apa lagi macam kakak ni hari Ahad kakak cuti abang dgn anak sekolah
    Nak jenguk anak kat asarama pun jumaat dan sabtu aje. Kakak Jumaat kerja
    Jadi sabtulah yg best buat kita kan Eda.

    ReplyDelete
  2. Alahai .....yg bestnya cuti Sabtu tu tp kena potong pulak gaji ek....Tak best jadinya hihi...Sabau aje le

    ReplyDelete
  3. Itulah kan sis.. Tau2 dah hampir hujung tahub dah.. Ish2, cepat sungguh waktu berputar.. Ogos bulan merdeka.. Tu jelag soecialnya kot.. Lain2 mcm biasa je.. Tsk!

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top