5
Assalamualaikum

Tak habis-habiskan cerita pasal Naura yang tak sihat tu..emmm..apa taknya,sejak 4-5 hari yang lepas,demamnya still tak kebah.

Nak dijadikan cerita hari rabu lepas,aku bawa naura ke klinik kesihatan taman air biru.Disebabkan dia dah demam lebih dari tiga hari,jadi aku khuatir kalau kena denggi ke ape..Sebab sebelum tu pun dia dah demam,korang boleh baca entry di sini.

Bila dah dapatkan rawatan doktor,doktor suruh ambil darah dan dapatkan nap.Bila keputusan darah keluar,doktor kata ada jangkitan dalam darah tu,sebab tu demam dia tak kebah.Doktor refer aku ke Hospital Sultan Ismail.Huh!!adeh! teruk betul ke kes anak aku ni..Dalam hati ni dah mula risau.Doktor suruh aku naik ambulans untuk ke sana sebab dia nak beri oksigen pada si Naura.Dengan pasrahnya naik ambulan mak kau ni nak!

Sampai HSI,terus masuk ke emergency zon kuning.Di situ,doktor tengok refer letter dari klinik kesihatan.Check punya check,doktor kata anak aku takde pape...Dia suruh pantau dari rumah je.Adeh..kesian mak tau! punyalah teruk naik ambulans bagai,sampai sana,doktor suruh balik je..Ape da!!
Muka happy semalam.Baru lah nak tersenyum sekarang ni.


Baliklah terus ke rumah.Lepas sehari di rumah,aku tengok si naura still tak kebah lagi.Demamnya sentiasa ada pada waktu malam dan kurang pulak siangnya.So,aku syak si Naura ni demam mybe disebabkan dia nak tumbuh gigi dua batang atas.

Tak puas hati aku google apa tanda-tanda bayi nak tumbuh gigi ni.Of course kena ambil tahu jugakkan.Sambil-sambil tu aku ada mintak² air kat ustaz juga,dia pun kata tak perlu risau sangat.huiii...mana tak risau kan,bila anak asyik demam.Malam ko kena berjaga takut panas melampau-lampau.Merengek tak tentu pasal..nak tinggal sekejap pun tak boleh..huiiii..Mak risau tau nak!

Meh la aku share sikit Petanda bayi nak tumbuh gigi yang aku sedia google tempohari.Mybe boleh jadi rujukan korang jugak.Aku ada baca di blog ni di sini dan aku sharekan juga di blog untuk kemudahan di kemudian hari.

Air Liur Meleleh dengan banyak
Ini adalah satu petanda yang paling ketara menunjukkan bayi anda sedang tumbuh gigi terutamanya di sekitar umur 6 bulan ke atas.Ada sesetengah bayi yang suka menyembur air liur semasa disuap makan,dan ada kalannya ada yang tidak sedar sedang tumbuh gigi kerana ianya langsung tidak menyakitkan.Bagi naura pula,air liur dia sentiasa meleleh sejak nak keluar gigi pertama iaitu gigi bawah.Sehinggalah sekarang.

Rasa gatal pada gusi
Dalam tempoh ini,bayi akan suka menggigit apa sahaja benda yang dapat di capai atau dipegangnya.Ibu boleh memberikan biskut bayi yang agak keras tetapi akan hancur jika terkena air liur.Boleh juga diberikan mainan khusus untuk bayi yang boleh digigit dan tidak membahayakan mereka.Selain itu,lobak kecil yang telah direbus juga boleh diberikan untuk dijadikan teether kerana selain ianya menyihatkan,boleh juga mengajar anak suka pada sayuran.Macam si naura pulak, sejak nak tumbuh gigi atas ni,suka sangat ketap gigi.Naik nyilu aku dengar,pasal gigit menggigit ni jangan cakaplah,semua orang dia nak gigit.

Bayi meragam dan merengek.
Keadaan gusi yang gatal atau sakit membuatkan bayi merengek kerana dia belum mampu untuk bercakap menzahirkan apa yang sedang dirasai.Tak dinafikan!naura sentiasa merengek serba tak kena.Kekadang umi dia rasa tak kuat nak melayan rengekan dia tu.Masa nilah kita kena dakap dan dukung dia untuk mengalihkan perhatiannya dari tidak selesa akibat nak tumbuh gigi tu.

Gusi kemerah-merahan
Periksa gusi si manja apabila dia mula meragam dan menggigit semua benda yang hampir dan berada di sekelilingnya.Gusi yang kelihatan kemerahan memberi signal kemungkinan bahawa giginya akan tumbuh dalam waktu terdekat.Selain tu,apa yang aku nampak adalah gusinya sedikit bengkak.

Tiada Selera Makan
Rasa tidak selesa pada mulut kerana tumbuh gigi boleh membuatkan anak anda malas makan atau mengunyak makanan yang masuk ke dalam mulutnya.Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan nafsu makan bayi.Walaubagaimanapun,anak tetap perlu makan.Justeru itu,tetap berikan makanan kepada anaka,sedikit tetapi kerap.Dalam tempoh ni,aku hanya berikan dia bubur je.walaupun dia makan sikit,tetapi aku tetap bagi.Selain tu,aku bagi jugak dia pegang biskut untuk dia kunyah.

Mengalami Demam
Kebanyakkan bayi akan mengalami demam semasa tumbuh gigi.Namun,ibubapa tidak perlu bimbang kerana demam tersebut tidak akan begitu panas.Walaubagaimanapun,jika panasnya terlalu tinggi(melebihi 38 darjah celcius) berjumpalah dengan doktor untuk mendapat tahu apakah puncanya.emmm..begitulah si naura,sampai umi risau kenapa demamnya on/off.

Tidur Terganggu
Anda mungkin berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi.Kesakitan yang dialami akan membuatkan bayi tidak selesa.Ia secara tidak langsung akan menganggu tidur bayi yang hanya tidur sekejap-sekejap sekitar seminggu sebelum gigi tersebut keluar dan bayi akan berasa lega sebaik sahaja gigi sudah muncul.Ia akan hilang sendiri tanpa rawatan dan tidak memerlukan rawatan melainkan jika bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan bayi anda.




Harap lepas ni,Naura bertambah sihatlah hendaknya.Seminggu dalam keadaan macam tu,nampak dah badan semakin susut.













Post a Comment

  1. Teringat masa Dhia dan Dzal kecik-kecik..selalu juga demam. Sebab nak pandai sesuatu dan tumbuh gigi juga.

    Alhamdulillah da besar ini bertambah sihat.

    Mogasi comel ini sentiasa membesar dngn sihat hendaknya

    ReplyDelete
  2. Alahai sampai kena naik ambulance, kesiannya..
    Tapi nasib baik tak ada apa
    Cuma nak tumbuh gigi mungkin juga Eda. Sebab dulu anak kakak pun sama kalau nak tumbuh gigi ada demam sikit tapi biasa sehari-dua aje.

    ReplyDelete
  3. Suke menggigit itu perangai anak Fiza.. mungkin gatal gusi.

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Semoga demam Naura dah kebah.

    ReplyDelete
  5. Alah comel nya Naura, haah sian tengok kalau baby nk tumbuh gigi... Semua dia nak test gigit :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top