28
Assalamualaikum


Nak memupuk minat membaca anak-anak kita ni bukannya senang.banyak sungguh cabaran yang perlu kita hadapi bila nak suruh diorang membaca.

Sebagai ibubapa,tanggungjawab kita bukan sahaja membesarkan mereka,bagi makan,bagi pelajaran di sekolah sahaja.Kita juga kena jadi cikgu kepada anak-anak kita ni.Bukan hanya membiarkan cikgu di sekolah je yang mengajar mereka kan.

Nak memupuk minat membaca ni,bukan dari sekolah sebenarnya.ianya bermula dari rumah,dari mereka kecil lagi dah kena pupuk minat.Jadi bila mereka dah bersekolah,minat dari kecil tu lah yang membawa mereka ke arah kejayaan.

Seawal mereka bayi lagi,kita dah kena dekatkan mereka dengan buku..betul tak.Jadi,nak mengajak mereka untuk minat buku,kenalah carikan buku-buku yang menarik minat mereka untuk terus membaca.Contohnya,kita kena cari buku yang berwarna warni,yang menarik minat mereka untuk melihat buku tu.Satu lagi,kartun animasi yang sentiasa di tayangkan di kaca televisyen tu hah!!Kalau di jadikan satu buku cerita yang menarik,ianya mampu memberikan satu daya tarikan untuk mereka.

Tapi tulah kan,kebanyakkan buku animasi yang ada didalam televisyen tu semuanya berbahasa Inggeris.Macam kanak-kanak yang masih belum sekolah atau di awal pra persekolah,manalah nak tau tentang bahasa lain selain dari bahasa melayu.Nak mengajar diorang tu pun mengambil masa yang lama.Dari diorang ada minat nak membaca,terus tak jadi.

Siapa kata buku kartun animasi yang terjual di pasaran hanya dalam bahasa Inggeris sahaja.Ni hah...Buku Disney  Edisi Bahasa Melayu terbitan  Advantage Quest mampu memberikan pembacaan yang luar biasa untuk kanak-kanak.

Macam anak-anak aku ni,dapat je buku tu,terus rasa teruja nak membaca.Bukan mereka je teruja,aku yang mak diorang ni pun sekali teruja.Bukan sahaja seronok membaca,malah ada latihan-latihan menarik yang disediakan di dalam buku tu.Jenuh juga mak diorang ni dok membaca.memang sangat-sangat menyeronokkan.

Ada juga buku colouring dari kartun animasi Frozen di samping sticker-sticker yang boleh ditampal di buku tu.

Antara buku keluaran Advantage Quest edisi bahasa melayu yang ibubapa boleh dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran korang.Kalau korang nak tau Advantage Quest adalah penerbit buku-buku Disney di Malaysia dan sejak tahun lepas lagi mereka telah menerbitkan 60 buah buku Disney dalam bahasa melayu.
Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Ni adalah buku-buku keluaran Advantage Quest tau.Banyak lagi buku yang menarik untuk anak-anak korang.Macam anak aku,dapat je buku ni,exited dia nak membaca dan membuat aktiviti dalam buku tu..Disamping diorang membaca tu,ada jugak aktiviti yang mereka lakukan dengan buku ni.Taklah diorang bosan untuk membaca kan.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Kakak damia yang  excited dapat buku ni.sampai taknak berkongsi dengan adik dia.
Si kecik tu pun suka sangat dengan buku Palace pets.Dia belek-belek buku tu rasa macam tak puas pulak kan.Dalam buku Palace pets ni nampak berwarna warni.Tu yang dia suka sangat.

Nak tengok lagi buku-buku edisi bahasa melayu yang korang boleh dapati di kedai-kedai buku popular ?
Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Selain dari tu,ada satu pek buku yang mengandungi sticker dan mewarna serta aktiviti-aktiviti yang seronok untuk dilakukan dengan buku ini.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Buku mewarna yang boleh diberikan kepada anak-anak setelah mereka membaca.Anak aku paling suka kalau bab mewarna ni.

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Sure ramai kanak-kanak yang menggilai kartun animasi Frozen ni kan.Hah,dalam bahasa melayu pulak tu,Mesti diorang suka ni

Buku Disney  Edisi bahasa Melayu dari Advantage Quest
Ada juga buku cerita Snow White dan 7 orang kerdil ni.Masa aku kecil-kecil dulu,minat tengok kartun ni.

Aku rasa sangat berbaloi dapat buku ini untuk diberikan untuk anak-anak.Yang penting diorang enjoy untuk membaca dan membuat aktiviti mewarna ni.Jadi takdelah banyak paksaan untuk mereka membaca kan.

Jika korang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini,korang boleh dapatkannya di kedai-kedai berhampiran korang.


BELI BUKU DISNEY DAN BERPELUANG KE DISNEYLAND HONGKONG

Oh ya!! Kedai Buku Popular sedang mengadakan peraduan "Percutian ke Disneyland Hong Kong" dengan setiap pembelian RM50 buku-buku Disney ni.Borang peraduan boleh di perolehi di semua cawanan Buku Popular di seluruh Malaysia.



#BukuDisney  #MariBaca  #Popular  #AdvantageQuest




Post a Comment

  1. buku-buku yang bagus untuk kanak-kanak

    ReplyDelete
  2. ok juga tu kalau ada terjemahan bahasa melayu

    ReplyDelete
  3. bgus ni utk anak2 sy,mesti diorang suka..

    ReplyDelete
  4. Masa kecik kalau dah suka baca buku dah besar memang suka baca.
    Tapi itulah buku ceritalah yg suka dibaca (anak kakaklah tu).
    Jadi kena beli juga buku ilmiah Eda - jgn macam kakak sebab masa baby selalu bacakan buku cerita sampai ke sudah dah besar asyik berkepit dgn novel aje. Buku belajar baca kejap dah mengantuk.

    ReplyDelete
  5. Blh d jdikn gift utk ank2 juga ni sesuatu yg brfaedah

    ReplyDelete
  6. Comelnye buku2 tu.. Tak sabar nak beli untuk Qhaliff.. Tapi Qhaliff kecik agik... hehehe

    ReplyDelete
  7. mmg best buku2 disney ni
    bukan anak2 suka..mak pak pun suka jugak
    heheh terbaik lah kan ngan gambar yang menarik terang ish kualiti mmg awesome

    ReplyDelete
  8. seronoknya boleh membaca buku yang menarik ni

    ReplyDelete
  9. Buku yg bewarna warni mmg akan menarik perhatian si kecil.. elok didik anak2 suka buku sejak kecil..

    ReplyDelete
  10. Kalau dari kecil dah suka membaca, memang sampai ke besarlah minat membaca. Bukan anak-anak tapi saya sendiri begitu. Anak-anak lelaki saya pulak, masa membeli memang teruja. Main ambil aje apa nak tapi lepas membeli, kena paksa baru nak membaca!

    ReplyDelete
  11. Hello ! This is not spam! But just an invitation to join us on "Directory Blogspot" to make your blog in 200 Countries
    Register in comments: blog name; blog address; and country
    All entries will receive awards for your blog
    cordially
    Chris
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. bagus bila dah ada version BM...dlm byk2 tu #InsideOut...dia ada movie dy tau....comel sgt citernya...

    ReplyDelete
  13. Boleh beli online tak?
    Nak beli jugak.

    ReplyDelete
  14. wah !! anak2 kaka dah pandai membaca.. memang kena beli la nih..

    ReplyDelete
  15. seronok tengok budak rajin membaca ;)
    https://nayfatimahrasyid.blogspot.my/2016/11/shanghai-fridge-magnet-giveaway-by-jari.html

    ReplyDelete
  16. masa kecik dulu kalau dapat buku fairy tale memang tengelam dalam alam fantasi .

    ReplyDelete
  17. good luck juga utk GA JM dan Ss

    ReplyDelete
  18. suka beli buku disney kat anak2, macam kita kecik2 dulu jugala

    ReplyDelete
  19. menariknye....rietta tgk pown tertarik...warna warni mmg bdk bdk suka...

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ida...bestnya boleh beli utk Darwisy nanti..:)

    ReplyDelete
  21. alaaaa...mana aciii! zaman Sally takde pun buku cecantik gini..hahahaha...amboi kakak, siap xnak kongsi!

    ReplyDelete
  22. wahhhh bestttnyaaaaaa.. zaman dulu dulu mana ada buku buku mcm ni hehehe

    ReplyDelete
  23. Menarik. Anak-anak saya pun pantang jumpa buku-buku ni, mesti minta beli

    ReplyDelete
  24. masa pergi popular baru-baru ni, ada nampak
    tapi belum berkesempatan nak belek
    betul, saya setuju bab mempupuk minat anak-anak membaca

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top