Masalah gegata naura dah hilang

Friday, December 09, 2016

Assalamualaikum


Hai korang..Alhamdulillah..masalah gegata pada badan naura dah kembali pulih.Aku pernah ceritakan kisah Naura kena gegata di entry INI

Masa kena tu,aku pi melaka..Duduk kat satu rumah tumpangan di sana..Tak sangka benda ni boleh jadi..Masa tu aku just sapu bedak je..kejap je hilang..Esok timbul balik..Sampailah aku balik ke Johor,gegata tu still ada lagi..Aku ada bawak dia ke Klinik..Klinik just bagi dia ubat sapu je..

Ini baru gambar kat tangan..Kat badan jangan ceritalah banyaknya..Besar-besar pulak tu..

Tapi dua hari still tak baik-baik lagi..Dah runsing jugak kan bila tengok anak dok menggaru-garu tak tentu pasal.Kesian kat dia.Aku cuba petua-petua yang aku google..Antara petua untuk hilangkan gegata adalah :-

1-Air garam
Mandikan anak dengan air garam.Ambil garam dan masukkan dalam baldi,masukkan air suam sedikit Kacau rata dan mandikan.

Masa balik Johor,selain bagi air Anugerah tu,aku sapukan air garam yang dicampurkan dengan air suam.Tapi nampaknya macam tak berhasil



2-Bawang merah
Potong bawang merah kecil-kecil  secukupnya dan sapu kat tempat gegata tu timbul

Ini aku tak buat sebab takut dia pedih pulak kan..

3-Air sireh
Rendam atau rebus air sireh dan sapukan pada kulit.


Kemudian aku cuba mandikan dia dengan air sireh yang aku dah rebus tu..Tapi aku sempat mandikan dia dua kali je.

4-Kapur sireh
Ada juga petua kapur sireh diletakkan ke tempat yang gatal tu.

yang ni pun aku dah cuba,tapi aku nak hasil yang segera.sebab kesian sangat sebab gegata tu dah sampai ke muka..




5-Doktor
Last sekali kalau masalah berlarutan korang bawa anak berjumpa dengan doktor.

Untuk berjumpa dengan doktor, masuk ni dah dua kali aku jumpa dengan doktor..Tapi tetap macam tu.walaupun ada pasang surutnya

Aku sampai dah buntu nak buat ape lagi.Sampailah ada kawan cakap pakai bedak cap ular..So petang tu jugak aku whatssap laki aku suruh beli bedak tu kat kedai sengseh.Sampai kat kedai tu,laki aku tnye kat uncle tu,dia tunjuk gambar yang aku dah whatsap kat dia,tapi uncle tu tanya balik kenapa dengan anak aku ni..So,laki aku siap cerita the whole story macam mana anak aku kena ni..Uncle tu cakap ooohhh...anak kena gegata ke..(laki aku cite ni)oo..uncle pun tau pasal gegata ke

So dia suggestkan dua ubat ni.Satu untuk mandi dan satu lagi untuk sapu

ubat gegata
Nilah dua ubat yang aku gunakan untuk Naura.Harga untuk dua ubat ni RM20.90


Balik je dari kedai uncle tu,terus laki aku suruh mandikan anak dengan sabun yang warna hijau tu.Lepas tu aku sapukan krim pulak.Krim tu berangin sikit,so make sure korang jangan sapu dekat popoo dia tau..mau menggelatat anak korang nanti.

So far,alhamdulillah,pagi tu memang dah tak wujud lagi gegata tu..Bekas gegata yang kemerahan pun hilang..Pagi tu pun aku mandikan dia lagi..Sekejap je ko hilang semua gegata tu..Mungkin jodoh naura dengan uncle ubat  tu..

Dah takde lagi drama gosok-gosok,garu-garu badan dan muka..Kalau tak,habis berkudis satu badan.Bukan apa,tempat gegata tu dia akan garu sampai dia puas hati..Kalau dia tak puas hati,dia hulur je badan atau kaki dia yang gatal tu kat aku..Suruh aku garu.Biasalah,mak-mak takkan garu kuat bila anak dia gatal kan..So ,tang tu dia tak puas hati.dia akan garu lagi.

Lepas ni,kalau terkena lagi perkara macam tu,aku akan dapatkan ubat ni jugak.Mungkin serasi bersama dengan naura kan..Barulah ceria,nak main pun ok je..Kalau tak,asyik nak merengek je.Kesian dia..




You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. okay..da dpt tips sni...tqtq..hehehee...kita da follow lame rupanya blog ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. time kasih share ida.. leh guna bila perlu nnti..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai