6
Assalamualaikum

Start dari selasa minggu lepas lagi Nur Naura Auni tak sihat.Tak tau dimana silapnya.Panjang pulak tak sihatnya.Hari selasa yang lepas aku bawa dia ke klinik selepas sehari sebelum tu dia cirit birit.Memang risaulah kalau anak dah kena cirit birit diikuti dengan demam.Yelah,riasu jugak kalau dibiarkan,keadaan makin teruk kan.

So,selasa tu aku bawak dia pergi berjumpa dengan doktor.Doktor bagitahu usus Naura luka mungkin sebab dah terlalu kerap sangat dia poopoo...Doktor sarankan supaya Naura bertukar susu dari susu lembu kepada susu soya untuk sementara.Terfikir susu apa yang melibatkan soya..Teringat kakak awfiyah dulu pun guna susu soya.Tu yang ingat nak beli susu Similac.Tapi entah macam mana,terbeli susu Isomil.Aku beli yang kecil je,sebab doktor pun dah cakap untuk sementara sahaja.

So,pi kedai cari susu tu,tapi malangnya takde,terus aku amik isomil pek yang kecil.Harga Rm39.00..Oklah kan sementara.Janji anak sihat.


Tapi aku tak berapa nak minat sangat bau Isomil ni...Macam bau dedak ayam pulak...hehehehe...Tapi alhamdulillah,Naura boleh terima susu ni.So,tak delah mak dia pening kepala nak fikir susu ape lagi kan nak bagi kat Naura.


Tapi yang peliknya,Demam si naura still tak kebah,So,jumaat tu,aku bawak naura balik ke kampung.Mintak mak aku urutkan si naura ni..mak aku punya bising bila dia dapat tau cucu dia sakit-sakit masa kena urut tu.Biasalah kan orang tua.Lepas pada urut tu,dia dah mula nak makan dan bermain dengan kakak.Cuma tak boleh disentuh sikit,mulalah dia naik angin.

Ahad pagi pulak,ingatkan demam dah kebah,rupanya demam menyerang lagi.Tunggu lagi sampai petang,demam tak kebah jugak,malam terus bawa gi hospital dengan demam cecah 39 ko.amik darah,jumpa doktor,tapi doktor suruh pantau dari rumah dan dia bagi ubat antibiotik yang kuat sikit.Bertahanlah umi dia nak jaga.Bukan apa,demam kali ni,dia merengek lain macam sikit.Tak boleh kena tinggal,mulalah dia menangis.
3 kali kena cucuk barulah dapat amik darah dia..Kesian dia menangis bila kena cucuk.Dan hari ni,alhamdulillah,umi dah boleh bekerja balik seperti biasa.Moga lepas ni,dia dah tak kena serang demam macam ni lagi..seminggu demam,badan pun dah semakin kecil.




Post a Comment

  1. naura get well soon ye.. cian dia

    ReplyDelete
  2. naura get well soon ye.. cian dia

    ReplyDelete
  3. Get well soon dear.. sian diaa...

    ReplyDelete
  4. susu soya mahal la sikit kak..takpe demi anak kan..janji dorang sihat..
    kalo anak zee dulu dorang cirit birit gak minum susu lembu..alah dengan laktosa..minum gak soya tapi masok umur setaun tukar ngan fernleaf..lactosa free..

    ReplyDelete
  5. semoga naura sembuh dan sihat selalu..

    ReplyDelete
  6. kesian budak kecik kalau diorang dah start demam cirit birit semua kan.. moga naura cepat sembuh! :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top