Episode Akhir 7 Hari Mencintaiku

Thursday, December 22, 2016

Assalamualaikum

Makin hari makin ramai yang meminati cerita ni kan...Memang aku akui,masa mula-mula cerita ni keluar macam boring jugak,Tapi disebabkan Shukri Yahya ada dalam cerita ni,so....aku follow je..Sampailah pasal Buntat Mati tu...Hah! Dari situlah Facebook dihujani dengan nama BUNTAT

Tak sia-sia dia bernama Buntat,Terkenal dah budak comel tu kan.Tapi yang syoknya cerita ni,makin lama makin sedih..Makinlah nak tahu apa kesudahan cerita ni.Al maklumlah..cerita ni kan diadaptasi dari Novel  7 Hari Mencintaiku..Memang aku percaya,kalau adaptasi memang syok lah ceritanya..Dari dulu pun bila aku baca novel,tak pernah tak best..Syok je semua...

gambar: google

Ramai yang ingatkan semalam adalah episode akhir 7 Hari Mencintaiku..Tapi rupanya tidak...Mybe hari ni hari terakhir untuk cerita tu..Ramai jugak yang tertanya-tanya apakah kesudahan cerita ni kan...Ada yang kata..cerita tu akan habis gitu dan Mia takkan kembali..Dan ada jugak kata,Mia akan kembali kepada Khuzairi..Iskkk..Penuh dengan teka teki.Ramai jugak yang teka dalam kotak cincin tu,takde..Cincin tu mungkin dipakai oleh Mia.Sajalah kan Mia nak buat kejutan untuk husband dia..

Ada ke yang tak tengok cerita ni.Meh aku share sikit Sinopsis tentang 7 hari Mencintaiku ni.


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
credit info : tehsirap

Tapi aku rasakan..Mesti si Mia tu akan datang jugak kat Khuzairi..Maklumlah..aku tak baca novel tu..So tak taulah apa pengakhiran cerita ni..Baru syok kalau tak baca novel..Tertanya-tanya kesudahan cerita ni kan..

Ok..Jomlah kita tengok nanti...apa kesudahannya cerita ni hari ni..

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. kan best plak tengok citer ni...hihi

    ReplyDelete
  2. Sayangnya kakak tak pernah tengok pulak cerita ini Eda
    Agaknya mesti best sebab ramai yg mensensasikannya.

    ReplyDelete
  3. berdebar-debar pulak nak tunggu malam pengakhirannya malam ni hehe

    ReplyDelete
  4. Sygnya sy x lyn drama ni..ari tu jak tgk sekali time buntat mayi pun tgk secara kbtln hihi

    ReplyDelete
  5. berdebar-debar kan nak tunggu episod last

    ReplyDelete
  6. Rasa syukur sangat cerita ni dah habis, kalau tak pagi petang siang malam, penuh status berkaitan dengan cerita ni...
    sbb saya tak tengok, so tak tahu hujung pangkal cerita ni hahahaha

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai