Friday, December 30, 2016

Dia Dah mula untuk Belajar

Friday, December 30, 2016
Assalamualaikum

Hai korang..Wah...busy bebenor puan blog ni kan..Sampai nak buat post untuk family pun takde masa dah..hahaha...bukan apa,Produk review senantiasa ada..Alhamdulillah..syukur..Tengah siapkan draft yang berderet ni..Takut tak sempat nak siapkan by due date produk.So,kerah idea sebanyak mungkin untuk buat review ni..yelah..kang klien tak percayakan kita pulak sebab hentam keromo je..

Ingat nak buat produk review tu senang ke..Nak kena buat research..nak kena baca..nak kena alami jugak benda-benda tu semua supaya hadam masuk semua kat post..hahaha...kan..kan..

Dahlah..habis cerita produk review tu..kang korang bosan..Meh cerita pasal si jantung hati sorang ni.Sejak-sejak nak membesar ni,ada je karenah dia...Layankan jugaklah karenah dia..Yelah kan..budak nak membesar ni,banyak nak kena bagi tumpuan..Jangan sampai dia cepat bosan.Kenalah terapkan nilai-nilai murni juga dalam diri diorang..Kena jugaklah tunjukkan akhlak dan perilaku yang baik-baik kerana masa inilah,dia akan mengikut segala benda yang berlaku disekelilingnya..Macam kakak fiyah tu,ada je perkataan baru yang dia pelajari samada tak elok atau pun yang elok..

Kalau aku marah adik dia pun,dia akan cakap,tak baik marah-marah tau umi..ataupun dia akan marah aku balik sebab marah adik dia..Bila tengok macam tu,sejuk hati umi ni..Maknanya dia protect adik dia dengan baik..Tapi kadang-kadang bila dah lama sangat bermain,ada jugak dia dengki ngan adik dia..Mulalah salah seorang nanti menangis..Kalau boleh nak pupukkan diri mereka kasih-sayang dari kecil,..Supaya mereka akan akrab dan baik sehinggalah diorang besar..Korang yang mengikuti kisah aku ni,pasti tahu kan apa hubungan antara mereka berdua ni..Untuk memberikan mereka apa yang baik untuk mengajar mereka tentang akhlak ni,aku ada baca satu artikel tentang Perkara mesti diajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..yelah..sebagai ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka kan..Sebab tulah ibu bapa perlu ilmu dan adaptasikan ilmu yang dapat tu untuk membentuk anak-anak..Kalau kita tak bentuk mereka dari kecil,maka bila dah dewasa..macam mana pulak kekdahnya kan..Jomlah ikut 10 perkara mesti ajar anak supaya mereka membesar bijak dan berakhlak..Aku kongsikan di blog ni dari info sini



1. Cakap lemah lembut dengan anak

Sejak anak lahir ke dunia, biasakan bercakap dengan anak dalam nada yang lemah lembut. Ucapkan perkataan yang baik-baik kerana bayi dan kanak-kanak cepat menyerap apa yang didengarinya dan mudah terikut. Jadi, jika ibu bapa hendak menegur atau memarahi anak, gunalah bahasa yang paling sopan dan bukan yang kesat, kasar dan keras.
** Mungkin kadang-kadang bila bab berlembut dengan anak ni,ada jugak kita bercakap macam meninggi suara,tetapi rasa cepat tersedar supaya anak lebih hormat kat kita dan tak salahkan bila kita dah buat salah,kita minta maaf kat dia

2. Biasakan dengar zikir dan selawat

Apabila anak anda sudah mula pandai bercakap, lagi banyak perkataan yang akan diserap masuk ke dalam kotak memorinya. Maka biasakan si kecil mendengar selawat, zikir dan lain-lain amalan yang memuji Allah. Kalau lihat sesuatu yang cantik, ajar anak ucap SubhanaAllah. Selepas makan, ajarkan anak ucap Alhamdulillah dan sebagainya lagi.
***Setiap malam,apabila nak tidurkan dia,saya akan ucap ya hayyu,ya qayyum,ya latif dan ya rahman dengan melodi saya sendiri.

3. Ajar anak bercakap benar

Apabila anak membuat kesilapan, ajarnya untuk bercakap benar. Jangan takut untuk mengaku kesalahan. Jangan biasakan anak berbohong semata-mata kerana takut kena marah. Mereka perlu sentiasa diingatkan supaya berani mengaku kesalahan.
Bercakap benar itu penting untuk menjadi anak yang berakhlak. Beritahu anak supaya mencontohi sifat mulia Rasulullah saw yang sentiasa bercakap benar.

4. Biasakan baca Bismillah

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, biasakan mengucap Bismillahirrahmaanirrahim. Kalau sejak bayi dia sudah terbiasa mendengar ibu dan ayah mengucapkan kalimah tersebut, maka tak hairanlah bila tiba masanya, anak juga akan mengamalkannya.
** Apa yang diberikan kepadanya,biasakan dengan bismillah...memang betul,dia akan ikut apa yang kita buat

5. Pergaulan dengan kawan sebaya

Kebanyakan anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun akan tinggal bersama kawan-kawan di taska, rumah pengasuh dan ke tadika. Ajar anak anda adab bergaul dengan kawan-kawan. Walaupun masih kecil, sentiasa ingatkan mereka supaya berkawan dengan baik, tidak berbangga diri, jangan menyakiti kawan dan mengambil hak orang lain.


6. Mengajar anak adab makan & minum

Percaya tak yang anak sekecil usia setahun sudah boleh mengangkat tangan dan membaca Bismillah (walaupun dia belum tahu membacanya dengan betul) dan duduk setiap kali hendak makan atau minum? Ia bukan perkara mustahil sekiranya anda biasa mengajarnya sejak bayi lagi.

7. Ajar anak jaga kebersihan

Menjaga kebersihan diri dan persekitaran juga amalan penting yang mesti diajar kepada anak-anak sejak kecil. Anda boleh melatih mereka untuk membuang sampah kecil di dalam tong sampah di rumah, mengutip sisa makanan yang berterabur selepas makan, mengelap air yang tertumpah, memberus gigi sebelum dan selepas tidur, memasukkan pakaian kotor ke dalam bakul pakaian dan sebagainya lagi bersesuaian dengan peringkat usia anak,. Jika dibiasakan mereka tidak akan kekok menjaga kebersihan.

8. Ajar anak adab berpakaian

Semakin membesar, anak-anak mesti akan makin bijak termasuk dalam bab memilih pakaian yang hendak dipakai. Masa ini gunalah peluang yang ada untuk mengajar mereka memilih pakaian yang menutup aurat dan bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

9. Ajar anak adab masuk dan keluar tandas

Setiap kali anda hendak menukar lampin atau memandikan anak, biasakan membaca doa sebelum masuk dan keluar dari tandas serta melangkah kaki kiri ketika masuk dan kanan ketika keluar dari tandas. Amalan mudah seperti ini akan dicontohi oleh si kecil.

10. Ajar anak adab sebelum tidur
Sebelum tidur, ajar anak adab yang sepatutnya diamalkan oleh mereka seperti membersihkan diri, mengambil wuduk (jika anak sudah besar), membaca doa, menghadap kiblat kemudian barulah diikuti dengan 'bedtime stories' untuk mereka..

As a parents,banyak lagi yang perlu saya pelajari demi memberikan ilmu yang terbaik untuk anak-anak saya.Tidak mudah mengalah untuk memberikan yang terbaik untuknya kerana satu saat nanti..dia pun akan berikan yang terbaik untuk diri kita kan..


Thursday, December 29, 2016

Contest Cash Rm100 anjuran JDT BLOGGER

Thursday, December 29, 2016
Assalamualaikum

Hai korang..Ingin aku mewark-warkan kat korang tentang Contest yang sedang berlangsung di facebook.Mungkin ada yang dah menyertai contest ini..dan mungkin ada yang belum mengetahui tentang Contest ini kan

So,meh sini aku nak bagitahu kat korang,jangan lepaskan peluang untuk merebut Hadiah berupa wang tunai sebanyak rm100 ni..


Caranya sangat mudah


💵 CONTEST CASH RM100 

Contest ini ditaja oleh #jdtblogger. Hadiah utama berupa cash RM50 X 2 orang.
Jadi syarat simple untuk join adalah :-
1. *LIKE* post ini - WAWA ASHIHARA
2. *LIKE PAGE & FOLLOW IG* JDT Blogger 
Page - www.facebook.com/jdtblogger
IG - www.instagram.com/jdtblogger
3. *COMMENT* 'alhamdulillah'
4. *SHARE* status ini
Contest akan tamat pada bila2 masa. Pemenang akan diumumkan secara rasmi di page JDT Blogger bagi yang bertuah.
*penaja akan check*
Jangan lupa set as SEE FIRST untuk tidak ketinggalan update dari situ.
 saguhati random - topap rm5 x 1 & Voucher discount worth to rm50 utk 2 org. Order sticker label, dapat diskaun rm50.



So..JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMANGI CONTEST INI YE..Korang tak perlu buat entry ye...sebab contest ini hanya berlangsung di facebook sahaja..Kalau tak jumpa boleh tengok di wall WAWA ASHIHARA

Wednesday, December 28, 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com

Wednesday, December 28, 2016

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 28 Disember 2016, iaitu tepat jam 2.30 petang sehingga hari esok, 11.30 malam 29 Disember 2016. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, December 27, 2016

VLOG? Ape tu?Projek 2017?

Tuesday, December 27, 2016
Assalamualaikum

VLOG? Ape tu? Pernah tak korang dengar sebelum ni..Sebelum ni memang aku pernah dengar tentang Vlog ni..Tapi tak pernah terfikir pun nak buat Vlog..Tetapi tau-tau sehingga ke hari ini.aku dah hasilkan 4 Vlog dan sudahpun di masukkan ke dalam Youtube..Vlog terdiri daripada dua perkataan iaitu video dan blog..Bila digabungkan menjadi Vlog..Beza vlog ni kita menghasilkan video dan blog pulak kita hasilkan dengan penulisan..Vlog,kita harus record apa yang ingin kita cakakpkan depan kamera manakala blog pulak,kita cuma tulis di dalam blog..

Hebat?? taklah hebat mana pun ber Vlog tu..Cuma,mencuba untuk mencabar diri sendiri untuk membuat Vlog..

Macam mana aku boleh masuk ke dunia Vlog ni?
Of courselah disebabkan oleh seorang blogger yang mencabar aku untuk buat ni..Mesti korang kenal kan siapa BroFramestone..Dan sebab dialah maka terhasilnya Vlog ni tau..hahaha..

Actually,mungkin dikalangan blogger dah hangat memperkatakan tentang Vlog untuk Projek2017 blogretis yang dianjurkan oleh Broframestone.Dan sebenarnya aku tak tau apa projek yang akan berlangsung pada tahun hadapan..Tetapi dari apa yang aku faham,Bro mencari mereka yang BERANI untuk bercakap depan kamera.Untuk apa,untuk projek 2017 yang akan berlangsung tak lama lagi.Blogger dikehendaki untuk membuat Vlog selama 1 minit dan upload ke youtube.

Itu sahaja yang aku tau tentang Projek tu..Projek sebenar tentang tu memang aku tak ketahui.cuma aku menyahut cabaran tu sebagai sesuatu yang positif untuk masa depan blog dan juga aku sendiri.Katanya ramai client yang mencari mereka yang membuat Vlog,tetapi kebanyakkan blogger hanya membuat blog dan jarang membuat video..Mungkin dari situ sebenarnya bro nak mencari dan meramaikan blogger-blogger untuk membuat Vlog ni kan.

Ini adalah antara Vlog yang aku hasilkan sepanjang bulan ini..

Kalau korang nak join #PROJEK2017 ni bolehlah hasilkan vlog selama 1 minit ni...Confirm korang akan buat lagi dan buat lagi Vlog ni setiap hari..gian lah pulak kan..Jangan lupa tekan butang subscribe bila korang dah menonton vlog aku ni ye..



tq...



Saturday, December 24, 2016

Bila mereka berjumpa

Saturday, December 24, 2016

Assalamualaikum

Hai korang...selamat berhujung minggu..Apa aktiviti korang cuti-cuti ni..Aku just balik kampung je..Dah seminggu tak jengah anak..Rindu pulak kat dia..

So plan lah minggu ni balik kampung..Ingat nak balik hari jumaat malam..tapi memandangkan kereta belum siap untuk di repair,terpaksalah tunda hari sabtu..

Oh ya..Nih nak bagitau korang.Ada tak korang perasan dua hari ni aku ada buat Vlog..Sebenarnya aku menyahut cabaran dari broframestone untuk join Projek 2017 beliau yang akan dilancarkan pada tahun depan..Harap-harap aku dapat diterima untuk join Projek 2017 nanti..

Ini baru hari kedua aku buat Vlog ni..Tapi apa aku pelajari dari membuat Vlog ini adalah membina keyakinan diri.Bercakap depan kamera handphone sendiri..Memang masa baru baru buat tu macam tak confident..sekarang pun masih kurang confident nya jugak..Cuma aku kena usaha untuk memantapkan diri untuk membina keyakinan diri aku..insya allah..akan terus cuba dan cuba..

Harap korang boleh support aku eh!. Kepada yang cakap-cakap belakang tu aku tak boleh nak halanglah kan dari orang bercakap..Itu hak masing-masing..Terpulanglah kan..hidup kena move on..betul tak.

Oklah..habis bab cerita tu..Moh ler layan cerita anak beranak pulak..Budak berdua ni macam biasalah..kadang baik,kadang gaduh.lumrah kan.hehe..

Thursday, December 22, 2016

Episode Akhir 7 Hari Mencintaiku

Thursday, December 22, 2016
Assalamualaikum

Makin hari makin ramai yang meminati cerita ni kan...Memang aku akui,masa mula-mula cerita ni keluar macam boring jugak,Tapi disebabkan Shukri Yahya ada dalam cerita ni,so....aku follow je..Sampailah pasal Buntat Mati tu...Hah! Dari situlah Facebook dihujani dengan nama BUNTAT

Tak sia-sia dia bernama Buntat,Terkenal dah budak comel tu kan.Tapi yang syoknya cerita ni,makin lama makin sedih..Makinlah nak tahu apa kesudahan cerita ni.Al maklumlah..cerita ni kan diadaptasi dari Novel  7 Hari Mencintaiku..Memang aku percaya,kalau adaptasi memang syok lah ceritanya..Dari dulu pun bila aku baca novel,tak pernah tak best..Syok je semua...

gambar: google

Ramai yang ingatkan semalam adalah episode akhir 7 Hari Mencintaiku..Tapi rupanya tidak...Mybe hari ni hari terakhir untuk cerita tu..Ramai jugak yang tertanya-tanya apakah kesudahan cerita ni kan...Ada yang kata..cerita tu akan habis gitu dan Mia takkan kembali..Dan ada jugak kata,Mia akan kembali kepada Khuzairi..Iskkk..Penuh dengan teka teki.Ramai jugak yang teka dalam kotak cincin tu,takde..Cincin tu mungkin dipakai oleh Mia.Sajalah kan Mia nak buat kejutan untuk husband dia..

Ada ke yang tak tengok cerita ni.Meh aku share sikit Sinopsis tentang 7 hari Mencintaiku ni.


SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU

Mengisahkan Khuzairi (Shukri Yahaya), dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana (Siti Saleha). Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana merupakan seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis. Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati. Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku? Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?
credit info : tehsirap

Tapi aku rasakan..Mesti si Mia tu akan datang jugak kat Khuzairi..Maklumlah..aku tak baca novel tu..So tak taulah apa pengakhiran cerita ni..Baru syok kalau tak baca novel..Tertanya-tanya kesudahan cerita ni kan..

Ok..Jomlah kita tengok nanti...apa kesudahannya cerita ni hari ni..

Wednesday, December 21, 2016

Nak dengar pun jelas dengan Logitech X100 Mobile Wireless Speaker ni!

Wednesday, December 21, 2016
Assalamualaikum

Kadang-kadang tak semua handphone boleh dengar dengan jelas bila orang telephone.Dan jugak kalau kita nak main video atau lagu untuk didengar dengan kuat.Kalau bukak kuat-kuat dekat phone,takut rosak pulak speaker kat Phone tu kan.

Meh sini aku ceritakan sedikit lah bila ada produk yang boleh memberikan kita suara yang lebih jelas macam speaker radio atau komputer ni.Ni hah Logitech X100 Mobile Wireless Speaker yang tak perlu pun kita cucuk dengan handphone..Yang lebih awesomenya adalah,boleh dengar macam kita bukak speaker kat komputer ko!! Sebab aku sukakan Wireless Speaker ni,kita tak payah nak sibuk-sibuk cucuk kat telepon tau..Korang just on je bluetooth kat Wireless Speaker ni dengan telepon korang..Mudah weh!!
bluetooth speaker


Jadi tak bergaduh sangat dengan anak aku ni bila dia mintak aku besarkan suara kat phone ni..kalau dia tak dengar jugak,mahu aku hantar di pi check .Korang jugak boleh adjust kekuatan volume di tepi Speaker tu sahaja..Letak je kat mana korang nak letak Bluetooth speaker ni...

wireless speaker logitech
Bahagian tepi bluetooth speaker ni yang ada simbol "tambah" "tolak' dan bluetooth

+ = untuk membesarkan suara
- = untuk mengecilkan suara
yang lagi satu tu simbol bluetooth untuk korang sambungkan ke device bluetooth hp korang

So bila dah ada Logitech X100 Mobile Wireless Speaker ni,boleh mengurangkan kerosakkan pada speaker phone kan..Korang nak bawa kemana-mana pun senang..

Apa lagi kelebihan Logitech X100 Mobile Wireless Speaker ni..meh kita usha..

  • Great acoustics with clear highs, mids and bass
  • Compact portable design with wrist and backpack cord
  • 30 ft. wireless Bluetooth connectivity
  • Control volume & calls from mobile phone
  • Built-in 5-hour rechargeable lithium-ion battery
Oklah bila dah tahu apa yang best tentang Speaker ni..Nak tau jugak kan di mana boleh didapati Speaker ni..Haruslah Di LAZADA Malaysia.

Untuk Dapatkannya korang boleh klik terus link SINI ..

Monday, December 19, 2016

Bila si Naura Dah Banyak Gigi

Monday, December 19, 2016
Assalamualaikum

Lepas kakak,si adik pulak nak kena di ajar berus gigi..Yelah..Bila gigi dah banyak ni,kenalah ajar dia gosok gigi kan..Kang kalau dibiarkan cepat pulak rosak gigi dia tu.

Setakat ni Naura dah ada 8 batang gigi,enam diatas dua dibawah.Kalau dulu aku gosok pakai kain atau kapas je,sekarang ni bila mandi aku biasakan pulak dia pegang berus gigi tanpa ubat gigi..Ubat gigi nanti-nantilah dulu aku ajarkan.Cuma....PAYAHHH sangat nak suruh dia bukak mulut..Bila aku nak gosok gigi dia tu,mulalah adegan tutup mulut rapat-rapat..Bila disuruh gosok,ditonyohnya dalam mulut..Risau pulakkan tercekik..Parah mak dia nanti.
Image result for gosok gigi anak
source :google

Memanglah kebiasaan budak macam tu kan..Dalam proses nak belajar..Macam-macam peel diorang ni..Semua tu menguji tahap kesabaran mak dia ni..hahah..Boleh dia main bukak katup mulut..nak acah-acahkan kita..Kadang-kadang kita tak tau macam mana cara yang sebenarnya untuk mengajar anak kita supaya menggosok gigi dia kan..Nak ajar mereka ni kena dari awal,semakin besar semakin susah pulak nak diajar..Dari pembacaan aku di artikel ini,beberapa cara untuk mengajar anak kita memberus gigi..

1) Ajar anak cara yang betul 
Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka.Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan lulut kanak-kanak adalah bersih sehingga dia berusia enam tahun.Pun begitu,kita juga boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari.Sebelum itu,anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi rutin hariannya selepas makan.


2) Berikan kebebasan memilih 
Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
3) Beruslah bersama-sama 
Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.
4) Bawanya berjumpa doktor gigi 
Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
5) Ciptakan lagu istimewa 
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
Stadnby beli berus gigi untuk dia satu..Biasakan dia dengan berus gigi..aku selalu jugak bukak video upin-ipin yang gosok gigi tu..biar dia tengok...minat dia..

Weekend Kami

Monday, December 19, 2016
Assalamualaikum

Happy Monday korang..Sebenarnya ada banyak entry aku yang delay.Sebab apa,sebab internet dah warning pasal penggunaan data.So,tak bolehlah aku nak bersuka ria dok upload  gambar banyak-banyak kat blog.Sebab nak upload tu pun makan masa.Sebab tu aku hadiahkan entry-entry santai untuk tatapan diri sendiri..Sebab macam tak serius ada orang nak baca..Oklah..macam biasa simptom mak-mak bercerita pasal anak-anak ni..

By the way,Aku nak ucapkan Tahniah kepada Pelajar-Pelajar PT3 yang mengambil keputusan hari ni..Jika adik-adik dah buat yang terbaik,insya allah hasilnya pun terbaik..Ingat ye...PT3 bukan jalan akhir untuk tidak berjaya..Ada banyak lagi halangan yang perlu korang tempuhi di tahun-tahun hadapan..SPM adalah satu titik permulaan untuk korang tempuhi samada korang memilih untuk bekerja atau menara gading..Pesan akak ni,belajar bersungguh-sungguh.Ingat pesan orang tua.Besar harapan mereka untuk korang berjaya.Moga terjamin masa depan korang nanti ye..

Sebenarnya nasihat ni pun aku tujukan kat adik bucuk bacin aku tu.Anak bongsu dalam keluarga kami..Dan juga harapan mak ayah aku yang akhir..Lepas ni dah takde lah..terima cucu dan menantu jelah nampaknya..Aku dah pesan kat dia,Kalau banyak sangat E,aku nak cari calon suami je untuk dia,,tak payah dah nak belajar..hahahaha.....Dik,kalau ko tak dapat apa yang ko target,siap la ko eh!!,,,hahah(dia baca)

Oklah..meh kita cerita sikit apa aktiviti aku pada hari minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad..Disebabkan hari sabtu aku dah tak kerja lagi,so,spend time buat sarapan,makan sama-sama ngan husband and anak aku tu..Nak jengah kakak,minggu lepas dah balik.So mybe minggu depan kot.Tetiba paklong dak Naura ni datang ajak pi Tasik Layang-layang..Memandangkan dak Naura ni tak mandi lagi,terpaksalah Paklong pergi dulu..Lepas tu siap-siap terus ke sana..Rupanya Paklong ajak sarapan kat sana sambil main Playground..Suka ya amatlah dak naura tu naik jongkang jongkit tu.Ketawa sakan minah tu..Ok..sebenarnya plan aku hari sabtu tu nak tukar kad Public Bank yang baru..Tapi memandangkan Paklong ajak lepak kat Tasik..so.Macam tak jadi..Tapi bila di tasik,Paklong ada hal,berkampunglah kami 2-3 jam jugak kat situ..Pukul 11 aku gerak balik,tapi sempatlah survey Bank Public bank tu.Rupanya masih bukak..Urusan hanya untuk penukaran kad sahaja..Ok...Tak sampai 5 minit kad Siap..Yahoooo...Siap dah..

Balik tu,terus ke rumah nenek.Nenek dah tinggalkan rumah dia dekat 2 bulan jugaklah,So rumah tu kena dibersihkan..Biasalah,rumah bila dah lama ditinggalkan mulalah berhabuk bagai..Taik cicak,taik tikus pun ada..Selesai kemas,nak balik tak boleh sebab hujan..So ketiduran kami anak beranak sampai petang.

End untuk hari sabtu..Hari ahad pulak selalunya aku tak kemana pun..Sebab husband dah bertugas..Bermulalah rutin mengemas rumah,basuh baju-baju,cadar ,tukar cadar,mop lantai dan sebagainya sesambil melayan dak Naura tu..

Tak banyakkan aktiviti aku hari ahad tu..Yelah,husband keje,nak merayap pun malas.Baiklah buat apa yang patut kat rumah tu.Begitulah rutin aku bila hari ahad..Sebab hari sabtu adalah waktu untuk luangkan masa dengan family kan..hehehe..Gambar? maaf aku tak dapat nak upload..Kang tunggu sejam tak gerak-gerak pulak dengan internet ni..Nanti tunggu aku topup lebih sikit,barulah aku dapat buat itu ini..ok bye korang..Apa cerita weekend korang pulak

Friday, December 16, 2016

#MyTravelokaEscapade | Menjanjikan Percutian Yang Hebat Ke Sabah

Friday, December 16, 2016
Assalamualaikum


Niat hati ni memang teringin nak bercuti..Tapi bila fikirkan pasal budget percutian ni,bukan sedikit perbelanjaannya..Ia juga perlu di rancang betul-betul untuk membuatkan percutian tu berjaya dan gembira.Yelah..Planning dari awal tu kan penting..Bila kita nak melawat atau nak mengunjung ke sesuatu negara atau tempat,Make sure kita dapatkan maklumat dahulu tentang tu,barulah percutian kita tu dikatakan percutian yang paling berharga..paling manis dalam hidup.Sebenarnya impian aku adalah membawa family untuk bercuti.Cukuplah di dalam negara sahaja,kerana anak-anak masih kecilkan..Perjalanan yang sangat jauh mungkin membuatkan mereka rimas dan tak selesa.

Mujurlah Traveloka ada membuat satu contest iaitu You Need A Holiday lah! yang memberikan imbuhan juara yang sangat-sangat berbaloi.

traveloka
 Untuk menyertainya korang boleh klik  You Need A Holiday lah!

Di Pertandingan ini,Traveloka memberikan kita pilihan untuk memilih tempat-tempat yang mereka tunjukkan di dalam gambar di bawah.Terdapat 10 tempat destinasi yang mereka tawarkan dan sebagai peserta kita perlu memilih satu antara 10 destinasi yang bakal  kita pergi jika Traveloka meluluskan percutian kita tu..Wahh...tentulah aku sangat-sangat gembira..Mana taukan rezeki untuk anak-anak dan keluarga untuk ke sana..Insya allah

traveloka

Oklah..Meh aku ceritakan Ke mana Destinasi yang akan aku pergi dan kenapa aku nak sangat ke tempat yang aku pilih tu ye..

Untuk percutian ini,aku memilih untuk Destinasi dalam Negara Iaitu Sabah.Sabah mempunyai banyak tempat menarik yang harus kita lawati.Antara tempat-tempat yan ingin aku lawati adalah

traveloka
Kredit gambar : Desa Cattle Fairy Farm


Desa Cattle Fairy Farm-Merupakan Ladang lembu yang terkenal seperti di New Zealand.Di sini bolehlah aku melihat sendiri bagaimana cara mereka memerah susu lembu tu.Bukan itu sahaja,aku akan diberi peluang untuk memberi susu kepada anak lembu..Pastinya seronokkan.Selain daripada aktiviti tu,pengunjung yang datang ke sini bolehlah membeli belah produk tenusu sepetrti susu dan aiskrim yang segar..Anak-anak mesti teruja nak makan aiskrim segar ni kan.Kata mereka yang pernah datang ke sini,tempat ni sejuk,tengok pada gambar ni pun dah tau kan paras kesejukkan di sana.

muzium sabah
Kredit gambar : Muzium Sabah


Muzium Negeri Sabah-Setiap Negeri ada Muzium tersendiri.Jadi rasa rugi jugaklah bila kita tidak menyinggah di Muzium Sabah ni.Di Muzium ni kita boleh tahu asal usul Negeri Sabah,melihat sendiri sejarah Negeri Sabah terutamanya tentang Sejarah budaya,masyarakat dan kehidupan mereka terdahulu.


pulau sipadan
Kredit Gambar : Pulau Sipadan

Pulau Sipadan Sabah- Adalah Pulau yang sangat terkenal di dunia dengan aktiviti menyelam..Tapi aku ke situ bukan kerana ingin menyelam ye,.Tapi melihat keindahan pantai yang sangat cantik.Boleh sangat nak melihat apa yang ada di dasar laut..Syoknya kan bila kita boleh melihatnya dengan lebih dekat..Pastinya percutian di Pulau Sipadan ni menjanjikan sesuatu yang indah Sebenarnya Sabah juga mempunyai banyak Pulau yang terkenal,antaranya Pulau Sapi,Pulau Manukan Pulau Bohey Dulang,Pulau Metaking,Pulai Kapalai,Pulau Penyu dan banyak lagi.

ladang teh sabah
Kredit gambar : Ladang Teh Sabah

Ladang Teh Sabah-Apa yang aku baca di blog sabriyaacob Teh Sabah adalah satu-satunya Ladang Teh Organik di Kepulauan Borneo.Di sini kita boleh melihat bagaimana teh dihasilkan dari daun menjadi Teh yang sebenar.Selalu kita minum teh je kan.Tapi bila datang ke sini,kita akan tau bagaimana kitaran teh ini terjadi.



pasar filipino
Kredit Gambar : Pasar Filipino

Pasar Filipino - Pasar yang sangat-sangat terkenal di Sabah.Tiada gambar yang specific untuk gambarkan keadaan Pasar Filipino ini kerana Pasar ini mempunyai fasa iaitu fasa untuk barangan kering,basah,kraftangan dan sebagainya.Ada beberapa lagi Pasar yang terkenal iaitu Pasar Malam Sinsuran,Pasar Malam Segama dan Pasar Malam Kampung Air.

raflesia

Raflflesia Nature Reserve Centre - Sabah juga terkenal dengan Rafflesia raksasa ni..Aku rasa pokok ni tiada kat tempat lain..Tapi tak taulah kan kalau ada..Rasa rugi pulak kalau tak dapat pergi ke tempat ni kan..Lokasinya jauh juga dari KK,ia mengambil masa sekitar 2 jam untuk ke sana.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ingin aku pergi di Sabah..Tetapi memandangkan Percutian pun bukan sebulan,So aku ambil mana yang orang suggest untuk pergi..So ini adalah antara tempat yang aku ingin pergi apabila aku ke sabah nanti.Kalau ikutkan hati nak jugak cecah kaki ke Rumah terbalik,Masjid Terapung Sabah,Akuarium muzium,Jambatan Tamparuli dan banyak lagi..

Lagi satu kat Sabah ni,Makanan seafood diorang syok tau...Katanya murah dah lebih segar...Alahaii...terasa sampai ke tekak pulak kan..Lepas tu nak membeli belah kraftangan dari sana untuk dihadiahkan kepada saudara dan rakan-rakan terdekat aku.At least adalah aku bawa kenangan untuk diorang juga kan..Haraplah dapat membawa keluarga bercuti ke Sabah nanti..Itupun kalau Traveloka meluluskan percutian aku nanti dan membawa family aku bercuti ke sana.sesekali bercuti dengan family apa salahnya kan.Yeay..sangat tak sabar untuk ke Sabah bah!





#MyTravelokaEscapade | Menjanjikan Percutian Yang Hebat Ke Sabah











Legoland Membawa Sinar Kegembiraan di Wad Pediatrik Hospital Sultan Ismail

Friday, December 16, 2016
Assalamualaikum

Pada 14 December 2016 pihak LEGOLAND® Malaysia Resort berbesar hati untuk memeriahkan cuti sekolah di Hospital Sultan Ismail.Keseronokkan sempena percutian ini dibawakan khas untuk kanak-kanak di Wad Pediatrik  di Hospital Sultan Ismail.Tentunya kanak-kanak di Wad itu teruja dengan kedatangan pihak Legoland di sana.Mereka juga berhak untuk gembira kan.Sebab tu lah Pihak Legoland ingin memberikan kegembiraan kepada mereka yang  menghidap penyakit serius.


Legoland juga telah menyajikan aktiviti LEGO yang penuh keseronokkan bertujuan untuk merangsang imaginasi mereka di musim cuti sekolah ini.Bagi kanak-kanak ini yang tidak dibenarkan pulang sepanjang percutian 
Pengarah Operasi LEGOLAND® Malaysia Resort (kiri) Mr.Casper Bonavent berkongsi saat gembira dengan kanak-kanak di wad ini dengan memberikan hadiah set  LEGO® 


Kanak-kanak ini gembira kerana dapat menyiapkan LEGO® Christmas set build  semasa aktiviti the LEGO® Building 


Dr. Mahendra Raj, Pengarah Kesihatan dan Keselamatan, LEGOLAND® Malaysia Resort (ke-4 dari kanan) dan Casper Bonavent, Pengarah Operasi, LEGOLAND® Malaysia Resort (ke-5 dari kanan) menangkap seketika dengan Model Citizens dan 30 kanak-kanak dari kanak-kanak yang wad Hospital Sultan Ismail.


Watak kostume Polis bergambar dengan  pesakit perempuan yang menerima set LEGO® hadiah daripada Casper Bonavent, Pengarah Operasi, LEGOLAND® Malaysia Resort (2 dari kiri) dan Dr. Mahendra Raj, Pengarah Kesihatan dan Keselamatan, LEGOLAND® Malaysia Resort (ke-3 dari kiri).



Mr.Casper Bonavent,Pengarah Operasi,LEGOLAND® Malaysia Resort bersama dengan salah seorang pesakit muda yang menunjukkan karya yang dihasilkannya semasa aktiviti mewarna.


Kanak-kanak  kecil ini kelihatan benar-benar teruja menerima hadiah dari LEGO®.Hadiah di sampaikan oleh salah seorang  LEGOLAND® Malaysia Resort Model Citizen.




Tempat peranginan Model Citizens dan kakitangan hospital yang menyertai anak-anak dalam menyelesaikan membina set LEGO® Krismas semasa Building Aktiviti LEGO®


Seorang pesakit kanak-kanak di bantu oleh Model Citizen semasa aktiviti dijalankan



The LEGOLAND® Malaysia Resort Polis pakaian watak menyertai anak-anak di wad dalam aktiviti menyanyi dan menari.


The LEGOLAND® Malaysia Resort Polis pakaian watak menyertai anak-anak di wad dalam aktiviti menyanyi dan menari.

Casper Bonavent, Pengarah Operasi, LEGOLAND® Malaysia Resort (kiri) berkongsi saat cahaya dengan seorang gadis muda di wad.

Tentunya kanak-kanak di wad Pediatrik Hospital Sultan Ismail gembira dengan kedatangan LEGOLAND® Malaysia Resort.Sedikit sebanyak dapat memberikan mereka kegembiraan dalam kehidupan mereka.Penyakit serius yang mereka alami akan lenyap seketika dengan kedatangan mereka.

Pastinya pihak LEGOLAND® Malaysia Resort gembira melakukan aktiviti ini kerana ada yang mengatakan ketawa itu boleh menyembuhkan segala penyakit.Adalah besar garapan mereka memberikan keseronokkan kepada anak-anak di wad itu..Melihat mereka senyum dan ketawa.Adalah harapan mereka untuk memberikan keseronokkan hebat dan permainan yang mereka bawakan untuk lebih dekat dengan keluarga dan imaginasi mereka.Kanak-kanak ini pastinya tidak dapat pergi ke Legoland,dan kerana itulah pihak Legolan berbesar hati untuk membawakan kemeriahan Legoland di Hospital Sultan Ismail.



Thursday, December 15, 2016

Entry Khamis yang santai

Thursday, December 15, 2016

Assalamualaikum

Entry santai-santai plus sakit hati je ni.Biar meroyan dalam blog jangan meroyan kat luar blog..Kalau meroyan kat luar blog kang..ada jugak kena kick orang-orang kat sini..

Nilah padahnya bila tak bekerja di dalam satu team.Ada yang taknka membantu..ada yang taknak belajar..ada yang taknak bertanggungjawab dalam apa jua pekerjaan mereka..Didalam organisasi bekerja..Kalau takde sikap toleransi memang tidak akan berjaya..

Dalam company aku bekerja ni,dah berapa department aku diletakkan..Dari Admin jadi store ,jadi qaqc clerk..jadi receptionist..ape-ape jelah..dah macam barang gantian..Tapi takpe..walau dekat mana aku ditempatkan pun,aku still boleh bekerja..yelah..company kecik..budget diorang pun kecik..so kita layankan jelah..

Bila stress ni,terasa nak pergi bercuti..Rasa nak spend time kat bilik hotel yang mahal..ko mampu ke?Bawak anak pi jalan-jalan..

Nak gi spa..urut satu badan..hilangkan tension ni hah..walau tak tau apa sebab tenaion tu..
(zikir jangan dilupakan)

sorrylah kalau korang baca entry meroyan aku ni..syok jugak layan perasaan ni sorang-sorang kan..ok bai

Tuesday, December 13, 2016

Ambil angin Petang di Teluk Sengat Kota Tinggi

Tuesday, December 13, 2016
Assalamualaikum

Apa lagi yang membuatkan hati ni gembira bila dapat berkumpul dengan adik beradik..Apa tah lagi dapat berjalan bersama-sama..Menikmati keindahan petang di tepi laut

Sebenarnya memang dah lama tak menjengah di Teluk sengat ni..Teluk sengat ni antara tempat famous jugaklah di Kota Tinggi.Kalau korang tengok kampung Teluk Sengat ni biasa-biasa je..Tapi tidak kepada mereka yang minat memancing..Kerana dulu,setiap bulan mesti ada pertandingan memancing disini.Selain dari itu,ada jugak lah yang memancing.Yang bestnya di tepian Teluk Sengat tu,ada restaurant yang menyediakan makanan seafood dan bermacam lagi..So,sangat best bila korang and family spend time together kat sana..Sambil makan,sambil berbual,sambil menikmati pemandangan yang indah..

Kalau korang ke Kota Tinggi,jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kelazatan makanan seafood kat sini ye.Di Teluk Sengat ni pun,ada Taman Buaya tau,So sesambil tu boleh la korang ambil masa untuk ke sana.Aku syorkan korang pergi ke Teluk Sengat ni di waktu petang..Sangat Cantik Pemandangannya..Untuk Photoshoot pun aku rasa cantik tau.

Lupa pulak nak ambil gambar di handphone husband aku tu..Kalau dah bawa anak-anak tu,memang tak sah lah kan kalau tak menyinggah di Playground berdekatan tempat makan tu..Jangan risau ye..Korang boleh lepaskan anak-anak kat situ untuk bermain..Tapi makesure korang pantaulah diorang..Ini kali pertama lah aku bawa naura ke sini.Dah setahun jugaklah aku tak bawa ke sini..nampak tak berapa lama aku tak datang sini.Kalau dari kampung aku tu,Tak sampai 15 minit pun.Sebab tu boleh datang selalu..

teluk sengat
Sempat bawa minah ni main jongkang jongkit..

Bila dah naik,tak nak dia turun..Mungkin syok sangat kot.Masa ni kakak tak ikut..sedih..







Suprise Birthday Untuk Emak

Tuesday, December 13, 2016
Assalamualaikum

Jumaat yang lepas,Birthday my mom yang ke 53 tahun.Kami adik beradik dah plan awal untuk "Suprise Birthday" dia..

Tapi plan asal macam kelam kibut sikit sebab malam tu dia ada Majlis Marhaban di rumah jiran aku..Tukar plan di saat akhir..Sebab adik aku dah bagitahu kat dia awal-awal supaya balik cepat..Adik aku bagitahu yang dia kena balik malam tu jugak..So.selepas dia keluar tu,kitorang dok set up mana yang patut..Mastermind dalam plan ni adalah ayah aku..Tapi dia tak tau yang dia pun kena kejutan jugak..bhhahaa...

Nak tengok suprise birthday malam tu? ala...baru perasan terbalik video ni..
video


Me,emak dan ayah...


 Nasib baiklah sempat buat preparation memandangkan aku bekerja hari tu..Balik kerja terus rushing balik kampung..Nasib baik jugaklah kampung tu tak berapa nak jauh..Ada juga adik-adik kat rumah yang boleh membantu untuk persiapan..thanks kat korang..yang penting mak ngan ayah happy je malam tu..

Antara adik-beradik yang menjayakan suprise birthday malam tu

Yang paling seronok dan riuh rendah adalah anak-anak saudara aku..emm...tak payah lah kan nak jemput orang luar..Anak beranak kami ni pun dah besar...hahaha...




Friday, December 09, 2016

Masalah gegata naura dah hilang

Friday, December 09, 2016
Assalamualaikum


Hai korang..Alhamdulillah..masalah gegata pada badan naura dah kembali pulih.Aku pernah ceritakan kisah Naura kena gegata di entry INI

Masa kena tu,aku pi melaka..Duduk kat satu rumah tumpangan di sana..Tak sangka benda ni boleh jadi..Masa tu aku just sapu bedak je..kejap je hilang..Esok timbul balik..Sampailah aku balik ke Johor,gegata tu still ada lagi..Aku ada bawak dia ke Klinik..Klinik just bagi dia ubat sapu je..

Ini baru gambar kat tangan..Kat badan jangan ceritalah banyaknya..Besar-besar pulak tu..

Tapi dua hari still tak baik-baik lagi..Dah runsing jugak kan bila tengok anak dok menggaru-garu tak tentu pasal.Kesian kat dia.Aku cuba petua-petua yang aku google..Antara petua untuk hilangkan gegata adalah :-

1-Air garam
Mandikan anak dengan air garam.Ambil garam dan masukkan dalam baldi,masukkan air suam sedikit Kacau rata dan mandikan.

Masa balik Johor,selain bagi air Anugerah tu,aku sapukan air garam yang dicampurkan dengan air suam.Tapi nampaknya macam tak berhasil



2-Bawang merah
Potong bawang merah kecil-kecil  secukupnya dan sapu kat tempat gegata tu timbul

Ini aku tak buat sebab takut dia pedih pulak kan..

3-Air sireh
Rendam atau rebus air sireh dan sapukan pada kulit.


Kemudian aku cuba mandikan dia dengan air sireh yang aku dah rebus tu..Tapi aku sempat mandikan dia dua kali je.

4-Kapur sireh
Ada juga petua kapur sireh diletakkan ke tempat yang gatal tu.

yang ni pun aku dah cuba,tapi aku nak hasil yang segera.sebab kesian sangat sebab gegata tu dah sampai ke muka..




5-Doktor
Last sekali kalau masalah berlarutan korang bawa anak berjumpa dengan doktor.

Untuk berjumpa dengan doktor, masuk ni dah dua kali aku jumpa dengan doktor..Tapi tetap macam tu.walaupun ada pasang surutnya

Aku sampai dah buntu nak buat ape lagi.Sampailah ada kawan cakap pakai bedak cap ular..So petang tu jugak aku whatssap laki aku suruh beli bedak tu kat kedai sengseh.Sampai kat kedai tu,laki aku tnye kat uncle tu,dia tunjuk gambar yang aku dah whatsap kat dia,tapi uncle tu tanya balik kenapa dengan anak aku ni..So,laki aku siap cerita the whole story macam mana anak aku kena ni..Uncle tu cakap ooohhh...anak kena gegata ke..(laki aku cite ni)oo..uncle pun tau pasal gegata ke

So dia suggestkan dua ubat ni.Satu untuk mandi dan satu lagi untuk sapu

ubat gegata
Nilah dua ubat yang aku gunakan untuk Naura.Harga untuk dua ubat ni RM20.90


Balik je dari kedai uncle tu,terus laki aku suruh mandikan anak dengan sabun yang warna hijau tu.Lepas tu aku sapukan krim pulak.Krim tu berangin sikit,so make sure korang jangan sapu dekat popoo dia tau..mau menggelatat anak korang nanti.

So far,alhamdulillah,pagi tu memang dah tak wujud lagi gegata tu..Bekas gegata yang kemerahan pun hilang..Pagi tu pun aku mandikan dia lagi..Sekejap je ko hilang semua gegata tu..Mungkin jodoh naura dengan uncle ubat  tu..

Dah takde lagi drama gosok-gosok,garu-garu badan dan muka..Kalau tak,habis berkudis satu badan.Bukan apa,tempat gegata tu dia akan garu sampai dia puas hati..Kalau dia tak puas hati,dia hulur je badan atau kaki dia yang gatal tu kat aku..Suruh aku garu.Biasalah,mak-mak takkan garu kuat bila anak dia gatal kan..So ,tang tu dia tak puas hati.dia akan garu lagi.

Lepas ni,kalau terkena lagi perkara macam tu,aku akan dapatkan ubat ni jugak.Mungkin serasi bersama dengan naura kan..Barulah ceria,nak main pun ok je..Kalau tak,asyik nak merengek je.Kesian dia..




Thursday, December 08, 2016

Parcel Of Joy Lazada Sempena Lazada Online Revolution

Thursday, December 08, 2016
Assalamualaiku

I'm Happy !! I'm Happy...Macam tulah bila aku terima #boxofjoy dari Lazada tempohari.Ingatkan aku dikecualikan untuk menerima Hadiah yang macam poket doraemon..Bukak je box tu semua ada dalam tu..Wah...manyak syiok ooo..

Ok ni sebenarnya aku nak bagitahu sebelum aku cerita panjang dengan Box ni.Sebenarnya Lazada sedang mengadakan Online Revolution sempena tarikh 11.11.2016 ni..Setiap tahun Lazada Malaysia akan mengadakan jualan besar-besaran dan offer sehingga 95% tau..Banyak pulak tu barangan yang harga murah-murah.Dengan Tagline Brands For All ni,ia bukan sahaja untuk satu barangan atau produk.Ia termasuk semua sekali tau..Dan Jualan besar-besaran tu bermula dari 11.11.2016 sehinggalah 12.12.2016


So masih sempat untuk korang shopping secara online.Senang je kan bila shopping online..Just tunggu barang sampai depan rumah je..


Inilah dia Box Of Joy ni...Nak tengok apa dalam Box ni??

Tadaaa...Macam-macam ada...Kan aku kata,dah macam poket doraemon..Ada satu je baramg yang takde dalam kotak ni iaitu sepaket maggi Royal tomyam.itu aku dah bedal dulu..

Ok..Meh aku cerita satu persatu apa yang ada dalam kotak ni ye..

white coffee pandan


White Coffee Pandan ni korang boleh dapatkan di Lazada tau.Bila korang dah dapatkan White Coffee Pandan ni,of courselah kenalah ada Nescafe Gold Blend Barista Red machine Bundle ni
Untuk Dapatkan Machine ni,Korang tengok LINK ni.Korang boleh dapatkan dengan penjimatan sebanyak 48% tau...Jimat kan

Selain tu,ada satu produk yang menjadi rebutan antara aku ngan husband...Last-last anak aku yang dapat sebab bila dia tengok phone,boleh la dia dengar dengan jelas dengan adanya Wireless Speaker..Just on kan bluetooth kat phone,automatik korang boleh gunakan Wireless Speaker ni.

wireless speaker dari logitech

Wireles Speaker Dari Logitech ni jugak korang boleh dapatkan dengan harga yang murah di SINI tau.
Apa istimewanya Wireless Speaker ni,ia boleh digunakan secara bluetooth je.,.Tak payah guna wayar untuk sambungkan ke phone.Boleh support untuk Phone calls.30ft wireless range dan bateri tahan sehingga 5 jam.

scandisk ultra dual drive
Scandisk Ultra Dual Drive 3.0 juga antara jualan yang panas yang perlu korang dapatkan segera tau.Bestnya Dual Drive ni,especially pengguna androids tau..Boleh terus remove gambar,video dari handphone ke Dual drive ni..Syokkan..Taklah memory full je dalam handphone.banyak lagi penggunaan yang best untuk Dual Drive ni.So,korang boleh tengok di SINI jugak

Nestle Full cream milk

Nestle Just Milk Full Cream Milk bagi mereka yang sukakannya,boleh dapatkan diSINI tau..Ia adalah produk terbaru dari Nestle yang diimport dari New Zealand dan Australia.

whipe tissue mamypoko

Bagi ibubapa yang merupakan pengguna setia MAMYPOKO,jangan lupa dapatkan  Mamypoko Open Air Fit Tape(2pack) dan dapatkan percuma Baby wipes cottony soft with Fragrance.Untuk dapatkannya,sila klik SINI ye


mythic oil


Selain dari tu korang juga boleh miliki rambut yang cantik dengan penggunaan Loreal Mythic Oil set dengan pembelian di SINI.Dah cukup berbaloi bila korang beli set ni..Kerana dalam satu set mengandungi Loreal Professionnel Mythic Oil 250ml,Loreal Profesionnel Mythic Oil Conditioner 190ml,Loreal Profesionnel Oil Mythic Masque 200ml.Bagi aku lebih bagus beli set macam ni..Jimat duit.

milo
For sure punya korang akan membeli milo ni setiap bulan kan..Why not korang beli time harga murah ni.Bukan sahaja murah,korang bakal memiliki beg Ola bola ni secara percuma tau.Untuk pembelian korang boleh tengok kat SINI

                                beg ola bola

Lagi satu aku nak bagitahu,Barangan maggi pun korang boleh dapatkan di Lazada Online Revolution ni.Ni terbaru Maggi Royal White Tomyam.Untuk pembelian 2 pek maggi ni,free delivery tau..syokkan..Produk tu korang boleh dapatkan diSINI


Pendek kata,korang akan berpuas hati dengan pembelian hujung tahun ni..Syok wehh..

Ada lagi barangan seperti TEFAL ,juga korang boleh dapatkan dengan harga yang luar biasa tau.


so "JANGAN LEPASKAN PELUANG BERBELANJA SAKAN " hingga 12 DISEMBER 2016

Rasanya ada masa lagi untuk shopping di Lazada ni..So jangan ketinggalan ye..Happy Shopping korang!