Friday, September 30, 2016

Banyak Entry di Peram

Friday, September 30, 2016
Assalamualaikuum

Salam penghulu hari korang.Uihh...Jenuh nak bukak blog ni,tapi tak terbukak jugak.hari ni aku gagahkan juga menaip supaya blog ni tak lenyap begitu sahaja.

Kalau ikutkan tiada daya lagi untuk aku menghadap blog ni.Tak taulah kenapa tahun ni banyak kali tak sihat.Takkan sebab jantung aku ni.emmm...malas nak fikir pasal tu...

Start dari Khamis minggu lepas,aku dah tak sihat.Jumaat aku ambil mc,hanya melepak kat rumah..Disebabkan husband pun tak berupaya nak jaga diri dia sendiri,so aku decide untuk balik kampung je.Petang sabtu tu,mak aku datang ambil.Syukran dapat mak yang sangat memahami.

Balik kampung je aku dah terus tumbang,tak de daya dah nak bawak badan.Nasib baik juga si naura ngan kakak tak meragam sangat.Malam tu dah mengigil seluruh badan,mak dah suruh aku pi hospital,tapi aku yang taknak..Aku memang takut kena tahan wad.lagi satu,kesian kat mak ngan anak-anak aku tu.Esoknya,mak paksa jugak aku pi klinik.

Sampai Klinik,daftar and terus masuk bilik check demam.39 masa tu..Terus kena amik darah..hadoiii..masa ni aku memang dah rasa ngeri dah kot..Tapi bila dapat result darah,alhamdulillah...semuanya ok.doktor kata tonsil bengkak,tu yang batuk keluar darah sikit.Balik dan berehat,.Petang tu baru aku perasan aku sakit mata weh...Dah kat dalam rumah pun aku pakai cermin mata gelap.Takut anak-anak dan seisi keluarga berjangkit

Banyak sebenarnya nak di cerita,entry review pun ada dua tiga produk jugak yang nak publish..Sekarang ni pun ,masih takde suara lagi untuk bercakap.Dua hari ni je yang baru boleh menelan nasi,.Kalau tak aku tak makan ape pun.Tekak memang tak boleh dan langsung tak boleh menerima makanan.

Harap berakhir lah segala sakit dengan segera.Banyak yang perlu dilakukan,tapi bila dah tak sihat,semuanya terbengkalai kan.


Wednesday, September 21, 2016

Berhari raya di Ecoworld dan Forest City

Wednesday, September 21, 2016
Assalamualaikum

Lama dah terperap cerita ni.Kisah dari raya aidiladha tu ari lagi.Gambar pun dah basi..hahaha...Raya tuari aku tak balik kampung.Just beraya di rumah je.1st time beraya di rumah sendiri ko! kebetulan abgn ipar nak balik Johor.So berkumpul lah kami di rumah aku.Syok jadi tuan rumah.Dapat sediakan apa yang patut juga untuk adik beradik yang datang.


Dua hari tu tak kemana pun.just pergi berdekatan je..Aku pun tak tau nak bawak diorang ke mana di Johor ni..Nak pi mandi manda di wetworld semua memerlukan kos yang banyak jugak kan.

Masa diorang sampai tu,just rileks2 je kat rumah.Malam sikit abang ipar aku ajak pekena mee rebus.Abang ipar aku ni,kalau balik Johor,tak sah kalau dia tak cari Mee rebus.So lepas pekena mee rebus tu,kitorang pergi ke Ecoworld.Tempat rekreasi dan riadah untuk seisi keluarga.Tempat tu dibina pun kira untuk pusat jualan perumahan.Cara diorang menarik minat orang untuk datang ke situ memang sangat-sangat menarik.So pergi malam,tak banyak sangat tempat yang dapat aku jelajahi.Dan tak banyak gambar yang aku ambil pun.Cuma melayankan si naura tu je.

Banyak tempat yang cantik sebenarnya dalam Ecoworld ni,cuma banyak yang aku tak sempat nak ambil memandangkan malam kan.So,agak terbatas untuk tangkap gambar.
Kemahin sukalah si kecik tu dapat bebas berjalan.

Keesokkannya pulak,aku bawak abang ipar dan family ke Forest City Nusajaya.Tempat penjualan perumahan yang bakal GAH di Nusajaya nanti.maklumat lanjut korang boleh google sendiri la pasal tu.Tapi yang pasti,harga rumah dan apartment persisiran pantai berharga lebih dari setengah juta ringgit.

Sama jugalah macam Country Garden yang pernah aku pergi sebelum ni.Kita ni datang untuk menyaksikan panorama hasil buatan manusia je.Tempat beriadah seisi keluarga.Tangkap-tangkap gambar.Nak makan dalam tu jangan harap la wehh..Confirm mahal.So,aku tak suggestkan korang kalau nak berjalan-jalan je boleh la..Bawa la makanan sendiri 


Oppss...sorry.gambar Naura dan umi je tepek kat sini..yang lain-lain aku ada masuk dalam facebook je..Kalau korang ke Johor,singgah-singgahlah di dua tempat ni,menarik la jugak kalau nak bawak anak jalan-jalan.





Tuesday, September 20, 2016

Tips minum Air gula bagi wanita hamil

Tuesday, September 20, 2016
Assalamualaikum




Sepanjang aku mengandungkan Naura Auni,tak pernah sekali pun aku minum air gula..Rasa selamat juga tak terkena minum air gula ni.Tapi dalam pada selamat tu,rasa rugi pulak tak dapat nak minum kan.Bukan apa,semua tu pengalaman yang jarang-jarang dapat kita buat.Masa kita tengah pregnant nilah dapat merasai perasaan minum air gula tu.

Dari cerita kawan-kawan yang aku dengar,diorang minum air gula ni dua kali.Ada yang mungkin kena lebih dari sekali atau dua..mungkin tengok pada kes ibu hamil tu jugak.

Pernah juga aku tanya doktor kenapa aku tak diberi minum air gula,doktor tu cakap,kalau tiada keturunan mengalami sakit kencing manis,Hb kita pun sentiasa cantik berseri,so mungkin lambat sikit atau tak payah minum terus.wah..seronok ea...Tapi doktor kata jangan suka sangat sebab kemungkinan akan minum jugak.tapi sampai lah aku lahirkan Naura,takde pun sekali nampak appointment untuk minum air gula ni.


Ada ke yang tak tau,apa itu air gula ?


Air gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bagi memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Rata-rata ibu hamil yang melalui ujian ini menyatakan air gula itu tidak sedap dan meloyakan. Kalau anda sedang hamil dan bakal melalui ujian ini, lakukan tip berikut bagi membantu diri anda minum air gula tanpa masalah.Dari pembacaan aku di majalah pama,ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan dari termuntah bila minum air ni.Lagi satu,aku buat entry ni pun ,selepas perbincangan topik rakan sepejabat aku semalam.Terus aku google untuk mencari tips untuk dia..



1.Jaga Pemakanan
Sehari sebelum korang ke klinik,pastikan korang menghadkan pengambilan makanan.Minum air kosong sebanyak yang boleh ye.

2.Berpuasa
Seawal jam 10 malam sehari sebelum ujian air gula,korang perlu berpuasa.Walaupun diminta berpuasa,korang hnya tidak makan tetapi,masih dibenarkan untuk minum.Walau bagaimanapun,hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan.Air manis dan bergula dilarang sama sekali.So,jangan cuba-cuba nak minum ye..hehe

3.Minum dengan cepat
Masa korang minum air gula tu,minum dengan sepantas yang mungkin,tamo sikit-sikit sebab bila minum sikit-sikit tu,masa tulah rasa nak termuntah dan sebagainya.Minum 200ml air gula sekali gus ye.Jika korang perlu untuk tutup hidung tu,tutuplah asalkan korang habiskan air gula yang diberi secepat mungkin.

4.Kumur mulut selepas minum
Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loga dan mahu muntah.Bagi mengelakkan hal itu berlaku,segera berkumur dengan air paip yang bersih.Secara tidak langsung ianya dapat membantu korang menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.

5.Berehat di tempat yang selesa
Jika tetiba korang rasa nak pitam,berehat dan berbaringlah di tempat yang bersesuaian.Seelok-eloknya korang habiskan masa dua jam sebelum ujian darah,kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya menghindarkan korang daripada termuntah akibat bauan tu.

6.Jangan terus makan berat.
Selepas ujian darah kali kedua dilalui,jangan terus makan makanan berat.Seelok-eloknya mulakan dengan meminum air kosong.Makan biskut ataupun roti terlebih dahulu.Apabila keadaan kembali stabil,barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.

Hah!! Harap si dayah bacalah entry aku ni..memang khas untuk dia...hahaha...









ezbuy shopping online murah dan mudah

Tuesday, September 20, 2016

Assalamualaikum

Siapa kat sini yang suka-suka sangat shopping secara online.Aku tau rata-rata ramai pengguna lebih suka memilih untuk shopping online.Salah satu sebabnya mudah dan tak perlu ke luar ambil masa untuk beratur nak membayar kan.

Dengan shopping online ni,just klik sana-sini,bayar dan tunggu je barang sampai.Meh aku cerita sikit Shopping online terbaru yang aku baru je beli barang dari mereka. Ni hah!! ezbuy.



ezbuy
Kalau korang perhatikan di website ni,banyak yang korang boleh dapatkan disini,contohnya baju-baju wanita,lelaki,aksesori,handphone dan tablet dan banyak lagi.Pelbagai jenama dari yang murah hinggalah yang mahal.So semuanya ditangan korang untuk memilih.


Kalau korang nak shopping dekat ezbuy ni mudah sahaja.lagi satu aku nak bagitahu korang pasal shipping mereka ni,korang juga bakal menikmati shipping Fee hanya rm8.80 sahaja tau untuk unlimited parcel dan juga berat barangan yang korang beli tu..wah...bestkan...

Oklah,cara untuk korang nak shopping kat ezbuy ni mudah je,just register macam yang aku buat kat bawah ni.

ezbuy

Selepas tu dah dapat link pengesahan dan juga korang dah login,dah boleh start untuk shopping.


ezbuy
Macam aku ni nak pilih handbag ni,just klik kat add to cart.kot korang nak tambah apa lagi nak beli boleh la tambah atau korang boleh teruskan payment.

ezbuy
Kat sini korang boleh lah pilih shipping fee.kotlah korang nak cepat barang sampai,haruslah kena bayar lebih kan..Kalau penghantaran macam biasa baru boleh pilih shipping method yang biasa-biasa je..Baru boleh chek out

Jangan korang tak tau,BENEFIT PRIME di ezbuy,Setiap Penghantaran hanya RM8.80 meliputi penghantaran Antarabangsa.

Boleh klik link dibawah ni





    ezbuy

    Dah sampai ke sini,pastikan korang letak alamat yang betul dan make sure lah alamat tu ada orang tinggal,kang naya je barang tak dapat..heeeeheee

    ezbuy
    Bila dia dah kata topup tu maknanya korang kena buat pembayaran ok.


    ezbuy
    Lepas tu last sekali korang boleh pilih cara pembayaran yang korang nak.Hah!! mudah je kan...so korang jangan lepaskan peluang tau untuk shopping kat sini...Tak sabar nak tunggu barang sampai lagi sekali..heeee

    Meh nak bagi 15% shipping fee untuk readers kat sini..Pastikan korang menggunakan code : ezfriend15.  

    Untuk korang yang baru je nak register dengan ezbuy ni korang akan berpeluang untuk mendapatkan rm15 voucher yang akan dimasukkan ke dalam accout ezbuy korang tu.boleh kering poket korang bila tengok barangan yang ditawarkan dengan harga yang sememangnya affordable tau.

    Korang boleh daftar di sini ye : http://bit.ly/2bOn1Ua.

    Kalau korang nak tengok-tengok,cuci mata pun boleh jugak..Just klik kat sini ye http://invl.co/npm




    Daftar untuk Prime Trial ini secepat mungkin kerana ianya terhad untuk 100 orang pengguna setiap hari..

    Centa Svelte Slender Jelly untuk mereka yang ingin kurus

    Tuesday, September 20, 2016

    Assalamualaikum

    Sebut je pasal nak kurus ni,semua orang nak kurus kan? Bila dah beranak pinak ni,lemak pun jadi beranak pinak.Masa tu lah tercari-cari produk yang berlambak kat pasaran sekarang ni.Pelbagai jenis yang korang boleh dapatkan tau.Antara mereka yang nak kurus termasuklah aku,Sebenarnya bukan nak terlalu kurus sangat pun,memadai mempunyai berat yang ideal.Kalau terlebih berat,obesiti dan penyakit lain ni,senang je nak singgah.Lagilah dengan umur yang semakin meningkat ni kan.

    Tapi ada satu produk yang aku suka ni uolssss...Tak payah nak bancuh-bancuh,nak shake,nak kena telan bagai..Ni meh nak cerita sikit,satu produk yang aku amalkan beberapa minggu yang lalu..Nak bagitahu kat korang,produk ni sangat mudah untuk korang cuba.Just koyakkan dan makan macam korang makan jajan...omnom nom....


    centa malaysia


    Centa Svelta Slimming Jelly  dirumuskan oleh Swiss Biotechnologies Antaraangsa di Genva,Switzerland.Produk ini adalah sejenis produk perlangsingan dalam bentuk jeli dan rasa masam-masam tu yang aku suka.Ia membantu untuk membakar lemak yang tepu dalam badan kita ni tau.Selain itu ia menghalang pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar.Ia mengandungi GFarcinia Cambogia yang menghalang pembentukan lemak dan juga mengurangkan rasa lapar.L-Carnitine membantu membakar lemak yang berlebihan manakala buah limau mampu meningkatkan kadar metabolik dan acai berry merendahkan kolestrol.


    centa svelte

    Antara kelebihan dan kebaikkan yang ada di dalam Centa Svelte Slender Jelly ni adalah

    • Membantu membakar lemak
    • Mencegah pembentukan lemak
    • Mengaktifkan Metabolisma
    • Menguatkan Imunisasi
    • Mengurangkan nafsu makan
    • Menyahkan toksik dalam badan
    • Tiada bahan pengawet
    • Bebas dari gelatin
    • Menggunakan bahan alami


    Bahan yang terdapat dalam Centa Svelte Slender Jelly ni adalah 
    • Ekstrak Garcinia Cambogia 
    • Ekstrak dari Young honey Orange
    • Acai berry
    • L-Carnitine
    • Purple Tea
    Cara pengambilannya sangat mudah.ambil se sachet sebelum breakfast dan sebelum makan malam ye.Untuk pengambilan dan  result yang terbaik, minum air putih sebanyak 300ml setiap kali korang mengambil satu sachet produk ni.


    centa svelte
    Dalam satu kotak mengandungi 20 sachet dan setiap sachet terkandung 12g jelly yang super sedap ni.


    Yang bestnya makan produk ni,badan dah rasa ringan,nak membuang pun mudah.Lagi satu mulut ni takdelah sentiasa mengonyel makanan je kan.Sebab produk ni membantu mengawal nafsu makan kita...Bila makan Centa Svelte Slender Jelly ni,perut tak rasa lapar mengaum-ngaum ko! Kalau aku ambil sekotak lagi,mau kalah erra fazira...bhahahaa.....
    centa svelte

    Centa Svelte Slender Jelly

    Harga
    Harga Centa Svelte Jelly ni adalah Rm95.30  dan boleh didapati di Watson dan Guardian Malaysia.


    Untuk korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Centa Svelte Slender Jelly ni,bolehla ke Facebook Centa Malaysia.

    Monday, September 19, 2016

    Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman!

    Monday, September 19, 2016
    Assalamualaikum


    Bestnya kalau menang hadiah Beauty box dari sally ni..Sebenarnya aku ni bukan suka yang bersolek.Pi kerja pun cuma beralaskan foundation,bedak,lisptick dan juga eye liner.tu pun kalau rajin...kalau tak memang non hado ler ..Tapi time Allah bagi cuti tu memang rajin ler nak solek..Weh..Teringin sangat nak ada barang-barang make up yang complete.Walaupun aku tak berapa pandai nak make up,tetapi ada juga usaha untuk nak make up tu...Suka tau kumpul barang kosmetik.Aku teringin nak barang make up dari MAC ..tak pun Loreal...Nak beli kalau yang original tu belum mampu lagi..kalau yang fake memang berlambak-lambak jual kat luar tu kan...

    So,apa kata kita join giveaway dari sally ni,mana tau wishlist tercapai...hehe

    Demam Biasa atau Demam nak tumbuh gigi?

    Monday, September 19, 2016
    Assalamualaikum

    Tak habis-habiskan cerita pasal Naura yang tak sihat tu..emmm..apa taknya,sejak 4-5 hari yang lepas,demamnya still tak kebah.

    Nak dijadikan cerita hari rabu lepas,aku bawa naura ke klinik kesihatan taman air biru.Disebabkan dia dah demam lebih dari tiga hari,jadi aku khuatir kalau kena denggi ke ape..Sebab sebelum tu pun dia dah demam,korang boleh baca entry di sini.

    Bila dah dapatkan rawatan doktor,doktor suruh ambil darah dan dapatkan nap.Bila keputusan darah keluar,doktor kata ada jangkitan dalam darah tu,sebab tu demam dia tak kebah.Doktor refer aku ke Hospital Sultan Ismail.Huh!!adeh! teruk betul ke kes anak aku ni..Dalam hati ni dah mula risau.Doktor suruh aku naik ambulans untuk ke sana sebab dia nak beri oksigen pada si Naura.Dengan pasrahnya naik ambulan mak kau ni nak!

    Sampai HSI,terus masuk ke emergency zon kuning.Di situ,doktor tengok refer letter dari klinik kesihatan.Check punya check,doktor kata anak aku takde pape...Dia suruh pantau dari rumah je.Adeh..kesian mak tau! punyalah teruk naik ambulans bagai,sampai sana,doktor suruh balik je..Ape da!!
    Muka happy semalam.Baru lah nak tersenyum sekarang ni.


    Baliklah terus ke rumah.Lepas sehari di rumah,aku tengok si naura still tak kebah lagi.Demamnya sentiasa ada pada waktu malam dan kurang pulak siangnya.So,aku syak si Naura ni demam mybe disebabkan dia nak tumbuh gigi dua batang atas.

    Tak puas hati aku google apa tanda-tanda bayi nak tumbuh gigi ni.Of course kena ambil tahu jugakkan.Sambil-sambil tu aku ada mintak² air kat ustaz juga,dia pun kata tak perlu risau sangat.huiii...mana tak risau kan,bila anak asyik demam.Malam ko kena berjaga takut panas melampau-lampau.Merengek tak tentu pasal..nak tinggal sekejap pun tak boleh..huiiii..Mak risau tau nak!

    Meh la aku share sikit Petanda bayi nak tumbuh gigi yang aku sedia google tempohari.Mybe boleh jadi rujukan korang jugak.Aku ada baca di blog ni di sini dan aku sharekan juga di blog untuk kemudahan di kemudian hari.

    Air Liur Meleleh dengan banyak
    Ini adalah satu petanda yang paling ketara menunjukkan bayi anda sedang tumbuh gigi terutamanya di sekitar umur 6 bulan ke atas.Ada sesetengah bayi yang suka menyembur air liur semasa disuap makan,dan ada kalannya ada yang tidak sedar sedang tumbuh gigi kerana ianya langsung tidak menyakitkan.Bagi naura pula,air liur dia sentiasa meleleh sejak nak keluar gigi pertama iaitu gigi bawah.Sehinggalah sekarang.

    Rasa gatal pada gusi
    Dalam tempoh ini,bayi akan suka menggigit apa sahaja benda yang dapat di capai atau dipegangnya.Ibu boleh memberikan biskut bayi yang agak keras tetapi akan hancur jika terkena air liur.Boleh juga diberikan mainan khusus untuk bayi yang boleh digigit dan tidak membahayakan mereka.Selain itu,lobak kecil yang telah direbus juga boleh diberikan untuk dijadikan teether kerana selain ianya menyihatkan,boleh juga mengajar anak suka pada sayuran.Macam si naura pulak, sejak nak tumbuh gigi atas ni,suka sangat ketap gigi.Naik nyilu aku dengar,pasal gigit menggigit ni jangan cakaplah,semua orang dia nak gigit.

    Bayi meragam dan merengek.
    Keadaan gusi yang gatal atau sakit membuatkan bayi merengek kerana dia belum mampu untuk bercakap menzahirkan apa yang sedang dirasai.Tak dinafikan!naura sentiasa merengek serba tak kena.Kekadang umi dia rasa tak kuat nak melayan rengekan dia tu.Masa nilah kita kena dakap dan dukung dia untuk mengalihkan perhatiannya dari tidak selesa akibat nak tumbuh gigi tu.

    Gusi kemerah-merahan
    Periksa gusi si manja apabila dia mula meragam dan menggigit semua benda yang hampir dan berada di sekelilingnya.Gusi yang kelihatan kemerahan memberi signal kemungkinan bahawa giginya akan tumbuh dalam waktu terdekat.Selain tu,apa yang aku nampak adalah gusinya sedikit bengkak.

    Tiada Selera Makan
    Rasa tidak selesa pada mulut kerana tumbuh gigi boleh membuatkan anak anda malas makan atau mengunyak makanan yang masuk ke dalam mulutnya.Ia sedikit sebanyak akan menjejaskan nafsu makan bayi.Walaubagaimanapun,anak tetap perlu makan.Justeru itu,tetap berikan makanan kepada anaka,sedikit tetapi kerap.Dalam tempoh ni,aku hanya berikan dia bubur je.walaupun dia makan sikit,tetapi aku tetap bagi.Selain tu,aku bagi jugak dia pegang biskut untuk dia kunyah.

    Mengalami Demam
    Kebanyakkan bayi akan mengalami demam semasa tumbuh gigi.Namun,ibubapa tidak perlu bimbang kerana demam tersebut tidak akan begitu panas.Walaubagaimanapun,jika panasnya terlalu tinggi(melebihi 38 darjah celcius) berjumpalah dengan doktor untuk mendapat tahu apakah puncanya.emmm..begitulah si naura,sampai umi risau kenapa demamnya on/off.

    Tidur Terganggu
    Anda mungkin berjaga malam untuk menenangkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggu giginya menembusi gusi.Kesakitan yang dialami akan membuatkan bayi tidak selesa.Ia secara tidak langsung akan menganggu tidur bayi yang hanya tidur sekejap-sekejap sekitar seminggu sebelum gigi tersebut keluar dan bayi akan berasa lega sebaik sahaja gigi sudah muncul.Ia akan hilang sendiri tanpa rawatan dan tidak memerlukan rawatan melainkan jika bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan bayi anda.




    Harap lepas ni,Naura bertambah sihatlah hendaknya.Seminggu dalam keadaan macam tu,nampak dah badan semakin susut.













    Saturday, September 17, 2016

    Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

    Saturday, September 17, 2016

    Assalamualaikum


    3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

    Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

    3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

    Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


    "Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


    Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

    3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

    3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
    1. Hilangkan parut hitam 
    2. Hilangkan dan cegah jeragat
    3. Mencegah luka jerawat
    4. Menutupi liang pori
    5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
    6. Lembapkan kulit
    7. Menganjalkan kulit
    8. Mengawal minyak pada wajah
    9. Mencerahkan kulit
    10. Menegangkan kerutan dimata
    11. Pudarkan gelap bawah mata
    12. Melindungi kulit dari sinaran UV
    13. Mengalakkan penghasilan kolagen
    14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
    Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
    1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
    2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
    3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
    4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

    Harga
    RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

    Video Eksklusif Feeya Iskandar


    Soalan yang kerap ditanya :
    1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
    2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
    3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
    4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
    5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
    6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
    7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
    8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



    Sila jawab soalan-soalan berikut :
    1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : saya sendiri)
    2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (berjerawat/pigmentasi/jeragat/kulit tidak sekata/ berminyak/lain-lain : berminyak/kulit tidak sekata)
    3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin sekali melihat sendiri keberkesanannya kepada kulit saya.

    Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

    Friday, September 16, 2016

    Selamat Menyambut Hari Malaysia

    Friday, September 16, 2016

                               Assalamualaikum

    Selamat Hari Malaysia..dan selamat bercuti semua..Wah..syokkan korang yang lama bercuti.Dari raya haji tu sampai sekarang dok cuti..sangat-sangat syok.

    Apa pun aktiviti korang pada cuti panjang ni,berhati-hati di mana saja korang berada ye.

    Aku bercuti dari hari rabu lagi.Naura masih lagi on/off demam.Pergi klinik,hospital semua kata ok je.Aku pun tak tau kenapa dia kerap sangat demam.Masalahnya dia demam masa malam je.Panas dia je dah smpi 39.Sampai malam rasa nak mandikan dia je.Tapi aku jelur badan dia dengan air.Takut panas sangat kan..Oh ye!!! tu nanti aku ceritakan dalam lain entry.

    Entry ni pun aku tulis selepas tidurkan naura.Dapatlah rehat sikit.Malam tadi kerap bangun disebabkan risau dia terlalu panas...risau weh..

    eh..korang cuti pi kemana..Ada ke yang bercuti panjang..

    source: google

    Monday, September 12, 2016

    Selamat Hari Raya AidilAdha 2016

    Monday, September 12, 2016
    Assalamualaikum

    Selamat Hari raya korang...Wah..meriahnya raya korang kan..Ada yang buat qurban tahun ni?
    Belum ada rezeki untuk buat qurban.Insya allah,niat tu ada,cuma belum ada rezeki lagi nak buat..Korang doa-doakan aku supaya rezeki tu sampai kat aku untuk aku lunaskan impian aku ni ye.

    Alhamdulillah,cuma entry autopublish je hari ni untuk memberi ucapan Hari raya kat korang.Mahunya pepagi ni aku sibuk menguruskan rumah dan juga memasak serta menyediakan menu hari raya.Persiapan untuk raya haji ni ala kadar je sebenarnya.Tiada baju raya pun,cuma hidangan hari raya seperti hari raya puasa tu adalah.

    Pada tahun ni merupakan hari raya yang pertama aku raikan di rumah baru.Adik beradik belah suami datang ke sini untuk menyambutnya dengan kami.So,dengan berbesar hati menerima kedatangan mereka.

    Moga korang jalani hari raya korang dengan bersederhana dan bersikap berjimat cermat dengan ekonomi negara sekarang.Cermat dalam pemanduan di mana sahaja korang berada.Elakkan sikap meninggi diri di jalan raya dan patuhi keselamatan jalan raya ye.



    Selamat menjamu selera ye korang..Jangan makan banyak-banyak tau..

    Friday, September 09, 2016

    Risaukan dia je

    Friday, September 09, 2016
    Assalamualaikum

    Rasa cemaslah jugak bila tetiba anak nafas berbunyi,Merengek tak tentu hala,dan kelihatan sangat-sangat susah nak bernafas.Kebetulan masih awal lagi,dalam pukul 7 malam kot.

    Risaukan keadaan bertambah lebih teruk,terus je bawa nur naura auni ke klinik 1 Malaysia.Bukan tak mau ke private klinik,tapi biarlah kita pergi yang kerajaan je dulu kan.Lebih rasa selamat.Tapi malangnya,budak berumur 2 tahun ke bawah tidak diterima.

    Dengan tak banyak fikir,terus je pergi ke private klinik.Risau jadi apa-apa kat Naura masa tu,menangis tak berlagulah nampaknya.

    Pilih klinik adham untuk buat rawatan.Doktor check suhu dan jantung.Kuat bunyi kahak di dalam.Bila periksa kelenjar di bahagian belakang telinga,doktor kata ada sedikit jangkitan.Terus doktor suruh masuk ke bilik rawatan rapi untuk dapatkan Nab.

    Bila dah kena masuk nab,meraunglah dia,aku rasa dalam klinik tu suara dia seorang je yang kuat.Bukan takat aku je pegang dia,assistant doktor,dengan doktor dan aku sekali pegang dia,sebab rontaan dia tu terlalu kuat.Sampai beberapa kali jugaklah doktor berhenti.Takut dia terlalu stress,risau jugak apa-apa terjadi kan.
    Sebelum masuk ke bilik doktor
    Ikutkan dia taknak lepas dari dukungan aku,tapi dah tak larat nak pegang dia,aku letakkan dia di tempat mainan.Nasib baiklah ada juga sudut mainan di klinik ni.At least boleh la pujuk dia sikit.Masuk bilik doktor tu dia dah rasa tak keruan dah.Tu yang mengamuk sakan dalam tu.

    Lepas dapatkan nab,alhamdulillah,bunyi dada tak sekuat tadi.

    Muka dah ceria sikit lepas kena nab
    Masa ni babah sempat ajak minum-minum...Bila tengok dia ok je,emm..bolehlah umi layankan babah tu.
    masuk dalam kereta,terus nak susu dan tidur.Tak sempatlah umi nak bagi dia ubat.Tapi di rumah umi terpaksalah kejut dia untuk berikan dia ubat.Alhamdulillah,hari ni naura ok.pagi pun bangun tidur tak buat hal.Tidur malam pun macam tu jugak.Risaulah kalau dia tak sihat berpanjangan.Moga-moga dia sentiasa sihat..insya allah amin.




    Thursday, September 08, 2016

    Mesti dapatkan Rejuvenating 30 day Travel untuk mereka yang kaki Travel

    Thursday, September 08, 2016
    Assalamualaikum

    Produk ni memang sangat sesuai dengan kaki travel atau backpackers.Bukannya apa,sangat mudah untuk mereka membawa set travel ni untuk kegunaan mereka di mana mereka berada.Dah tak payah nak bawak syampoo,hair conditioner ,lotion dan sebagainya.

    Cukup satu set travel ni,amat mudah untuk korang selitkan di dalam beg.Jadi taklah beg korang tu mampat dengan pelbagai barangan peribadi korang tu kan.

    Apa yang ada di dalam Rejuvenating 30 day Travel Essential Organic bath care series ni.Aku pernah ceritakan satu-satu tentang produk-produk yang ada di dalam satu beg travel yang comel ni.

    Korang boleh refer di entry ini




    Lotion
    Rich Moisturizing Losion Badan 50ml
    Organik Shea Butter & Minyak Aprikot
    Memulih dan mengembalikan
    Memperbaharui, baki dan drenches kulit dengan penghidratan mendalam, mengunci kelembapan penting. Melindungi daripada penuaan dan menghilangkan kedutan.


    Syampu
    Syampu yang diperbuat daripada bahan semulajadi Organic Myrtus dan Chamomile.Shampoo ni membuatkan rambut kita bersinar dan nampak cergas.
    Shampoo ni jugak mampu untuk membersih,melindungi dan mengekalkan kelembapan semulajadi.Formulanya amat mudah iaitu menyegarkan dan mencergaskan kulit kepala dan ia mampu menjaga rambut supaya nampak sentiasa berkilat,sihat dan cantik.

    Hair Conditioner
    Hair Conditioner ni pack dia sama je macam yang lain-lain.Diperbuat daripada Organic Shea Butter.
    Ianya mampu Melembutkan, menyuburkan, melindungi dan membaiki rambut kering dan rosak. rambut ringan lagi intensif dan kulit kepala khasiat. Menghalang rambut ikal dan menyimpan rambut yang sihat dan terkawal.

    Shower Gel
    Organic Myrtus and Chamomile
    Refreshes and soothes
    Soft, gentle with a warm vanilla scent, it cleans, purifies and refreshes skin.



    Meh aku share semula kelebihan Travel set ni
    • 30 day application
    • Organic Bath and Body Care  collection
    • ICEA-certified organic 
    • Dermatologically Tested
    • Normal to oily skin
    • Eco Friendly
    • Travel Friendly Pack

    Kepada korang yang nak travel tu,bolehlah dapatkan pack travel ni...

    SiteGiant

    Lazada

    Shopee

    FaceBook

    Sup sayur ayam ringkas untuk mereka yang tak sihat

    Thursday, September 08, 2016
    Assalamualaikum

    Dah dua hari husband demam tak boleh nak bangun.Kesian pulak bila dia tak boleh nak masuk makanan langsung..Bila orang yang pemakan,tetiba taknak makan..uih...boleh kurus tau.

    So dengan baik hatinya puan wife ni masakkan sup untuk dia..Cuma sup ni lain sikit dari yang lain..ke korang dah tau dah caranya...

    Sup ni aku gunakan ketumbar dan sedikit limau nipis.

    Oklah,meh aku share sedikit cara-cara membuat sup sayur ayam ni..alah..senang je...kacang gitu...campak-campak pun boleh...yang utama,daun ketumbar dan limau nipis tu mesti ada tau.

    sup sayur ayam


    1-beberapa ketul ayam
    2-bawang besar-1
    3-bawang putih-2 ulas
    4-sawi
    5-carrot-tak kisah korang nak potong macam mana.(boleh jugak korang nak masukkan brokoli atau apa jenis sayuran pun..,tapi kenalah dengan masak sup..jangan korang letak bendi pulak...heheh)
    7-daun ketumbar
    8-Perahan limau nipis
    9-Garam

    Oklah,cara buatnya pulak.

    Korang renehkan dulu ayam kedalam periuk yang bercampur air..tak perlu menumis ye..Sebab orang tak sihat ni takde rasa nak makan yang berminyak-minyak sebab ayam pun dah berminyak kan...Sesudah ayam tu empuk,korang masukkan pulak bawang putih dan bawang besar.
    Kemudian,korang masukkan sawi dan carrot tu ke dalam sup.Then,korang boleh lah masukkan perahan limau nipis,daun ketumbar dan perasakan dengan garam..

    Hah!!kan senang kan..Makan masa sup ni tengah panas.biar badan tu berpeluh-peluh kan.Kalau untuk yang sihat walafiat pun boleh..Resepi diet ni jugak tau.boleh la letak cili pada yang suka pedas tu.

    Husband makan tu je masa dia tak sihat.Cuma yelah kan,orang tak sihat,mana makan banyak..So puan wife dia lah yang tukang habiskan..bahahahaaa...


    Kalau korang nak cuba resepi ni,dipersilakan..iolss ok je...lagipun resepi ni pun adik ipar aku yang ajar..maklumlah orang kemboja ni dia memang gemar bab-bab sup ni...tapi rasa bukan orang kemboja je suka,orang -orangan pun suka...hahahaha...





    Friday, September 02, 2016

    Cermin Mata murah di Pasir Gudang

    Friday, September 02, 2016
    Assalamualaikum


    Masa ke pusat bandar hari tu,tujuannya untuk membeli cermin mata baru.Ada aku ceritakan di entry Jalan-Jalan Cuti Merdeka.Mana yang terlepas tu,boleh la baca kat sini ye...Tu pun kalau korang sudi baca cerita kita ni.

    Oklah,sebenarnya sebelum tu pun aku dok survey kedai cermin mata di sekitar Pasir Gudang ni.Adalah dua tiga kedai...Tapi bila aku teringatkan kat Pusat Bandar ni ada kedai cermin mata yang murah,so aku pun ajak husband survey kat situ jugak.Haruslah ajak dia sebab dia yang akan sponsor untuk buat cermin mata ni.Dia yang suruh aku pakai balik cermin mata sebab risau aku selalu sangat pakai contact lens.

    Actually,sebelum ni pun aku ada pakai spe,tapi disebabkan anak dara sulung aku tu dok patahkan,heh!! mau menangis mak dia,kebetulan pulak spec spare tu hilang dan ghaib entah ke mana.
    Kat kedai Wing Wong Optical Centre ni betul-betul lokasinya berdekatan food court di pusat bandar.Mana yang dah pergi ke sana,taulah mana kedai cermin mata kat situ.

    kalau dulu,aku selalu beli spec yang berjenama sikitlah,harga pun makan 500-800 hengget,Tapi aku tukar pulak sekarang ni nak beli spec yang harga murah,boleh beli 2,so boleh tukar-tukar pakai..Kalau nak harapkan satu je,memang cepat rosak lah kan...

    Kat Kedai Wing Wong Optical Centre ni,diorang tengah buat sales gila-gila.Korang tengoklah berapa harga untuk Bingkai ni,murah kan..Hanya serendah RM150 je...uih...Terlajak murah weh..Dan yang paling best adalah siap sekali dengan frame..Ko rasa!!! aku pulak rasa rugi kalau tak beli..bahahahhaha..

    wing wong optical centre
    Nampak tak bukti yang aku tak tipu..Ape jenis bingkai pun boleh dapat kat sini..Bukan sahaja bingkai spec jenama biasa-biasa je ada.Yang luar biasa pun ada,..maksudnya macam gucci,Ray-ban dan mcam-macam lagi jenama ternama lah..Ikut budget korang lah nak yang macam mana..


    Aku ni leceh sikit kalau nak cari spec,dah berapa banyak bingkai spec yang aku cuba kat kedai tu,Dan beberapa kali jugak cermin tu aku pandang,Yelah..lagilah kita yang pakai shawl ni kan,nak cari spec tak boleh lah cari spec yang lebar sangat,kena ngam-ngam dengan kita.Nanti kembang pulak shawl atau tudung yang kita pakai..betul tak
    wing wong optical centre
    Dah pun dapat bingkai yang dihajati..Bingkai dan lens ni berharga rm200.Kenapa harga makin naik? Sebab aku gunakan lens yang anti calar.Essilor -Crival UV.

    Oklah kan..Tak mahal mana pun berbanding sebelum ni..Ingat nanti nak cari spare lagi satu...Contact Lens?? sesekali je aku pakai..hehehehe


    Kalau korang nak jugak cari kedai cermin mata murah di pasir gudang ni,boleh la terus ke pusat Bandar pasir gudang,bersebelahan Food court..Alamat aku lupa nak amik,dekat resit.So aku boleh bagi direction..Kalau korang dapat cari food court,korang memang jumpalah kedai cermin mata tu di tingkat 2 Pusat bandar Pasir gudang...

    Oklah korang..happy shopping...






    Thursday, September 01, 2016

    Jalan-jalan cuti Merdeka

    Thursday, September 01, 2016


    Assalamualaikum

    Hari ni aku nak cerita pasal aktiviti aku semalam je..Maklumlah,tak macam dulu,apa aktiviti hari ni,terus up kat entry.Sekarang ni dah ada anak.kena tunggu anak tidur dulu lah,baru boleh cerita kat blog..Itu untung dapat update status jugak sambil melayan dia..Spesis aku ni,kalau dah berdating dengan anak,jaranglah melekat dengan phone.Mana nak update status,anak lagi..Kalau ada masa je baru aku update...Huiii...Anak dah super ligat ni,nak kena tengok dia jelah.

    Nak pulak sekarang ni dah dapat kaki.Semalam saja aku kasi lepaskan kat Mall..Tu pun sebab tak ramai orang kat situ,tu yang berani aku lepaskan..Wah..dia punya syok bukan main lagi.Yang risaunya,suka mengikut orang.huiii....Mana mak tak risau nak,buatnya ko kena kidnap..Boleh separuh nyawa mak ko ni nak.

    Gambar selfie dan wefie anak beranak.Babah taknak masuk dalam gambar...Nanti dia kecam mak pulak...hahahaha

    Semalam pepagi lagi dah keluar ambil nenek.Sedihnya kak fiyah je lah tak ikut,sebab kak fiyah kat kampung.Tu hari pun dah spend together dengan dia.Hah!! kalau dah dua orang,memang tak menyempat nak up status ke,up entry ke,up gambar sekalipun.Sebab bila dua orang ni berjumpa,memang mak tak sempat nak oi.Menghadap bebudak ni,sorang lari ke kiri,sorang lari kekanan,memanglah mak ko ni kurus.

    And semalam,hanya adik sorang je,maka sempatlah mak buat status ke sana sini..ececeh...Dah puas berlari sakan kat mall, tu aku biarkan dia main mainan kat situ..Wah..syok,sampai dia rasa taknak turun walaupun 1st time dia rasa macam takut sikit nak duduk dalam tu.

    Kalau dapat kakak naik ni,aku rasa dekat sepuluh ringgit jugak..adoiii..Kalau kau mintak makanan takpelah jugak,kenyang,kalau mintak nak main benda ni,satu ape pun tak dapat.

    Sejak-sejak naura dah pandai jalan ni,memang tak mahunya dia nak pimpin bila berjalan.Naura ni kira cepat jugak dia jalan,cukup umur setahun je dia dah berjalan.Sekarang ni dah semakin laju lah dia berjalan.Dan semakin aktif dia bergerak sana sini..hai lah anak...

    Sebenarnya tujuan aku ke situ sebab nak buat spec..En husband tu risau aku dok pakai contact lens..tapi kalau ikut aku kan,lebih suka pakai lens ni sebab tak leceh macam pakai spec..betul tak..Dengar kata kat Pusat Bandar Pasir Gudang murah-murah spec dia..tu yang dok survey..Tapi memang murah pun...Aku dah taknak beli mahal-mahal lagilah...Rasa macam rugi pulak...takpe-takpe..nanti aku cerita kat entry lain ea..mybe esok kot...hehehee....