#MyTravelokaEscapade | Menjanjikan Percutian Yang Hebat Ke Sabah

Friday, December 16, 2016

Assalamualaikum


Niat hati ni memang teringin nak bercuti..Tapi bila fikirkan pasal budget percutian ni,bukan sedikit perbelanjaannya..Ia juga perlu di rancang betul-betul untuk membuatkan percutian tu berjaya dan gembira.Yelah..Planning dari awal tu kan penting..Bila kita nak melawat atau nak mengunjung ke sesuatu negara atau tempat,Make sure kita dapatkan maklumat dahulu tentang tu,barulah percutian kita tu dikatakan percutian yang paling berharga..paling manis dalam hidup.Sebenarnya impian aku adalah membawa family untuk bercuti.Cukuplah di dalam negara sahaja,kerana anak-anak masih kecilkan..Perjalanan yang sangat jauh mungkin membuatkan mereka rimas dan tak selesa.

Mujurlah Traveloka ada membuat satu contest iaitu You Need A Holiday lah! yang memberikan imbuhan juara yang sangat-sangat berbaloi.

traveloka
 Untuk menyertainya korang boleh klik  You Need A Holiday lah!

Di Pertandingan ini,Traveloka memberikan kita pilihan untuk memilih tempat-tempat yang mereka tunjukkan di dalam gambar di bawah.Terdapat 10 tempat destinasi yang mereka tawarkan dan sebagai peserta kita perlu memilih satu antara 10 destinasi yang bakal  kita pergi jika Traveloka meluluskan percutian kita tu..Wahh...tentulah aku sangat-sangat gembira..Mana taukan rezeki untuk anak-anak dan keluarga untuk ke sana..Insya allah

traveloka

Oklah..Meh aku ceritakan Ke mana Destinasi yang akan aku pergi dan kenapa aku nak sangat ke tempat yang aku pilih tu ye..

Untuk percutian ini,aku memilih untuk Destinasi dalam Negara Iaitu Sabah.Sabah mempunyai banyak tempat menarik yang harus kita lawati.Antara tempat-tempat yan ingin aku lawati adalah

traveloka
Kredit gambar : Desa Cattle Fairy Farm


Desa Cattle Fairy Farm-Merupakan Ladang lembu yang terkenal seperti di New Zealand.Di sini bolehlah aku melihat sendiri bagaimana cara mereka memerah susu lembu tu.Bukan itu sahaja,aku akan diberi peluang untuk memberi susu kepada anak lembu..Pastinya seronokkan.Selain daripada aktiviti tu,pengunjung yang datang ke sini bolehlah membeli belah produk tenusu sepetrti susu dan aiskrim yang segar..Anak-anak mesti teruja nak makan aiskrim segar ni kan.Kata mereka yang pernah datang ke sini,tempat ni sejuk,tengok pada gambar ni pun dah tau kan paras kesejukkan di sana.

muzium sabah
Kredit gambar : Muzium Sabah


Muzium Negeri Sabah-Setiap Negeri ada Muzium tersendiri.Jadi rasa rugi jugaklah bila kita tidak menyinggah di Muzium Sabah ni.Di Muzium ni kita boleh tahu asal usul Negeri Sabah,melihat sendiri sejarah Negeri Sabah terutamanya tentang Sejarah budaya,masyarakat dan kehidupan mereka terdahulu.


pulau sipadan
Kredit Gambar : Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Sabah- Adalah Pulau yang sangat terkenal di dunia dengan aktiviti menyelam..Tapi aku ke situ bukan kerana ingin menyelam ye,.Tapi melihat keindahan pantai yang sangat cantik.Boleh sangat nak melihat apa yang ada di dasar laut..Syoknya kan bila kita boleh melihatnya dengan lebih dekat..Pastinya percutian di Pulau Sipadan ni menjanjikan sesuatu yang indah Sebenarnya Sabah juga mempunyai banyak Pulau yang terkenal,antaranya Pulau Sapi,Pulau Manukan Pulau Bohey Dulang,Pulau Metaking,Pulai Kapalai,Pulau Penyu dan banyak lagi.

ladang teh sabah
Kredit gambar : Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah-Apa yang aku baca di blog sabriyaacob Teh Sabah adalah satu-satunya Ladang Teh Organik di Kepulauan Borneo.Di sini kita boleh melihat bagaimana teh dihasilkan dari daun menjadi Teh yang sebenar.Selalu kita minum teh je kan.Tapi bila datang ke sini,kita akan tau bagaimana kitaran teh ini terjadi.



pasar filipino
Kredit Gambar : Pasar Filipino

Pasar Filipino - Pasar yang sangat-sangat terkenal di Sabah.Tiada gambar yang specific untuk gambarkan keadaan Pasar Filipino ini kerana Pasar ini mempunyai fasa iaitu fasa untuk barangan kering,basah,kraftangan dan sebagainya.Ada beberapa lagi Pasar yang terkenal iaitu Pasar Malam Sinsuran,Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.

raflesia

Raflflesia Nature Reserve Centre - Sabah juga terkenal dengan Rafflesia raksasa ni..Aku rasa pokok ni tiada kat tempat lain..Tapi tak taulah kan kalau ada..Rasa rugi pulak kalau tak dapat pergi ke tempat ni kan..Lokasinya jauh juga dari KK,ia mengambil masa sekitar 2 jam untuk ke sana.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ingin aku pergi di Sabah..Tetapi memandangkan Percutian pun bukan sebulan,So aku ambil mana yang orang suggest untuk pergi..So ini adalah antara tempat yang aku ingin pergi apabila aku ke sabah nanti.Kalau ikutkan hati nak jugak cecah kaki ke Rumah terbalik,Masjid Terapung Sabah,Akuarium muzium,Jambatan Tamparuli dan banyak lagi..

Lagi satu kat Sabah ni,Makanan seafood diorang syok tau...Katanya murah dah lebih segar...Alahaii...terasa sampai ke tekak pulak kan..Lepas tu nak membeli belah kraftangan dari sana untuk dihadiahkan kepada saudara dan rakan-rakan terdekat aku.At least adalah aku bawa kenangan untuk diorang juga kan..Haraplah dapat membawa keluarga bercuti ke Sabah nanti..Itupun kalau Traveloka meluluskan percutian aku nanti dan membawa family aku bercuti ke sana.sesekali bercuti dengan family apa salahnya kan.Yeay..sangat tak sabar untuk ke Sabah bah!





#MyTravelokaEscapade | Menjanjikan Percutian Yang Hebat Ke Sabah











You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. salam..yaya singgh sini..
    wahh sama destinasi kite ye..hehe
    gud luck jugak.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. wahh samalah sheila pun nak g Sabah kalau boleh sebab pernah burn flight ticket 2 tahun lepas. Hihiii

    ReplyDelete
  3. nak jugak jejak sabah sebab banyak tempat yang menarik nak jejak n explore. :D
    all the best ya :D

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"