Bila si Naura Dah Banyak Gigi

Monday, December 19, 2016

Assalamualaikum

Lepas kakak,si adik pulak nak kena di ajar berus gigi..Yelah..Bila gigi dah banyak ni,kenalah ajar dia gosok gigi kan..Kang kalau dibiarkan cepat pulak rosak gigi dia tu.

Setakat ni Naura dah ada 8 batang gigi,enam diatas dua dibawah.Kalau dulu aku gosok pakai kain atau kapas je,sekarang ni bila mandi aku biasakan pulak dia pegang berus gigi tanpa ubat gigi..Ubat gigi nanti-nantilah dulu aku ajarkan.Cuma....PAYAHHH sangat nak suruh dia bukak mulut..Bila aku nak gosok gigi dia tu,mulalah adegan tutup mulut rapat-rapat..Bila disuruh gosok,ditonyohnya dalam mulut..Risau pulakkan tercekik..Parah mak dia nanti.
Image result for gosok gigi anak
source :google

Memanglah kebiasaan budak macam tu kan..Dalam proses nak belajar..Macam-macam peel diorang ni..Semua tu menguji tahap kesabaran mak dia ni..hahah..Boleh dia main bukak katup mulut..nak acah-acahkan kita..Kadang-kadang kita tak tau macam mana cara yang sebenarnya untuk mengajar anak kita supaya menggosok gigi dia kan..Nak ajar mereka ni kena dari awal,semakin besar semakin susah pulak nak diajar..Dari pembacaan aku di artikel ini,beberapa cara untuk mengajar anak kita memberus gigi..

1) Ajar anak cara yang betul 
Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka.Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan lulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun.Pun begitu,kita juga boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari.Sebelum itu,anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan.


2) Berikan kebebasan memilih 
Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
3) Beruslah bersama-sama 
Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.
4) Bawanya berjumpa doktor gigi 
Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
5) Ciptakan lagu istimewa 
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
Stadnby beli berus gigi untuk dia satu..Biasakan dia dengan berus gigi..aku selalu jugak bukak video upin-ipin yang gosok gigi tu..biar dia tengok...minat dia..

You Might Also Like

7 Orang Komen

  1. tq for sharing. anak buah busyra pun dh mula tumbuh gigi.

    ReplyDelete
  2. Mana gambar Naura gosok gigi tu?
    Dah rindu nak tengok gambar terbaru
    Tunjuklah gigi kat mama Zakie nak tengok juga tau:)

    ReplyDelete
  3. proses ajar gosok gigi agak mencabar gak...lagi anak saya tu geleng-geleng kepala je tanda tak nak

    ReplyDelete
  4. Msti comel naura da byk tumbuh gigi

    ReplyDelete
  5. kalau mandi dengan saya biasanya saya yang beruskan gigi dorang. kalau dengan abi dorang je boleh nak berus sendiri. biasa la mak mak ni banyak benda risau. hahahha

    ReplyDelete
  6. Nice tips. Naura pastilah comel. Salam kenal, kiss n hug for Naura ya

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai