0
Assalamualaikum


Lama dah tak cerita pasal hadiah-hadiah yang aku dapat hasil berblog,join giveaway dan segmen..Walaupun korang tak berapa kisah,tapi aku kisah..hahaha..

Sejujurnya,memang seronok jadi blogger ni.Dapat review barang,dapat merasa menggunakan barang yang korang sendiri pun belum pernah guna.Ada lah juga sumber pendapatan hasil dari berblog yang menolong aku ketika aku dalam kesusahan..Semua tu tak dijangka kan.

Syukran.Minat berblog ni bermula dari kawan aku sebenarnya.Dia cipta blog,dan aku juga cipta blog.Lepas tu edit bagi cantik-cantik.Sebenarnya itu sahaja minatnya..Belum lagi tahu apa tujuan aku berblog masa tu.Lepas tu bukannya ada banyak entry pun yang aku hasilkan.Takat membebel apa yang aku nak bebel je dalam blog tu.Lepas tu aku terus senyapkan diri dalam berblog.Sampai satu masa aku teringin nak bukak balik blog.Dari situ,aku follow beberapa orang blogger.tengok cara mereka berblog macam mana.Join sebarang giveaway untuk dapatkan follower yang ramai.Semakin hari semakin bertambah.Masa tu syok weh berblog.Aku tulis lagi sikit-sikit apa yang aku tau dan aku alami setiap hari.Sampailah kewujudan aku dikenali walau tak sepenuhnya.Lepas dua tahun,iaitu pada tahun 2011 tak salah aku,aku dah serius berblog.Sampailah aku aktif di laman sosial fb,twitter dan instagram.

Sekarang ni,kalau nak suruh tinggalkan blog pun aku rasa sayang,sebab apa,dari blog ni lah aku dapat kenal rakan-rakan alam maya,dapat merasa itu dan ini hasil dari berblog.

Syokkan,yang paling syok bila kita menang hadiah..Tak kisahlah menang hadiah apa sekalipun,tapi korang akan rasa berbaloi bila korang join dan menang..yeayayyyy...
Macam ni hah..Baru sahaja aku terima minggu lepas,tapi baru ni aku up kat entry.
Terima kasih kepada sitiyangmenaip...



Post a Comment

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top