Anak Ciri Birit pun dah risau

Wednesday, November 16, 2016

Assalamualaikum

Anak cirit birit? ibubapa mana tak risau kan..Kalau dia asyik PooPoo sampai keluar air maunya tak risau kan.Walaupun dia aktif macam biasa,bermain,tapi ada jugaklah dia merengek.Kekadang bila dah terlampau rengekan dia,kita pulak jadi pening kepala.

Dah dua hari Naura cirit birit.Mula-mula tu aku tengok dia memang ceri beri..Tapi dia still aktif lagi.Lepas tu aku tengok dekat cet dia timbul ruam.Melecet..Sebab tulah dia dok menangis bagai rak.

So,pagi tadi bawa dia kejap ke klinik untuk dapatkan rawatan..Doktor kata,kalau dia still aktif ,susu dan makan ambil seperti biasa,tak perlu risau sebab ceri beri tu akan hilang dengan sendirinya.Cuma tulah,yang melecet tu jelah yang tak tahannya..kalau kita kena pun mau tak menjerit jugak kan..

As usual,bila terjadi sesuatu macam ni,aku akan cari info berkenaan dengannya..Bukan apa,mana tau boleh membantu kan.

Apa punca cirit birit ni?Kekadang kita pun tak tau dari mana datang sakitnya tu.Cirit birit ni sebenarnya berpunca dari virus yang bergelar Rotavirus.Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu satu jangkitan usus.Jangkitan ini boleh menjejaskan lapisan dalaman usus,Lapisan yang terjejas tu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu di usus terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit birit juga boleh berlaku disebabkan faktor seperti:

  • Alergi terhadap sesetengah makanan.
  • Penyediaan susu formula yang tidak mengikut piawaian.
  • Selsema
  • Keracunan makanan
  • Kekurangan enzim tertentu.



Simptom  Cirit Birit?
Jika bayi mengalami cirit-birit,pantau keadaannya dalam masa 24 jam.Jika serangan cirit birit tidak serius,ia biasanya akan berhenti dalam masa beberapa jam,tetapi ia patut membimbangkan sekiranya cirit birit si kecil berlaku berterusan selama lebih daripada dua hari,segerlah bawa anak berjumpa doktor kerana bimbang si kecil akan mengalami penyahhidratan.

Apa yang terjadi pada anak aku,dia cirit birit selama dua hari,walaupun begitu dia tetap aktif ,minum dan susu seperti biasa.Cuma mungkin dia tak selesa bila dia nak poopoo lah..Kadang-kadang air je keluar dari bontot dia tu.Yang aku kesian sampai melecet lah.

Antara tanda-tanda anak kita mengalami penyahhidratan adalah

  • Kulit atau bibir dan kering
  • Letih dan lesu
  • Ubun-ubun mengecut(bayi bawah setahun)
  • menangis tanpa air mata
  • kaki dan tangan pucat
  • air kencing berwarna kuning pekat
  • Kurang kencing berbanding biasa


Apa yang perlu kita lakukan apabila anak cirit birit?

1-Pastikan Banyak minum air
Jika bayi anda berusia bawah enam bulan,teruskan memberinya susu ibu.Susu ibu boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.
Sekiranya bayi berusia enam bulan ke atas dan sudah makan makanan pejal,pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan daripada ternayhidrat.

2-Beri air garam rehidrasi
Biasanya doktor akan membekalkan air garam rehidrasi(oral rehydration salt solution atau ORS) kepad bayi berusia enam bulan ke atas.Anda boleh bagi anak minum beberapa kali dalam sejam mengikut nasihat doktor.
ORS membantu mengembalikan cecair dan garam yang hilang daripada badan akibat cirit-birit.Di samping itu terus kerap menyusukan bayi seperti biasa.

3-Jangan minum jus buah
Jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat(gula yang tidak terserap akan menarik air ke dalam usus kecl dan menyebabkan cirit-birit semakin terus)

4-Jangan beri ubat cirit-birit
Walaupun bayi anda mengalami cirit-birit tetapi jangan sekali-kali memberinya ubat cirit-birit kerana ia ditakuti boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius sekiranya diberi kepada kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.

5.Jangan hantar ke taska/pengasuh
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kepada kanak-kanak lain,jangna letak anak di taska atau pengasuh sehingga sekurang-kurangnya 48 jam selepas berakhirnya simptom cirit-birit yang dialaminya.

6-Jangan Berenang
Jika anak anda biasa berenang,seeloknya rehatkan dia dulu daripada aktiviti berenang untuk tempoh dua minggu seterusnya sehingga dia benar-benar sembuh.

Info dari sini.Dah pun bawa naura ke klinik dan doktor bagi air garam dan ubat sapu untuk kulit yang melecet tu.So far,hari ni hari kedua dia minum air garam tu,walau banyak kali dia menolak air tu,paksa jugaklah walau minum sedikit-sedikit.




















You Might Also Like

8 Orang Komen

  1. moga naura cepat sembuh ye. Lemah badan budak bila kena cirit birit ni

    ReplyDelete
  2. risau kan. kita dah besar ni pun seksa, kalau babies lagi lah.

    ohh lagi satu, paed cakap kalau nak bagi anak makan kek better buat sendiri krim tu. sebab bila kedai dah simpan overnight tu boleh jadi salah satu punca jugak

    mak mak kan, semua benda risau. hehehe

    ReplyDelete
  3. sama la anak Fiza pun kene cirit birit, melecet dah 2 hari, alhamdulillah hari nie tengok dah kurang sikit..

    ReplyDelete
  4. kesian kaalu budak cirit birit..semoga naura baik2 je

    ReplyDelete
  5. minum air tu memang sangat penting kalau kena cirit birit...

    ReplyDelete
  6. Harap-harap dah oklah Naura ye Eda
    Kalau budak yg kena biasa cepat aje susut badannya. Kesian.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai