2
Assalamualaikum

Dah lama aku tak up cerita pasal anakanda sulung ni..Sejak dah pandai bercakap ni,ada saja yang hendak dibualkan dengan umi dia.Kekadang tu,diajuknya cakap kita.Memang geram dengan simulut becok tu,tapi sangat seronok melayan.

Alhamdulillah,sejak umur dia dua tahun lagi,dia dah pandai menuturkan ayat.Sekarang ni,semakin lancar.Kekadang ada sahaja pertanyaan dan jawapan yang dia nak dijawab secepat mungkin.Tanya itu dan ini,walaupun kekadang pertanyan tu berkali-kali disebut,redha jelah umi menjawab.

Sebab tu,bila depan dia,sebarang percakapan yang berunsur tak baik,harus dielakkan kerana masa ni,memang semua perkataan baru dia nak mencuba.Contoh yang sekarang ni dia dok ikut² sepupu dia cakap,"Apa kau ni".Nak betulkan ayat dia tu,kekadang terpaksalah banyak kali cakap kat dia yang ayat tu tak baik.ha..macam tulah

Si kakak yang dah pandai nak bergaya

satu lagi bila anak dah besar macam ni,bukan sahaja percakapan kita kena jaga,perbuatan jugak kita nak kena jaga.Sebab anak-anak yang nak membesar ni memang sangat mudah mengikut apa yang orang lain buat.Anak dara sorang ni pun dah pandai nak bersolek.Dia tau apa kegunaan lipstick,bedak compact,perfume dan deodorant.Habislah bag makeup umi dia,pantang kalau dah terlepas kat tangan dia,memang ranap semua dia nak pakai jugak.

Bila dah jadi seorang kakak ni,semuanya haruslah mengalah kan.Tapi dalam sikap mengalah tu,kekadang tu dia debik jugak adik dia,Kalau dah geram sangat,memang confirm adik dia kena cubitan atau gigitan..Tapi kalau dah baik tu,nak melekat je budak dua orang ni.


Adik pulak bila dapat gigi,kakaklah jadi mangsa gigitan.Gatal gusi tu memang lah wajib kan,Kekadang kesian bila nampak kakak di buli..Tapi bila bab buli ni,kebanyakkan kakak yang suka sangat membuli adiknya..

.

Post a Comment

  1. Seronok bila layan anak yg dah pandai cakap ni kan. Comel jer dengan lesung pipit tu ☺

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top