2
Assalamualaikum


Tips memilih puting dan botol susu anak | emm...sebenarnya ini pun kita kena titik beratkan jugak kan.Bukan main beli je..Kekadang tu,kita tak tau samada botol atau puting tu sesuai ke tak dengan dia..Yang selalu menjadi masalah bagi aku adalah puting susu.Kekadang ,bila kita dah terbeli sebarang jenama botol susu,perlu kita ambil tahu pulak puting yang betul-betul sesuai dengan botol susu tu kan.Lagi satu,bila beli botol susu pun,kita kena tahu jugak,adakah ianya sesuai ke tidak dengan anak kita..Kalau ikut anak-anak ni,dia akan tahu,mana puting yang dia suka dan tidak.Mungkin ada bayi yang suka dengan bentuk seperti payudara ibunya dan ada sesetengah tu,tak kisah dari jenis macam mana botol susu tu kan.

Tips memilih puting dan botol susu anak



Lambakan jenama botol susu dan setiap satunya mempunyai kelebihan masing-masing.Macam anak aku,Naura dan Awfiyah,mereka tak kisah pun botol susu macam mana untuk mereka.Tapi sebagai ibu yang selalunya membeli botol susu ni,kekadang confuse pulak samada ianya sesuai atau tidak,terutamanya bila nak tukar puting susu..

Meh sini aku nak share sedikit ilmu yang baru aku baca dari satu blog ni tentang Tips pemilihan botol susu dan puting untuk bayi.Anak dah dua baru sibuk nak belajar kan...uihhh

Tips pertama :  Puting berbentuk Payudara.
Ada anak yang cukup cerewet dengan puting yang mereka hisap,jika mereka menolak untuk meminum susu botol,periksa balik puting yang anda gunakan.Cuba tukarp uting yang mempunyai saiz lebar yang menyerupai payudara ibu.Cuba susukan secara perlahan-lahan.Ia proses pendidikan ,ia sesuatu yang baru buat bayi.Ada yang cepat belajar,ada yang mengambil masa untuk menyesuaikan diri.

Tips kedua : Jenis Puting
Terdapat dua jenis puting di pasaran,iaitu puting atau lateks dan silikon.Puting silikon tidak memerangkap bau atau rasa walaupun telah digunakan berkali-kali.Puting silikon juga lebih sukar dikoyakkan oleh bayi yang sudah tumbuh gigi.Puting getah atau lateks dikatakan mempunyai potensi untuk menimbulkan alahan kepada si bayi yang menghisapnya.

Tips Ketiga : Aliran Puting
Terdapat pelbagai jenis puting di luar sana.Kebanyakkannya direka khas kadar kelajuan aliran air keluar mengikut kesesuaian umur bayi yang meminumnya.Ada tiga jenis puting dengan aliran yang berbeza iaitu cepat,sederhana dan lambat.Puting yang mana harus saya pilih buat bayi saya?
Bagi newborn,pilihlah aliran puting yang perlahan.Ia akan ditingkatkan perlahan-lahan selaras dengan kematangan  sistem penghadaman anak kecil itu tadi.Rata-rata puting yang dijual ada melabelkan umur bayi yang sesuai menggunakannya.

Tips Keempat: Botol Kaca atau plastik
Botol plastik adalah murah,namu tidak mempunyai daya ketahanan yang tinggi.Pilihlah botol yang tidak memudaratkan dan bebas daripada Bisphenol A(BPA).Jika anda memilih untuk menggunakan botol polikarbonat yang mengandungi BPA,elakkan daripada mendedahkan botol terus kepada haba yang tinggi seperti suhu haba gelombang mikro.Buang jauhh-jauh botol yang terdapat tanda kerosakkan seperti menjadi keruh atau terdapat tanda calar pada botol.Ia bahaya kepada bayi.

Oleh kerana isu bahan kimia yang ditemui di dalam botol plastik ini,ada segelintir ibubapa beralih menggunakan botol susu kaca semula.Botol kaca ini mudah dijaga dan tahan lama.Namun ia mampu menimbilkan risiko luka terhadap bayi jika botol itu pecah.


Tips kelima :Saiz Botol
Ini bergantung kepada kekerapan ibu mahu menggunakan botol itu. Sama ada, ia sekadar alat bantuan kecemasan atau bantuan sepenuh masa. Jika botol itu hanya digunakan untuk masa kecemasan, 2 oz atau 5 oz sudah memadai. Namun, jika ia mahu digunakan untuk jangka masa panjang, melaburlah untuk membeli botol yang berkapasiti besar, 7 oz, dari mula lagi. Kadar peminuman si kecil akan meningkat mengikut tumbesarannya setiap bulan.



Tips keenam :Satu botol

Sentiasa beli satu botol dahulu sebagai percubaan. Perhatikan jika botol yang dipilih serasi dengan bayi atau tidak. Jika serasi, barulah beli lagi, jika mahu menambah stok yang ada. Jika tidak serasi, anda perlu mencari jenama lain yang anak anda gemari. Elakkan pembaziran. Sentiasalah menjadi pembeli yang bijak.


Apa pun yang penting,setiap apa yang kita beli,perlu ada kebaikkan untuk anak-anak kita.


Post a Comment

  1. ingat lg dulu kala, nurin & syuhada, kena pakai putih doktor baby yg kaler coklat tu tau.
    tak nak puting putih biasa.
    sekali beli puting doktor baby tu mesti sekotak :)
    now ijat, beli kaler putih jer.

    ReplyDelete
  2. nice tip...tommie tippie tetap menjadi pilihan

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top