3
Assalamualaikum

Bila bintik hitam tumbuh di bahagian hidung,memang sangat-sangat mengerikan.Kalau dulu,masa zaman muda remaja,kulit aku memang bermasalah.Bintik hitam dan pori terbuka tu memang menjadi salah satu masalah pada kulit aku.

Banyak dah produk yang aku cuba untuk menghilangkan bintik hitam ni.Kalau dah geram sangat,hidung ni akan jadi mangsa si kukulah jawabnya..Ada je masa nak kupis² hidung tu dengan jari.Tapi sebenarnya salah satu sebab bintik hitam tu makin banyak adalah penggunaan jari..Yelah,kita tak tau jari kita tu bersih ke tidak kan...Bila dah selalu buat macam tu,maka bertambah teruk lah jadinya.

Sebenarnya banyak tips yang boleh kita gunakan untuk menghilangkan bintik hitam di hidung khususnya.Selain dari menggunakan produk yang ada di pasaran,banyak tips tradisi yang boleh kita ikuti.

Jom kita lihat,Tips menghilangkan bintik hitam di muka

Putih Telur
Ambil sebiji telur,pecahkan dan asingkan putih dan kuningnya.Pukul putih telur untuk seketika dan selepas itu sapukan putih telur ke seluruh bahagian muka terutamanya ke bahagian yang banyak terdapat bintik hitam dan putih,Biarkan kering,selepas itu bilas dengan air yang bersih.Amalkan secara kerap untuk hasil yang efektif.
** Apa yang aku pernah buat dulu,putih telur tu,aku letak pada kapas muka yang 4 segi tu..Pastikan kapas muka tu korang dah belah nipis-nipis.Lepas tu celup kat putih telur dan terus lekapkan kat bahagian bintik hitam tu..Dah kering,korang cabutlah slow².Lepas tu korang akan nampak bintik hitam dan putih akan melekat dekat kapas muka tu...

Kacang Soya
Kisarkan beberapa biji kacang soya hingga halus.Sapukan ke seluruh muka terutamanya di bahagian hidung,dahi dan dagu.Biarkan sehingga  kering.Selepas itu bila dengan air bersih dan lap dengan tuala yang kering.Kandungan vitamin dari kacang soya selain dapat menghilangkan bintik hitam,ia juga dapat melembutkan kulit.Apa yang kita tahu,soya ni hanya untuk minum sahaja kan..Tapi tak sangka soya tu boleh membuatkan kulit kita lembut.

Buah Betik
Ambil sepotomg dua betik masak dan kisarkan sehingga halus.Untuk kesan yang lebih efektif,tambahkan dengan sedikit susu segar dan madu.Sapu secara rata ke seluruh bahagian muka.Biakran sehingga kering dan bilas.Vitamin dalam buah betik dapat membantu memutihkan dan menghaluskan kulit muka.

lemon atau limau
Ambil sebiji lemon atau limau dan belah kepada dua bahagian.Gosokkan secara lembut ke seluruh bahagian muka terutamanya pada bahagian kulit yang bermasalah bintik hitam dan putih.Lakukan secar kerap untuk melihat hasilnya.lemon dan limau juga berkesan untuk mengurangkan minyak pada wajah.Bersihakn muka selepas jus limau atau lemon kering seketika.


Tips tambahan untuk korang yang pori-porinya nampak aga besar saiznya,anda boleh tekapkan ketelun ais untuk mengecilkan saiz pori.Pastikan korang menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur.Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda.Gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.

Untuk kecantikkan dari dalam,korang kenalah memperbanyakkan minum air masak setiap hari.
Alhamdulillah, walaupun sekarang aku banyak jugakalh kesan-kesan jerawat dulu,tapi syukur,takdelah lagi kulit berminyak dan berjerawat.Di pasaran sekarang ni,terlalu banyak produk kecantikkan yang mempunyai mercury yang patut kita selidiki sebelum membeli.Pilihan di tangan kita,semak sebelum membeli kerana kita sebagai pengguna sentiasa mempunyai hak untuk memutuskan samada ingin membeli atau tidak.Perlu atau tidak untuk melihat dahulu kandungan yang terdapat di dalam produk tersebut.

Yelah,kulit muka kita ni sensitif,kalau tersalah memilih,takut nanti boleh merosakkan kulit muka,Nak perbaiki balik mungkin ambil masa yang panjangkan...Setakat ni,tu sahajalah yang boleh dikongsi Tips menghilangkan bintik hitam ni dengan korang.Sumber dair Notawanita ni sangat-sangat berguna untuk kita mencuba kan..





Post a Comment

  1. wahhh thank you for the tips! boleh try buat lepas ni :D

    ReplyDelete
  2. Selalu baca putih telur.. lemon pun boleh jugak rupanya..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

 
Top