2
Assalamualaikum

Dah dua hari husband demam tak boleh nak bangun.Kesian pulak bila dia tak boleh nak masuk makanan langsung..Bila orang yang pemakan,tetiba taknak makan..uih...boleh kurus tau.

So dengan baik hatinya puan wife ni masakkan sup untuk dia..Cuma sup ni lain sikit dari yang lain..ke korang dah tau dah caranya...

Sup ni aku gunakan ketumbar dan sedikit limau nipis.

Oklah,meh aku share sedikit cara-cara membuat sup sayur ayam ni..alah..senang je...kacang gitu...campak-campak pun boleh...yang utama,daun ketumbar dan limau nipis tu mesti ada tau.

sup sayur ayam


1-beberapa ketul ayam
2-bawang besar-1
3-bawang putih-2 ulas
4-sawi
5-carrot-tak kisah korang nak potong macam mana.(boleh jugak korang nak masukkan brokoli atau apa jenis sayuran pun..,tapi kenalah dengan masak sup..jangan korang letak bendi pulak...heheh)
7-daun ketumbar
8-Perahan limau nipis
9-Garam

Oklah,cara buatnya pulak.

Korang renehkan dulu ayam kedalam periuk yang bercampur air..tak perlu menumis ye..Sebab orang tak sihat ni takde rasa nak makan yang berminyak-minyak sebab ayam pun dah berminyak kan...Sesudah ayam tu empuk,korang masukkan pulak bawang putih dan bawang besar.
Kemudian,korang masukkan sawi dan carrot tu ke dalam sup.Then,korang boleh lah masukkan perahan limau nipis,daun ketumbar dan perasakan dengan garam..

Hah!!kan senang kan..Makan masa sup ni tengah panas.biar badan tu berpeluh-peluh kan.Kalau untuk yang sihat walafiat pun boleh..Resepi diet ni jugak tau.boleh la letak cili pada yang suka pedas tu.

Husband makan tu je masa dia tak sihat.Cuma yelah kan,orang tak sihat,mana makan banyak..So puan wife dia lah yang tukang habiskan..bahahahaaa...


Kalau korang nak cuba resepi ni,dipersilakan..iolss ok je...lagipun resepi ni pun adik ipar aku yang ajar..maklumlah orang kemboja ni dia memang gemar bab-bab sup ni...tapi rasa bukan orang kemboja je suka,orang -orangan pun suka...hahahaha...





Post a Comment

  1. Ena masa tak sihat pun layan sup je. Tekak tak boleh nak terima makanan yang lain

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa ni.. best time demam dengan kalo hujan.. peergh layan =)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top