Wednesday, November 02, 2016

# kisahsidairy.com # nur naura

Nur Naura Auni pandai dah bercakap

Assalamualaikum

Seronok sebenarnya bila melihat perkembangan anak-anak ni..Nak² part dia dah mula nak bercakap.Masa ni memang dia hadam betul apa yang disampaikan kepada dia.

Nur naura Auni,dah mula nak bercakap..Biasanya dia hanya sebut mama dan babah je..Tapi sekarang bertambah lagi perkataan yang keluar dari mulut dia..Syok pulak umi dia mendengarnya.Sekarang ni umi cuba sebut satu persatu supaya dia ikut walau perkataan yang keluar dari mulutnya tak berapa nak clear.

Sekarang ni dah pandai sebut tutu ( susu) mamam (makan).Dah pandai jugak marah orang..Suka tunjuk tangan,lepas tu sebut.. no..no..no...Ada jugaklah beberapa perkataan yang kiranya hujung² je dengar..Tapi itu adalah satu perubahan yang perlu aku amik kira sebabnya,tak boleh lah kan nak ajar perkataan atau mengeluarkan kata-kata yang bukan² dari mulut kami ni.Bukan apa,orang kata otak anak ni macam span..Dia akan serap dan hadamkan segala apa yang didengarnya.

Lagi satu aku jarang praktikkan sebutan bayi..Lebih kepada sebutan yang jelas supaya dia tidak terikut-ikut dengan  sebutan bayi tu.Dalam pada melihat tumbesarannya tu,risau jugak kan,sama macam kakaknya dulu lah,kena dan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan segenap perkataan dari mulut kita ni.Tapi kekadang tu terkeluar lah jugak..cuma harap² dia taklah mengikuti perkara-perkara yang buruk.Sebolehnya lah nak suruh dia bijak pandai..Jadi orang yang berguna di masa hadapan...Terbaca di majalah pama,tips  mudah bagaimana anak tidak pelat bercakap.So,hadamkan betul-betul supaya kita boleh berikan yang terbaik untuk anak kita kan.

1. Beri Fokus Kepada anak.
Apabila si kecil menunjukkan minat untuk bercakap dalam bahasa bayinya,jangan buat tidak peduli.Pandang ke matanya dan layan percakapannya biarpun anda tidak g\faham apa yang bayi cuba sampaikan.Tetapi ingat jangna anda membalas dalam bahasa bayinya.Sebaliknya anda perlu membalas dalam bahasa yang betul.Sekurang-kurangnya anda telah membantunya bercakap dengan betul dan merangsang perkembangan pertuturannya.

2.Satu hari satu perkataan baru.
Untuk menggalakkna anak cepat bercakap,anda boleh mengajarnya satu hari satu perkataan baru.Sebut berulang kali perkataan tersebut dalam sehari.Tunjuk objek sebut namanya.Anak anda dapat belajar dua perkara dalam satu masa yang sama iaitu mengenal objek dan mengenal perkataan.

3.Gunakan persekitaran dengan baik.
Setiap hari dedahkan anak dengan perkara baru.Maksimumkan persekitaran anda untuk menggalakkan anak bercakap.Anda sendiri perlu rajin bercerita dengan anak tentang persekitaran sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Guna sokongan visual semasa bercakap.
Bagi menggalakkan anak untuk bercakap dan mempunyai banyak kosa kata,tunjukkan pelbagai visual kepadanya dan kerap berbual serta bercerita dengannya.Sebagai contoh,jika sedang mengajar anak perkataan dengan tema makanan,perkataan yang boleh digunakan adalah seperti nasi,ayam,sayur dan sebagainya.Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut perkataan yang betul pada waktu makan.Minta anak anda menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.



Hah..begitulah tips yang ada dikongsikan di majalah pama tu di sini.Sebenarnya aku juga memberikannya gadget selain dari buku yang memang aku belikan untuknya.Yang paling penting.pemberian gadget haruslah disertai oleh aku dan juga babahnya..Tak nak anak terlalu leka dengan gadget.Begitu juga dengan buku,sambil dia tengok buku tu,sambil kita bagi tahu benda yang terdapat dalam buku tu.Selalunya aku akan pilih untuk membeli buku bergambar.Sambil tunjuk padanya,sambil menyebut apa yang aku tunjuk untuk dia.harap dia boleh terima dan harapnya sehingga besarlah dia kan terus belajar dan belajar.

kalau si kakak pulak,bila dah pandai bercakap ni,hanya kena bersabar dengan soalan-soalan yang pada kita tak masuk akal.Tapi bagi kanak-kanak seperti awfiyah ni,itu adalah satu pengetahuan baru untuk dia.Aku elakkan dari tidak menjawab apa juga soalan yang ingin diajukan pada aku..Cuma kena bersabar  jelah sebab soalan-soalan tu akan kerap di ulang.Contohnya pada buku dan juga iklan TV..Kekadang mak ko ni tahan sabar jelah nak oii...hehehe









8 comments:

  1. seronok dengar dan layan anak-anak dah mula bercakap ni.

    ReplyDelete
  2. Selalunya.. Anak yang banyak bertanya adalah anak yang bijak. In sya Allah :)

    ReplyDelete
  3. best nya ada anak ni..lama lagi mrasa...hihihihi

    ReplyDelete
  4. Nur naura auni...sedapnya nama dia..

    Bestnya melayan kerenah anak time macam ni..mesti excited nak ajar dia perkataan baru

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. kita pun excited tgok budak pandai cakap...besar dah nur naura auni

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. tapi anak saya bila dah besar ay x jwb sgt apa dia tanya...sy minta dia fikir dan cari jawapan sendiri...

    ReplyDelete
  7. Yang best tu bila dia cakap pelat

    ReplyDelete
  8. Seronokkan bila anak mula belajar bercakap.. Qhaliff pown sama..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81