3
Assalamualaikum

Hai korang.Barulah dapat update hari ni.Sejak seminggu lepas lagi blog ni auto update.Bukan apa,beri laluan penjagaan anak yang sejak dari minggu lepas lagi tak sihat.

Naura demam on\off diikuti batuk yang tak baik-baik.Dah dua klinik aku bawak dia,tapi masih tak kebah jugak.Last aku ke Hospital ahad lepas dengan demam 39.Tinggi kan..Tapi pelik tak dimasukkan wad..Bukan suka-suka nak hantar anak masuk wad,at least bila kat hospital tu,doktor dapat pantau 24 jam kesihatan anak kita.Aku risau kalau kat rumah,buatnya tengah malam panas dia mencecah 40,uishhh..tak taulah apa akan berlaku.Dengan babysitter minta cuti sampai seminggu..
Memang kucar kacir sikit kehidupan.Nak cari babysitter gantian dalam masa terdekat,mana nak dapat.Upah untuk babysitter gantian pun sehari mencecah rm20 tau..Korang bayangkanlah kalau seminggu.

Bertabahlah umi dia berjauhan dengan anak.Dengan anak yang masih tak sihat,Rasa hari tu jugak nak berhenti kerja.Tapi fikirkan balik,segala hutang,takkan nak diletakkan di bahu suami.Lainlah suami aku tu datuk..ngeeeeee...Bertabah juga bila terpaksa melalui cabaran kehidupan ni.Mungkin ada kemanisan di akhirnya..insya allah.

Ye..memang entry bebelan..Bebel sebanyak mungkin.Bulan satu family tak sihat,lepas aku,anak,husband,anak semula.Hari ni husband pulak.itu jelah..Duit bulan ni memang banyak habis kat klinik je.Ni pun rasa hampir dua minggu tak hilang batuk.Tapi aku tak berapa kisah sangat kalau aku yang tak sihat,eh..kisah jugak kan,kalau aku tak sihat,kesian anak aku tu tak dapat fully perhatian dari aku.Tapi bila Nur Naura auni yang dulunya periang,tetiba seorng yang pemarah,makan tak lalu,asyik baring je,asyik tidur je,manalah aku ni tak risau.Muka pun dah semakin cengkung.

Dan sebab tulah,jarang aku update apa-apa kat media sosial.Takat like status rakan-rakan..|Ada peluang adalah aku komen dan up status.Kalau tak,handphone pun takmo pegang.

Rindu pulak kat anak-anak.Bila dah ada anak ni,terbiasa je dengan anak malam-malam.Bila takde mereka,korang akan rasa sepi sesangat.Tetiba rasa kosong,walhal kat rumah tu berlambak je kerja nak buat.Ada je kerja menanti,menunggu-nunggu untuk disettlekan.Tapi bila mana anak ko takde,rasa semua benda yang ko buat ,memang rasa tak complete..uishhh....memang entry boring la kiranya ni kan...Tak paksa korang baca.Itu semuanya dari hati aku ni..Saja nak luahkan kt sini...

oklah...sambung kerja balik..ok bye

Post a Comment

  1. semoga cepat sembuh anak sis

    ReplyDelete
  2. Walau kerja banyak nak buat di rumah tapi kalau rindu anak nak buat semua kerja pun mood tak ada. Harap-harap semuanya kembali pulih segera.

    ReplyDelete
  3. biasa kalau demam dah reda sikit memang tak masuk wad. kalau lebih 3 hari & ambil darah, darah tak ok walau sikit, tu yang potensi masuk wad.
    kat rumah kalau anak takde memang sunyi.lain rasa buat kerja sambil jaga anak ni.tak pernah berjauhan dengan anak-anak lagi.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top