Pengembaraan Terindah di Sekita Bangkok

Wednesday, December 07, 2016

Assalamualaikum


Siapa saja yang tak kenal dengan negara Thailand? Dan kalau sebut saja pasal Thailand, mesti bandar Bangkok akan menjadi pilihan utama para pelancong dari seluruh pelusuk dunia untuk pergi bercuti kan. Kerana apa? Haaa, kalau korang nak tahu bandar ni sebenarnya merupakan salah satu bandar yang terbesar dan paling meriah di Asia Tenggara dan ia adalah ibu kota bagi negara Thailand. Bandar ni adalah salah satu bandar yang bersejarah dan terdapat banyak tempat tarikan pelancong untuk dilawati di sekitar hotels in Bangkok. Ia juga terdapat banyak pilihan hotel yang boleh korang pilih. Hotel bajet, guesthouse, hotel mewah, semuanya ada. Korang boleh pilih ikut bajet korang. Tips untuk pemilihan tempat penginapan ni aku cadangkan korang pilihlah yang berdekatan dengan public transport. Senang sikit nak menjelajah ke tempat-tempat yang menarik. Hee.


siam paragon mall
Siam Paragon Mall.Antara shopping mall yang terkenal di Bangkok.
Credit picture: hotels.com


Selain itu, Bangkok juga merupakan syurga tempat membeli-belah bagi setiap orang kerana dekat sini terdapat banyak mall yang besar seperti MBK Mall, Siam Paragon, Central World, Chachucak Market, dan lain-lain lagi yang menjual pelbagai jenis barangan. Antara barangan yang dijual adalah seperti pakaian, beg, kasut, hiasan dalaman, dan macam-macam lagi yang berjenama dan berkualiti dengan harga berpatutan. Haa, kira sesuailah juga kalau korang nak belikan souvenir atau buah tangan untuk keluaga dan kawan-kawan. Siam Square dan Paragon Square pun antara shopping mall yang terkenal dekat sini. Fuh, memang rambang mata dibuatnya. Kalau korang memang jenis kaki shopping, lebih baik korang menginap di Bangkok hotel yang berdekatan. Maklumlah barang dah banyak beli kan. Nanti taklah penat sangat nak mengusungnya. Hihi


Bunga Matahari di Thailand
credit picture : google

Selain daripada tempat menarik yang ada di sekitar Bangkok Hotel ni, apa kata korang cuba menjelajah ke luar daripada bandar ni pula. Korang suka bunga matahari tak? Kalau suka jom kita pergi ke Lopburi. Mesti korang akan rasa jatuh cinta dan terpesona dengan bunga-bunga matahari di sini. Bukan sekuntum dua saja tau tapi berjuta-juta.Kalau korang nak tahu,ladang ni jugak dikatakan tempat romantis bagi pasangan bercinta tau.. Wow! Ladangnya seluas mata memandang. Sawah-sawah padi yang ada kat Malaysia pun barang kali boleh kalah. Rasa macam nak petik bawak balik je..Hihi. 


muzium istana lama thailand
Muzium Istana lama-Thailand
credit picture : google

Di Bangkok,korang bukan sahaja boleh membeli belah dan mengunjungi tempat yang cantik-cantik,malah korang juga boleh berkunjung ke kawasan muzium istana lama, menikmati keseronokkan menaiki bot melalui sungai, menyaksikan gelagat monyet yang banyak di sesetengah tempat dan melalui lorong-lorong kecil yang tidak jauh dari stesen keretapi. Tak rugi pun kalau korang singgah ke tempat ni sebab tiket keretapi dari Bangkok pun murah saja. Kalau korang pandai merancang, mungkin korang boleh mengembara lebih dari satu tempat yang jauh-jauh jaraknya dalam masa sehari. Boleh jimat masa dan wang!

Maeklong railway market
Maeklong Railway Market
Credit picture : google

Seterusnya korang juga boleh cuba pergi ke Maeklong Railway Market. Katanya pasar ni adalah antara pasar yang terkenal yang terletak di daerah Samut Songkhram iaitu lebih kurang 70km dari Bangkok. Ia dikenali sebagai salah satu market yang paling berbahaya di dunia. Sebab apa? Sebabnya aktiviti jualan di pasar ni dijalankan di sepanjang landasan keretapi yang masih berfungsi berdekatan dengan stesen Maeklong. Macam-macam jualan ada di sini. Ramai yang datang kat sini pun sebab nak tengok train melalui kawasan pasar ni. Bila dah sampai waktu train tiba, para peniaga dekat pasar ni akan menarik payung teduhan mereka ke tepi.Selalunya peniaga akan mengalihkan barangan jualan mereka pada hon kedua Kalau korang nak tau macam mana suasananya jangan lupa singgah ke sini tau. Dan apa yang penting keselamatan kena berjaga-jaga.

Aroma herba yang menyengat hidung bercampur rasa asam, pedas, manis, enak, masin dan beberapa rasa rempah misteri mesti akan membuatkan korang terliur. Tapi korang kena berhati-hati juga sebab tak semua masakan lazat di sini adalah halal. Walau bagaimanapun, korang tak perlu risau sebab masih ada kedai-kedai makan di sekitar hotels in Bangkok ni yang menjual makanan halal. Antaranya, korang boleh cuba makan di Restoran Farida yang berdekatan dengan BTS Ratchathewi. Hampir semua menu terkenal Thailand ada di sini. Harganya juga agak berpatutan. Di Pasar Chatuchak juga ada banyak gerai kecil yang berlogo halal seperti Saman Islamic Food yang berdekatan dengan Tugu Jam dan gerai Hawa Pochana di seberang Otokor Market. Bagi korang yang menginap di sekitar Bangkok City Hotel pula, bolehlah cuba makan di Mak Nyah Muslim Restaurant atau gerai-gerai makanan halal lain yang berdekatan.Semua yang aku sebutkan di atas ini adalah tempat yang paling suka dilawati oleh backpakers dari negara kita.Cuma kita perlu rajin untuk mencari maklumat tentang tempat yang akan korang lawati sebelum korang ke negara itu.

Banyak lagi aktiviti yang menarik yang boleh korang rancang untuk buat di Bangkok. Semestinya keunikan dan keindahan yang ada di sekitar bandar ni tak akan mengecewakan para pengunjung yang datang ke sini. Jadi, korang tunggu apa lagi? Cepat-cepat laa rancang percutian ke Bangkok pula. Pastinya pengembaraan ke Bangkok menjadi satu pengalaman yang paling indah buat korang.Boleh plan untuk membawa family ke sana sempena cuti sekolah ni.Salah satu tempat yang aku rasa paling menarik untuk dilawati..Sangat-sangat berbaloi..

You Might Also Like

6 Orang Komen

  1. kena kumpul duit tabung ayam ni nak jelajah bangkok :)

    ReplyDelete
  2. Walaupun tak jauh mana sekadar utara negara kita tapi kakak tak pernah sampai sana lagi Eda
    Memang menarik kalau baca apa yg dipaparkan.

    ReplyDelete
  3. Ok..SA dah ada gang travel...Dania suka bab travel so..kena kumpul duit lepas ni dan explore...bestnyaaa

    ReplyDelete
  4. pasar tu unik.. Unni tgk kat tv ari tu

    ReplyDelete
  5. Seronok jika dapat bercuti ke luar negara. Jom kumpul duit..

    ReplyDelete
  6. menarik jugak Bangkok ni..boleh letak dalam wishlist cuti-cuti ni :)

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"