8


Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal aktiviti aku semalam je..Maklumlah,tak macam dulu,apa aktiviti hari ni,terus up kat entry.Sekarang ni dah ada anak.kena tunggu anak tidur dulu lah,baru boleh cerita kat blog..Itu untung dapat update status jugak sambil melayan dia..Spesis aku ni,kalau dah berdating dengan anak,jaranglah melekat dengan phone.Mana nak update status,anak lagi..Kalau ada masa je baru aku update...Huiii...Anak dah super ligat ni,nak kena tengok dia jelah.

Nak pulak sekarang ni dah dapat kaki.Semalam saja aku kasi lepaskan kat Mall..Tu pun sebab tak ramai orang kat situ,tu yang berani aku lepaskan..Wah..dia punya syok bukan main lagi.Yang risaunya,suka mengikut orang.huiii....Mana mak tak risau nak,buatnya ko kena kidnap..Boleh separuh nyawa mak ko ni nak.

Gambar selfie dan wefie anak beranak.Babah taknak masuk dalam gambar...Nanti dia kecam mak pulak...hahahaha

Semalam pepagi lagi dah keluar ambil nenek.Sedihnya kak fiyah je lah tak ikut,sebab kak fiyah kat kampung.Tu hari pun dah spend together dengan dia.Hah!! kalau dah dua orang,memang tak menyempat nak up status ke,up entry ke,up gambar sekalipun.Sebab bila dua orang ni berjumpa,memang mak tak sempat nak oi.Menghadap bebudak ni,sorang lari ke kiri,sorang lari kekanan,memanglah mak ko ni kurus.

And semalam,hanya adik sorang je,maka sempatlah mak buat status ke sana sini..ececeh...Dah puas berlari sakan kat mall, tu aku biarkan dia main mainan kat situ..Wah..syok,sampai dia rasa taknak turun walaupun 1st time dia rasa macam takut sikit nak duduk dalam tu.

Kalau dapat kakak naik ni,aku rasa dekat sepuluh ringgit jugak..adoiii..Kalau kau mintak makanan takpelah jugak,kenyang,kalau mintak nak main benda ni,satu ape pun tak dapat.

Sejak-sejak naura dah pandai jalan ni,memang tak mahunya dia nak pimpin bila berjalan.Naura ni kira cepat jugak dia jalan,cukup umur setahun je dia dah berjalan.Sekarang ni dah semakin laju lah dia berjalan.Dan semakin aktif dia bergerak sana sini..hai lah anak...

Sebenarnya tujuan aku ke situ sebab nak buat spec..En husband tu risau aku dok pakai contact lens..tapi kalau ikut aku kan,lebih suka pakai lens ni sebab tak leceh macam pakai spec..betul tak..Dengar kata kat Pusat Bandar Pasir Gudang murah-murah spec dia..tu yang dok survey..Tapi memang murah pun...Aku dah taknak beli mahal-mahal lagilah...Rasa macam rugi pulak...takpe-takpe..nanti aku cerita kat entry lain ea..mybe esok kot...hehehee....





Post a Comment

  1. Haaa... betullah kan akak kata dulu. Kalau dah dpt kaki boleh kurus dok mengejar dia kalau pergi shopping. Seronok dia cari kaki org dia dok ikut. Tapi cuba org nak ambil mesti dia jerit tak mahu punya. Suka betul kakak tengok anak dara Eda ni tau.

    ReplyDelete
  2. sronok ada aktiviti kan waktu cuti.. yui aritu p penang.

    ReplyDelete
  3. budak mana tak suka berjalan hehe .. time ni la kita nak bonding ngan family kan kak :)

    ReplyDelete
  4. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~ amboii sakan Naura tau berjalan..hihihi

    ReplyDelete
  5. spek memang mahal kan walaupun bingkainya ...

    ReplyDelete
  6. waalaikumusalam....anak dah mula aktif...si ibu pun terpaksalah double aktif..hihi....salam kenal..

    ReplyDelete
  7. kalau dah dapat kaki memanglah aktif la dia.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top