10
Assalamualaikum

Bukan semua makanan kita boleh bagi kat anak kan..Walau umur dah setahun,dah boleh makan nasi,dah boleh makan apa aje,tapi tak semua kita boleh bagi.Takat gigi 4 batang depan,mana mampu nak kunyah makanan biar lot kan.Ada je dia telan je makanan tu,dah bila dia telan makanan sebesar umat tu,risaunyalah bila tercekik.


Bila dah nampak anak tercekik makanan,apa korang buat? Dalam keadaan yang tak tentu hala tu,kekadang kita tak tau apa nak buat bila terjadi macam tu.Masa tulah kita panik tak tau nak buat ape.Masa hari tu,tak tau kenapa nenek dia boleh bagi pedal ayam kat dia..masa tu aku tengah makan,dia main ngan nenek dia..Tak taulah kenapa nenek dia bagi...huwaaa...Tetiba dia macam terbatuk dan nampak macam muntah-muntah keluarkan makanan tu..
bayi tercekik

Dah nampak gitu,aku terus ambil dia dan toggengkan..nasib baik,aku ingat apa yang nak kena buat masa tu..lepas aku tonggengkan dia,aku tepuk-tepuk belakang dia,sampai nampak dia nangis...Masa tu aku tak taulah jantung aku ni berhenti ke macam mana.uishhh...

Lepas ni,aku lebih berhati-hati dalam apa jua orang bagi makanan kat anak aku.Sebelum ni aku memang bagi makanan yang lembut je kat dia,Tak pernah lagi aku bagi makanan yang keras-keras bagi kat dia.

Bila dah situasi macam ni,macam-macam benda kita tak boleh nak fikirkan..Panik semacam jelah masa tu..Tapi dalam panik tu,nasib baik perbuatan spontan aku tu tak buatkan keadaan lagi teruk.Subhanallah..Mula terfikir jika terjadi apa-apa kat anak aku tu.Aku ada terbaca di majalah pama Apa yang perlu kita buat bila berhadapan dengan situasi macam ni.

1.  Duduk atau berlutut di atas satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk  bahagian di antara tulang belikatnya beberapa kali.
2.  Jika ini gagal mengeluarkan halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.
3.  Jika dia masih tersedak, dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke atas hingga sebanyak empat kali.
4.  Jika anak anda tidak mula bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan pernafasan.


Harap lepas ni,aku lebih berhati-hati walaupun kesilapan tu bukan aku yang lakukan.Berwaspada setiap makanan yang diberikan pada dia.Siapa tak sayang anak oiiii

Post a Comment

  1. memang kena hati-hati bg makanan kat baby supaya tak tercekik.

    ReplyDelete
  2. Bab2 tercekik ni yang aku risau bila ada anak kecil ... kena lebih berhati2 kan.

    ReplyDelete
  3. Nabil pernah tercekik tulang masa makan di sekolah..
    risau hati akak ni SR..
    Esok pagi terus bawa kelinik..
    Alhamdulillah tak ada tulang tu cuma kesan luka aje.

    ReplyDelete
  4. Masya-Allah! nasib baik dlm pada panik tu masih cepat bertindak
    Kakak rasa ramai ibu-bapa yg pernah alami kes anak tercekik makanan
    Anak kakak dulu tercekik makan cempedak. Nampak lembut tapi dia telan tak boleh keluarkan tak boleh. Masa tu arwah MIL kakak ada lagi - dia tepuk belakang terus keluar. Ngeri kan..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    baru-baru ni nur lagi cuak... bagi anak orang minum air masak sampai tersedak..
    perasaan takut tu Allah je yang tahu... takut sangat-sangat...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah mujur sis cepat bertindak. Memang bahaya kalau anak tercekik ni, kita boleh jadi blur tak tau nak buat apa.

    ReplyDelete
  7. samalah macam nad, masih bagi benda lembut dekat anak. Tetiba kalau orang lain bagi benda keras, memang nad bising sikit..seram kalau tercekik

    ReplyDelete
  8. in sha Allah...moga lebih hati-hati lepas ni..lagi kalau anak jenis mengutip..

    ReplyDelete
  9. memang panik kalau berdepan masalah macam ni. thanks ifno ni sis

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top