Dia Dah mula untuk Belajar

Friday, December 30, 2016

Assalamualaikum

Hai korang..Wah...busy bebenor puan blog ni kan..Sampai nak buat post untuk family pun takde masa dah..hahaha...bukan apa,Produk review senantiasa ada..Alhamdulillah..syukur..Tengah siapkan draft yang berderet ni..Takut tak sempat nak siapkan by due date produk.So,kerah idea sebanyak mungkin untuk buat review ni..yelah..kang klien tak percayakan kita pulak sebab hentam keromo je..

Ingat nak buat produk review tu senang ke..Nak kena buat research..nak kena baca..nak kena alami jugak benda-benda tu semua supaya hadam masuk semua kat post..hahaha...kan..kan..

Dahlah..habis cerita produk review tu..kang korang bosan..Meh cerita pasal si jantung hati sorang ni.Sejak-sejak nak membesar ni,ada je karenah dia...Layankan jugaklah karenah dia..Yelah kan..budak nak membesar ni,banyak nak kena bagi tumpuan..Jangan sampai dia cepat bosan.Kenalah terapkan nilai-nilai murni juga dalam diri diorang..Kena jugaklah tunjukkan akhlak dan perilaku yang baik-baik kerana masa inilah,dia akan mengikut segala benda yang berlaku disekelilingnya..Macam kakak fiyah tu,ada je perkataan baru yang dia pelajari samada tak elok atau pun yang elok..

Kalau aku marah adik dia pun,dia akan cakap,tak baik marah-marah tau umi..ataupun dia akan marah aku balik sebab marah adik dia..Bila tengok macam tu,sejuk hati umi ni..Maknanya dia protect adik dia dengan baik..Tapi kadang-kadang bila dah lama sangat bermain,ada jugak dia dengki ngan adik dia..Mulalah salah seorang nanti menangis..Kalau boleh nak pupukkan diri mereka kasih-sayang dari kecil,..Supaya mereka akan akrab dan baik sehinggalah diorang besar..Korang yang mengikuti kisah aku ni,pasti tahu kan apa hubungan antara mereka berdua ni..Untuk memberikan mereka apa yang baik untuk mengajar mereka tentang akhlak ni,aku ada baca satu artikel tentang Perkara mesti diajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..yelah..sebagai ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka kan..Sebab tulah ibu bapa perlu ilmu dan adaptasikan ilmu yang dapat tu untuk membentuk anak-anak..Kalau kita tak bentuk mereka dari kecil,maka bila dah dewasa..macam mana pulak kekdahnya kan..Jomlah ikut 10 perkara mesti ajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..Aku kongsikan di blog ni dari info sini



1. Cakap lemah lembut dengan anak

Sejak anak lahir ke dunia, biasakan bercakap dengan anak dalam nada yang lemah lembut. Ucapkan perkataan yang baik-baik kerana bayi dan kanak-kanak cepat menyerap apa yang didengarinya dan mudah terikut. Jadi, jika ibu bapa hendak menegur atau memarahi anak, gunalah bahasa yang paling sopan dan bukan yang kesat, kasar dan keras.
** Mungkin kadang-kadang bila bab berlembut dengan anak ni,ada jugak kita bercakap macam meninggi suara,tetapi rasa cepat tersedar supaya anak lebih hormat kat kita dan tak salahkan bila kita dah buat salah,kita minta maaf kat dia

2. Biasakan dengar zikir dan selawat

Apabila anak anda sudah mula pandai bercakap, lagi banyak perkataan yang akan diserap masuk ke dalam kotak memorinya. Maka biasakan si kecil mendengar selawat, zikir dan lain-lain amalan yang memuji Allah. Kalau lihat sesuatu yang cantik, ajar anak ucap SubhanaAllah. Selepas makan, ajarkan anak ucap Alhamdulillah dan sebagainya lagi.
***Setiap malam,apabila nak tidurkan dia,saya akan ucap ya hayyu,ya qayyum,ya latif dan ya rahman dengan melodi saya sendiri.

3. Ajar anak bercakap benar

Apabila anak membuat kesilapan, ajarnya untuk bercakap benar. Jangan takut untuk mengaku kesalahan. Jangan biasakan anak berbohong semata-mata kerana takut kena marah. Mereka perlu sentiasa diingatkan supaya berani mengaku kesalahan.
Bercakap benar itu penting untuk menjadi anak yang berakhlak. Beritahu anak supaya mencontohi sifat mulia Rasulullah saw yang sentiasa bercakap benar.

4. Biasakan baca Bismillah

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, biasakan mengucap Bismillahirrahmaanirrahim. Kalau sejak bayi dia sudah terbiasa mendengar ibu dan ayah mengucapkan kalimah tersebut, maka tak hairanlah bila tiba masanya, anak juga akan mengamalkannya.
** Apa yang diberikan kepadanya,biasakan dengan bismillah...memang betul,dia akan ikut apa yang kita buat

5. Pergaulan dengan kawan sebaya

Kebanyakan anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun akan tinggal bersama kawan-kawan di taska, rumah pengasuh dan ke tadika. Ajar anak anda adab bergaul dengan kawan-kawan. Walaupun masih kecil, sentiasa ingatkan mereka supaya berkawan dengan baik, tidak berbangga diri, jangan menyakiti kawan dan mengambil hak orang lain.


6. Mengajar anak adab makan & minum

Percaya tak yang anak sekecil usia setahun sudah boleh mengangkat tangan dan membaca Bismillah (walaupun dia belum tahu membacanya dengan betul) dan duduk setiap kali hendak makan atau minum? Ia bukan perkara mustahil sekiranya anda biasa mengajarnya sejak bayi lagi.

7. Ajar anak jaga kebersihan

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amalan penting yang mesti diajar kepada anak-anak sejak kecil. Anda boleh melatih mereka untuk membuang sampah kecil di dalam tong sampah di rumah, mengutip sisa makanan yang berterabur selepas makan, mengelap air yang tertumpah, memberus gigi sebelum dan selepas tidur, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul pakaian dan sebagainya lagi bersesuaian dengan peringkat usia anak,. Jika dibiasakan mereka tidak akan kekok menjaga kebersihan.

8. Ajar anak adab berpakaian

Semakin membesar, anak-anak mesti akan makin bijak termasuk dalam bab memilih pakaian yang hendak dipakai. Masa ini gunalah peluang yang ada untuk mengajar mereka memilih pakaian yang menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

9. Ajar anak adab masuk dan keluar tandas

Setiap kali anda hendak menukar lampin atau memandikan anak, biasakan membaca doa sebelum masuk dan keluar dari tandas serta melangkah kaki kiri ketika masuk dan kanan ketika keluar dari tandas. Amalan mudah seperti ini akan dicontohi oleh si kecil.

10. Ajar anak adab sebelum tidur
Sebelum tidur, ajar anak adab yang sepatutnya diamalkan oleh mereka seperti membersihkan diri, mengambil wuduk (jika anak sudah besar), membaca doa, menghadap kiblat kemudian barulah diikuti dengan 'bedtime stories' untuk mereka..

As a parents,banyak lagi yang perlu saya pelajari demi memberikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak saya.Tidak mudah mengalah untuk memberikan yang terbaik untuknya kerana satu saat nanti..dia pun akan berikan yang terbaik untuk diri kita kan..


You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. InsyaAllah mereka anak-anak yang baik..amin. :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini...Amin semoga mereka membesar jadi anak yang solehah..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ida...perkongsian ilmu yg baik buat ibubapa semua...:)

    ReplyDelete
  4. memang berat tggjwb kita kat anak2.
    dia mencontohi kita.

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"