Monday, October 31, 2016

3D GOLD STEMCELL SERUM DARI MY BEAUTY HERBS

Monday, October 31, 2016 11 Comments
Assalamualaikum

Hai korang...Wanita dan kecantikkan memang tak boleh dipisahkan betul tak..Sentiasa nak kelihatan cantik..Bila dah semakin  berusia ni,macam-macam timbul.Kadang-kadang remaja muda mudi pun mempunyai kulit muka yang bermasalah.Antara masalah yang selalu dihadapi wanita terutamanya adalah jerawat,tona kulit tak sekata,pori terbuka,haishhh...pendek kata ada je yang tak kena.Kalau dulu sibuk aku dok menggoogle cara hilangkan parut hitam,cara nak hilangkan jeragat,cara hilangkan garis halus dan kedutan dimuka,cara melembapkan kulit muka.Macam-macamlah.

Kalau boleh nak kulit flawless..Tak payah nak bermakeup tebal seinci.Oles nipis make up pun dah memadai..Masalah pada kulit muka aku pulak adalah  eyebag dan liang pori terbuka,sebab dulu muka aku memang berjerawat..tercari-cari lah jugakkan produk yang boleh kecilkan liang pori.Bukan apa,bila liang pori ni terbuka luas,tu yang kotoran banyak singgah kat dalam liang pori tu.Nak dapatkan kulit tona sekata pun payah tau.

Aku ada try satu produk yang bagi aku cukup mudah untuk menggunakannya.Korang tau apa itu serum?

Serum adalah cairan yang mengandungi formula zat aktif yang sangat bergua untuk memperbaiki struktur kulit.Serum digunakan untuk memulihkan kulit wajah yang bermasalah.Ia digunakan untuk kecutkan jerawat,untuk dapatkan kulit tona sekata,Digunakan juga untuk anjalkan kulit muka.
Serum ini juga digunakan untuk kawal minyak muka yang berlebihan selain cerahkan kulit muka kita. Mana-mana wanita di luar sana yang dah berusia dan rasa kulit muka mereka dah tak tegang tu,bolehlah menggunakan 3D Gold Stemcell Serum ni kerana ia boleh tegangkan kulit muka yang menggeleber tu.Semuanya boleh diatasi dengan pemakaian 3D Gold Stemcell Serum.Penggunaan serum juga adalah salah satu cara untuk hilangkan garis halus dan kedutan muka.


Satu masalah aku bila dah jadi mak-mak ni,tidur pun tak cukupkan..Mulalah bawah mata tu gelap..Nampak lah muka lesu..Tapi dengan penggunaan Serum ni,ia digunakan untuk membantu hilangkan gelap bawah mata kita.Serum ini juga membantuk melindungi kulit dari sinaran UV.So dah tak takut untuk berpanas kat luar sana tu.

Macam masalah pada aku,eyebag ni hah..Payahlah nak hilang walau rehat dah cukup.selalunya dah jadi mak-mak ni,lewat tidur,bangun awal.Tak cukup rehat dan tidur ni penyebab eyebag ni keluar..huwaa...Jadi aku sorokkan dengan pemakaian cermin mata atau makeup yang tebal di bahagian mata.




Mereka yang tak bermasalah pun boleh juga menggunakan serum ini kerana ianya boleh menambahkan keayuan pada kulit muka...wah...banyak kebaikkan menggunakan 3D Gold Stemcell serum ni kan.Petuan kulit flawless ni mudah je,guna je 3D Gold Stemcell Serum.

Korang yang ingin mendapatkan Serum ini tak perlu risau kerana ianya adalah 100% buatan tempatan,dijamin berkesan.selamat,harga mampu milik.tanpa bahan terlarang,dijamin halal dan yang penting mendapat kelulusan dari KKM




Bagaimana pula dengan Cara penggunaannya?


Sila tekan 2 kali dan ratakan serum ke wajah,bawah mata,leher dan mata sebelum tidur selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang. Kesan akan dapat dirasai selepas memakai buat kali pertama. Anda akan rasa kulit menegang secara lembut kerana ia mempunyai kesan "INSTANT LIFTING" iaitu serta merta.





Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda

Monday, October 31, 2016 5 Comments
Assalamualaikum

Obesiti di Malaysia sekarang ini semakin lama semakin membimbangkan.Lihat sahaja peratusan obesiti semakin tahun semakin meningkat.
peratusan obesiti di malaysia

obesiti di malaysia
sumber: google



Kesedaran ini perlu dipupuk supaya masalah obesiti di kalangan masyarakat kita ini dapat diatasi.Sebab tulah Program kesedaran tentang obesiti ni perlu dibuat supaya masyarakat kita lebih peka tentang kesihatan.Bukan sahaja dari segi kesihatan malah dari segi pengambilan makanan dan juga aktiviti yang dilakukan setiap hari.

Bahaya Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit antaranya

  • Diabetes(kencing manis)
  • Hipertensi(Darah tinggi)
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit Jantung koronari
  • Stroke(angin ahmar)
  • Batu hempedu
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat dan banyak lagi.
Mungkin selama ni kita pernah berdiet tetapi payah sangat nak turun berat badan.Kalau turun pun mungkin dalam 1-2 kg sahaja.Lepas tu kita give up sebab kita tak tau sebenarnya jenis lemak yang ada dalam badan kita dan semua lemak tu tak sama.Lemak terbahagi kepada 3 jenis iaitu
  • Lemak untuk Struktur iaitu lemak baik yang penting untuk protect oragan-oragan dalaman,sendi dan membentuk rupa bentuk muka,Lemak ini biasanya digunakan sebagai sumber tenaga
  • Lemak Normal-lemak baik in iada sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan seperti Tangki tenaga.
  • Lemak abnormal-iaitu tisu adipose adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan dibawah kulit ,sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai Tangki spate.Lemak ini kelihatan membuncit dan berlipat di tubuh anda.Ia sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon yang akan menganggu sistem tubuh badan anda.Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama,Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir kebuluran sahaja,lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.Jadi bila anda berdiet 1-2 bulan pertama,lemak jenis 2 yang mula dibakar tetapi lemak jenis 3 akan kekal disitu.Macam mana nak menggerakkan lemak jenis 3 ini adalah dengan bantuan HCG
HCG pula sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil,ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang HCG dan fungsinya.bolehlah menghadirkan diri di dalam program mudah kurus bersama Dr.Malinda ni

HCG berfungsi untuk mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan(homeostasis).Ia boleh mengawal kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekakan darah,suhu badan,selera makan dan berat badan.
HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak-lemak degil yng tersimpan lama di dalam badan.



Program mudah kurus bersama Dr.Malinda akan membuka peluang kepada anda yang ingin kurus dan sihat.Kebaikkan program ini adalah seperti DETOX program.Diet yang diambil adalah diet yang sihat tanpa gula ,karbohidrat,tanpa makanan terproses,rendah lemak dan tiada minuman berkarbonat.

Dr.Malinda Mohd Ali adalah Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellens Sdn Bhd,Health & Trainin Consultancy.Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai Doktor Perubatan dan tealah memberi coaching untuk Program HCG selama 4 tahun.Beliau telah membantu lebih dari 300 klient mencapai berat badan idaman mereka.

Bonus dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolisma dalam badan ke satu setting yang baru dan  keadaan ini mengelakkan berlakunya kesan YOYO.Jadi anda tidak perlu risau bila anda berhenti dari program ini nanti.


Antara Testimoni yang sudah berjaya di dalam Program Mudah kurus ini

1-Puan Farah
testimoni mudah kurus
Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...
OBESITI....
Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...
Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...
Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...
Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...
"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...
Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???
Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...
"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."
Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...
Paling tragis...
Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...
"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"
"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"
Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa?
****************************************************
Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:
*join 1st cycle hcg program under doc malinda
*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg..(best giler kot...hahaha...)
*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...
*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...

2-Puan Suriya

testimoni mudah kurus
Salam Jumaat yang penuh barokah...

Melihat foto ini,,terpanggil aku untuk mengimbau keadaanku lebih dari setahun yang lalu..
Memiliki berat badan lebih dari 100kg??..apa yg kurasa??
Ianya hanya..igauan yang melukakan;

*Sukar untuk beribadah..solat pun sering duduk,,
*Penyakit datang bertimpa timpa..1..2..3..4..5,,
*Hilang keyakinan diri,,
*Tekanan perasaan,,
*Sering jadi bahan gurauan...(so irritating)
*Hati sakit...jiwa pedih..
Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..

Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..

Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.

Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..

*Let the photo speaks by itself*
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat




Bagaimana untuk join program Mudah Kurus Bersama Dr.Malinda ini,anda boleh terus ke 

Blog : http://www.drmalinda.com
Facebook : https://www.facebook.com/Dr-Malinda-Health-Beauty-Academy
Direct call ke : +60 17 508 4430 

#DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat



Wednesday, October 26, 2016

Paper bag Brown murah di Goodies Bag Murah

Wednesday, October 26, 2016 6 Comments
Assalamualaikum

Busy tu taklah busy sangat.Sebenarnya bulan 11 ni anak saudara aku yang sulung bakal berkahwin..Anak saudara belah suami..Kalau anak saudara belah aku ni semuanya kecil² belaka.Yang tua pun baru berumur 14 tahun..Kalau belah suami tu dah besar-besar.yang sulung ni adalah anak saudara yang pertama yang akan menamatkan zaman bujangnya..Perempuan pulak tu.haruslah parents dia nak buat yang terbaik untuk dia..Pulak tu dia adalah anak tunggal kepada akak ipar aku ni..Lagilah meriah kan.

So sebagai bapa saudara dan mak saudaranya ni,adalah sikit sumbangan walau tak mahal mana apa yang kami sponsor tu,tapi alhamdulillah..Niat nak sponsor tu pun dah nikmat..Masa mula-mula tu dok fikir apa yang nak diberikan pada dia..Yang penting of courselah masih di dalam budget kewangan kami kan.Kami sponsor 700 goodies bag untuk dia..
Mulalah aku dok survey apa yang ingin kami sponsor untuk dia kan..Tapi lately ni aku tengok ada satu majlis tu dia menggunakan Paper Brown sebagai goodies bag dan didalamnya diletakkan pelbagai jenis jajan dan kuih..So why not aku buat benda yang sama kan..Lagi satu,bila fikir-fikir nak bagi cenderahati tu,aku rasa better bagi makanan,orang boleh makan,dan tentu² lah tidak membazir..Bila dah banyak sangat orang bagi cenderahati kat rumah pun,tak tau dah nak letak mana..Bila kita berikan mereka makanan,confirmlah diorang akan habiskan..betul tak.

So,benda yang pertama aku fikir adalah mencari Bag yang bakal diisi jajan atau kuih muih..Aku memilih Paper Bag brown ni sebab ia murah dan tak membazir bagi aku..yelah..Ko bagi beg cantik pun,orang akan buang jugakkan...hahahaha...Tapi aku tak salahkan korang yang bagi beg-beg cantik tu, sebab itu semua under budget korang..Terpulang kepada masing-masing punya citarasa.

So,bila dah banyak aku survey,ada satu tempat yang bagi aku cukup murah untuk aku tempah.


paper brown bag




Goodies Bag Murah menyediakan perkhidmatan mencetak Brown paper bag secara exclusive untuk sebarang majlis yang diinginkan dengan harga yang sangat berpatutan..Dan yang bestnya,Free Doily Paper ko!! Bestkan..So jimat kat situ pembelian Doily paper.

Info sikit : Kalau korang nak beli sebarang benda yang memerlukan kos dan kuantiti,sila survey dulu ye..Sebelum aku memilih page ni untuk pembelian Paper bag brown ni,Dah banyak jugaklah aku survey..Ada yang murqah dan mahal.Cuma kalau murah tu,korang tengok jugaklah kualiti yang dihasilkan.

Design pulak korang boleh pilih design apa yang korang nak,atau korang boleh design sendiri gambar macam mana yang korang nak.Aku guna hitam putih je sebab tak cantik kalau bewarna kat kertas ni.
Atau korang boleh bagi idea kat mereka untuk mereka designkan untuk korang..Cuma perlu upah sikitlah kan.

Dah siap tempah dan terima 700pcs paper bag brown dengan free Doily paper..Syok wehh..
Untuk 700pcs ni aku beli dengan harga 
paper bag brown

Printing juga ambil masa dalam 2-3 hari lah kan mengikut order yang diterima..Kalau korang order sikit jadi kejaplah kot siapnya..See..siap dah Paperbag brown aku ni..So lepas ni aku share pulak dengan korang apa pulak yang aku isi kat dalam paper bag tu.

Untuk korang yang nak survey Goodies bag murah,boleh lah ke  fb page Goodies bag murah





Tuesday, October 25, 2016

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Tuesday, October 25, 2016 5 Comments
Assalamualaikum

Sedih bila dengar kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada pagi tadi.Di  dalam group whatssap bertalu-talu orang menghantar gambar-gambar mangsa yang terlibat didalam kebakaran tu.Yang paling menyedihkan,kebakaran berlaku di Wad Kecemasan pulak tu.Bagaimanalah agaknya situasi mereka kan.

Pelbagai cerita juga aku dengar yang mengatakan mereka yang tinggal di wad berkenaan meninggal dunia.Aku tak pasti tentang tu sebab Hospital sultanah aminah pun belum beritahu lagi tentang laporan kemalangan tu.

Kejadian Kebakaran dilaporkan berlaku di Blok wad pe sakit luar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada kira-kira jam 8.17am pagi tadi.
Punca dan kerosakan masih di siasat. Api telah berjaya di kawal . Laporan penuh akan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Hospital pada petang nanti.
Semoga tiada yg cedera serius baik pesakit, pelawat atau kakitangan hospital.
So,untuk kita rumuskan apa yang terjadi.tunggulah mereka buat kerja mereka.Tak perlu untuk kita war-watkan berita yang kita tak sahih kebenarannya.


Apa pun marilah kita berdoa agar mereka semua selamat.Yang pergi tu diucapkan takziah..Harap keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan ini..Ini aku kongsikan gambar-gambar yang dikongsikan di group whatssap..

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah

Kalau dilihat dari gambar ni pun,kita boleh melihat betapa struglenya diorang buat kerja kan..Harap ramailah yang membantu pihak Hospital untuk kes ni.Yelah...kita bukan nak kan kejadian ni berlaku..Tu semua kerja Allah swt.Apa pun harap semuanya akan baik selepas ni..Insya allah..


#prayforhsajb
#hsajb

Tuesday, October 18, 2016

Olay Regenerist Miracle Boost & Micro Sculpting Cream untuk wajah yang lebih muda

Tuesday, October 18, 2016 2 Comments

Assalamualaikum

Ehem..ehem...bila usia dah meningkat ni,macam-macam nak kena jaga.Tu belum lagi cerita yang kedut-kedut kat muka lagi.Tapi nak cari produk yang boleh membuatkan wajah kita kelihatan lebih muda dari usia tu memang payah la nak jumpa kan.Lagilah nak menghilangkan kedut-kedut kat muka ni.Nak menutp liang roma yang dah terbuka.itu semua perlu dijaga rapi supaya wajah kita ni taklah nampak tua dari usia yang sebenar..hehehe

Kalau korang nak tau,Olay regenerist miracle boost ni boleh digunakan untuk merawat semua masalah di wajah seperti kedutan dan penuaan.Ramai di luar sana yang mempercayai Produk Olay ini di mana rata-rata menggunakannya.



Olay Regenerist miracle boost membantu meningkatkan pembaharuan sel-sel permukaan kulit.Ia juga menyediakan 2x lebih anti-penuaan penembusan aktif ke dalam kulit.Baha-bahan anti penuaan yang ada di dalamnya membantu untuk mempercepatkan kesan ke atas kulit muka.Olay Regenerist miracle boost ini juga membantu melindungi kulit daripada kerosakkan oksidatif dan juga mengurangkan kedutan..Sebab tu bila memakainya,kulit wajah kita akan tampak lebih muda.


Di sini meh aku nak perkenalkan dua produk yang sedang dalam harga promosi di LAZADA..Rugi kalau korang tak grab sekarang tau.

Olay Regenerist Miracle Boost & Micro Sculpting Cream


  • Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence
  • Olay Regenerist Micro Sculpting cream-Moisturiser

Meh aku cerita kelebihan satu persatu produk Olay ni...huiii..Dengar perkataan muda pun aku dah suka tau..Ni pulak kalau memakai produk ni..lagilah muda kan...bhahaha...hakak memang muda selalu weh!

Olay Regenerist Miracle Boost & Micro Sculpting Cream

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-essence ni meningkatkan lagi keremajaan kulit kita dengan pembaharuan sel-sel di wajah kita.Ia direka untuk meningkatkan penembusan aktif anti penuaan pelembap anda untuk meningkatkan metabolisme sel kulit dan pembaharuan yang menakjubkan.Kulit muda yang kelihatan sehingga 10 tahun lebih muda..Maknanya kalau aku pakai Olay ni,muka aku akan nampak awal 20-an la kan...Ia juga dapat mengurangkan garis-garis halus dan kedutan,liang dan firma kulit.
Olay Regenerist Miracle Boost & Micro Sculpting Cream

Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-essence disyorkan diguna untuk penjagaan kulit anda selepas anda membersihkan muka.Gabungan yang kuat Miracle meningkatkan Pre-Intipati dan Micro sculpting bersama-sama untuk meningkatkan pembaharuan sel-sel kulit dan memberikan 2x lebih anti penuaan dengan penembusan yang aktif ke dalam kulit.Hasilnya kulit lebih muda menakjubkan dan ianya terbukti untuk melihat wajah 10 tahun lebih muda....Harga ntuk Olay Regenerist Miracle Boost ini ialah RM63.80

Olay Regenerist Miracle Boost & Micro Sculpting Cream

Olay Regenerist Micro Sculpting cream-Moisturiser merupakan krim yang terlaris jualannya kerana ia adalah produk anti penuaan yang paling maju dan pernah memenangi anugerah Olay sebelum ini.Ia adalah hasil daripada lebih 50 tahun dalam penyelidikan olay dan dirumus dengan Amino-Peptide complex yang paling pekat dan Kompleks Hydra-Firming untuk mengangkat,firma dan membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda.Formula dengan OliveM mengandungi ekstrak minyak zaitun yang membantu mempercepatkan penembusan bahan ke dalam kulit sehingga 10 lapisan.

Formula yang didapati di dalam produk ini membantuk untuk memperbaharui lapisan permukaan kulit untuk tekstur yang halus dan liang-liang halus.Ia juga mengurangkan garis-garis halus dan kedutan dengan lembapan.Menghidrat untuk membantu kulit yang lebih tegang.Harga Untuk Olay Regenerist Micro Sculpting Cream ini adalah RM84.90


Untuk dapatkan produk ini korang boleh klik SINI  .Jangan lupa menggunakan Lazada Voucher  ini "15LAPOCT30"  untuk mendapatkan 15% offer ye...Rugi kalau tak grab tau.







***If you like to participate in reviews like this in the future,please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family

Monday, October 17, 2016

1st Day di rumah Babysitter baru

Monday, October 17, 2016 9 Comments
Assalamualaikum

Lama tak bercerita pasal anak-anak dalam ni kan..yeke dah lama..korang throwback la balik entry aku sebelum ni..Rasanya dah banyak cerita pasal review produk je...Sesekali layan jugak cerita pasal anak-anak ni kan...

Hari ni 1st day dia dengan babysitter baru ni.Mana babysitter lama? Babysitter lama still ada lagi.Cuma dua tiga hari ni tak dapat nak hantar dia kerumah babysitter lama dia.Babysitter lama dia warded..So terpaksalah cari alternatif lain untuk gantikan sementara babysitter lama dia.Boleh je nak hantar kampung.Sebab adik aku tu available je nak jaga si naura ni.Cumanya,yelah,dah la kakak takde dengan umi,bila naura pun takde dengan umi.Maka kesunyian la umi di sini..Kakak fiyah mula-mula dah seronok sebab dengar adik dia nak balik kampung.Tapi last minute tak jadi sebab mak dia ngengada sangat.Alasan takde kawan nak gaduh..bahahaha...

Nak cari pengganti babysitter ni bukan senang.Nak hantar anak ke babysitter baru pun bukan mudah.Ianya memerlukan pencarian dan penantian yang memerlukan kesabaran.Tapi sekarang ni bila dah ada media sosial seperti facebook.amat mudah..Cuma kita perlu lebih mendekati babysitter gantian tu dengan lebih rapatlah..Bila dah kenal kat facebook,whattsap personal dengan dia untuk tau lebih lanjut.Dengan adanya group Pengasuh sekitar Johor Bahru,kerja jadi mudahlah sedikit.Semua info pasal pengasuh atau parents yang nak mencari sesama mereka sangat mudah untuk dicari.

Alhamdulillah,hari ahad tuhari aku dah dapat babysitter sementara.Dah tanya tentang bayaran dan persetujuan tentang harga..Ingat petang tu nak survey rumah babysitter.Tapi disebabkan rumah yang babysitter sementara ni duduk ,berdekatan dengan babysitter yang pernah aku hantar naura dulu,so senang lah sikit..Aku ada cerita pasal tu di entry Transit Babysitter ni

Pagi tadi hantar dia di rumah babysitter baru.Mula-mula dia macam taknak kat babysitter tu..Tapi lama-lama dia nak juga..Alhamdulillah..dia sangat senang untuk dekat dengan orang.Bersyukur dikurniakan anak yang sangat mudah diuruskan...Syukur sangat.Masa sampai office tu memanglah rasa dup dap dup dap je jantung ni..Yelah,,.,risau lah dia mengaruk ke ape ke kan..

Cepat-cepat je aku whatssap tanye babysitter tu..Oh ya..Nama babysitter tu N..So aku tnye N macam mana naura kat rumah..Dia kata naura good girl...Tak nangis pun..alhamdulillah..lega perasaan umi dia ni..kesian pulak dia,kena hantar sana sini...Ni yang rasa nak berhenti kerja je..Jaga dia,besarkan dia depan mata..huwaaa....Mak ko ni bertabah jelah kan ..
My bucuk bacin umi..Kekadang dia rindu ngan kakak dia..Umi dia jangan cakap lah..Kalau boleh hari-hari nak bercakap dengan kakak dia..Tapi disebabkan bercakap dalam phone,memang tak dilayanlah nampaknya.

Harap dia gembira lah buat dua tiga hari ni di rumah babysitter baru dia..Takdelah umi ko ni resah gelisah sepanjang hari..Kalau boleh nak berwhatssap je dengan babysitter ni..tapi nanti menganggu kerja dia pulak kan...Tabahlah wahai hati..



Friday, October 14, 2016

Tips Kecantikkan : Menghilangkan bintik hitam

Friday, October 14, 2016 3 Comments
Assalamualaikum

Bila bintik hitam tumbuh di bahagian hidung,memang sangat-sangat mengerikan.Kalau dulu,masa zaman muda remaja,kulit aku memang bermasalah.Bintik hitam dan pori terbuka tu memang menjadi salah satu masalah pada kulit aku.

Banyak dah produk yang aku cuba untuk menghilangkan bintik hitam ni.Kalau dah geram sangat,hidung ni akan jadi mangsa si kukulah jawabnya..Ada je masa nak kupis² hidung tu dengan jari.Tapi sebenarnya salah satu sebab bintik hitam tu makin banyak adalah penggunaan jari..Yelah,kita tak tau jari kita tu bersih ke tidak kan...Bila dah selalu buat macam tu,maka bertambah teruk lah jadinya.

Sebenarnya banyak tips yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan bintik hitam di hidung khususnya.Selain dari menggunakan produk yang ada di pasaran,banyak tips tradisi yang boleh kita ikuti.

Jom kita lihat,Tips menghilangkan bintik hitam di muka

Putih Telur
Ambil sebiji telur,pecahkan dan asingkan putih dan kuningnya.Pukul putih telur untuk seketika dan selepas itu sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka terutamanya ke bahagian yang banyak terdapat bintik hitam dan putih,Biarkan kering,selepas itu bilas dengan air yang bersih.Amalkan secara kerap untuk hasil yang efektif.
** Apa yang aku pernah buat dulu,putih telur tu,aku letak pada kapas muka yang 4 segi tu..Pastikan kapas muka tu korang dah belah nipis-nipis.Lepas tu celup kat putih telur dan terus lekapkan kat bahagian bintik hitam tu..Dah kering,korang cabutlah slow².Lepas tu korang akan nampak bintik hitam dan putih akan melekat dekat kapas muka tu...

Kacang Soya
Kisarkan beberapa biji kacang soya hingga halus.Sapukan ke seluruh muka terutamanya di bahagian hidung,dahi dan dagu.Biarkan sehingga  kering.Selepas itu bila dengan air bersih dan lap dengan tuala yang kering.Kandungan vitamin dari kacang soya selain dapat menghilangkan bintik hitam,ia juga dapat melembutkan kulit.Apa yang kita tahu,soya ni hanya untuk minum sahaja kan..Tapi tak sangka soya tu boleh membuatkan kulit kita lembut.

Buah Betik
Ambil sepotomg dua betik masak dan kisarkan sehingga halus.Untuk kesan yang lebih efektif,tambahkan dengan sedikit susu segar dan madu.Sapu secara rata ke seluruh bahagian muka.Biakran sehingga kering dan bilas.Vitamin dalam buah betik dapat membantu memutihkan dan menghaluskan kulit muka.

lemon atau limau
Ambil sebiji lemon atau limau dan belah kepada dua bahagian.Gosokkan secara lembut ke seluruh bahagian muka terutamanya pada bahagian kulit yang bermasalah bintik hitam dan putih.Lakukan secar kerap untuk melihat hasilnya.lemon dan limau juga berkesan untuk mengurangkan minyak pada wajah.Bersihakn muka selepas jus limau atau lemon kering seketika.


Tips tambahan untuk korang yang pori-porinya nampak aga besar saiznya,anda boleh tekapkan ketelun ais untuk mengecilkan saiz pori.Pastikan korang menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur.Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.Gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.

Untuk kecantikkan dari dalam,korang kenalah memperbanyakkan minum air masak setiap hari.
Alhamdulillah, walaupun sekarang aku banyak jugakalh kesan-kesan jerawat dulu,tapi syukur,takdelah lagi kulit berminyak dan berjerawat.Di pasaran sekarang ni,terlalu banyak produk kecantikkan yang mempunyai mercury yang patut kita selidiki sebelum membeli.Pilihan di tangan kita,semak sebelum membeli kerana kita sebagai pengguna sentiasa mempunyai hak untuk memutuskan samada ingin membeli atau tidak.Perlu atau tidak untuk melihat dahulu kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut.

Yelah,kulit muka kita ni sensitif,kalau tersalah memilih,takut nanti boleh merosakkan kulit muka,Nak perbaiki balik mungkin ambil masa yang panjangkan...Setakat ni,tu sahajalah yang boleh dikongsi Tips menghilangkan bintik hitam ni dengan korang.Sumber dair Notawanita ni sangat-sangat berguna untuk kita mencuba kan..





Thursday, October 13, 2016

Patahnya Sebelah Sayap di TV3

Thursday, October 13, 2016 6 Comments
Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah ketinggalan beberapa episode...Memang masa cerita ni diiklankan,macam best je..macam nak tengok je..Tapi tak tertengok-tengok.Last² aku lupa gitu je cerita tu.Dah episode ke 9 kot baru aku tengok...Tetiba terjatuh cinta dengan cerita ni.

Terus aku tengok online dari episode pertama hingga ke 9 tu..wah...jatuh cinta gitu..So,dengan gigihnya aku tunggu pukul 10 setiap hari untuk tengok cerita ni.Sebenarnya aku prefer tengok online je sebab takde iklan yang muncul.Tapi rasa macam tak syok pulak bila dapat tengok siaran langsung gitu..

Korang ada ke yang follow cerita ni..Meh aku share sikit tentang Sinopsis Patahnya Sebelah sayap ni.

Patahnya Sebelah Sayap di TV3


SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Kita tengok pulak siapa pelakon Patahnya Sebelah sayap ni pulak

WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Putra Amaris sebagai Rizal
Syainie Shuhaimi sebagai Leen
Zainab Othman sebagai Halimah
Azhar Amir sebagai Datuk Farid
Norzila Abu Samad sebagai Datin Sofea
Iskandar Zulkarnaian sebagai Edmund
Neera Azizi sebagai Mira
Nur Amisah Abdullah sebagai Midah
Mohd Syuk sebagai Ramli
Helvera Susanti sebagai Seri
Syamiera Farha sebagai Siti
Siti Mili sebagai Habibah
Aman Shah sebagai Dr Taslim
Wan Nor Azlin sebagai Dr Zaleha

Memang bestlah cerita ni,buat setakat ni lah yang aku tengok.Dalam cerita ni aku paling menyampah dengan Amzar dengan mak dia...eiii..geram sangat-sangat.

Tuesday, October 11, 2016

Beli Educational Toys di Toysdirect.my

Tuesday, October 11, 2016 5 Comments
Assalamualaikum

Kanak-kanak dengan permainan tak boleh nak dipisahkan,betul tak..Tapi bentuk permainan macam mana yang perlu kita berikan kepada anak-anak kita.Adakah permainan biasa yang boleh dibeli hari ni,esok dah tak berguna lagi..Biasa kan kanak-kanak.Macam tu jugak anak aku,takat beli anak patung yang boleh pisah-pisahkan badan tu,sekejap je cantiknya,sejam dua,confirm tak tau kemana kaki dan tangan patung tu.

Sebagai ibu bapa kita kena bijak memilih permainan untuk anak-anak kita.Permainan macam mana kita nak berikan pada anak-anak kita..Tentulah permainan yang memberikan anak kita pelajaran.Sambil bermain,anak kita boleh belajar dengan alat permainan yang kita berikan pada dia tu.

Mana nak dapatkan Educational Toys ni atau dalam bahasa melayunya alat permainan untuk pendidikan?Aku rasa kat shopping mall pun boleh dapatkan permainan pembelajaran ni.Kalau nak senang lagi,sekarang ni dah ada online shopping untuk memberikan kesenangan dan kemudahan untuk kita ibubapa ni.Tak payah nak sibuk pi shopping mall..Tau jelah kalau bawa anak-anak masuk shopping mall.Katanya nak beli satu je,sampai sana,dua tiga benda yang dia nak beli..Oh tidak!!Macam si awfiyah tu,kalau dah masuk kedai mainan,confirm dua tiga mainan dia ambil..Tapi umi dia ok je,sampai kaunter pandailah umi nak adjust dengan cashier tu..

Lagi senang kalau ada online shopping seperti Toysdirect.my ni.Hah dalam website ni pelbagai jenis mainan yang boleh korang pilih sesuai dengan budget korang.Lagipun dalam online shopping ni,kebanyakkan mainan mempunyai harga yang mampu milik.Jadi tak payah risau untuk berbelanja di sini.

Meh aku nak cerita sikit tentang kewujudan Tosdirect.my ni.Toysdirect ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan telahpun berkhidmat dengan masyarakat selama dua tahun.Fokus utama mereka adalah pada alat permainan dan pendidikan,bahan Montessori dan buku.Toysdirect adalah peruncit yang menjual mainan pada harga borong kerana mereka ingin mencari lebih ramai kanak-kanak yang bermain alat permainan untuk pendidikan pada harga yang berpatutan.



Macam aku ni pulak,aku memilih untuk membeli Space Sand.Aku saja nak beli Space sand ni sebab kat bandar ni,budak-budak mana ada nak main tanah..At least diorang adalah kreativiti nak buat apa dengan tanah tu.Di dalam set Space Sand ni ada jugak disediakan tempat untuk letak tanah tu dan juga beberapa 30 aksesori untuk membentuk tanah tu..Mesti diorang suka kan.


space sand
Untuk pembelian korang boleh klik sini  http://www.toysdirect.my/product-1661762.html

Di dalam set ini korang boleh dapat Space sand seberat 4kg,Tray dan juga 30 aksesori yang comel.

Korang juga boleh pilih warna tanah yang korang nak...

Set Space Sand ni berharga RM58.00

Sangat affordable kan.Lagi satu sangat menarik minat anak-anak untuk bermain selain memberikan mereka peluang untuk mencipta menggunakan akal fikiran mereka sendiri.So nak dapatkan Space Sand ni korang boleh klik link kat atas nun.


Satu lagi produk Toysdirect yang aku suka adalah meja kayu dengan 4 kerusi ni.Meja kayu ini diperbuat dari kayu yang berkualiti.Jadi tak risau sangat bila anak-anak duduk di kerusi ini.
Meja ini adalah tempat Nur awfiyah membuat aktiviti colouring dan membaca.Di samping itu juga aku bagi dia makan di meja ni juga.Jadi meja ni khas untuk Awfiyah dan juga Naura.Mestilah diorang suka kan..

wooden table
Wooden table 4 chairs set ni adalah best selling di Toysdirect.Untuk mendapatkannya,korang boleh klik Link ni > http://www.toysdirect.my/product-1616859.html

Wooden Table 4 chairs set ni berharga RM239 per set termasuk postage ke WM.
Mengandungi 2 kerusi biru,2 kerusi pin dan meja.Diperbuat dari kayu yang berkualiti 

Size untuk meja adalah W60 x D 60  x H49.5
Manakala kerusi pula W30 x D29 x H58.5





Hah..apa lagi yang korang tunggu.Nak beli dengan harga yang sangat berbalo ini,jangan lupa untuk singgah di website mereka tau.Banyak lagi permainan pendidikan yang boleh korang pilih di website mereka.Boleh rambang biji mata nak pilih tau.Yang penting kena bijak untuk memilih.


Monday, October 10, 2016

Buku Disney Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest

Monday, October 10, 2016 29 Comments
Assalamualaikum


Nak memupuk minat membaca anak-anak kita ni bukannya senang.banyak sungguh cabaran yang perlu kita hadapi bila nak suruh diorang membaca.

Sebagai ibubapa,tanggungjawab kita bukan sahaja membesarkan mereka,bagi makan,bagi pelajaran di sekolah sahaja.Kita juga kena jadi cikgu kepada anak-anak kita ni.Bukan hanya membiarkan cikgu di sekolah je yang mengajar mereka kan.

Nak memupuk minat membaca ni,bukan dari sekolah sebenarnya.ianya bermula dari rumah,dari mereka kecil lagi dah kena pupuk minat.Jadi bila mereka dah bersekolah,minat dari kecil tu lah yang membawa mereka ke arah kejayaan.

Seawal mereka bayi lagi,kita dah kena dekatkan mereka dengan buku..betul tak.Jadi,nak mengajak mereka untuk minat buku,kenalah carikan buku-buku yang menarik minat mereka untuk terus membaca.Contohnya,kita kena cari buku yang berwarna warni,yang menarik minat mereka untuk melihat buku tu.Satu lagi,kartun animasi yang sentiasa di tayangkan di kaca televisyen tu hah!!Kalau di jadikan satu buku cerita yang menarik,ianya mampu memberikan satu daya tarikan untuk mereka.

Tapi tulah kan,kebanyakkan buku animasi yang ada didalam televisyen tu semuanya berbahasa Inggeris.Macam kanak-kanak yang masih belum sekolah atau di awal pra persekolah,manalah nak tau tentang bahasa lain selain dari bahasa melayu.Nak mengajar diorang tu pun mengambil masa yang lama.Dari diorang ada minat nak membaca,terus tak jadi.

Siapa kata buku kartun animasi yang terjual di pasaran hanya dalam bahasa Inggeris sahaja.Ni hah...Buku Disney  Edisi Bahasa Melayu terbitan  Advantage Quest mampu memberikan pembacaan yang luar biasa untuk kanak-kanak.

Macam anak-anak aku ni,dapat je buku tu,terus rasa teruja nak membaca.Bukan mereka je teruja,aku yang mak diorang ni pun sekali teruja.Bukan sahaja seronok membaca,malah ada latihan-latihan menarik yang disediakan di dalam buku tu.Jenuh juga mak diorang ni dok membaca.memang sangat-sangat menyeronokkan.

Ada juga buku colouring dari kartun animasi Frozen di samping sticker-sticker yang boleh ditampal di buku tu.

Antara buku keluaran Advantage Quest edisi bahasa melayu yang ibubapa boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.Kalau korang nak tau Advantage Quest adalah penerbit buku-buku Disney di Malaysia dan sejak tahun lepas lagi mereka telah menerbitkan 60 buah buku Disney dalam bahasa melayu.
Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Ni adalah buku-buku keluaran Advantage Quest tau.Banyak lagi buku yang menarik untuk anak-anak korang.Macam anak aku,dapat je buku ni,exited dia nak membaca dan membuat aktiviti dalam buku tu..Disamping diorang membaca tu,ada jugak aktiviti yang mereka lakukan dengan buku ni.Taklah diorang bosan untuk membaca kan.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Kakak damia yang  excited dapat buku ni.sampai taknak berkongsi dengan adik dia.
Si kecik tu pun suka sangat dengan buku Palace pets.Dia belek-belek buku tu rasa macam tak puas pulak kan.Dalam buku Palace pets ni nampak berwarna warni.Tu yang dia suka sangat.

Nak tengok lagi buku-buku edisi bahasa melayu yang korang boleh dapati di kedai-kedai buku popular ?
Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Selain dari tu,ada satu pek buku yang mengandungi sticker dan mewarna serta aktiviti-aktiviti yang seronok untuk dilakukan dengan buku ini.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Buku mewarna yang boleh diberikan kepada anak-anak setelah mereka membaca.Anak aku paling suka kalau bab mewarna ni.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Sure ramai kanak-kanak yang menggilai kartun animasi Frozen ni kan.Hah,dalam bahasa melayu pulak tu,Mesti diorang suka ni

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Ada juga buku cerita Snow White dan 7 orang kerdil ni.Masa aku kecil-kecil dulu,minat tengok kartun ni.

Aku rasa sangat berbaloi dapat buku ini untuk diberikan untuk anak-anak.Yang penting diorang enjoy untuk membaca dan membuat aktiviti mewarna ni.Jadi takdelah banyak paksaan untuk mereka membaca kan.

Jika korang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini,korang boleh dapatkannya di kedai-kedai berhampiran korang.


BELI BUKU DISNEY DAN BERPELUANG KE DISNEYLAND HONGKONG

Oh ya!! Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan "Percutian ke Disneyland Hong Kong" dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney ni.Borang peraduan boleh di perolehi di semua cawanan Buku Popular di seluruh Malaysia.



#BukuDisney  #MariBaca  #Popular  #AdvantageQuest




Friday, October 07, 2016

Risaunya Bila anak tercekik makanan

Friday, October 07, 2016 10 Comments
Assalamualaikum

Bukan semua makanan kita boleh bagi kat anak kan..Walau umur dah setahun,dah boleh makan nasi,dah boleh makan apa aje,tapi tak semua kita boleh bagi.Takat gigi 4 batang depan,mana mampu nak kunyah makanan biar lot kan.Ada je dia telan je makanan tu,dah bila dia telan makanan sebesar umat tu,risaunyalah bila tercekik.


Bila dah nampak anak tercekik makanan,apa korang buat? Dalam keadaan yang tak tentu hala tu,kekadang kita tak tau apa nak buat bila terjadi macam tu.Masa tulah kita panik tak tau nak buat ape.Masa hari tu,tak tau kenapa nenek dia boleh bagi pedal ayam kat dia..masa tu aku tengah makan,dia main ngan nenek dia..Tak taulah kenapa nenek dia bagi...huwaaa...Tetiba dia macam terbatuk dan nampak macam muntah-muntah keluarkan makanan tu..
bayi tercekik

Dah nampak gitu,aku terus ambil dia dan toggengkan..nasib baik,aku ingat apa yang nak kena buat masa tu..lepas aku tonggengkan dia,aku tepuk-tepuk belakang dia,sampai nampak dia nangis...Masa tu aku tak taulah jantung aku ni berhenti ke macam mana.uishhh...

Lepas ni,aku lebih berhati-hati dalam apa jua orang bagi makanan kat anak aku.Sebelum ni aku memang bagi makanan yang lembut je kat dia,Tak pernah lagi aku bagi makanan yang keras-keras bagi kat dia.

Bila dah situasi macam ni,macam-macam benda kita tak boleh nak fikirkan..Panik semacam jelah masa tu..Tapi dalam panik tu,nasib baik perbuatan spontan aku tu tak buatkan keadaan lagi teruk.Subhanallah..Mula terfikir jika terjadi apa-apa kat anak aku tu.Aku ada terbaca di majalah pama Apa yang perlu kita buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.

1.  Duduk atau berlutut di atas satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk  bahagian di antara tulang belikatnya beberapa kali.
2.  Jika ini gagal mengeluarkan halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.
3.  Jika dia masih tersedak, dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas hingga sebanyak empat kali.
4.  Jika anak anda tidak mula bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan pernafasan.


Harap lepas ni,aku lebih berhati-hati walaupun kesilapan tu bukan aku yang lakukan.Berwaspada setiap makanan yang diberikan pada dia.Siapa tak sayang anak oiiii

Wednesday, October 05, 2016

Rezeki Tanpa Disangka

Wednesday, October 05, 2016 10 Comments
Assalamualaikum

Rezeki Allah swt nak bagi ni,tak kira dalam bentuk apa pun.Tak kisahlah ianya dalam rupa duit atau barangan.

Memang syok kan bila dapat tau kita memenangi apa jua barangan dan wang tunai.seronok weh.Macam semalam,tetiba aku dapat satu messenger mengatakan aku pernah join contest dari mereka.

Terus bagi details apa yang diorang nak...hahaha....kalau nak ikutkan banyak lagi contest yang boleh kita join.yang penting kita kena berusaha lah kan..Selebihnya serahkan kepada Allah swt.kalau ada rezeki kita insya allah...

Aku memang suka tengok rakan-rakan yang join contest kemudian diorang menang.Kekadang jeles pulak bila tengok diorang menang tu.Rasa nak join jugak lah kan contest yang diorang join tu..

Seperti yang aku cakap tadi,semua tu nak kena usaha.Kalau takde usaha untuk join,macam mana nak ada kemenangan tu..

Ni ha...aku pun tak tau bila aku join..Tapi alhamdulillah...aku terpilih...kita tengok nanti..apa yang aku dapat ye..


Monday, October 03, 2016

Makanan..dia tak pernah tolak!

Monday, October 03, 2016 4 Comments
Assalamualaikum

Sejak dua menjak si Naura Auni ni dah ada gigi,apa juga makanan dia tak tolak..Tapi memang sifat kanak-kanak pun kan,tak menolak makanan yang diberikan pada dia.

Kekadang sampai aku naik risau bila dia tak henti makan,yang bestnya orang sekeliling kekadang tak tengok samada makanan tu boleh diberikan pada dia ke tidak.Nak menghalang dari bagi makan,kekadang ada yang orang boleh terima dan ada jugak yang boleh terima.

Sampai aku tak tau makanan yang dah masuk dalam perut dia tu.Yelah,tanpa kita ketahui,kita dah bagi makanan yang tak elok pada dia.Takut pulak terjadi apa-apa dengan kesihatan dan perkembangan diri dia.Seperti yang aku baca di majalah pama,bayi tidak memerlukan kalori,apa yang diperlukan oleh mereka adalah makanan yang ada nutrisi.Disini aku share artikel tentang jenis-jenis makanan yang masih dilarang untuk diberikan kepada mereka

Jus
Kalau kita ni,jus adalah minuman yang berkahsiat kan..Tetapi,tidak pulak bagi bayi.Jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi.Walaupun dihasilkan daripada buah,namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada.Better bagi buah tu terus kepada mereka.So benda ni aku memang dah buat pun kat rumah.Since dia dah ada gigi,aku rajin bagi buah kat dia,terutama buah epal dan sunquick.

Makanan Proses.
Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk,kita bagi anak kita makanan proses seperti daging burger proses,sosej atau nuget.Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan.Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran.Lebih sedap dan berkhasiat.Cuba untuk aku elakkan bagi dia makanan proses ni,walaupun ada jugak aku bagi,tapi takdelah sekerapnya.Aku pernah juga buat nugget sendiri untuk kakak fiyah dulu.Cuma sekarang ni je rajin tu berkurangan.

Minuman berkarbonat.
Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa meinuman berkarbonat yang sedang diminum.Alasanna kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut.Hakikatnya, ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi.Selain tidak berkhasiat,kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.Memberikan minuman berkarbonat ni memang sangat-sangat aku elakkan..Sebab tu kalau pi mana-mana aku bekalkan dia dengan botol air masak.Walau dirumah pun aku pastikan aku letakkan botol air masak di atas meja,Bila dia penat bermain,dia akan mencapai botol air masak tu dan minum.Kalau boleh memang aku nak ajar dia untuk minum air masak berbanding air kotak atau air bikarbonat.

Biskut.
"alah,sikit je bagi baby rasa biskut ni,Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan.Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat menganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti.lebik baik anda biasakan beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.Tapi dirumah memang aku bekalkan biskut.Cuma biskut yang aku bagi kat naura tu,bukan jenis biskut manis.Aku lebih suka kalau bagi dia biskut cracker.Cuma mungkin itu juga cadangan yang salah untuk aku berikan kepada dia.Insya allah,nak cari biskut yang sesuai untuk usia dia..kot korang ada cadangan biskut yang sesuai diberikan,boleh komen ye.

Agar-agar
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera.Apatah lagi jika si kecil melihatnya.Tetapi awas,jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula,perasa dan pewarna buatan.Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi,buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula pewarna atau perasa.



Di dunia zaman sekarang ni,banyak dah makanan yang tercemar dengan kandungan yang pelbagai yang boleh memudaratkan badan kita.Apatah lagi kalau diberikan kepada anak-anak kita.Sebagai ibu bapa,kita sentiasa nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Sedikit demi sedikit ilmu untuk menyajikan yang terbaik untuk anak-anak.Kita juga kan yang mencorak kehidupan anak kita.So,selagi boleh dicari ilmu yang bermanfaat untuk diolah untuk anak-anak,why not kita mencarikan.









Saturday, October 01, 2016

Party Hallowen Brick or Treat di Legoland Malaysia

Saturday, October 01, 2016 17 Comments
Assalamualaikum

Pesta Hallowen Brick Or Treat di Legoland menjanjikan  kepuasan kepada setap mereka yang datang.Baru-baru ini Legoland telah melancarkan  aktiviti tahunan mereka yang bertemakan Brick Or Treat.Pelancaran yang telah diadakan dari 16 september lalu akan berakhir pada 30 Oktober ini.


Atas jemputan dari pihak Legoland jumaat lalu,aku bawa family ke sini untuk menyaksikan pelancaran Pasrt Hollawen ni..Memang menggamatkan dengan aktiviti yang telah disediakan.


credit gambar:Nadia Johari

Majlis dimulakan dengan ucapan penyampaian dari orang kuat Legoland iaitu Mr.young Pil Kim (Merupakan pengurus besar (interim)Legoland Malaysia Resort.Diikuti ucapan Mr Casper Bonavant iaitu pengarah Operasi dan diikuti oleh ucapan dari Ms Sandy Soh iaitu Presiden PUDU Rotary Club.




Selepas ucapan dari orang-orang besar,Maka bermulalah aktiviti yang sangat menggamatkan suasana iaitu Pertandingan Kostume dari kanak-kanak comel ni.Masa ni memang aku tak sempat nak ambil gambar bagai.Dok berkejar dengan anak-anak aku yang macam zombi kampung pisang ni.Si kakak pulak nampak macam teruja,tapi nak dekat punyalah penakut.

Pertandingan Kostume dijuarai oleh Hantu pocong iaitu anak blogger nanie Isa.Memang dia ikut betul cara pocong..senyum pun tak wehhh...Memang layak menang.Selepas dari tu,adalah sketsa dari dua orang ni yang sangat mencuit hati disamping keluarlah, kawan-kawan zombie berkeliaran di atas dan bawah pentas.


Media yang datang di sajikan dengan pelbagai makanan enak.Aku kat situ kekenyangan air.Dek kerana masa tu aku tak berapa nak sihat,so makanan yang sedap semuanya aku rasa biasa-biasa je.Kalau aku sihat hari tu,dah lama habis makanan depan mata...What so rugi kan? Makanan yang dipamerkan pun sangat menarik perhatian semuanya bertemakan hallowen...So,anak-anak jelah yang makan makanan yang super sedap tu.


Lepas habis dari event tu,au bawa anak-anak jalan-jalan disekitar situ..Sebenarnya kalau ada sihat tuari,dah lama aku menjelajah di banyak tempat,cuma kesihatan je tak mengizinkan aku pergi..Tapi syukur,anak-anak tetap terhibur. Kalau korang nak lihat banyak lagi gambar semasa event dijalankan,bolehlah mengunjungi blog blogger yang join event ni seperti nadia johari,lan careno,mama maszull,suzlin dan ramai lagi





Tak banyak sangat gambar yang dapat aku ambil hari tu atas sebab-sebab tertentu...insya allah..ada masa dan rezeki anak-anak,nak repeat pergi ke sana nanti


Oh ya!! Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Brick Or Treat ni,korang boleh pilih date yang korang nak terjah nanti

Selected Dates : September(16-17 , 23-24 , 30) Oktober ( 1 , 7-8 , 14-15 , 21-22 , 28-29)
Time : 4pm to 9pm
Ticket : RM85 per entry
Location : Legolang Malaysia >> Legoland Hallowen

untuk maklumat lanjut boleh layari www.legoland.my atau korang boleh call terus di 07-5978888


Follow Us @aida_yusof81