2
Assalamualaikum

Aku baru dapat anak saudara awal tahun ni.Rasa dah 5 bulan umurya sekarang ni.Tapi sangat kuat menangis sampai kekadang ahli keluarga kitorang ni dah tak tau nak buat ape.Puas dah berubat dengan orang-orang.Tapi sama je semua.Kalau dia menangis tu,macam di cubit-cubit pulak.
Image result for bayi kuat menangis
source ; google

Sampai mak pak dia pun naik buntu dengan tangisan dia..Dah macam ahmad albab rupanya.Kekadang sampai tanye doktor,adakah ia sejenis penyakit or macam mana.

Tapi sebenarnya,mengikut pembacaaan aku di majalah PAMA ni,ianya perkara normal kerana itu sebahagian daripada proses pembelajarannya serta cara si keil berkomunikasi.

Namun dalam pada kita tak perlu risau,ada juga bayi yang memerlukan perhatian tinggi daripada ibu bapa semasa menangis.Nasib baiklah adik aku tu tak bekerja,.So dapatlah beri perhatian penuh kepada anaknya tu.Meh kita kenali beberapa petanda bayi yang memerlukan perhatian supaya ia dapat membantu kita mengendalikan tangisan bayi dengan sempurna.

1.Tegang.
Si manja menangis sekuat hati,ketawa dan memprotes jika keperluannya tidak dipenuhi.Contohnya mengamuk hanya kerana lambat diberi susu.

2.Hiperaktif
Bayi yang tidak boleh duduk diam.Sebagai contoh,suka melepaskan diri bila dibalut atau dibedung mahupun tidak senang dudu ketika disusukan.Tapi kalau dilihat budak-budak sekarang ni,jarang yang suka untuk dibedung.betul tak.Kalau anak aku tu,masa dalam hari je,tu pun bedungnya tak lama,confirm lepas 3-4 jam terlerai ikatan bedung tu.

3.Kehabisan Tenaga(Draining)
Mahu didukung,disusukan serta ditenteramkan secara terus menerus hingga sering kali membuat anda hilang ketenangan dan kepenatan menguruskan si manja.Bukan senang nak menjaga kan,ibu terutamanya memerlukan kekuatan dari mental dan fizikal..

4.Kerap Menyusu
Selalu inginkan susu ibu kerana sentuhan ibu memberikan ketenteraman pada dirinya berbanding tujuan mengenyangkan.

5.Menuntut(Demanding)
Mahu kehendaknya diperoleh dengan segera,tidak suka menunggu dan tidak menerima alternatif.

6.Kerap terjaga.
Bayi yang tidak dapat tidur dengan lena dan mudah terjaga dengan persekitaran yang bising.

7.Tidak Berpuashati
Suka memuaskan hati simanja dalam sesuatu masa.

8. Tiada Jangkaan
Pertukaran mood yang ekstrem secara tiba-tiba.

9.Sangat sensitif
Sangat mudah terganggu dengan rangsangan dari sekeliling.Si manja lebih menyukai zon selesa berbanding persekitaran baru.

10.Tidak boleh diletakkan
Mahukan sentuhan kulit ke kulit pada setiap masa daripada ibu semasa disusukan,tidur bersama,mahukan pergerakan yang berterusan seperti didodikan dan di ayun.

11.Tidak pandai menenteramkan diri sendiri
Memerlukan bantuan ibu bapa untuk berasa tenteram berbanding alatan seperti puting,buaian atau mainan.

12.Sensitif terhadap pemisahan.
Tidak bersedia menerima perubahan penjaga sedia ada dan sukar menerima orang asing.

Jadi ibu bapa perlu ada ilmu yang cukup untuk memastikan faham dengan maksund tangisan si manja agar ia tidak terus berpanjangan dan menganggu keselesaannya.Sebab tu,bila start anak dah nangis,jangan dibiarkan berlarutan,Kalau dah berlarutan tu,memang payahlah nak pujuk.Begitulah zakiah,memang tak boleh silap sikit..Tapi lama kelamaan sikap dia yang suka sangat menangis tu akan hilang bila dia beralih bulan,sekarang ni pun berkurangan tangisannya..Budak nak besar ni pelbagai ragam.

Post a Comment

  1. baby memang ada yang kuat nangis.

    ReplyDelete
  2. Siannya. Memang jenis kuat nangis kot. Nanti ok lah tu.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top