Wednesday, November 30, 2016

Mister Potato Chips Berperisa Keladi

Wednesday, November 30, 2016 7 Comments
Assalamualaikum

Nak kata viral kat facebook tu tidaklah..Tapi bila ramai yang dok post kat fb pasal Mister Potato Chips berperisa keladi tu,rasa teringin jugak la kan nak mencuba.

Dari bulan lepas lagi rasa nak beli,tapi tak terbeli-beli..Tapi di Melaka tempohari,bila dah masuk 7E,ternampak Mr.Potato ni..Huii..memang hebatlah sebab kat ruangan tu,tinggal 3 tin je..Mungkin ramai yang suka dengan keenakkan rasa terbaru ni..Alhamdulillah...dapatlah sambar seketul...


Nampak tak siapa yang menakluki Mr.Potato tu..Dapat pada dia,memang taklah dia nak bagi kat orang lain kan

Harga?..hehehe...aku pun dah lupa harganya..So far,aku sukakan rasa mr.potato perisa keladi ni,rasa lemak-lemak masin dia tu,rasa nak makan..makan...dan makan lagi..


So kalau korang nak dapatkannya,di mana-mana kedai pun ada kot..Tapi kalau takut tak jumpa,cari je kat 7E-leven...confirm ada..

Tuesday, November 29, 2016

Bedak Ruam Bayi Penawar segala jenis Penyakit Kulit

Tuesday, November 29, 2016 4 Comments
Assalamualaikum

rawatan kulit

Pernah dengar tak Ruam Bayi Powder? Tahu tak kehebatan produk ini pada bayi dan anda?Ruam Bayi Powder ini dapat membantu mereka atau bayi  yang menghidap penyakit ekzema,psoriasis,ruam kudis buta,kurap,panau dan lain-lain.


Ia diperbuat dari bahan semulajadi dari tanah liat putih yang berkualiti tinggi.Yelah..risaukan bila anak kena penyakit-penyakit seperti ini..Mestilah nak tidur pun susah...So,solution untuk masalah ini adalah Ruam bayi Powder.Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah SAW berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit,

Dari Aisyah r.a.d, Berkata: Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.“ (Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)
Keistimewaan Ruam Bayi Powder ini


  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi
  • Ia mengnadungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit.Kulit terasa sejuk dan lembut.
  • Satu bekas tahan agak lama.Selalunya boleh digunakan sehingga beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain,alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita akan berkurangan.
  • Bebas paraben dan juga bahan-bahan kimia yang berbahaya.
  • Selamatlah anak-anak nada terutama yang masih bayi,sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi sperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
  • Ruam bayi powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam.Ramai yang cakap berbaloi dan berkesan



Lihat sahaja testimoni mereka yang sudah menggunakan Bedak Ruam bayi ini




Nak ingatkan Korang 'Pastikan Beli yang Original "

Untuk korang yang ingin mendapatkan maklumat dan juga harga sila lawati Official Website di bawah ini.




Facebook


Phone

HQ  En. Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran) 
 Puan Nurul : 017 6239935 ( Produk Owner)  




#bedakruambayi #ruambayipowder #psoriasis #eczema  

Saturday, November 26, 2016

Rawat tumit pecah dengan cara ini!

Saturday, November 26, 2016 8 Comments
Assalamualaikum

Kalau dah wanita ni kan,kenalah jaga dari atas sampai ke bawah.Walau korang kata,ala...kawasan tumit..bukan orang nampak pun..kan pakai stokin..Tapi...kepada diri sendiri..Keyakinan dari diri sendiri bila melihat tumit kaki merekah..Tentulah risau jugak kan.


Apa yang korang akan buat bila tumit kaki merekah ek?Kadang-kadang banyak faktor yang menyebabkan tumit kaki merekah.Bukan sahaja sebab pemakaian kasut,malah melibatkan apa yang kita makan dan minum..eh..betul ke tu?Berapa gelas sehari korang minum untuk badan korang.Sebab tumit pecah ni pun berpunca dari kurangnya minum air..ye ke?

Nampak macam mudah je pasal tumit merekah ni kan sebab ia tidak berbahaya,tetapi ia adalah petanda bahawa kulit kita kering.Pada mulanya kulit akan nampak berkilat dan seterusnya bersisik.Kalau tak dirawat dari awal,bahagian tumit akan merekah .


APAKAH PUNCA TUMIT MEREKAH?
  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering,berkilat,bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah.Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering,biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil,wanita juga berdepan dengan masalah ini.Ia dikatikan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat.Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.


emmm..dah tau kan punca tumit merekah tu.So apa pula solution kepada masalah ini..Mudah atau susah?Apa yang aku baca dari majalah wanita,terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah ini.

CARA MENGATASI TUMIT MEREKAH
  • Minum air secukupnya,Jika cuaca panas,tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen,minyak atau krim khas.Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan.Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.






PETUA MERAWAT TUMIT MEREKAH



  • Lumur asam jawa di bahagian tumit , kemudian rendamkan kaki seketika di dalam air suam yang berisi garam bukit.
  • Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih berembun di waktu pagi. Lakukan setiap hari sehingga berpuas hati.
  • Lenyek tumit atau bahagian kaki yang merekah dengan beberapa butir nasi yang masih suam. Lakukan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
  • Gosok bahagian yang pecah dengan batu sungai, ia dapat menanggalkan sel kulit mati dan melicinkan bahagian ini.
  • Gosok tumit pecah dengan bawang merah.



So bila dah tau punca tumit merekah ni,boleh lah kita atasinya dengan petua ini.Ataupun sebelum ianya menjadi teruk,patut kita elakkan..betul tak..Moga entry ni bermanfaat untuk kita semua..Kaki aku pun dah sikit merekah..Tetapi setiap malam,aku cuma sapukan losyen pada kaki dan badan.Sebabnya kulit memang kering.Sebab tulah kena pakai losyen..Air pun tak minum banyak mana,..Kalau rajin lebih dari 2 liter sehari..Kalau tak mybe dalam 1 setengah liter je

Friday, November 25, 2016

Kami Di Melaka

Friday, November 25, 2016 6 Comments

Assalamualaikum

Dari sehari ke sehari nak update blog.Memang sekarang ni sedang bercuti.Seperti biasa time bercuti memang jarang nak sentuh blog.Yang ada pun cuma auto publish sahaja.

Start dari rabu tuari lagi dah ada di Melaka.Kali ni umi bawa kak fiyah dengan nenek sekali.Anak saudara berkahwin,jadi amik cuti dua tiga hari untuk tolong apa yang  patut.

Excited la kak fiyah bila umi ajak dia berjalan..Memang lama dah tak bawa dia balik ke kampung.Alang-alang dah bercuti lama ni,bawa dia sekali..

Ada ke blogger Melaka kat sini..Setahu aku,ramai jugak blogger Melaka.Cuma mungkin tak sempat nak berjumpa kalau dekat pun.Al maklum,mak pengantin tak sempat nak on fb waima ada je peluang nak jengah sekejap..Ni pun,as usual,tak boleh nak tidur ni..update la dulu..kasi bersih..

Ok..see you soon.Belanja gambar kakak ngan adik dulu la ye..

Kakak kalau disuruh bergambar,ade jelah dia nak buat aksi2 macam ni..

Wednesday, November 23, 2016

Big Baby Fair Di Lazada 23 NOV-27 NOV 2016

Wednesday, November 23, 2016 2 Comments
Assalamualaikum

Nak bagi berita gembira buat mommy and daddy yang ada anak di luar sana..Yang takde tu pun boleh survey untuk anak yang bakal lahir tu kan.

Apa berita baik tu..Yessss...Tajuk pun dah tau kan Lazada ada sales untuk semua barangan baby..Wah..syoknya..Ada kan Parents yang dah gaji..Of courselah ada sedikit simpanan wajib setiap bulan untuk membeli barang keperluan bayi.

Antara barang keperluan yang penting bukan sahaja bagi aku,tetapi bagi parents di luar sana adalah susu dan pampers..YESSS..itu adalah benda wajib yang perlu aku beli.Kalau ada offer yang best-best selalu aku akan beli lebih dari biasa.

So,inilah masanya untuk ibu-ibu...bapa-bapa membeli keperluan anak luar biasa tidak seperti setiap bulan..Lazada sedang mengadakan Big Baby Fair dengan diskaun sebanyak 80%..APA??? 80%...Jarang kan dapat dengan offer sebanyak tu.WOW!!! bestkan..❤❤ Hati ada sikit bunga lah..



Ok..Jom dapatkan cepat-cepat sebelum offer ni habis sebab Big Baby fair hanya berlangsung dari 23 Nov sehingga 27 Nov 2016.So harus jangan lepaskan peluang tu..

Boleh Klik sini Baby Big Fair Lazada 2016



Hah...Betulkan...Apa juga jenama,semuanya dengan harga yang super awesome..So boleh spend duit untuk berbelanja keperluan anak-anak di sini.



Tuesday, November 22, 2016

Name Card percuma dari Pixajoy

Tuesday, November 22, 2016 10 Comments
Assalamualaikum

Seingat akulah,masa zaman sekolah je aku pernah buat Name card ni..Ingat tak masa zaman sekolah..Name card yang ada gambar-gambar cantik tu...Tapi itu untuk yang awal 70-80 an je..90an aku rasa dah takde kot..

Lepas tu memang dah takde dah name card ni semua.Yelah,kalau nak buat pun untuk apa kan..Mana aku ada bisnes pun nak ada namecard bagai ni..Tapi sejak jadi blogger,keinginan untuk buat name card tu memang ada..Teringinlah nak buat jugak walau aku ni blogger tepian pantai je.Lainlah yang dok join event sana sini tu,kira berguna jugak kan..

Sehinggalah,pixajoy bermurah hati untuk memberikan aku Name card ni secara percuma..Hoi!! mestilah nak kan...Walau aku tak tau nak buat apa dengan name card ni,jadi sesaja mengada-ngada nak jugak dapatkan name card ni SECARA PERCUMA aje.Rugi pulak lepaskan peluang ni.

Yang bestnya,boleh design sendiri name card korang di website pixajoy ni.Sempat lagi kalau korang nak mendapatkan khidmat pixajoy ni untuk menghasilkan kad yang cantik macam aku ni.
Nak tengok tak name card yang dah aku dapat semalam...cantik and i is sukalah sangat...Boleh buat simpanan..simpanan?? haah ler..simpan jelah..bagi kat adik beradik ke ...kawan-kawan ke..tu pun kalau diorang tu berminat nak simpan kad aku..entah-entah buang kat tong sampah.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

namecard kisahsidairy
CANTIK TAK?????

Percuma dengan design yang boleh korang create sendiri atau boleh gunakan template name card yang dah disediakan untuk korang.Kualiti kertas pun ok..Aku memilih untuk menggunakan art card 260gsm with gloss lamination. Memang cantik ko!!

Untuk mendapatkannya korang boleh melayari website pixajoy di bawah ni




Terima kasih kepada pixajoy kerana memberikan name card ni secara percuma..Nanti bolehlah bagi kat rakan-rakan blogger yang nak card ni..nanti hakak pos ek..
boleh pm akak nanti tau...


Monday, November 21, 2016

Minyak herba Asmak penawar Asma,Batuk dan Selsema

Monday, November 21, 2016 8 Comments



Minyak Herba Asmak adalah produk penawar mujarab yang terbukti berkesan membantu berpuluh orang.Minyak Herba Asmak sangat mujarab untuk asma,semput,batuk,selsema,resdung,migrain,sakit kepala,senggugut,sakit gigi,sakit mata,bengkak,lenguh,tergeliat,terkena api,gigitan serangga,luka,kembung perut,sembelit dan buasir.

minyak asmak




Minyak Herba Asma dikenali sebagai Minyak Herba Asmak(MHAM).Minyak Herba Asmak ini adalah keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Mereka mengambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.Kandungan minyak herba asmak yang telah menjalanai R&D lebih selamat,suci tidak Overdose bahan tertnetu dant idak mengandungi bahan aktif yang tinggi.


minyak asmak

Minyak Herba Asmak lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.Ianya menyerap di dalam kulit dengan lebih cepat dan sebab itu ramai yang telah mengakui keberkesannya.Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

Minyak Asmak adalah penawar asma pada bayi.Bagi bayi yang mempunyai penyakit asma,tentunya kasihan bila mereka sentiasa keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan.Hanya perlu sapu di leher,dada dan di belakang setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur sehinggalah penyakit itu sembuh.

minyak asmak
Ia bukan sahaja untuk bayi,minyak asmak ini juga sangat sesuai untuk seisi keluarga mahupun warga emas.

Apakah tanda-tanda awal penyakit asma ini?

  • batuk yang berulang-ulang
  • Batuk yang lebih teruk di malam hari sehingga anak susah tidur
  • Suara anak berbunyi ketika bernafas
  • Sesak di dada
  • Tarikan nafas yang pendek dan cepat
Apabila bayi mempunyai masalah ini,tentulah setiap kalinya,ibu bapa akan menghantar anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Rawatan yang selalu diberikan adalah nebulizer.Tapi bila kerap sangat digunakan,tentulah sentiasa akan digunakan tanpa kita tahu bahawa penyakit asma ini akan hilang dengan rawatan tradisional dengan menggunakan minyak herba asmak ini sahaja.Mudah dan mampu menjimatkan duit untuk membeli bekalan ubat-ubatan untuk anak yang berpenyakit asma ini.Dengan harga rm39 sebotol ini,saya percaya,setiap keluarga mampu untuk mendapatkan sebotol untuk disimpan dan digunakan ketika ia diperlukan.



Minyak Herba Asmak ini bukan sahaja penawar asma dan dan semput,malah ia juga boleh merawat perut yang sebu akibat makan terlalu banyak,badan tak sedap.Hanya perlu sapu minyak herba Asmak dan masalah itu akan hilang.

Kegunaan lain minyak ini adalah untuk mereka yang mempunyai masalah resdung.Cara untuk memakainya adalah sapu di hidung dan calitkan dalam hidung jika ada lendir yang keluar(tetapi keringkan dahulu kawasan dalam hidung).Kemudian sapu di dahi sehingga ubun-ubun.

Sila tonton video Minyak Herba Asmak pertanyaan yang sering di tanya oleh ibubapa tentang penyakit asma




Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah mereka digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan samada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.





Sebahagian Testimoni mereka yang menggunakan Minyak Herba Asmak ini,sangat-sangat berpuas hati dengan hasil yang diberikan oleh minyak asmak ini.

testimoni pengguna Minyak herba Asmak

Testimoni pengguna Minyak herba Asmak

Testimoni pengguna Minyak herba Asmak

Bagi Anak asma bawah 6 tahun dan untuk pengguna baru.Cara menggunakannya seperti di bawah.
 - Sapu di Leher belakang badan,pelipa,labu betis dan tapak kaki
Amalkan buat tepuk khas guna tangan berbentuk c cup di bahagian kiri dan kanan belakang badan supaya kahak/hingus menjadi longgar.Waktu sapuan adalah selepas mandi,sebelum tidur dan subuh kerana waktu ini rangga pernafasan luas.

Setiap pembelian anda akan mendapat kotak tabung kecil yang comel.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/Minyak-Herba-Asmak-HQ.../

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag




Family Superstars Sales dari Lazada

Monday, November 21, 2016 6 Comments
Assalamualaikum
Tak habis lagi kan cerita pasal Lazada ni..Mana taknya,kalau korang perhatikan,ada juga barangan yang sangat-sangat murah kalau dibandingkan di beli di luar.
So,sangat rugi lah kan bila lepaskan peluang
Bermula dari 18-24 november 2016 ni,sedang berlangsungnya jualan sehingga 93% offer.
Family Superstar memberikan harga yang sangat murah  dari semua jenis.Dari perkakas dapur,perhiasan rumah,aksesori,baby dan sebagainya.
Family Superstars Sales dari Lazada
Aku ada survey Pampers anak..Kalau ikutkan bagi akulah,dah murah...Kalau kat luar,Pampers Classic harga RM28..Tapi dengan sales yang sedang berlangsung di Lazada ni,Korang hanya dapat dengan harga RM24..uit..banyak beza tau..
drypers classic
Korang ,ni nak share...anak aku memang guna Drypers Classic ni tau..Kalau kat luar harganya rm28++ la...Tapi bila aku tengok kat LAZADA,pulak sekarang ni tengah ada sales..harganya jatuh kepada RM24++ ...wah banyak bezanya kan...So kalau korang beli sekali 4 pack,jimat lah dua bulan dengan harga yang cukup murah.

So kalau korang nak beli jugak,bolehlah klik  DRYPERS CLASSIC MURAH


Ataupun anak korang menggunakan Drypers we we dry..Tengok harga pun not bad..Kalau kat luar harganya dalam RM38 gitu..

Tapi sempena Family Superstars ni korang boleh memiliki Drypers wewe dry dengan harga RM32 je...jimatkan..
drypers wewedry




Kalau korang nak survey dan lihat harga ni betul ke tak..boleh klik  DRYPERS WEWE DRY
Actually drypers lain aku tak tau sangat harga kat luar..Aku tau mana yang aku beli ni je..
If korang nak juga survey  boleh je klik  SINI.

Friday, November 18, 2016

Diskaun hebat untuk kaki shopping

Friday, November 18, 2016 3 Comments
Assalamualaikum


Paling syok bila shopping kita dapat diskaun yang hebat-hebatkan..Nak pulak bagi si kaki shopping online tu.Hanya duduk di depan pc atau gadget,berpeluang mendapatkan barangan dengan diskaun yang hebat.

Korang nak tak kalau ada shopping online yang memberikan diskaun menakjubkan tu? Rahsia perbelanjaan hebat hanya di Paylesser..Mengapa bayar lebih kan.

paylesser


Di Paylesser Malaysia ,korang boleh memilih pelbagai website shopping online kesukaan korang.Paylesser Malaysia menawarkan kupon-kupon diskaun yang hebat dan menarik dari jenama terkenal seperti Lazada, Zalora,Tesco,Sephora dan pelbagai lagi.

Paylesser Malaysia mempunyai dua objektif utama - kegembiraan pelanggan, dan dunia yang eksklusif kupon, diskaun & Kod promosi, yang membuat membeli-belah satu pengalaman yang menyeronokkan. Satu usaha inovatif oleh Shoogloo Digital Marketing Pvt. Ltd., Paylesser Malaysia terus membawa senyuman di wajah-wajah penggunanya. Ia memudahkan mudah, cepat dan memberi kuasa kepada urusniaga di antara peniaga dan pelanggan memastikan kepuasan pelanggan mutlak. Pada Paylesser Malaysia, kami memanjakan pelanggan kami yang dihargai dengan menawarkan pelbagai skim, diskaun dan promosi. Untuk peniaga, kita adalah rakan kongsi pilihan, kerana kami memastikan terbaik trafik web dan jualan. Untuk pelanggan, ia adalah mudah (mereka boleh melayari semua diskaun yang berkaitan pada produk pilihan mereka di pelbagai laman web e-dagang dalam satu pergi) dan nilai tawaran sahih dan diskaun yang menarik mereka untuk Paylesser Malaysia.



paylesser


Contohnya bila korang ingin membeli barangan dari GROUPON Korang hanya perlu klik "OFFER"di bahagian kanan korang tu,dan terteralah Promo kod untuk groupon Malaysia.Di situ korang klik pada Groupon dan korang akan nampak kupon-kupon diskaun dan pilihlah  mengikut pilihan korang.
Di Paylesser Malaysia, anda akan mendapat akses kepada kupon nilai paling terkini dan tinggi. Apabila pengguna melawat kami, mereka yakin tawaran terbaik untuk produk kami. Mereka tahu bahawa kupon dari mereka adalah sahih dan bermakna apa yang mereka katakan. Paylesser  mempunyai kupon dan tawaran untuk hotel, fesyen, produk bayi, elektronik, hadiah dan bunga, dan lain-lain - Senarai ini tidak berkesudahan.

Bukan sahaja korang boleh memilih untuk beli barangan makanan dan keperluan,malah hotel juga korang boleh dapati di Paylesser.Semuanya jadi mudah bila dah ada Paylesser tau.Yelah,dah nak penghujung tahun ni kan..Mesti korang nak bawa anak-anak pi melancung.Pi sana-sini.Then,masa nilah korang boleh berjimat.Bolehlah korang jimatkan duit untuk percutian yang lain pulak..wah...cakap percutian ni,Groupon kan banyak menawarkan harga yang paling CUN.Ditambah pulak dengan diskaun yang lagi murah untuk korang dapati.mestilah anak-anak gembira.Bukan selalu pun kan nak bawa anak-anak pergi bercuti.

Ni hah!! tengok je apa yang mereka tawarkan di sini.Sampai naik juling tengok pmkupon diskaun yang banyak macam ni kan..Tolong tahan nafsu tu ye..haha..Takut korang kaut semua offer diskaun tu.
paylesser


Nampak tak,banyakkan kupon diskaun yang disediakan tu..Uih...boleh rambang biji mata ni.Kalau boleh nak pilih semua kupon yang ditawarkan tu.
Just klik kat mana-mana kupon diskaun Groupon yang tertera dan korang akan terus direct masuk ke website Zalora..uihh..senang je kan.Groupon Malaysia Kod Promo akan tertera disitu.So,korang boleh pilih mane kupon yang menarik untuk korang.

Macam mana nak gunakan kupon ni,just korang klik kan get coupon tu,lepas tu pergi ke website groupon.Lepas tu korang pilihlah ke mana korang nak pergi atau barang yang ingin korang nak.Then,masukkan sahaja kod kupon tu.Mudah je kan..Tapi aku nasihatkan korang ni,jangan tengok lama-lama tau..nanti rambang biji mata korang nak pilih..Sebab diskaun yang mereka berikan sangat-sangat menakjubkan.

Di Groupon,korang boleh memilih mana-mana sahaja destinasi menarik atau barangan yang menarik yang ingin korang dapatkan,dan masukkan kod kupon diskaun yang diberikan di Paylesser.


Bila dah ada kupon-kupon diskaun seperti ini,sedikit sebanyak bolehlah kita jimatkan duit untuk membeli barangan yang lain pula kan..Lagi satu,rugi pulak kalau tak guna kupon Free ni...heheh..So Jangan lupa untuk memilih Paylesser Malaysia untuk DISKAUN MENARIK tu.


Wednesday, November 16, 2016

Anak Ciri Birit pun dah risau

Wednesday, November 16, 2016 8 Comments
Assalamualaikum

Anak cirit birit? ibubapa mana tak risau kan..Kalau dia asyik PooPoo sampai keluar air maunya tak risau kan.Walaupun dia aktif macam biasa,bermain,tapi ada jugaklah dia merengek.Kekadang bila dah terlampau rengekan dia,kita pulak jadi pening kepala.

Dah dua hari Naura cirit birit.Mula-mula tu aku tengok dia memang ceri beri..Tapi dia still aktif lagi.Lepas tu aku tengok dekat cet dia timbul ruam.Melecet..Sebab tulah dia dok menangis bagai rak.

So,pagi tadi bawa dia kejap ke klinik untuk dapatkan rawatan..Doktor kata,kalau dia still aktif ,susu dan makan ambil seperti biasa,tak perlu risau sebab ceri beri tu akan hilang dengan sendirinya.Cuma tulah,yang melecet tu jelah yang tak tahannya..kalau kita kena pun mau tak menjerit jugak kan..

As usual,bila terjadi sesuatu macam ni,aku akan cari info berkenaan dengannya..Bukan apa,mana tau boleh membantu kan.

Apa punca cirit birit ni?Kekadang kita pun tak tau dari mana datang sakitnya tu.Cirit birit ni sebenarnya berpunca dari virus yang bergelar Rotavirus.Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.Jangkitan ini boleh menjejaskan lapisan dalaman usus,Lapisan yang terjejas tu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

  • Alergi terhadap sesetengah makanan.
  • Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.
  • Selsema
  • Keracunan makanan
  • Kekurangan enzim tertentu.



Simptom  Cirit Birit?
Jika bayi mengalami cirit-birit,pantau keadaannya dalam masa 24 jam.Jika serangan cirit birit tidak serius,ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam,tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari,segerlah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Apa yang terjadi pada anak aku,dia cirit birit selama dua hari,walaupun begitu dia tetap aktif ,minum dan susu seperti biasa.Cuma mungkin dia tak selesa bila dia nak poopoo lah..Kadang-kadang air je keluar dari bontot dia tu.Yang aku kesian sampai melecet lah.

Antara tanda-tanda anak kita mengalami penyahhidratan adalah

  • Kulit atau bibir dan kering
  • Letih dan lesu
  • Ubun-ubun mengecut(bayi bawah setahun)
  • menangis tanpa air mata
  • kaki dan tangan pucat
  • air kencing berwarna kuning pekat
  • Kurang kencing berbanding biasa


Apa yang perlu kita lakukan apabila anak cirit birit?

1-Pastikan Banyak minum air
Jika bayi anda berusia bawah enam bulan,teruskan memberinya susu ibu.Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.
Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal,pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternayhidrat.

2-Beri air garam rehidrasi
Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi(oral rehydration salt solution atau ORS) kepad bayi berusia enam bulan ke atas.Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor.
ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit.Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3-Jangan minum jus buah
Jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat(gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecl dan menyebabkan cirit-birit semakin terus)

4-Jangan beri ubat cirit-birit
Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5.Jangan hantar ke taska/pengasuh
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain,jangna letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6-Jangan Berenang
Jika anak anda biasa berenang,seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

Dah pun bawa naura ke klinik dan doktor bagi air garam dan ubat sapu untuk kulit yang melecet tu.So far,hari ni hari kedua dia minum air garam tu,walau banyak kali dia menolak air tu,paksa jugaklah walau minum sedikit-sedikit.

Info dari http://www.cahayamentarimarketing.com



















Monday, November 14, 2016

Bawa Naura Ke Taman Tasik Layang-Layang

Monday, November 14, 2016 6 Comments
Assalamualaikum


Semalam,Bila babah Naura tak sihat,so ada masa lah nak spend time together.Dah lama tak bawa dia ke Tasik.Masa dia kecik-kecik dulu memang suka bawa dia ke sana.Start umi dan babah dah tak sama waktu cuti,so,jaranglah dapat habiskan masa kat luar.

Lepas balik dari berjumpa dengan babysitter baru Naura tu,terus plan nak ke sana.Masa tu pun dah petang jugak,dalam pukul 5.30 gitu.So ada masa satu jam je lagi nak main-main kat sana.

Masa datang tu dia tidur,so sempatlah mak dia ni bekalkan beli makanan..Sampai je,terus cari tempat lepak yang dekat dengan playground.As usual,memang ramailah orang beriadah kat sana.

Lepaskan dia dekat kawasan playground tu,kemain syok lagi dia..Tapi nak jugak heret umi dia jugak ke situ.Nak taknak umi dia ikutkan jelah,sebab risau dia jatuh.Naikkan kuda yang goyang-goyang sambil makan..alahaiii..sempat lagi nak makan jugak sambil goyang-goyangkan kuda tu.
Kesian anak umi dapat tengok dari jauh je...

Nak naikkan dia dekat gelongsor tu,ramai sangat budak-budak yang besar dok bermain..biasalah,kalau dah ramai-ramai tu,risau jugak kan nak letak dia kat situ,.So umi suruh dia tengok je dari jauh..Tunggu dah besar sikit baru boleh join abang-abang dan kakak-kakak tu main ye nak..

Berbalik pada jumpa babysitter baru tu,sebenarnya naura dah tak diasuh oleh babysitter lama.Babysitter lama dia tu kemain dok sayang lagi kat dia,,Tapi apa kan daya,jodoh takde dengan dia.Babysiiter dia nak pindah ke kawasan yang bukan laluan umi dia ke kerja.So terpaksa lah cari babysitter lain..Alhamdulillah..semalam dah pi berkenalan dengan babysitter baru dia...Syukur,anak-anak babysitter tu jenis penyayang dengan budak-budak..

Hari ni kira hari pertama dia dengan babysiiter baru..Belum lagi tanya macam mana keadaan dia sekarang ni..Harap dia ok lah hendaknya..



Friday, November 11, 2016

Lazada Online Revolution Bermula Hari ini

Friday, November 11, 2016 4 Comments
Assalamualaikum

                                       11.11
Lazada Online Revolution Bermula Hari ini
Siapa kaki shopping? Siapa yang dah simpan  duit untuk shopping hari ini..So,hari ini,masa inilah yang sesuai sangat untuk korang dapatkan pelbagai barangan dengan diskaun sebanyak 95%..

What???? UP to 95% Offer..eh betul ke ni...huiii..Mau tak beringat shopping ni kan..
Di Lazada,Pada hari ini,pelbagai offer menarik untuk pelanggan mereka.Rugi kalau tak dapatkan barangan yang korang idam-idamkan hari ini.

Cuma setahun sekali je tau Lazada buat Offer ni.Bulan-bulan biasa takde..Kira bulan ni adalah bulan luar biasa untuk yang suka sangat harga Jatuh menjunam di Lazada ni

                    Lazada Online Revolution Bermula Hari ini


Jika korang nak dapatkan pelbagai barangan dengan harga yang paling murah,bolehlah klik je banner kat atas tu..Cepat tau..Cuma hari ini sahaja.Hari lain tak de dah..


Thursday, November 10, 2016

Dating time!

Thursday, November 10, 2016 2 Comments
Assalamualaikum

Memang syokkan bila dapat jumpa kawan lama yang memang satu kepala dengan kita.Bila dah berjumpa tu macam tak cukup je masa untuk berbual.Ada je benda yang nak diceritakan.Dari satu topik ke topik yang lain.

Sebenarnya semangat setiakawan tu penting.Mungkin dalam persahabatan tu kadangkala ada yang pernah sakit hati,ambil hati,murah hati..semuanya yang berkaitan dengan hati lah.

Kami 5 sekawan yang kira satu kepala dalam office.Terdiri dari Aku,wani,sida,surya dan juga dayah.Cuma sekarang ni office sunyi dek kerana 2 orang darinya dah pun berhenti.Wani dan surya.yang paling buat suasana jadi kacau bilau bila adanya si wanie tu.Selalu sangatlah memporak perandakan keadaan dimana bila takde dia,rasa sunyi je..hahahaaa..

Sebelum ni pun dah beberapa kali berjumpa dengan dia semenjak dia berhenti..Yelah,dia pun bekerja tak jauh dari tempat aku ni.Cuma surya je yang sambung ambil master kat KL..Wish all the best to her..Lepas habis belajar terus kahwin gaknya...hahahaha..

So,semalam meet up again,especially nak sangat jumpa orang jauh iaitu surya.Dah plan nak berjumpa dekat satu point yang boleh diorang senang nak pergi.Malam tu dapatlah jumpa dengan sida,wanie,surya but hidayah tak dapat nak jumpa sebab dalam pantang.And in group ni,hanya wanie dan surya je belum kahwin.So bila aku bawak si Dak Naura tu,riuhlah keadaan..Itupun nasib baik si Sida tak bawak suami dan anak dia..Kalau tak lagi gamat mcdonalds tu.



Rasa sekejap jelah jumpa diorang ni,maklumlah,berjanji pukul 8.30 malam,tapi tak semua dapat datang awal kan..sudahnya masing-masing balik rumah dalam pukul 11 malam.Itupun sebab si kecik tu dah menguap..kesian pulak dia,Lagipun keesokkan harinya kitorang kerja.

Pada setiap perjumpaan,Wefie tu tak boleh dielak.Wajib untuk kenang-kenangan.Tapi yang paling happy is sibudak kecik tu.Dia yang terlebih excited di depan camera.Sampai tolak umi dia bila nak bergambar..Issshhh..Kemain sangat minah tu kan.

Bermula dengan tudung pink.sida,aku,naura surya dan wani
Tengok jelah aksi dia tu..Dia pulak yang over dduk depan camera..iskk..

Kalau ikutkan memang tak cukup masa untuk bersembang..Tapi masing-masing ada komitmen,so,terpaksalah balik jugak.Insya allah.dilain masa jumpa lagi...

Wednesday, November 09, 2016

DD Perfection Cream By Ailinskincare

Wednesday, November 09, 2016 3 Comments
Assalamualaikum

Ni nak cakap berita sebenar ni.Kulit aku ni memang sensitif sikit..Berminyak,so kalau nak cari apa-apa brand foundation yang sesuai untuk kulit muka aku ni memang payah.So,aku memang tak menggunakan apa-apa foundation pun.Aku just sapu moisturizer je,lepas tu dah pakai bedak.

Kulit aku ni sensitif,bila salah pakai foundation,confirmlah berminyak ibarat dah boleh goreng telur kat muka ni.Sampailah aku menemukan satu foundation yang sesuai sangat dengan kulit muka aku yang jenis berminyak ni.

dd cream



DD perfection Cream by Ailinskincare menepati ciri-ciri yang aku cari.Alhamdulillah,bila pakai DD cream ni,memang langsung tak berminyak.Tak payah nak sapu bedak banyak kali untuk hilangkan minyak kat muka ni.

DD Perfection Cream by Ailinskincare ni mempunyai pelembap serta sunblock SPF 35 yang mampu membantu kulit saat kita berdepan dengan sinaran UV.Ia juga berperanan sebagai bedak asas(foundation) dan boleh digunakan bersama bedak yang bersesuaian.
Sapuan bedak yang sesuai akan memberikan warna tona kulit yang cantik dan tahan 12 jam.DD cream ni memang tak melekit.Ia juga mempunyai anti aging dan anti wrinkle.


Bahan-bahan yang terkandung di dalam DD Perfection Cream ini adalah
  • ekstrak Jojoba
  • Collagen
  • Allantoin
  • Minyak kelapa
Cara menggunakannya
Gunakan Softly toner,kemudian ratakan DD cream menggunakan span atau berus lembut.Boleh gunakan bedak pilihan korang 

Ianya boleh tahan sehingga 5 bulan tau..So far aku dah gunakan 3 bulan dah...

Testimoni mereka yang sudah menggunakan DD cream ni


testimoni dd cream

testimoni dd cream



Untuk korang yang ingin mendapatkan DD Perfection Cream ni boleh terus whatssap 

Kak Nisa : 0197894287






Tuesday, November 08, 2016

Renungan bersama dalam mendidik anak-anak

Tuesday, November 08, 2016 2 Comments
Assalamualaikum

sumber:google


Artikel ini bukanlah untuk mengajar ibu bapa di luar sana yang membacanya..Tetapi sebagai satu renungan untuk aku dan ibubapa di sana untuk menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.Perkongsian ini juga bukanlah melihatkan aku sebagai ibu yang bagus dalam  mendidik anak-anak..Aku juga seorang ibu yang masih belajar tentang cara  mendidik anak-anak..Kekadang terfikir bila kita memarahi anak-anak dengan tengkingan itu betul atau salah.Perlu ke kita minta maaf dengan anak-anak selepas kita memarahi mereka dengan teruk.Hukuman bagaimana yang perlu untuk kita lakukan terhadap anak-anak kita ni  apabila mereka berbuat salah.

Aku harap korang tak judge aku macam bagus je minah ni...Seperti yang aku katakan tadi,aku juga seorang ibu yang belajar untuk cara mendidik anak dengan betul.Supaya anak ini,satu hari nanti membesar dengan kebaikkan.

Sebenarnya nak mendidik anak di zaman sekarang ni,memerlukan kesabaran.Memerlukan kita untuk tahu cara didikan yang betul supaya anak tidak memberontak satu hari nanti atas kesalahan kita dalam mendidiknya.

Terdetik untuk berkongsi dengan pembaca blog ni pun selepas membaca artikel ini di facebook baru-baru ni.Ada 22 cara untuk kita mendidik anak kita dengan betul seawal mereka kecil lagi..Orang kata,nak mendidik,biarlah dari kecil.


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



Diharap,kita semua akan menjadi ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak.Moga melahirkan anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat..insya allah..

Wednesday, November 02, 2016

Nur Naura Auni pandai dah bercakap

Wednesday, November 02, 2016 8 Comments
Assalamualaikum

Seronok sebenarnya bila melihat perkembangan anak-anak ni..Nak² part dia dah mula nak bercakap.Masa ni memang dia hadam betul apa yang disampaikan kepada dia.

Nur naura Auni,dah mula nak bercakap..Biasanya dia hanya sebut mama dan babah je..Tapi sekarang bertambah lagi perkataan yang keluar dari mulut dia..Syok pulak umi dia mendengarnya.Sekarang ni umi cuba sebut satu persatu supaya dia ikut walau perkataan yang keluar dari mulutnya tak berapa nak clear.

Sekarang ni dah pandai sebut tutu ( susu) mamam (makan).Dah pandai jugak marah orang..Suka tunjuk tangan,lepas tu sebut.. no..no..no...Ada jugaklah beberapa perkataan yang kiranya hujung² je dengar..Tapi itu adalah satu perubahan yang perlu aku amik kira sebabnya,tak boleh lah kan nak ajar perkataan atau mengeluarkan kata-kata yang bukan² dari mulut kami ni.Bukan apa,orang kata otak anak ni macam span..Dia akan serap dan hadamkan segala apa yang didengarnya.

Lagi satu aku jarang praktikkan sebutan bayi..Lebih kepada sebutan yang jelas supaya dia tidak terikut-ikut dengan  sebutan bayi tu.Dalam pada melihat tumbesarannya tu,risau jugak kan,sama macam kakaknya dulu lah,kena dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan segenap perkataan dari mulut kita ni.Tapi kekadang tu terkeluar lah jugak..cuma harap² dia taklah mengikuti perkara-perkara yang buruk.Sebolehnya lah nak suruh dia bijak pandai..Jadi orang yang berguna di masa hadapan...Terbaca di majalah pama,tips  mudah bagaimana anak tidak pelat bercakap.So,hadamkan betul-betul supaya kita boleh berikan yang terbaik untuk anak kita kan.

1. Beri Fokus Kepada anak.
Apabila si kecil menunjukkan minat untuk bercakap dalam bahasa bayinya,jangan buat tidak peduli.Pandang ke matanya dan layan percakapannya biarpun anda tidak g\faham apa yang bayi cuba sampaikan.Tetapi ingat jangna anda membalas dalam bahasa bayinya.Sebaliknya anda perlu membalas dalam bahasa yang betul.Sekurang-kurangnya anda telah membantunya bercakap dengan betul dan merangsang perkembangan pertuturannya.

2.Satu hari satu perkataan baru.
Untuk menggalakkna anak cepat bercakap,anda boleh mengajarnya satu hari satu perkataan baru.Sebut berulang kali perkataan tersebut dalam sehari.Tunjuk objek sebut namanya.Anak anda dapat belajar dua perkara dalam satu masa yang sama iaitu mengenal objek dan mengenal perkataan.

3.Gunakan persekitaran dengan baik.
Setiap hari dedahkan anak dengan perkara baru.Maksimumkan persekitaran anda untuk menggalakkan anak bercakap.Anda sendiri perlu rajin bercerita dengan anak tentang persekitaran sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Guna sokongan visual semasa bercakap.
Bagi menggalakkan anak untuk bercakap dan mempunyai banyak kosa kata,tunjukkan pelbagai visual kepadanya dan kerap berbual serta bercerita dengannya.Sebagai contoh,jika sedang mengajar anak perkataan dengan tema makanan,perkataan yang boleh digunakan adalah seperti nasi,ayam,sayur dan sebagainya.Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut perkataan yang betul pada waktu makan.Minta anak anda menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.



Hah..begitulah tips yang ada dikongsikan di majalah pama tu di sini.Sebenarnya aku juga memberikannya gadget selain dari buku yang memang aku belikan untuknya.Yang paling penting.pemberian gadget haruslah disertai oleh aku dan juga babahnya..Tak nak anak terlalu leka dengan gadget.Begitu juga dengan buku,sambil dia tengok buku tu,sambil kita bagi tahu benda yang terdapat dalam buku tu.Selalunya aku akan pilih untuk membeli buku bergambar.Sambil tunjuk padanya,sambil menyebut apa yang aku tunjuk untuk dia.harap dia boleh terima dan harapnya sehingga besarlah dia kan terus belajar dan belajar.

kalau si kakak pulak,bila dah pandai bercakap ni,hanya kena bersabar dengan soalan-soalan yang pada kita tak masuk akal.Tapi bagi kanak-kanak seperti awfiyah ni,itu adalah satu pengetahuan baru untuk dia.Aku elakkan dari tidak menjawab apa juga soalan yang ingin diajukan pada aku..Cuma kena bersabar  jelah sebab soalan-soalan tu akan kerap di ulang.Contohnya pada buku dan juga iklan TV..Kekadang mak ko ni tahan sabar jelah nak oii...hehehe









Tuesday, November 01, 2016

Jus Qalbi Al-Ehsan mengurangkan Kolestrol dalam badan

Tuesday, November 01, 2016 9 Comments
Assalamualaikum

Mungkin kita tak sedar,ataupun kita sedar yang tahap kolestrol dalam badan kita ni tinggi.Perkara ni selalu sangat dipandang remeh oleh segelintir masyarakat kita.

Bila dah datang dengan pelbagai penyakit barulah kita sedar dan cari jalan untuk menyelesaikan masalah penyakit yang datang pada kita ni.

Kolestrol dan serangan jantung memang sangat-sangat ditakuti.Peratusan serangan jantung di negara kita pun semakin tinggi.

Apa itu Kolestrol

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol Jahat, Kolesterol Baik

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Berlaku?

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Partikel kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh partikel kolesterol LDL.


Bagi mengelakkan berlakunya Kolestrol dan menjaga jantung kita dengan selamat,amat-amat diperlukan satu supplemen yang membantu kita dalam penjagaan Jantung kita ni.

Jus Qalbi A-Ehsan



Jus Qalbi Al Ehsan dikenali sebagai Jus Pmebersih kolestrol sangat mujarab untuk menghakis serta melunturkan kolestrol malah juga pembekal tenaga semulajadi.

Kelebihan dan kebaikkan Jus Qalbi Al-Ehsan
  • Mencuci dan membuang kolestrol
  • Merawat masalah saluran jantung tersumbat.
  • Mencegah kompilasi jantung
  • Menyingkirkan toksin dalam badan
  • Melancarkan pengedaran darah
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Melancarkan sistem pernafasan
  • Menghindarkan penyakit strok
  • Mencairkan lemak.
  • Mengurangkan serangan gout
  • Membuang angin dalam badan.
  • Mengatasi masalah selsema
  • Meningkatkan dan melangsingkan badan.
  • Menambah tenaga
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Kesihatan yang berpanjangan
Jus Qalbi Al-Ehsan ini adalah keluaran produk muslim dan tiada mengandungi bahan pengawet.Rasanya lebih kepada bawang putih dan lebih menyengat..Tetapi untuk kesihatan,kenalah ambil juga..at least tekak aku ni masih boleh terima minum jus ni.


Jus Qalbi A-Ehsan

Cara pengambilan Jus Qalbi Al-Ehsan

Diambil satu sudu sebelum sarapan dan sebelum tidur.Boleh dicampur dengan air minuman lain.




testimoni Jus Qalbi A-Ehsan

Testimoni Jus Qalbi Al-Ehsan



Testimoni aku sendiri,bila angin banyak dalam badan ni,memang sangat-sangat merimaskan.Tapi dengan pengambilan Jus Qalbi ni,angin dalam badan ni hilang,Masa 1st time menggunakannya,buang angin memang tak putus-putus.Kemudian baru rasa lega ya amat.Begitu juga dengan sakit-sakit badan.Sekarang ni,buat kerja lebih sikit pun rasa maintain je lagi..Takdelah letih macam dulu-dulu.Lepas ni,insya allah,Jus Qalbi menjadi supplemen utama dalam keluarga..Sebab husband pun join jugak minum.


Banyak lagi testimoni yang memberikan kesan positif selepas pengambilan Jus Qalbi Al-Ehsan ni.

Kepada korang yang ingin mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ini boleh terus hubungi :-

ALGAE PARK SDN BHD

No.80A,Jalan Renang 13/26 Seksyen 13,Shah Alam.
03-55114366
HP: 017-7300366 & 017-3730366



#jusqalbi
#pembersihkolestrol
#jusqalbialehsan
#enjpythetaste
#experiencethemiracle
#tonikjantung
#mengawalkolestrol









Follow Us @aida_yusof81