Saturday, April 30, 2016

5 Cara didikan untuk anak perempuan yang dilakukan oleh si Ayah

Saturday, April 30, 2016
Assalamualaikum
Hai korang..Mood bercuti lagi kan..Tapi tetap nak berblog.Takpe..ada masa boleh la berblog..Nak blogwalking tu je yang payah sikit.

Siapa yang ada anak perempuan!! Dan rupa mereka ikut belah mana..Ayah atau ibunya..Orang tua-tua cakap,kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah,hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab..Sejuk bak  kata mereka..tapi,sejauh mana kata-kata tersebut ye?Aku ada terbaca di artikel ini tentang 5 cara ini dilakukan oleh semua ayah dalam mendidik anak perempuan mereka
sama kan...

Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan,pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya.

Cara seorang ibu dan ayah membesarkan anak-anak mengikut jantian mereka memang berbeza.Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihaktan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak.Kadang kala kita terfikir adakah ibu lebih pakar mengurukan hal anak-anak berbanding ayah?

Hakikatnya walaupun seorang ayah kelihatan terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak namun,peranannya sebagai ketua keluarga jangan diketepikan.Biarpun hanya sedikit masa sahaja yang dimiliki untuk mendampingi anak tetapi ayah sentiasa memerhati dan memantau  perkembangan anak-anaknya.


Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi.
1. Seorang ayah,  biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya.
2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya.
3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi.
4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak 'keterlaluan' tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.
5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.
Bahkan sebagai ayah, anda perlulah menerapkan aspek ketegasan kepada anak-anak dalam membantu pembentukan keperibadian anak. Walaupun kadang kala ada anak yang kurang suka dengan ketegasan namun lama-kelamaan mereka terbiasa dengan karektor ayah dan membantu mereka menjadi anak perempuan yang lebih yakin dan pandai menjaga diri.
Tetapi percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri.
Walaupun secara fizikal, ayah lebih garang dan tegas namun kasih sayangnya tidak pernah berkurangan untuk si anak gadis. Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka.

Al-fatihah untuk Arwah ayah Yusof Bin Abdul Rahman...Sesungguhnya jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.

Shopping Bag di TheOneMall-Malaysia

Saturday, April 30, 2016
Assalamualaikum

Dah lama kan tak main shopping-shopping ni..Sesekali shopping online di best jugak..ececeh...ye je kan dah lama tak shopping.

Bermula dari officemate la ni,dok sibuk-sibuk google di internet tentang beg murah.Dah terjebak dengan TheOneMall.com ni.

Actually,produk yang dijual di TheOneMall ni adalah produk dari china.Kebanyakkannya semua hasil dari produk mereka.Harga mereka of courselah murah,ala..setakat handbag murah-murah je,Bukanlah mahal beratus-ratus.Boleh la buat basahan kerja..Tukar-tukar beg.Bagi korang yang tak kisah pasal jenama,boleh la jenguk-jenguk page ni.

Bukan sahaja jual handbag,pelbagai jenis barangan lagi yang dijual di online shopping ni.


Tapi aku just beli bag jelah...Officemate aku pun join beli jugak..So sekaligus..Cuma kalau postage tu sedikit mahal la.Of course sebab bukan dari malaysia kan,

Antara bag yang kami beli..Semua bersifat keibuan sebab rata-rata mesti cakap,oklah...muat untuk letak pampers dengan susu anak!!

Aku rasa korang yang ada anak kecil pun,akan berkata benda yang sama bila beli handbag kan.
Bila dah banyak beli tu,ada pulak free gift yang mereka bagi..stokin and mousepad

aku ambil stokin tu...sebab warna dia hitam...hahahah...
Korang kalau nak jugak join membeli di sini,just pergi website mereka ni




Friday, April 29, 2016

Cara mengatasi Darah rendah

Friday, April 29, 2016
Assalamualaikum

Tuari dua hari tanpa berita...Walaupun takde yang kisah pun..muahaha...MC selama dua hari.Bila check doktor,doktor kata tekanan darah rendah.patut ler rasa pening-pening lalat.Bila nak bangun tu,mesti rasa nak pitam..Pernah dulu check,tekanan darah tinggi..aku pun tak berapa nak pasti kenapa.
Tak sure pulak sebab apa,nak kata stress tu biasa je rasanya..Nak kata pemakanan pun,macam biasa..emm...tak taulah kenapa.Rata-rata di kalangan masyarakat kita ni jarang kena tekanan darah rendah kan..Korang tau tak apa itu tekanan darah rendah.
source: google

Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh badan manusia.Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut-120/80 mmHG.Nombor atas(120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung.Ia dipanggil tekanan sistolik.Nombor bawah(80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.Ia dipanggil tekanan diastolik.Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.Sekiranya tekanan darah didapati sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa secara berlarutan seseorang itu dikatakan mengalami masalah darah tinggi.

Seperti artikel yang aku baca disini,sebenarnya masih ada cara mengatasi Darah rendah.Setiap penyakit tu ada ubatnya kan..Insya allah..Jadi kita kena usaha sebaik mungkin mencari penawar untuk setiap penyakit tu selain berdoa kepada Allah untuk menyembuhkan penyakit kita tu.Hakikatnya mungkin Allah swt tu,nak supaya kita dekat dengan dia,sebab bila sakit ni,kita akan sentiasa untuk berdoa kepadaNya untuk kesembuhan penyakit kita tukan..wallahualam.

Seperti yang aku alami iaitu tekanan darah rendah ni,terbaca di artikel ini,Tekanan darah rendah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti dehidrasi darah ringan atau berat,radang pada organ-organ tubuh seperti pankreatitis akut,kelemahan pada otot dari denyutan jantung yang lambat,dan lain-lain juga dapat menyebabkan tekanan darah rendah.Bahkan beberapa pengambilan ubat tertentu boleh menyebabkan keadaan ini.

Cara mengatasi Darah Rendah

1. Minum banyak air
Jika seseorang mengalami keadaan pening kerana dehidrasi,sangat penting untuk menghidratkan diri dengan minum banyak air.Jumlah cairan yang meningkat akan meningkatkan jumlah darah,seterusnya akan meningkatkan tekanan darah.Minum minuman bertenaga seperti 100 plus,revive juga disarankan kerana ia dapat mengekalkan tubuh dengan natrium dan kalium,yang akan membantu meningkatkan tekana darah dengan cepat.Pada kes yang serius,cairan infus akan diperlukan untuk kes yang over-dehidrasi.

2. Meningkatkan pengambilan garam

Banyak orang yang akan membataskan pengambilan garam kerana takut terkena tekanan darah tinggi, namun sebaliknya dia diserang tekanan darah rendah. Dalam kes tersebut, pengambilan garam dalam makanan harus ditingkatkan. Namun begitu jangan pula terlalu berlebihan, kerana terlalu banyak garam juga sangat berbahaya.

3. Banyak makan makanan kecil

Tekanan darah rendah setelah makan atau hipotensi postprandial boleh dicegah dengan memakan makanan kecil yang rendah karbohidrat namun kerap dimakan. Hal ini kerana selepas makan, lebih banyak darah akan dihantar ke saluran pencernaan untuk proses pencernaan, sehingga boleh mengakibatkan tekanan darah rendah. Mengurangkan pengambilan makanan yang bertepung seperti kentang, pasta, makanan yang dipanggang, dan lain-lain juga disarankan. Duduk setelah makanan juga akan membantu mencegah dip tekanan darah. Hal ini umumnya dapat dilihat pada orang tua.

4. Mengenakan stokin

Mengenakan stokin elastis membantu meningkatkan tekanan darah seseorang dengan mencegah pengumpulan darah di kaki atau bahagian bawah, dan ia juga meningkatkan peredaran darah dalam tubuh.

5. Meninggikan posisi kepala

Menggunakan bantal untuk menyokong kepala seseorang ketika tidur di posisi yang tinggi, membantu melawan graviti dan mencegah darah terlalu banyak turun dari kepala. Hal ini akan membantu mengurangkan rasa pening ketika bangun di pagi hari.

6. Bangun secara perlahan

Jika Anda merasa pening ketika bangun dari posisi istirehat baik tidur ataupun duduk. Hal terbaik yang boleh Anda lakukan adalah kembali ke posisi itu dan tetap dengan cara yang sama sampai Anda berasa lebih baik. Orang yang menderita hipotensi ortostatik harus selalu bangkit perlahan dari posisi istirahat mereka, terutamanya ketika bangun tidur di pagi hari. Selain itu, berdiri lama di satu posisi atau mengubah posisi secara tiba-tiba harus dihindari.

7. Minum jus segar

Jika Anda mengalami tekanan darah rendah, minum jus segar setiap hari untuk meningkatkan tekanan darah Anda. Minum dua kali sehari selama hampir satu minggu. Jus lobak segar atau jusdelima dipercayai sangat membantu.

8. Makan kismis dan badam

Rendam segenggam kismis selama 1 malam dan dimakan setelah bangun tidur. Pastikan Anda mengunyah kismis dengan baik. Minum air bekas rendamannya juga. Atau jika ingin mengubahnya dalam bentuk yang lain, cubalah menu ini. Pasta badam dicampur dengan susu hangat, rendam badam semalaman, kupas kulit matinya dan dihaluskan dengan menggunakan pengisar (blender). Campur dengan susu hangat dan minum.

Cara mengatasi masalah darah rendah ni dah ada..Cuma apa yang perlu aku buat,ikuti cara-cara ni...Tapi nak mengikuti ni pun..emmmm...sekarang ni,nak minum air masak lebih 1 liter pun dah malas.


Thursday, April 28, 2016

6 Pemakanan yang baik Untuk Pesakit Gout

Thursday, April 28, 2016
Assalamualaikum

Dulu aku pernah cerita pasal gout ni.Bukan apa,bila ada antara family kita yang terkena gout,automatically,kita yang mendengar ni,rasa kasihan..Bila bab nak makan bersama-sama mereka ni,kadang-kadang rasa kasihan apabila hidangan yang kita hidangkan tu,tak boleh disentuh oleh mereka
sakit gout
source:google

Kesian kan..Kalau di entry Gout: Punca dan Cara mengatasinya,aku ada kongsikan bagaimana gout terjadi dan cara untuk mengatasi penyakit gout ni.

Meh aku refresh sikit apa itu gout,kot lah korang terlupa apa gout tu kan.
Gout ini adalah keadaan di mana berlaku keradangan yang menyakitkan di Tendon,sendi dan bengkak.Sendi Metatarsal-Phalangeal di tapak kaki memang biasa terjadi.Ia mungkin gout biasa atau mungkin ada tanda-tanda penyakit  lain seperti batu karang,urate nephropathy dan tophi.Ia juga disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Tapi apa pula makanan yang baik untuk pesakit Gout ni? Seperti yang dibaca di artikel ini,ada 6 makanan yang baik untuk pesakit Gout

Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali .Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur:Kerap makan lobak putih,daun sader/sup,atau buah ceri(dos rawatan gout: 25 biji sehari).Atau cuka epla 1 sudu besar selang sehari.Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.

Juga boleh amalkan alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat,ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga,air bukit,air zam-zam,air bertapis,air bawah tanah.

3. Sumber protein: Ganti ayam daging dengan ayam kampung/organic kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbandung ayam daging komersial.Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia jugak termasuk makanan berasid.Elakkan daging lembun.Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4.Ganti majerin,lelemak sayuran/shortening,krimer minyak sayuran,dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli(Anchor,scs),minyak sapi asli(QBB).

5.Ganti gula pasir putih dengan gula merah,gula molasses,madu asli,jaggery cane sugar(gula tebu asli),gula nipah,gula kabung,gula kelapa asli.

6.Kurangkan makanan berminyak/bergoreng.Jika hendak menggoreng @ menumis,guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino.Jangan guna minyak lebih 3x recycle.



Rasanya sangat mudah untuk kita ikuti cara pemakanan ni kan.Cuma terpulang kepada kita sendiri.Jangan nanti bila dah terkena,baru nak tukar cara pemakanan kita kan.

Lagi pulak sekarang banyak fast food yang mempunyai kadar garam  yang tinggi yang tidak boleh diambil sewenang-wenangnya.







Monday, April 25, 2016

Cara Keluarkan Hingus dan Kahak dirumah dengan kaedah Steaming

Monday, April 25, 2016
Assalamualaikum

Itu hari aku ada cerita pasal naura di Entry Bila demam kembali semula.Rasanya dah dekat seminggu selsema Naura tak kebah lagi.Umi pulak yang risau.Nak ke klinik ,minggu lepas baru je ke klinik..Kalau selalu sangat pergi dan sogokkan dengan ubat,..Jadi apa pulak ye.
bawang putih
source:google

Yang paling buat umi risau,bila dada berbunyi.Itu menandakan ada kahak tersembunyi yang tidak boleh dikeluarkan oleh naura.Biasalah,budak-budak bawah setahun ni,manalah pandai nak buang kahak sendiri.Takkan nak ke klnik untuk dapatkan neb lagi..Yang tak boleh diterima bila nanti,bab sedut kahak.Bukan ke sakit..Kesian pulak si naura..Dulu kakak fiyah pun sampai masuk hospital.Rasa dah beberapa kali jugak kena sedut..Sakit ooo...

Walaupun dia selsema dan berkahak,dia tetap aktif macam biasa..Makan dan minum pun macam biasa..So,taklah umi khuatirkan sangat.Tapi dalam pada masa yang sama,umi risau jugak kalau semakin teruk.Sebenarnya kahak dan hingus ni boleh jadi punca penyakit yang lebih serius seperti bronkitis dan asma serta simptom pneumonia.Bronkitis terjadi apabila Mukus inflame dan menyebabkan saluran pernafasan bengkak.Jadi,ruang udara menjadi kecil dan boleh mengakibatkan batuk.

Bila dah jadi macam tu,selalunya parents akan pergi ke klinik untuk mendapatkan nebulizer.Penggunaan nebulizer adalah untuk membantu membuka ruang pernafasan yang sempit sebelum doktor guna pula alat untuk menyedut kahak.ada jugak aku baca disini.

Di rumah juga,kita boleh menggunaakan proses yang sama menggunakan bahan yang sedia ada di rumah.

Semalam lagi aku dah menggunakan Kaedah stim (wap air ) dan teknik percussion(teknik tepuk).Untuk menggunakan Kaedah Stim,aku hanya gunakan besen yang berisi air panas dan hirisan bawang putih.Tak sempat weh nak ambil gambar bagai disebabkan semalam tinggal umi sahaja di rumah..So xde lah photographer upahan.

Untuk pengetahuan korang Steaming boleh dilakukan dengan menggunakan 
  • food warmer
  • bottle sterilizer
  • periuk nasi elektrik
  • on shower air panas dan bilik air berwap,masuk bersama bayi
  • besen berisi air panas.
tambah bahan bersifat antibiotik ke dalam air seperti,
  • Tablet bwang putih shaklee
  • Minyak bawang putih
  • Bawang putih yang diketuk
  • Habatus sauda
Posisi bayi ketika steaming
Baringkan bayi mengadap wap air,Condongkan kepala bayi paras lebih rendah dari kaki bayi dan biarkan kaki bayi lurus.Kalau nak cover guna selimut pun lagi bagus.Cuma bab ni,baby memang menggelupur sebab kena wap panas tadi.Tapi selama steaming dilakukan,memang bagus kalau bayi nangis..Jadi dia akan sedut wap tu.Cuma ibu bapa kena tahan lah bila tengok anak nangis.Lakukan selama 10-15 minit.Steaming ni bertujuan untuk membuka ruang pernafasan yang sempit.

Tak sempat nak ambil gambar untuk teknik yang aku buat pada Naura..Insya allah..hari ni akan buat lagi pada dia..Semalam sempat buat dua kali untuk dia...Aku menggunakan besen sahaja.Dan letakkan naura dalam posisi kepala di besen dan aku letakkan kain menutupi kepala dia supaya wap tu terus masuk ke dalam hidungnya.Masa tu agak kelam kabut sikitlah sebab dia menangis.
percussion
source:google

Percussion
Percussion adalah teknik tepukan untuk melonggarkan kahak.Boleh dilakukan selepas steaming.Tapi bagi aku,semasa kaedah steaming ni,masa tu kita buat percussion..So,kahak boleh keluar melalui hidung atau mulut.

Selepas sahaja proses steaming dilakukan,boleh la sedut keluar hingus menggunakan nasal aspirator.Aku tak guna sebab kat rumah takde...

So aku akan buat teknik ni terus sehinggalah hilang bunyi wheezing kat dada  dia tu
Disamping tu aku buat minyak bawang putih untuk aku sapukan di dada dan belakang ,serta betis dan tapak kaki.


Moga dia cepat baik lah hendaknya..Walaupun dia nampak sihat,tapi dalaman kita tak taukan...Tapi lepas buat steaming ni,memang lena dia tidur..



Kakak Fiyah Dan Aktiviti menconteng

Monday, April 25, 2016
Assalamualaikum

Lama dah tak bercerita pasal kakak fiyah kan..eh..yeke lama..Yelah..selalunya cerita pasal baby Naura je.Maklumlah,baby Naura ada je depan mata,Kak fiyah pulak,kat kampung.Segala aktiviti dia,umi kurang tau.Tapi walaubagaimanapun,umi taulah sikit-sikit sebab tiap-tiap hari umi akan whatssap nenek dia,tanya perkembangan kakak fiyah.

Dah masuk dua tahun ni,macam-macamlah perkara baru yang dia belajar,terutamanya tentang perkataan.Sekarang ni,kata-kata yang keluar dari sekelilingnya harus dijaga kerana kakak fiyah akan cepat belajar tentang perkataan baru tu.Dan berulang kali dia akan sebut tentang tu...Iskkk..bahaya.


Kalau dulu,umi ada hadiahkan dia whiteboard masa birthday dia,oh,korang yang nak baca boleh la baca di SINI.Umi memang sengaja belikan benda ni untuk mengasah motor skill dia.

Sekarang ni,kemana-mana(dalam rumah ler) dia akan bawa wooden board tu.Bila orang sentuh ,dia marah.Dia tak kasi orang pegang pun..iskk...kedekut sungguh..Dia memang jaga barang yang dia suka.memang payah nak mintak.Lagi satu beg yang baru diberikan oleh mak long dia.memang bertahan la sangkut kat badan tu.
Tengoklah tu,bila tengok tv pun dia angkutnya sekali sebelah dia..Apa yang dia conteng pun umi tak tau.

Takpelah..lama-lama biasakan dia pegang pensil,kapur dan kertas,insya allah...Makin pandai lah dia kan.

Sebagai ibu ni,apa yang anak kita buat,demi kebaikkan dia,kita kena support..At least ajak bermain sekali.

Saturday, April 23, 2016

Bayi Lebih Bijak Kalau Kerap Diurut dengan hanya 5 Minit Sahaja!

Saturday, April 23, 2016
Assalamualaikum

Kadang-kadang kita para ibu ni,tak tau urutan bukan sahaja boleh mengeratkan lagi kasih sayang dan kekuatan tulang,tapi Bayi lebih bijak kalau kerap di urut.Hanya mengambil masa 5 minit sahaja urutan,ianya akan menjadi satu perkara yang luar biasa.

Selalunya naura,setiap kali mandi,aku akan sapukan seluruh badannya dengan lotion.Sambil letak losyen tu,sambil urut sikit-sikit anggota badan dia..Tapi mungkin kaedah urutan tak betul.Tapi bila terbaca satu artikel di sini,make sure,aku akan praktiskan bila mengurut naura nanti.

Urutan ini juga umpama kuasa ajaib yang mampu memberi kesembuhan dan ketenangan kepada mereka yang dalam ketegangan..Begitu juga bayi kan.

Sentuhan adalah elemen penting dalam membina ikatan erat setiap insan.Urutan adalah sebahagian daripadanya.Ia boleh menenangkan bayi dan membantunya tidur lena.Urutan juga boleh memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi seorang bayi.Hanya peruntukan beberapa minit sehari,sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan positif si manja.

Tidak mustahil bayi yang diurut setiap hari mampu membesar sebagai anak yang bijak dan cerdas.Terdapat bukti saintifik menunjukkan urutan sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seorang bayi.Tidak ada masa spesifik ditentukan untuk mengurut bayi.Namun,dicadangkan waktu yang sesuai untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi.Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang.

Jom ikuti langkah ini untuk mengurut bayi.

source:google

langkah 1

KAKI
 Untuk melancarkan peredaran darah,tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda.jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua belah kaki.

Langkah 2
Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu.Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi.Lakukan pada kedua-dua beah kaki.
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif.Seeloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.

Langkah 3

LENGAN
Seterusnya,lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri.Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut.Kemudian,cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan.Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi.Lakukan rolling pada lengan bayi.Buat gerakan dari atas ke bawah.Perkara yang sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.

langkah 4

MUKA
Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar.Urutan pad abahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang.Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi.Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut.Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi.
Bagi bayi yang mempunyai masalah kerap menangis atau masalah pertumbuhan gigi,lakukan urutan pada bahagian muka.

Langkah 5

PERUT
Urut perlahan-lahan dengan menggunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan sun and moon.Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan.Sebagai tambahan,anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I,L,U.Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalah angin,kembung perut,kolik dan sembelit.


Langkah 6


BAHAGIAN BELAKANG

Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan yang dikenali sebagai swoop – neck to bottom ini dimulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Lurut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.

Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.



Bila dah dapat melegakan bayi kita dengan urutan,dia tidur pun senang,rileks dan tenang kan..harap lepas ni boleh perbaiki cara urutan naura,Kakak dulu pun umi dok urut,cuma urutan tu tak taulah betul ke tidak..



Friday, April 22, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

Friday, April 22, 2016
Assalamualaikum

Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

5 Cara Membancuh Susu yang betul

Friday, April 22, 2016
Assalamualaikum

Tak sangkakan,membancuh susu pun ada cara yang perlu kita ikuti.Kekadang ,bila anak sakit,kita tak tau apa puncanya.Tapi percaya atau tidak,kaedah membancuh susu dengan tidak betul pun boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi.

Sepatutnya,kita harus mengikuti saranan pada pakar pemakanan yang ada dilabel setiap susu formula tentang cara membancuh susu dengan skop yang betul.Bukan main sesedap rasa untuk memperbanyakkan dan mengurangkan jumlah skop itu mengikut kita.Arahan pada label memberitahu bilangan skup yang betul untuk ditambahkan pada setiap sukatan air.Info ini sangat penting dipatuhi oleh ibu bapa.Anda tidak boleh sesuka hati membancuh susu mengikut sukatan skup yang tidak betul kerana jika dibubuh terlalu banyak susu formula,susu yang dibancuh akan menjadi terlampau pekat sehingga mendatangkan bahaya kepada tumbesaran bayi.Ha!! kita sebagai ibu bapa harus sentiasa alert tentang perkara-perkara seperti ini.

5 Cara Membancuh Susu yang betul
Dak naura yang semakin kuat menyusu

Hasil pembacaan aku disini,ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap bayi 
  • Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
  • Buah pinggan bayi mungkin akan rosak.
  • Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan,berat badan bayi mungkin tidak bertambah.
Ini cara yang betul membancuh susu formula anak anda.

Peralatan yang digunakan:-

 satu tin susu formula
 Botol dan puting susu
 Pisau Plastik
 Kertas tisu dapur

1. CUCI PERALATAN BERSIH

Gunakan air mendidih untuk membilas peralatan botol susu dan pisau yang disterilkan.Anda perlu menuang keluaran air pensterilan,kemudian menuangkan air mendidih ke atas peralatan tersebut.basuh tangan anda,keluarkan semua peralatan dan letak pada kertas tisu dapur untuk dikeringkan.Lap kering pisau plastik.

2.GUNA AIR MENDIDIH

Masak air sehingga mendidih.Jangan gunakan air yuang dididih berulang kali atau dibiarkan di dalam cerek,air dari paip air yang diletakkan dengan penapis air rumah tangga(penapis itu boleh memerangkap bakteria berbahaya) dan air mineral kerana natrium dan mineral mungkin membahayakan bayi anda.Tuangkan air mendidih ke dalam botol susu.isikan hingga ke sukatan yang sesuai.Periksa pada paras mata.Sukatan mesti tepat untuk membancuh susu dalam kepetakan yang betul.

3.SUKAT SUSU DENGAN BETUL

Gunakan skup khas di dalam tin susu formula untuk menceduk susu.Ratakan setiap sukatan dengan menggunakan bahagian belakang plastik yang telah disterilkan.Jangan isi hingga penuh padat susu formula dalam skup dan jangan tekan susu formula ke dalam skup kerana bancuhan susu bayi akan menjadi terlalu pekat.

4.BANCUHAN TEPAT

Tuangkan setiap skup susu formula ke dalam botol berisi air.Tambah bilangan skup yang dicadangkan sahaja bagi kuantiti air tersebut.Jangan tambah secara berlebihan.Serbuk susu formula akan larut dengan cepat di dalam air panas.

5.GONCANG BOTOL

Letak cakera dan gegelang penutup pada botol susu.jangan letakkan puting susu lagi pad masa ini.Tutup botol dengan ketat untuk menghasilkan botol yang kalis udara.Goncang botol dengan baik utnuk memastikan bancuhan susu larut dengan betul.

Susu siap diminum oleh anak anda.Pastikan susu tersebut adalah hangat kerana bayi lebih gemar susu yang hangat berbanding sejuk.

Satu lagi kan..kalau kita buat monthly check up,perasan tak nurse akan tanya kita cara kita bancuh susu.Selalunya aku akan letak air panas dan air masak dahulu,baru aku letak susu...korang pulak macam mana,ke ada cara lain atau cara yang aku gunakan ni salah..heeee























Thursday, April 21, 2016

Naura jatuh katil juga akhirnya

Thursday, April 21, 2016
Assalamualaikum

Apa yang ditakuti akhirnya terjadi jugak.Naura dah jatuh katil.Selama ni,rasa macam dah selamat bila letakkan bantal di sekeliling dia tidur.Rupanya tidak..

Kesian budak tak sihat!!!


Memang sebelum ni rasa khuatir jugak bila dibiarkan tidur di atas katil.Nak tidur bawah bukan tak boleh,tapi bab nak mengemas balik tulah yang malas.Lagi satu buatnya umi dia ni terlajak tidur,tak terkemas la pulak tilam bantal bagai tu..Dah rumah bersepah..Iols ni memang pantang kalau balik rumah,rumah bersepah..Walaupun diri sendiri yang sepahkan...bhahahaaa...

Kisahnya,Si naura ni dahlah malam tu kena neb!!pepagi buta dengar dia dok teriak.Kuat beno bunyinya tu.Cari-cari kat atas katil,rupanya dah jatuh di bawah hujung katil.kelam kabut si umi angkat dia..kejut babah bukakkan lampu..Tengok kot-kot berdarah ke hape..uishhh..risau amat dah umi ni.

Peluk dia kuat-kuat,bagi tenang nangis dia tu.Lepas tu terus check,kaki tangan dia,kot lah terseliuh ke ape ke.Check kat muka ,rupanya ada benjol kat dahi..uih,,,biru dah tempat benjol.Tuam dengan tuala,bagikan air kat dia,alhamdulillah la..Nangis dah berhenti..Macam dah fobia kejap..

Terus esok tukar posisi tidur..Tidur dan kepala kat bawah katil..at least bila dia tidur makin ke bwah,kena kepala katil kan...Letak bantal tinggi sikit..Kalau jatuh jugak,memang terpaksa turun katil.uihhh...Budak kecik ni,semakin agresif..Kakak dulu memang tak tidur katil,dia tidur kat tilam.Dulu duduk rumah nenek,umi pun tak sanggup nak bawak kakak hari-hari naik rumah atas..Last-last,memang tidur bawah je..Tu yang selamat sikit..




10 tips untuk Kecantikkan dengan bahan semulajadi

Thursday, April 21, 2016
Assalamualaikum

Wah..pepagi ni dah pun cerita pasal nak cantik.Bukan perempuan je kena jaga kecantikkan..Lelaki pun kena nampak cantik..Bukan cantik macam perempuan okeh..

Bagi yang perempuan pulak,bukan cantik untuk menggoda lelaki,tetapi cantik tu juga untuk membina keyakinan diri kita dalam kerjaya jugak.Apa pun yang penting niat kita menjaga kecantikkan tu,.Jangan jauh tersimpang pulak.,okeh!!Nak cantik bukan kena keluarkan duit ribu-ribu..Dengan  bahan semulajadi pun kita masih lagi boeh mengekalkan dan mencantikkan kulit muka kita.
source:google

Macam mana kita nak mendapatkan kulit wajah yang sihat dengan bahan semulajadi? Ikuti 10 tips ini

  1. Tepuk wajah yang sudah disapukan dengan air suam untuk membuka liang liang pori.Kemudian sapukan madu pada kulit wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.Selepas itu bilas dengan air suam,kemudian tepuk-tepukkan muka dengan kain yang dibasahi dengan air sejuk.
  2. Buat topeng dengan kuning telur mentah.Oleskan dibahagian muka dan leher dan biarkan selama 30 minit.Akhir sekali bilas dengan air sejuk.
  3. Anda juga boleh menggunakan putih telur untuk di buat masker.Seperti kuning telur,biarkan selama 30 minit dan selepas itu bolehlah dicuci dengar air biasa.
  4. Ambil sebiji  buah anggur dan dipotong dua.Kemudian isinya disapukan di kulit muka ,Setelah rata,boleh la dibilas dengan air sejuk.
  5. Tumbuk pisang yang sudah masak sehingga halus,kemudian sapukan keseluruhan muka .Biarkan selama 15 hingga 30 minit,kemudian bilas dengan air hangat.
  6. Plain yougurt juga boleh digunakan untuk menyegarkan dan melembapkan kulit wajah.Sapukan yogurt pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.
  7. Jika anda mempunyai masalah bibir merekah,sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan biarkan semalaman.
  8. Hancurkan Avacado  dan sapukan pada kulit muka.Biarkan selama 10 minit ,kemudian bilas dengan air sejuk.Avocado baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit.
  9. Sediakan susu dalam bekas yang kecil.kemudian celup cottonbud dan terapkan pada wajah anda.Biarkan seketika sehingga anda rasa kulit menjadi tegang dan bersihkan dengan air suam dan kulit wajah anda akan menjadi lebih lembut.
  10. Gunakan backing soda untuk menanggalkan kulit mati dengan mencampurkan dengan pencuci muka anda.
So,rasanya bahan semlajadi tu,dah ada dah kan kat dalam rumah anda semua..maka,buatlah..jangan tak buat...

Wednesday, April 20, 2016

Bila demam kembali semula

Wednesday, April 20, 2016
Assalamualaikum

Bulan ni je dah dua kali pi klinik bawak si Naura tu..Minggu lepas masa bawak ke klinik,dia cuma demam je.Dua hari je dah baik.Tapi minggu ni,rasa demam lagi,Ingatkan memang taknak bawak gi klinik lagi memandangkan ubat masih ada.Lagipun,taknak la bergantung pada ubat.

Hari pertama,memang dengar dia batuk,tapi aku banyakkan bagi minum air masak,risau dia kurang air,demam pun aku just lapkan dengan tuala basah di badan dan di celah-celah ketiak juga kelengkang dia...Lepas tu macam on off pulak demamnya,sehinggalah semalam,dengar bunyi nafas dia kuat,rasa macam dia nak bernafas pun payah..Nak taknak malam tadi pergi jugak klinik

Sah!!! memang bunyi tu buat dia semput sedikit.Doktor kata budak kecil memang senang nak kena jangkitan kuman kat paru-paru dia..Malam tadi doktor bagi neb.Sengsara nak bagi dia neb tu.Yelah,budak bukan suka pun kalau dia buat macam tu.Nangis macam kena pukul la jawabnya

Lepas dah dapat neb tu,kurang lah sikit bunyi tu..Doktor pesan,kalau bunyi kuat lagi macam sebelum ni,kena bagi neb lagi.

Pagi ni.ada jugak dengar sikit-sikit,tapi tengoklah macam mana.Kalau teruk aku bawak gi klinik lagi..emmm..harap dia oklah..Tamo banyak sangat makan ubat..

Nasib baik kakak tak demam...


Monday, April 18, 2016

Pekena Hj Abu Soto Power yang mabless

Monday, April 18, 2016
Assalamualaikum

Dengar nama pun dah hebat kan..Gerai biasa-biasa je.Gerai kampung je.Tapi soto sangat masyuk ok!!
Bila nak masuk tengahari ni,pakat whatssap dengan member-member nak makan mana.Dok pening kepala nak makan mana tu satu kemestian kami..haha..Tapi tengahari tu,aku rasa macam nak makan,makanan yang tak berat sangat..Contohnya,soto..Tapi aku tak taulah kalau tak dikategorikan sebagai berat..
Hj Abu Soto Power


Gerai Hj Abu Soto Power ni bukan sahaja di datangi orang melayu,tetapi Orang cina pun datang sini tau!! India aku tak tau lagi lah sebab belum nampak.Terletak di tengah-tengah perkampungan  Kampung Taman pasir putih.Sesungguhnya tengahari tu amat ramai.Nasib baiklah kami sampai awal.Dan bernasib baik lagi,kami rehat awal.Pukul 12 dah rehat...Kalau tak mau berpeluh dengan kepanasan menunggu ni.Dah lama pasang niat nak gi.Tapi setiap kali pergi sini,confirm tutup..Tulah..sape suruh pegi hari jumaat..



Harga memang biasa-biasa je.Pekerja kat situ dah tak payah nak amik order catat kat kertas tau.Ingat kat kepala je.Walhal pekerja-pekerjanya dah meningkat usia.kiranya dah mak-mak ler...

Kat situ bukan sahaja Soto,me rebus dan rojak tahu pun ada.harga memang mampu milik.Tapi bagi korang yang kuat makan tu,tak cukup kot kalau setakat semangkuk.Harga untuk semangkuk soto hanya rm4.50..yang bestnya dia tak guna sambal kicap yang biasa kita gunakan..ada samal istimewa yang tak sempat aku snap..

Hj Abu Soto Power
Ni ha...korang nampak mabless tak

Harga,bagi aku oklah lagi..Ni pun rasa nak repeat pergi ke warung Hj Abu ni..Orang-orang yang terdekat,yang belum rasa lagi soto ni,pilah cepat...emmm...Nih.nak bagi tau,Jumaat tutup okeh!!




Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set Hadiah Untuk Awfiyah

Monday, April 18, 2016
Assalamualaikum

Alhamdulillah...Dapat jugak buat makan-makan sikit untuk birthday Nur awfiyah jumaat yang lepas.Memang nak buat kecil-kecil je.Panggil ank-anak jiran je.Cukuplah sekadar meraikan harijadi dia.

Present untuk dia memang umi dah cari awal-awal lagi.Dah dekat 3-4 minggu jugak survey hadiah apa yang sesuai untuk dia.Kalau boleh taknak bagi dia mainan.Nak bagi dia benda yang boleh membina motor skills dia.Sambil dia main,sambil sel-sel otaknya berhubung kan..heheheheh

Dah dapat idea yang ingin dibeli,maka umi ni dok survey la mana-mana website yang menjual Multipurpose drawing board ni.kat ig,facebook,11 street dan termasuklah lazada untuk buat perbandingan..Tapi lazada jugaklah umi pilih sebab lebih murah.lagi satu nampak colourfull,jadi mestilah awfiyah suka.Kanak-kanak ni mereka lebih sukakan yang warna warni kan..

Wooden 2-in-1 Black board & White board Easel Set..Ini pilihan umi..harganya pun dibawah budget umi.hanya rm58.90 dan termasuk postage semua rm62.40.
Ni ha...Ok kan
Cuma aku ingatkan besar,tapi kecil sedikit dari sangkaan aku..But overall ok je...Lagipun fiyah je kot nak guna..Dia boleh duduk dekat kerusi kecil bila dia nak menulis.

Bila nampak hadiah umi dia,emm..terus tanya"umi..apee....umi ape....ha..tu jelah ayat dia bila nampak hadiah ni..

Alhamdulillah..dia sukakan hadiah baru dia ni.Excited bermain sampai dia tak nak mandi...uffttt..anak..ooo ...anak..

yang si dadek pun sibuk nak bermain jugak..kesian dia,kakak tak kasi main,..Bila dadek dekat,dia akan cakap..baby!! kakak unye...(kakak punya)

Dah semakin pandai berbicara anak syurga umi ni.Banyak juga perkataan yang dah clear untuk pendengaran...Becok nya tu,bukan main lagi..


Turn si dadek pulak dapat hadian bulan 7 ni,..tu pun dah semakin agresif sekarang ni...uisshh..bukan main..



Saturday, April 16, 2016

10 Cara Rangsang Bayi Merangkak

Saturday, April 16, 2016
Assalamualaikum

Nampaknya naura dah ada peningkatan dari tumbesaran dirinya.Dahpun tumbuh sebatang gigi.Dan sekarang ni,nampaknya dah mula duduk dengan tegak.Kalau dulu ada la jatuh sikit-sikit..Sekarang ni dah tegak jugak duduknya..So,bila nak pi makan,letakkan je dalam Baby chair,dia ok je,

Cuma belum nak merangkak je..Dah angkat bontot,cuma nak merangkak jelah yang belumnya..mungkin belum berani lagi..Dalam majalah Pa&ma aku ada terbaca bagaimana parents dapat membantu bayi menguasai kemahiran merangkak..Mungkin aku boleh apply kat naura nanti.

Psstt...Pernah juga beberapa kali dirikan dia,ada masa lama juga dia berdiri,,lepas tu dah malas kot atau dia tak berani..Sebagai ibu-bapa ,of courselah kita seronok kan melihat perkembangan anak kita kan.

Jom aku share kat sini apa yang perlu kita buat untuk merangsang anak menguasai kemahiran merangkak.

Source:google


1. Telangkup/tiarapkan bayi dengan kerap.bayi akan belajar mengangkat kepala,badan dan mula bergerak dengan perutnya.Untuk merangsang bayi merangkak ,anda perlu selalu buat begitu.(yang ni memang dia dah selalu buat,sebab tu aku jarang letakkan dia dalam walker)

2. Kurangkan penggunaan baby walker dan jika boleh elakkan menggunakannya.Anda juga perlu elak daripada kerap mendukung bayi kerana ia boleh membantutkan proses perkembangannya.
3. Biarkan bayi bergerak di ruang yang luas,selamat dan bersih.Sediakan tikar lebut agar bayi lebih selesa untuk merangkak.

4. Pastikan ruang di rumah selamat.Segala plug point tidak mudah dicapai oleh bayi.Kemaskan wayar televisyen,komputer dan lain-lain supaya bayi tidak menariknya.

5. Pasang alat khas untuk keselamtan bayi pada bucu-bucu meja dan sebagainya.

6. Pastikan ruang lantai sentiasa bersih daripada habuk,sampah,objek tajam dan kecil kerana bayi pada usia ini gemar memasukkan barang ke dalam mulut.

7. Letakkan mainan di hadapan bayi agar dia tertarik untuk mencapainya.Sekiranya bayi berjaya mengambil mainan tersebut,tepuklah tangan dan berikan pujian serta ciuman kepadanya sebagai sokongan.

8. Boleh juga sediakan alat mainan yang baru membantu merangsang bayi untuk mengejar seperti bola yang lembut dan ringan dan boleh memantul ke sana sini.

9. Jika bayi masih kurang berminat untuk merangkak,beri contoh kepadanya dengan merangkak bersama bayi anda.

10.  Sekiranya bayi merangkak dengan cara kurang tepat,seperti bear crawl atau merangkak dengan kedua kaki diluruskan,maka anda haruslah membetulkan caranya itu.


Nampaknya kalau cepat dia merangkak,maknanya raya ni dah berjalan..hahaha...umi yang excited..Boleh la dia beraya dengan kakak Fiyah

Jom..belanja gambar satu budak berdua ni

Nampak tak,besar adik dari kakak kan..kan...


Friday, April 15, 2016

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai

Friday, April 15, 2016
Assalamualaikum

Semalam nak pi tempah kek untuk anak dara sorang tu.Teringat dekat tempat aku tu ada satu kedai bakery baru bukak..tempat nampak dari luar memang best..tapi..MEMANG best pun...hehhe..chillax je makan kat situ...Memang suggest kat korang yang nak chillax dengan kengkawan..yang bawak anak tu,korang faham-faham jelah kan..hahaha..Macam aku ni,tak boleh nak chillax sangat..

Ok..Cafe ni sebenarnya milik SDS group.Cuma dekat sini siap ada Cafe..Sebab tu kedai ni namanya SDS bakery Coffee Pastry Cake .so selain dari makan kek dan roti,korang boleh jugak makan western..Eh..yang tak western pun ada..
So,orang kota masai boleh la singgah kat situ..Tapi kalau malam,memang ramai orang tau!


Aku memang suka dengan suasana Cafe macam ni..Jom kita tengok apa lagi yang menarik tentang Cafe ni

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai


Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Ruang makan yang sangat selesa..Boleh pilih samada nak yang aircond atau tak.

cake sds
Pelbagai jenis kek kat sini..Tak payah nak tempah bagai..Siap terus..Masa aku nak Order cake aiskrim yang dah siap pun,diorang tak kasi tempah..Terus datang pick up je.

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Menu kami malam tu,as usual aku akan cuba Spaghetti carbonara..Sedap!! cuma masin sikit...Aku tak tau diorang guna cheese ape...heeee
Husband aku pulak makan Roasted chicken..Gitulah namanya

Dinner Di SDS Cafe & Bakery Kota Masai
Air pulak kami order Honey lemon untuk husband and  Hot americano brewed..sedap!!

Eh...ada pulak tangan comel yang nak merampas kopi umi dia ni..haipp!! tak boleh...
Untuk dia umi add on wedges...uihh..Tak menyabar orang ni nak makan.



Belanja gambar kami dua beranak..Babah as usual..taknak masuk dalam gambar...hehehehe


Oklah..kalau korang nak menikmati hidangan sdap dari SDS ni,boleh la terus ke alamat di bawah


Address: 2, Jalan Tembikai 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. 

Nur Awifyah Turns 2 Today

Friday, April 15, 2016
Assalamualaikum



Happy Birthday Sayang Umi!!

Alhamdulillah.Pada 15 April 2014,kamu dilahirkanDiberikan Allah swt untuk kami permata hati yang sangat bernilai..Dan tidak umi sangka.Hari ini genap anak umi Nur awfiyah dua tahun..Rasa macam sekejap je dia membesar depan mata..

Moga kamu menjadi anak yang solehah,Hormat orang tua,menjadi seorang kakak yang penyayang.Moga sentiasa dirahmati oleh Allah swt.Umi sayang kakak hingga ke hujung nyawa umi.



Thursday, April 14, 2016

Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih

Thursday, April 14, 2016

Bekalan Untuk Naura Siap Di Frozen.

Thursday, April 14, 2016
Assalamualaikum

Sejak bertukar jawatan baru ni,memang super duper busy.Mana nak layan local pekerja,foreigner yang pelbagai karenah..

Maknanya,kerusi ni tak sempat nak panas untuk aku duduk.Bila dah kepenatan,balik rumah,tak sempat nak buat itu ini,Dapat merehatkan diri pun dah syukur.Tapi aku tetap happy buat kerja macam ni.Cuma kaki nilah yang dok naik lenguh turun naik tangga je.

Bila dah penat,nak bangun pagi pun liat.Tu yang kekadang tak sempat buatkan Naura bubur..Actually kalau dulu,aku memang bangun pagi untuk masakkan bubur Naura.Bagi kat babysitter panas-panas lagi.Nanti babysitter tinggal blender je bubur tu.Tapi bila dah selalu sangat kesiangan dan selalu sangat termissed buat bubur,itu yang parah tu.Kesian pulak kat babysitter sebab terpaksa masakkan bubur untuk naura.Naik segan la pulak..Yelah,bayar taklah tinggi mana,jadi macam tak fair pulak dia buatkan semua untuk Naura.Walau dia tak kisah,tapi aku kisah..hehehe...Hati babysitter pun kena jaga jugak..Dia pun penat jugakkan kat rumah..Memang ada yang akan cakap,dia dibayar..Tapi bila fikir balik,Kita kekadang yang dok rumah dengan anak pun,kepenatan tau..Kang ada yang hilang marah,belum termasuk lagi..So,sama-sama tolong menolong..kan ke bagus..Bukan senang weh nak cari babysittter yang tak berkira ni..

So untuk memudahkan kerja aku dan dia,setiap malam,maksudnya dua kali sehari aku akan prepare bubur frozen untuk Naura.

Cara buatnya senang je..kalau korang rasa nak letak ayam dalam bubur,maka korang kena asingkan dengan yang lain-lain.Macam yang aku buat .Aku akan masak bubur dan letak ayam cincang dalam tu.yang sayur-sayur tu aku akan rebus(kalau korang boleh kukus,terpulang kat korang).Nanti waktu blend tu,korang boleh la campurkan sayur-sayuran yang korang nak,tapi make sure sayuran tu bersesuaian dengan anak korang.kalau minggu ni aku letak ayam,minggu depan aku letak ikan bilis pulak.
Sayuran yang selalu aku letak adalah lobak,kentang,sawi putih,brokoli..Emm..tu je kot...Sawi putih tu selalu aku campur dengan ikan bilis dan sedikit kentang..baru sedap,rasa lemak..Tapi no salt Okeh!!

As parents kan,kena pelbagaikan makanan,baru anak-anak suka..Tapi buat masa ni Naura tak pernah menolak lagi makanan kecuali dia kenyang.

Dua bekas untuk sehari.

Selalu aku buat tak banyak..Risau buat banyak-banyak kang tak sedap pulak rasanya.Dua hari sekali selalunya aku buat..

Sehari memang dua bekas..Pagi dan petang.Tapi ada bagi lagi extra biskut untuk Naura..Kuatkan makan sekarang ni.Susu pun kuat!!!

Selagi dia happy,ummi dia pun happy..syukran..

Wednesday, April 13, 2016

Monday, April 11, 2016

Munif Cocoa Minuman Malt Coklat

Monday, April 11, 2016
Assalamualaikum

Munif Cocoa Minuman Malt Coklat


Munif Cocoa adalah satu produk muslim dan merupakan minuman halal dan menepati sunnah.

Seperti mana tertulis di dalam al quran (surah al-baqarah ayat 57 )
" dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir)
Dan kami naungi kamu dengan MANNA (arabic gum) DAN SALWA ( serta kami berfirman):
Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu,
Dan tidaklah mereka menganiaya kami(sebab mereka kufur akan nikmat itu),
Tetapi sebenarnya mereka menganiaya diri mereka sendiri."
Munif cocoa ini adalah minuman malt coklat dengan Arabic Gum.Arabic gum atau Al-Manna ini sangat baik dimakan oleh pesaki buah pinggang dan ia terbukti amat berkesan melalui kajian dan pengalaman pengamalnya.Ia juga membantu memulihkan dan menjaga buah pinggang daripada rosak ataupun semakin rosak akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi juga bagi mereka yang makan ubat-ubatan dalam jangka masa yang lama.Ia dapat memperbaiki kualiti hidup pesakit yang sedang mengalami kegagalan buah pinggang.



Arabic Gum juga sangat baik sebagai prebiotik dan dikatakan ia lebih baik daripada inulin.Ia juga merupakan antioksidan dan anti radang(anti-inflammatory) yang amat baik,mengawal sakit gout,sembelit ,buasir dan mengatasi masalah asid urik berlebihan juga lain-lain manfaat untuk kesihatan dengan izin Allah Taala.

Khasiat Munif Cocoa Arabic Gum


  • Mengandungi sumber prebiotik tertinggi dibandingkan dengan bahan makanan yang lain.
  • Prebiotik adalah sumber nutrisi untuk bakteria baik(probiotik) di dalam usus yang membantu mengimbangkan ekosistem pencernaan dan menjaga usus.
  • Mengatasi masalah perkumuhan seperti sembelit dan cirit birit kank-kanak dan orang dewasa.
  • membuang toksin.
  • Anti stress,Anti Oksidan ,Anti Penuaan dan Anti Keradangan.
  • Melawaskan pembuangan air kecil.
  • Memberikan tenaga tambahan dan kurang merasa lapar.Amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang berpuasa.
  • Membantu menambahkan kandungan susu ibu yang menyusukan bayi.
  • Dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Merangsangkan minda terutama kanak-kanak.
  • Membantu pembesaran kanak-kanak.
Bagus jugak kan ..Apa salahnya kita support local produk..yang penting ianya Halal..

So untuk mendapatkannya korang boleh je whatssap puan siti  di talian : 0137139225

Harga mampu milik..


Friday, April 08, 2016

Flashcard dengan Animasi 3D

Friday, April 08, 2016
Assalamualaikum

Nak cerita sikit ni..Aplikasi pembelajaran terbaru untuk Si Naura.Sebenarnya aplikasi ni dah lama dapat dari seorang blogger yang menceritakan tentang betapa seronoknya dia bercerita mengenai Flashcard dengan animasi 3D.

Maka dengan gigihnya,umi pun buatkan untuk si naura ni..mau tak teruja..Mak pak dia sekali ikut teruja.Dengan bunyi binatang tu..Mula-mula si Naura tu pun takut bila dengar bunyi binatang tu..Tapi lama-lama dia sangat teruja untuk melihat binatang seterusnya mengeluarkan suara..Dah pandai touch screen supaya bunyi binatang tu keluar.

Best sungguh kan..Ini adalah hasil perkongsian Kak Zarina dalam group Homeschooling genius syurga tu..Kalau ada yang nak download  aplikasi ni boleh la korang baca blog kak zarina ni.

meh aku share link blog akak ni..Korang kalau nak boleh baca kat sini ye http://ihaveasweetsmile.blogspot.my/2016/04/link-untuk-muat-turun-flash-card-3d-4d.html


Tengok jari montok naura tu dok menekan screen tu..

Lepas ni banyak lagi aku nak download aplikasi untuk Naura dan kakaknya...Best2..