Resepi Spiral Spaghetti Goreng yang Mudah

Tuesday, December 06, 2016

Assalamualaikum

Lama beno tak share tentang makanan kan..Asyik cerita pasal produk dan family..takut orang bosan pulak..Hah..Kali ni meh la aku share tentang resepi mudah Spiral Spaghetti Goreng ala tekak melayu..bhahaha..

Sekarang ni,aku rajin je masak makanan yang berunsurkan mee..Husband dok request tak nak makan nasi sangat sebab takut kan penyakit pelbagai ni.Menu ni nak kata sihat tu takdelah sihat sangat..kalau nak menu sihat...korang google je..Confirm ada resepi-resepi sihat untuk korang..

Dah lama dah aku buat Spiral spaghetti goreng ni..Baru nak up je resepi kat sini..Alah..resepi mudah kan..Ok je..

spiral spaghetti
Selalu blogger masakan letak watermark kat gambar...
Tapi aku malas sikit nak letak watermark...hepp!! amik mintak izin..hahaha...ala..gambar bukan cantik pun...Tak cantik takpe..Janji sedap..Dont judge a book by its cover ok

Hah!! Nilah gambar Spiral Spaghetti goreng made by me tau...Spiral spaghetti tu dah kembang macam ape dah...Terlebih di rebus..tu yang jadi macam tu..tak molek mana pun..

Oklah..meh kita tengok resepi pulak kan.

  • Sebungkus Spiral spaghetti(di rebus dahulu)
  • Daging cincang
  • Sawi
  • Lobak
  • Telur
  • Fishball(ikutlah korang nak letak ke tak)
  • Lada Blender( yang ni memang aku dah siap-siap masuk bawang/bawang putih/lada kering)so korang agak-agak jelah kan berapa nak guna)
  • sedikit garam
  • Sos tomato/sos tiram(1 sudu je)
  • Daun sup sebagai hiasan
Oklah..cara membuatnya pulak,first korang goreng dulu daging cincang tu sampai air dia kering..angkat dan letak tepi.Lepas tu korang masukkan lada belnder dan gaul sehingga naik minyak.lepas tu korang masukkan sos tomato dan sos tiram.Masukkan pulak telur,fishball dan daging cincang.Perasakan dengan garam..Then barulah masukkan spiral spaghetti yang dah korang rebus tu..Akhir sekali korang letak la sawi ngan lobak tu.

Ni kira resepi campak-campak jelah..Kalau korang nak pedas,tumbuk sikit lada kecik dan gaul sekali dengan spaghetti tu ye.Dan kau hias lah sikit dengan taburan daun sup atau daun bawang ke...atau apa-apa hiasan..resepi ni aku gunakan barang-barang yang ada kat rumah...so jadilah spaghetti ni.


Dah siap untuk dimakan...itulah resepi dari chef eda...semoga berjumpa lagi di lain masa...bye..





You Might Also Like

17 Orang Komen

  1. Sedapnya..
    Tambah2 pulak mudah nak sediakan..
    Memang AM kena cuba buat la nanti..

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  2. spageti mmg mudah kan nak masak. kekra pun suka ;)

    ReplyDelete
  3. Ini kalau dapat kat anak kakak sepinggan tak cukup Eda
    Mereka semua suka spaghetti tak kiralah lurus ke spriral bagai.

    ReplyDelete
  4. suka makan spageti dengan kuah carbonara dan bolognaise..

    ReplyDelete
  5. aduh sedapnya !! fav nie.. terasa nk masak jgk

    ReplyDelete
  6. Anak2 aida x makan pasta selain spageti. Yg lain kalu ada depan mata, diorang jeling jer, eda 😆😆😆

    ReplyDelete
  7. Eh tgk ni br tingat dh lama gak x goreng pasta cmni...hihihi

    ReplyDelete
  8. anak2 saya pun sukakan hidangan macam ni

    ReplyDelete
  9. Senang je nak buat spiral spaghetti ni eh :)

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  10. Salam singgah pagi sis....wahh...sedapny.... MD nak try juga buat ni sebab tak pernah makan lagi ni.

    ReplyDelete
  11. Fiza pun suke spegeti buat mcm nie.. spegeti ala melayu..

    ReplyDelete
  12. any pasta masak goreng memang sedap!

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai