17
Assalamualaikum

Pesta Hallowen Brick Or Treat di Legoland menjanjikan  kepuasan kepada setap mereka yang datang.Baru-baru ini Legoland telah melancarkan  aktiviti tahunan mereka yang bertemakan Brick Or Treat.Pelancaran yang telah diadakan dari 16 september lalu akan berakhir pada 30 Oktober ini.


Atas jemputan dari pihak Legoland jumaat lalu,aku bawa family ke sini untuk menyaksikan pelancaran Pasrt Hollawen ni..Memang menggamatkan dengan aktiviti yang telah disediakan.


credit gambar:Nadia Johari

Majlis dimulakan dengan ucapan penyampaian dari orang kuat Legoland iaitu Mr.young Pil Kim (Merupakan pengurus besar (interim)Legoland Malaysia Resort.Diikuti ucapan Mr Casper Bonavant iaitu pengarah Operasi dan diikuti oleh ucapan dari Ms Sandy Soh iaitu Presiden PUDU Rotary Club.




Selepas ucapan dari orang-orang besar,Maka bermulalah aktiviti yang sangat menggamatkan suasana iaitu Pertandingan Kostume dari kanak-kanak comel ni.Masa ni memang aku tak sempat nak ambil gambar bagai.Dok berkejar dengan anak-anak aku yang macam zombi kampung pisang ni.Si kakak pulak nampak macam teruja,tapi nak dekat punyalah penakut.

Pertandingan Kostume dijuarai oleh Hantu pocong iaitu anak blogger nanie Isa.Memang dia ikut betul cara pocong..senyum pun tak wehhh...Memang layak menang.Selepas dari tu,adalah sketsa dari dua orang ni yang sangat mencuit hati disamping keluarlah, kawan-kawan zombie berkeliaran di atas dan bawah pentas.


Media yang datang di sajikan dengan pelbagai makanan enak.Aku kat situ kekenyangan air.Dek kerana masa tu aku tak berapa nak sihat,so makanan yang sedap semuanya aku rasa biasa-biasa je.Kalau aku sihat hari tu,dah lama habis makanan depan mata...What so rugi kan? Makanan yang dipamerkan pun sangat menarik perhatian semuanya bertemakan hallowen...So,anak-anak jelah yang makan makanan yang super sedap tu.


Lepas habis dari event tu,au bawa anak-anak jalan-jalan disekitar situ..Sebenarnya kalau ada sihat tuari,dah lama aku menjelajah di banyak tempat,cuma kesihatan je tak mengizinkan aku pergi..Tapi syukur,anak-anak tetap terhibur. Kalau korang nak lihat banyak lagi gambar semasa event dijalankan,bolehlah mengunjungi blog blogger yang join event ni seperti nadia johari,lan careno,mama maszull,suzlin dan ramai lagi





Tak banyak sangat gambar yang dapat aku ambil hari tu atas sebab-sebab tertentu...insya allah..ada masa dan rezeki anak-anak,nak repeat pergi ke sana nanti


Oh ya!! Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Brick Or Treat ni,korang boleh pilih date yang korang nak terjah nanti

Selected Dates : September(16-17 , 23-24 , 30) Oktober ( 1 , 7-8 , 14-15 , 21-22 , 28-29)
Time : 4pm to 9pm
Ticket : RM85 per entry
Location : Legolang Malaysia >> Legoland Hallowen

untuk maklumat lanjut boleh layari www.legoland.my atau korang boleh call terus di 07-5978888


Post a Comment

  1. assalamualaikum ida...x pe lain kali boleh pi lg kn...:)

    ReplyDelete
  2. x pnah pi lagi.. sbb macam mahal je.. hmm..

    ReplyDelete
  3. Baru pi Legoland awal bulan September 2016, tak sempat update lagi kisah di sana hehehe...masa julia pi sudha ada tema hallowen ni, meriah juga tgk sana sini.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai lagi Legoland. Sebab mahai gak tiket masuk dia...

    ReplyDelete
  5. Wah bestnya SR..
    Boleh bawa family lagi..

    ReplyDelete
  6. Bestnya! Seronoklah Naura dan Fiyah tu

    ReplyDelete
  7. best sangat sejak ada anak ni..hehee..enjoy

    ReplyDelete
  8. bestnyeee... nak pergi jugakkkkkkkkkk... haha

    ReplyDelete
  9. berbaloi tak dengan harga? hehehe

    ReplyDelete
  10. best ye,bebaloi pergi..makanan pun takut nak makn..mcm hantu jugak
    hahha

    ReplyDelete
  11. Bestnyaaa! Rasa macam nak pergi pulak. :D

    ReplyDelete
  12. tema halloween mmg menarik betul la..

    ReplyDelete
  13. bestnyaaa. tak pernah sampai lagi

    ReplyDelete
  14. bestnyaa.. bawa la saya pergi sekali :D

    ReplyDelete
  15. bestnya akak dah pergi legoland..farah bila tah nak bawak Emir datang sini..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top