Program Mudah Kurus Bersama Dr Malinda

Monday, October 31, 2016

Assalamualaikum

Obesiti di Malaysia sekarang ini semakin lama semakin membimbangkan.Lihat sahaja peratusan obesiti semakin tahun semakin meningkat.
peratusan obesiti di malaysia

obesiti di malaysia
sumber: google



Kesedaran ini perlu dipupuk supaya masalah obesiti di kalangan masyarakat kita ini dapat diatasi.Sebab tulah Program kesedaran tentang obesiti ni perlu dibuat supaya masyarakat kita lebih peka tentang kesihatan.Bukan sahaja dari segi kesihatan malah dari segi pengambilan makanan dan juga aktiviti yang dilakukan setiap hari.

Bahaya Obesiti berkait rapat dengan pelbagai jenis penyakit antaranya

  • Diabetes(kencing manis)
  • Hipertensi(Darah tinggi)
  • Kolestrol tinggi
  • Penyakit Jantung koronari
  • Stroke(angin ahmar)
  • Batu hempedu
  • Kanser payudara
  • Kanser prostat dan banyak lagi.
Mungkin selama ni kita pernah berdiet tetapi payah sangat nak turun berat badan.Kalau turun pun mungkin dalam 1-2 kg sahaja.Lepas tu kita give up sebab kita tak tau sebenarnya jenis lemak yang ada dalam badan kita dan semua lemak tu tak sama.Lemak terbahagi kepada 3 jenis iaitu
  • Lemak untuk Struktur iaitu lemak baik yang penting untuk protect oragan-oragan dalaman,sendi dan membentuk rupa bentuk muka,Lemak ini biasanya digunakan sebagai sumber tenaga
  • Lemak Normal-lemak baik in iada sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan seperti Tangki tenaga.
  • Lemak abnormal-iaitu tisu adipose adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan dibawah kulit ,sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai Tangki spate.Lemak ini kelihatan membuncit dan berlipat di tubuh anda.Ia sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon yang akan menganggu sistem tubuh badan anda.Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama,Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir kebuluran sahaja,lemak ini akan dibakar dan mula digunakan sebagai tenaga.Jadi bila anda berdiet 1-2 bulan pertama,lemak jenis 2 yang mula dibakar tetapi lemak jenis 3 akan kekal disitu.Macam mana nak menggerakkan lemak jenis 3 ini adalah dengan bantuan HCG
HCG pula sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil,ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi rangsangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga.Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang HCG dan fungsinya.bolehlah menghadirkan diri di dalam program mudah kurus bersama Dr.Malinda ni

HCG berfungsi untuk mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan(homeostasis).Ia boleh mengawal kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekakan darah,suhu badan,selera makan dan berat badan.
HCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk menggerakkan lemak-lemak degil yng tersimpan lama di dalam badan.



Program mudah kurus bersama Dr.Malinda akan membuka peluang kepada anda yang ingin kurus dan sihat.Kebaikkan program ini adalah seperti DETOX program.Diet yang diambil adalah diet yang sihat tanpa gula ,karbohidrat,tanpa makanan terproses,rendah lemak dan tiada minuman berkarbonat.

Dr.Malinda Mohd Ali adalah Pakar Penuaan Sihat dan Obesiti dari Future Wellens Sdn Bhd,Health & Trainin Consultancy.Mempunyai pengalaman 15 tahun sebagai Doktor Perubatan dan tealah memberi coaching untuk Program HCG selama 4 tahun.Beliau telah membantu lebih dari 300 klient mencapai berat badan idaman mereka.

Bonus dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolisma dalam badan ke satu setting yang baru dan  keadaan ini mengelakkan berlakunya kesan YOYO.Jadi anda tidak perlu risau bila anda berhenti dari program ini nanti.


Antara Testimoni yang sudah berjaya di dalam Program Mudah kurus ini

1-Puan Farah
testimoni mudah kurus
Setelah sekian lama...aku kini bersedia berkongsi dgn rakan2 tntang apa yg aku telah lalui utk beberapa bulan ni...
OBESITI....
Satu istilah yg menjadi kengerian buat aku ketika ini...telah berpuluh tahun aku hidup dlm kesilapan, kealpaan dan kezaliman pada tubuh badan yg Allah kurniakan...
Pengalaman menjaga suami yg tak sihat menyedarkan aku akan pentingnya menjaga tekak dan perut kite...makan bukan ikut tekak tp ikut keperluan...
Tapi ini bukanlah BIG WHY aku yg pertama...ini sebenarnya BIG WHY aku kenapa aku tak nak lgi hidup dlm obesiti...
Satu impian aku ialah nak dipanggil IBU....hati wanita mane yg xde impian tu selepas berkahwin...1 day....aku sembang ngan adik aku yg doktor...
"Long, aku nk cite sket" : Aku tgk kt wad aku skrg...ramai pompuan yg big size pegnen...kesian dorg sbb bru 6,7 bulan pegnen dh kene warded sbb gula tinggi, darah tinggi...pastu kene paksa bersalin awal...
Aku jadi ngeri plak bile adik ckp cmtu...trus fikir...aku cikgu sains...aku blajr ttg fisiologi manusia dr sekolah lg...ilmu klu pemakanan tak seimbang dan kesannya mmg dh tau dh...tp knp aku x apply dlm life aku ???
Aku tringat ms keguguran aku tny doktor knp aku boleh gugur sedangkan aku jaga sgt2 pergerakan...
"Sbnrnya kandungan puan ni dia x menjadi sbb kdgkala klu kandungan gula atau garam atau ap2 shja yg x sepatutnya tinggi dlm darah menjadi tinggi, atau terlalu rendah...pembentukan bayi boleh terganggu..mcm org buat kek...klu terlebih tepung, terkurang soda ke...kek tu bantat kan...jadi umpama cmtu la..."
Aku muhasabah diri...combinekan ap yg angah ckp, ap yg gynea ckp dan ilmu2 yg aku tau...aku gugel, tny org2 tua.. satu yg aku dpt simpulkan....bila nk pregnen...badan mesti ready...baik zahir atau batin...kesihatan no 1...ap yg masuk dlm bdn kite akan effect pd baby...aku tahu Allah dh tentukan anak syurga aku bukan utk temani aku di dunia...aku rs 8 sbb x jaga dia baik2...makan ikut tekak...konon mengidam...huhu...
Paling tragis...
Ad istri spupu suami...kami xpernah jmp sjak kawen..ms kami makn kt meja...dia ckp ngan suami...
"X sgka awak kawen dgn farah ye....akak ingat awak cari yang......hmmm"
"Adik bradik farah semua mmg gemuk2 eh?"
Klu korg kt tmpat aku...ape korg rasa?
****************************************************
Selepas semua ini...Allah bukak luas2 hati ini utk berubah...Allah temukan aku dengan Izzah Razak, Dr Malinda Mohd Ali dan Elzura Basirun...duit boleh cari...kesihatan?...so ni yg aku buat for these few months:
*join 1st cycle hcg program under doc malinda
*menang contest doc malinda and won 2nd cycle hcg..(best giler kot...hahaha...)
*cut down carbo and oily food, no more sugar but sometimes cheat day is must..hehehe...
*avoid 3 in 1....tak kira la ko letak ape dlm tu...sgala kacip dan tongkat skalipun...xnak dah...

2-Puan Suriya

testimoni mudah kurus
Salam Jumaat yang penuh barokah...

Melihat foto ini,,terpanggil aku untuk mengimbau keadaanku lebih dari setahun yang lalu..
Memiliki berat badan lebih dari 100kg??..apa yg kurasa??
Ianya hanya..igauan yang melukakan;

*Sukar untuk beribadah..solat pun sering duduk,,
*Penyakit datang bertimpa timpa..1..2..3..4..5,,
*Hilang keyakinan diri,,
*Tekanan perasaan,,
*Sering jadi bahan gurauan...(so irritating)
*Hati sakit...jiwa pedih..
Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..

Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..

Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.

Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..

*Let the photo speaks by itself*
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat




Bagaimana untuk join program Mudah Kurus Bersama Dr.Malinda ini,anda boleh terus ke 

Blog : Dr.Malinda
Facebook : Dr Malinda
Direct call ke : +60 17 508 4430 

#DrMalinda #MudahKurus20 #JomKurusCepat



You Might Also Like

5 Orang Komen

  1. Ala.. saya tak nak kurus... Nak besarkan badan pual...

    ReplyDelete
  2. Wah siap ada program macam ni ..bagus kan Aida...semoga dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan

    ReplyDelete
  3. Bagus sangat ada program macam ni..amalkan gaya hidup sihat :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"