6
Assalamualaikum

Sebenarnya aku dah ketinggalan beberapa episode...Memang masa cerita ni diiklankan,macam best je..macam nak tengok je..Tapi tak tertengok-tengok.Last² aku lupa gitu je cerita tu.Dah episode ke 9 kot baru aku tengok...Tetiba terjatuh cinta dengan cerita ni.

Terus aku tengok online dari episode pertama hingga ke 9 tu..wah...jatuh cinta gitu..So,dengan gigihnya aku tunggu pukul 10 setiap hari untuk tengok cerita ni.Sebenarnya aku prefer tengok online je sebab takde iklan yang muncul.Tapi rasa macam tak syok pulak bila dapat tengok siaran langsung gitu..

Korang ada ke yang follow cerita ni..Meh aku share sikit tentang Sinopsis Patahnya Sebelah sayap ni.

Patahnya Sebelah Sayap di TV3


SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Kita tengok pulak siapa pelakon Patahnya Sebelah sayap ni pulak

WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Putra Amaris sebagai Rizal
Syainie Shuhaimi sebagai Leen
Zainab Othman sebagai Halimah
Azhar Amir sebagai Datuk Farid
Norzila Abu Samad sebagai Datin Sofea
Iskandar Zulkarnaian sebagai Edmund
Neera Azizi sebagai Mira
Nur Amisah Abdullah sebagai Midah
Mohd Syuk sebagai Ramli
Helvera Susanti sebagai Seri
Syamiera Farha sebagai Siti
Siti Mili sebagai Habibah
Aman Shah sebagai Dr Taslim
Wan Nor Azlin sebagai Dr Zaleha

Memang bestlah cerita ni,buat setakat ni lah yang aku tengok.Dalam cerita ni aku paling menyampah dengan Amzar dengan mak dia...eiii..geram sangat-sangat.

Post a Comment

  1. Kelihatan menarik jugak ye jalan ceritanya KD.... Tak pernah tengoklah ...Pelakon dia pun mcm best jugak tu. Nantilah kalau sempat dan terserempak kat TV nak try layan jugak

    ReplyDelete
  2. sy ikuti jg...ramai kata ni tiru drama korea x kisah laa janji best n bkn pelakon2 kayu hahaha

    ReplyDelete
  3. best kan..layan juga drama ni..walaupon copypaste drama korea..peminat korea kemain meroyan..hehe

    ReplyDelete
  4. Drama ni mmg tgh hot skrg. Tp x sempat nk follow lagi.
    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
  5. Suka kalau Ummi Nazeera yg berlakon..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top