Weekend Kami

Monday, December 19, 2016

Assalamualaikum

Happy Monday korang..Sebenarnya ada banyak entry aku yang delay.Sebab apa,sebab internet dah warning pasal penggunaan data.So,tak bolehlah aku nak bersuka ria dok upload  gambar banyak-banyak kat blog.Sebab nak upload tu pun makan masa.Sebab tu aku hadiahkan entry-entry santai untuk tatapan diri sendiri..Sebab macam tak serius ada orang nak baca..Oklah..macam biasa simptom mak-mak bercerita pasal anak-anak ni..

By the way,Aku nak ucapkan Tahniah kepada Pelajar-Pelajar PT3 yang mengambil keputusan hari ni..Jika adik-adik dah buat yang terbaik,insya allah hasilnya pun terbaik..Ingat ye...PT3 bukan jalan akhir untuk tidak berjaya..Ada banyak lagi halangan yang perlu korang tempuhi di tahun-tahun hadapan..SPM adalah satu titik permulaan untuk korang tempuhi samada korang memilih untuk bekerja atau menara gading..Pesan akak ni,belajar bersungguh-sungguh.Ingat pesan orang tua.Besar harapan mereka untuk korang berjaya.Moga terjamin masa depan korang nanti ye..

Sebenarnya nasihat ni pun aku tujukan kat adik bucuk bacin aku tu.Anak bongsu dalam keluarga kami..Dan juga harapan mak ayah aku yang akhir..Lepas ni dah takde lah..terima cucu dan menantu jelah nampaknya..Aku dah pesan kat dia,Kalau banyak sangat E,aku nak cari calon suami je untuk dia,,tak payah dah nak belajar..hahahaha.....Dik,kalau ko tak dapat apa yang ko target,siap la ko eh!!,,,hahah(dia baca)

Oklah..meh kita cerita sikit apa aktiviti aku pada hari minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad..Disebabkan hari sabtu aku dah tak kerja lagi,so,spend time buat sarapan,makan sama-sama ngan husband and anak aku tu..Nak jengah kakak,minggu lepas dah balik.So mybe minggu depan kot.Tetiba paklong dak Naura ni datang ajak pi Tasik Layang-layang..Memandangkan dak Naura ni tak mandi lagi,terpaksalah Paklong pergi dulu..Lepas tu siap-siap terus ke sana..Rupanya Paklong ajak sarapan kat sana sambil main Playground..Suka ya amatlah dak naura tu naik jongkang jongkit tu.Ketawa sakan minah tu..Ok..sebenarnya plan aku hari sabtu tu nak tukar kad Public Bank yang baru..Tapi memandangkan Paklong ajak lepak kat Tasik..so.Macam tak jadi..Tapi bila di tasik,Paklong ada hal,berkampunglah kami 2-3 jam jugak kat situ..Pukul 11 aku gerak balik,tapi sempatlah survey Bank Public bank tu.Rupanya masih bukak..Urusan hanya untuk penukaran kad sahaja..Ok...Tak sampai 5 minit kad Siap..Yahoooo...Siap dah..

Balik tu,terus ke rumah nenek.Nenek dah tinggalkan rumah dia dekat 2 bulan jugaklah,So rumah tu kena dibersihkan..Biasalah,rumah bila dah lama ditinggalkan mulalah berhabuk bagai..Taik cicak,taik tikus pun ada..Selesai kemas,nak balik tak boleh sebab hujan..So ketiduran kami anak beranak sampai petang.

End untuk hari sabtu..Hari ahad pulak selalunya aku tak kemana pun..Sebab husband dah bertugas..Bermulalah rutin mengemas rumah,basuh baju-baju,cadar ,tukar cadar,mop lantai dan sebagainya sesambil melayan dak Naura tu..

Tak banyakkan aktiviti aku hari ahad tu..Yelah,husband keje,nak merayap pun malas.Baiklah buat apa yang patut kat rumah tu.Begitulah rutin aku bila hari ahad..Sebab hari sabtu adalah waktu untuk luangkan masa dengan family kan..hehehe..Gambar? maaf aku tak dapat nak upload..Kang tunggu sejam tak gerak-gerak pulak dengan internet ni..Nanti tunggu aku topup lebih sikit,barulah aku dapat buat itu ini..ok bye korang..Apa cerita weekend korang pulak

You Might Also Like

5 Orang Komen

  1. Akak sabtu ahad semalam balik kampung..
    Sebab hantar nabil ikut kem cuti sekolah..
    Boleh lah nanti akak buat entri hahhaha..
    Idea juga tu..
    Sama dgn akak kalau tidak kemana mmg mengemas rumah dan memasak je lah :)

    ReplyDelete
  2. Haa ju pun mls bjalan kalo weekend lbh suka dok ruma. tp kalo da tahap bosan mmg kluar jg ngn hby =)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ida...mama hujung minggu mmg spend time dgn anak2 n cucu jer la...jenjalan window shopping jer...bawa budak kecik berdua tu ambil udara segar kat luar...:)

    ReplyDelete
  4. ok la tu kak...ade jugak aktiviti kan...Sally weekend ni g kelas je kak sabtu dan ahad..huhu...nak buat macam mana kan...dah belajar PJJ ni

    ReplyDelete
  5. biasnya weekend kitorang mengukur jalan. tapi kalau hari duduk rumah tu memang duduk rumah saje dari pagi sampai ke malam hihihi

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"