Friday, December 15, 2017

Perginya dia untuk selamanya

Friday, December 15, 2017 7 Comments
Assalamualaikum

Hai korang..Kalau korang ada termasuk di dalam friendlist aku di facebook,sudah pastinya korang tahu kan,adik sepupu aku telah kembali ke rahmatullah pada 12.12.2017 pada jam 8.30 malam.

Dek Nor telah dimasukkan hospital pada hari Ahad dan disahkan Mati otak oleh Doktor.Sebenarnya dia dah lama menghidap barah otak cuma,dia and family sendiri tak tau yang dia ada barah otak.
ihsan google: sekadar gambar hiasan
Selama ni dia memang selalu sakit kepala,kadang-kadang dekat sekolah,keraplah dia pengsan.Cuma dia tak ke hospital untuk rawatan lanjut.Masa hari ahad pagi tu,dia dah mengerang kesakitan.muntah-muntah dan mula kejang-kejang sampai satu tahap dia tak boleh nak bercakap.Makcik aku kata,dia seperti kena sawan macam tulah,Bila keadaan dah semakin teruk,terus bawa dia ke Hospital dan doktor sahkan barah yang ada  di kepalanya dah pecah menyebabkan semuanya tidak berfungsi lagi.


Doktor pun dah inform kat makcik aku,harapan untuk Nor sembuh memang tipis.Nor dimasukkan di ICU dan hanya menggunakan bantuan pernafasan.Dapatlah ahad malam tu aku melawat Dik Nor.Sayunya hati ni,tak terkira sebab selama ni pun tak pernah dengar dia sakit.

Yang paling memilukan hati aku ialah keadaan makcik aku yang telah menghadap dua kematian,selepas kematian suaminya,kini anak bongsunya pulak.Betapa kuatnya dia menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.

Yang seperti semua sedia maklum,semua ahli keluarga dah redha jika dik Nor pergi.Yelah,bila melihat keadaan dik Nor tu,faham jugak apa yang doktor nak sampaikan,Hari rabu,bersamaan dengan 12.12.2017 pada jam 8.30 malam,Dik Nor disahkan Meninggal dunia.

Sungguh berat dugaan untuk Cik Ju sekeluarga,tapi itulah yang terbaik untuk Dik Nor,Hari khamis pagi lagi aku dah bergerak balik ke Mersing untuk melihat arwah untuk kali yang terakhir.
Sempat jugak sehari kenduri di sana.Kalau ikutkan taknak lagi balik,tapi memandangkan aku terpaksa bekerja hari ni,gagahkan jugak balik dan meninggalkan beberapa lagi orang di kampung tu.Moga Cik Ju dan keluarga tabah untuk menghadapi ujian ini..


Al-fatihah untuk adik NurIzziati binti Nordin



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Tuesday, December 12, 2017

GIVEAWAY BULAN CINTA BY DILAH

Tuesday, December 12, 2017 7 Comments
Assalamualaikum


Jom korang join giveaway dari Dilah ni.Actually anniversary kita tahun ni dah lepas.So untuk tahun depan,dah masuk ke 7 tahun usia perkahwinan kami iaitu pada 12.02.18.Kami diijabkabulkan pada 12.02.2011.



So sesiapa yang nak join klik je banner tu eh..


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Jom Rewang 2018 | Pameran perkahwinan Buat Bakal Rajasehari

Tuesday, December 12, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Jom Rewang 2018 | Pameran perkahwinan Buat Bakal Rajasehari | Hadoii..Syoknyalah bila cerita pasal kahwin ni.Kalau bab keluar duit tu memang tak seronoklah kan.Kalau nak Kahwin dengan suasana yang GAH,of courselah kena keluarkan modal yang GAH jugak.Kalau aku dulu kan,nak kahwin,kena buat persediaan awal seawal-awalnya.Yelah.nak kena sediakan dari pelamin,kenduri,doorgift dan sebagainya.Kan bagus kalau boleh pergi ke satu tempat yang menyediakan semua perkhidmatan tu kan.Lagi jimat tau.


So,apa kena mengena dengan JOM REWANG 2018 ni.Yes...Dah tentunya ia untuk bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.Mereka yang mencari wedding planner,nak cari pakej terbaik untuk goodies bag,hantaran,pelamin dan semuanya pasal Persediaan perkahwinan.
jom rewang 2018

Apa itu Jom Rewang 2018

JOM REWANG 2018 ni merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin.


Dengan Kerjasama Puspawangi Event Management,JOM REWANG 2018 ini akan diadakan di Plaza Alam Sentral Shah Alam bermula dari 26hb sehingga 28hb Januari 2018 pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 Malam.

So kepada bakal-bakal pengantin,jangan lepaskan peluang tau untuk menghadiri Jom Rewang 2018 ni kerana banyak pakej-pakej menarik yang disediakan kepada bakal-bakal pengantin.So menjimatkan masa korang untuk mencari dari satu tempat ke satu tempat,So jimat masa weh.

TARIKAN UTAMA JOM REWANG 2018

  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan yang akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral.Perkhidmatan termasuk melukis hena,khidmat andaman,butik pakaian pengantin,fotografi,katering,persiapan pelamin,hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj.Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitarnya misalnya,boleh mendapatkan maklumat tentang perkahwinan yang ada di Negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan.Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di Negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli belah Plaza Alam Sentral.
  • Digalakkan mereka yang merancang untuk melangusngkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Bertuah sunggu bakal pengantin sekarang ni.Semuanya dihujung jari.So,jangan lupa SAVE THE DATE kepada bakal rajasehari ye untuk Jom Rewang 2018 ni.



Maklumat lanjut seperti di bawah ye

Facebook: Jom Rewang | https://www.facebook.com/puspawangievent/
IG : https://www.instagram.com/jomrewang/
Email: puspawangieventmanagement@gmail.com



#jomrewang #kerjakahwin #puspawangievent #kahwin #perkahwinan #tunang #pertunangan 



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Family Time di Meow-Velous Park,Eco Tropics Kota Masai Johor

Tuesday, December 12, 2017 1 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Bila kehadiran cuti sekolah ni,makanya banyaklah kenduri kendara yang perlu dihadiri kan.So Sabtu lalu,kami memenuhi jemputan kahwin yang diadakan di Dewan PIS Pasir Gudang.


So,lepas pada tu,and sebelum tu pun dah decide nak ajak anak-anak tengok kucing yang berkeliaran di Eco Tropics berdekatan dengan rumah kami.So..lepaskan bebudak ni semua,mak pak selfie...heheheh..

Tiket boleh dapatkan secara percuma di website eco Tropic ni tau.Just isi form dalam tu,and bila dah berjaya fill up,terus scan barcode di borang tadi.So dah boleh masuk.Bila masuk dalam tu,banyaklah kucing-kucing comel yang mengada-ngada memanggil-manggil budak berdua ni.Especially si kakak,bakal jadi blogger ni,kah²,sebab setiap kali pergi kemana-mana,dia akan suruh ambil gambar dia.So Handphone umi memang penuh dengan gambar dia .

Actually,Eco Tropics Gallery ni diadakan sebab pemaju ada menjual rumah di sini.So Kalau korang berminat dan mampu untuk membeli rumah dengan harga yang tinggi tu,why not kan.Boleh la tengok Rumah yang dipamerkan untuk Jualan.So,dengan adanya aktiviti seumpama ini,menarik minat ramailah ke sini untuk bersiar-siar,berehat sambil tu,mana taukan nak beli rumah.

Setiap perayaan rasanya dia akan buat tau.So,entry ni penuh dengan gambar bebudak ni je.


Kucing-kucing comel yang ada di Eco Tropics.

Di bawah ni pulak,model tak berbayar Naura dan Awfiyah









Adik ipar si pengacau bila bergambar




So,kalau korang nak bawa family untuk bersiar-siar,rasanya inilah tempat yang paling best sambil menikmati kehijaun pokok-pokok yang ada disini.





Meow-velous Park, Eco Tropics
9-30 December 2017
10.00 am to 8.00 pm

Location:
EcoWorld Gallery @ Eco Tropics
Kota Masai, Pasir Gudang, JOHOR.

FREE TICKETS: www.ecoworld.my/ecotropics/101paws/



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

XIAOMI REDMI NOTE 3 GUNA FUNGSI PENGIMBAS CAP JARI

Tuesday, December 12, 2017 1 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Bukan kata artis je macam cendawan tumbuh,malah Smartphone terkini pun macam cendawan tumbuh sekarang ni.Di Pasaran,belum lagi habis dengan Viral terhadap sesuatu Model,timbul pula Model yang lain yang lebih canggih dengan harga yang berpatutan.Cuma kita je perlu lebih bijak memilih untuk menggunakan smartphone terkini yang berada di pasaran sekarang ni.Biarlah alah membeli menang memakai.
Dan seharusnya kita perlu amati betul-betul kebaikkan dan kelemahan sesuatu smartphone supaya tidak menyesal selepas membuat pembelian.Apa yang penting,banyakkan membaca review tentang smartphone yang akan kita beli tu ye.
Seperti Smartphone Jenama   Xiaomi Malaysia ni yang berada di pasaran sekarang ni.Smartphone ni merupakan smartphone yang canggih jugak kerana ia menggunakan pengimbas cap jari yang pantas.Ramai juga yang dah menggunakan Xiaomi Redmi Note 3 ni.Harganya pun kira dalam berpatutan berbanding dengan Model smartphone yang lain.Korang kena baca sampai habis untuk mengetahui Spefikasi yang ada pada smartphone ini ok

SPEFIKASI XIAOMI REDMI NOTE 3

kredit to : https://amanz.my/2015100033/
Xiaomi Redmi Note 3  Malaysia menggunakan Pengimbas cap jari pada panel belakang yang memudahkan peranti dinyahkunci dengan pantas dari dalam poket.Tidak seperti jenama smartphone yang lain yang masih menggunakan button untuk menyahkunci.Masa yang diambil untuk mengimbas cap cari adalah sangat pantas.
Smartphone ini menggunakan kamera 16 megapixel f/2.0 dengan OIS serta pemfokusan PDAF pada bahagian belakang.Kamera pada bahagian depan pula adalah 5 Megapixel f/2.0Resolusi pada Videonya pula adalah pada maksimum 1080 30FPS.Korang yang suka selfie tu,memang sesuai lah kan menggunakan smartphone ni.
kredit to: http://www.rediff.com


Smartphone ini mempunyai IPS Skrin lebar 5.5 inci dengan resolusi Full HD yang menawarkan paparan yang bagus dan tajam.Ia juga sudah dilengkapi dengan OS Android V5.1 Lollipop dengan MIUI 7.0.Mempunyai Memori 2/3 Gb.Dalaman 16/32 GB dan microSD sehingga 256GB yang menawarkan prestasi mantap apabila korang melayari internet dan bermain game.Kira dah cukup besar lah untuk penggunaan biasa.Korang jagan risau kerana Xiaomi Redmi Note 3 ini dilengkapi dengan 4G LTE yang merupakan akses internet paling terpantas pada masa ini.Lagi satu Xiaomi Redmi Note 3 ni nipis je.Size untuk Xiamoi Redmi adalah 150 x 76 x 8.7 mm sahaja.
Dari ulasan blog amanz.my ,Xiaomi Redmi Note 3 menggunakan Android 5.1 Lollipop  yang menggunakan antaramuka MIUI 7.2.Kalau korang nak tahu,Antaramuka ini adalah minimalis dan mempunyai kombinasi warna yang tidak menyakitkan mata.Ia sangat berbeza dengan antaramuka dari yang lain yang tidak mempunayi talak aplikasi.Xiaomi Redmi Note 3 ni menggunakan cip pemprosesan Helio X10,dan bateri berkapasiti 4000 mAH.Untuk mengetahui lebih lanjut korang boleh terjah ye ke blog amanz tu.Banyak informasi tentang smartphone ni kerana aku pun kurang pandai apabila berbicara tentang Smartphone ni.Tapi apa yang aku baca tentang Xiaomi Redmi ni,ramai yang telah memberikan feedback yang baik dalam penggunaannya kerana salah satu daya tarikan menggunakan Xiaomi Redmi ni adalah fungi pengimbas cap jari.
Kepada korang yang suka menggunakan peranti yang menggunakan hanya sebelah tangan,hah,bolehlah memilih untuk menggunakan smartphone ni ye.
kredit : techinasia.com

HARGA XIAOMI MALAYSIA

Ramai yang mencari Harga Xiaomi Malaysia- Xiaomi Malaysia Price di carian google.Kalau korang nak tahu harga Xiaomi Malaysia ini dijual pada harga Rm596 untuk versi 2GB Ram dengan 16 GB Storan,Dan RM728 untuk versi 3GB RAM  dengan 32GB Storan.
Pada aku harga Xiaomi Redmi Note 3 Malaysia ni sangat-sangat berpatutan dengan kelengkapan terkini yang ada pada smartphone ni.Dan berbaloi sangat bagi mereka yang mementingkan harga.
Teringin pulak aku nak bertukar kepada Redmi Xiomi Note 3 ni.Tapi memandangkan baru je tukar handphone,maka rasa menyesal tak survey dulu...




Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Monday, December 11, 2017

Support Group Meeting 3.0 - Relaction & Stress management

Monday, December 11, 2017 2 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor dan bekerjasama dengan Whiztots akan mengadakan Perjumpaan sokongan Breastfeeding.Bagi ibu-ibu yang masih lagi breasfeeding,amat-amatlah digalakkan menyertai perjumpaan ini kerana banyak ilmu penyusuan yang kita boleh pelajari di sini.

Sayangnya aku baru dapat tahu tentang Kelab ni,kalau tak,Naura still breastfeeding lagi..hik-hik..

Di dalam perjumpaan kali ini,mereka akan membincangkan tentang
  • Menyusukan semula setelah berhenti menyusu
  • Pengurusan tekanan untuk ibu
Support Group Meeting 3.0 - Relaction & Stress management

Perjumpaan ini akan diadakan:

🌹 *16 Disember 2017 (Sabtu)*
🌹 *Jam 2 - 5 petang*
🌹 Rumah Whiztots : *No. 12, Jalan Lampam 17, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang*

💰 Bayaran 
*RM 5* - bagi ahli kelab
*RM 10* - bagi bukan ahli

Untuk mengesahkan tempat dan kehadiran, sila daftar di 
http://bit.ly/SGM32017






Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Sambutan 60 Tahun LPNM -Fiesta Nanas 2017

Monday, December 11, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺ Hari ni aku nak war-warkan tentang Sambutan 60 Tahun LPNM -Fiesta Nanas 2017 yang akan diadakan dalam minggu ni.Yang berkesempatan untuk datang tu,sila-silalah bawa family ye..

fiesta Nanas



Tarikh : 14-17 Disember 2017
Tempat : Pusat Perdagangan Bandar Baru Pontian Johor.



Save the date!!



Jom ramai-ramai ke sana


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Friday, December 08, 2017

FUN CAT SHOW Pasir Gudang

Friday, December 08, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Berita baik untuk Pencinta kucing.Aku dapat info ni daripada page Muafakat Johor.So korang boleh tengok details kat bawah ni

Fun Cat Show, Pasir Gudang

=====================

Peminat Kucing jangan ketinggalan event penting nie. EVENT ni hadiah meriah betul...

Korang join jer terus dapat Sangkar, Sijil & Makanan PERCUMA!!!

Semua kategori boleh masuk. Details ada kat gambar. Sponsor kali nie memang lebat.. 
Tunggu apa lagi.. kucing kampung pun boleh masuk. Pendaftaran yang 26 akan dapat hadiah misteri lagi.. Tak rugi kalau join.. 

Daftar RM50 terus dapat:-
✔️ sangkar kucing
✔️ makanan kucing
✔️ sijil penyertaan

Nie belum cerita hamper saguhati dgn hadiah pemenang.. Nak tahu lebih details, boleh call terus nombor tertera di bawah. 

Sesiapa yg register awal akan mendapat hadiah misteri 😱😱😱

Hubungi Segera : 
☎️ En. mizan 0177545509
☎️ Acik 01110166989





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Thursday, December 07, 2017

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box Althea

Thursday, December 07, 2017 4 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Alangkah bahagianya bila dapat kulit yang cantik dan tidak ada masalah kan.uih..memang lah best weh.Apa taknya,tak perlu kos yang banyak tau untuk repair skin.
Bila dah kulit muk dah terdedah dengan persekitaran yang tak bersih,ditambah pulak dengan malas nak menjaga kulit,haruslah kulit kita tak cantik.Tak flawless..Mulalah timbul open pores di bahagian muka dan hidung.Lepas tu payah dah nak cari produk yang bagus dan harga berpatutan.Oh tidak...

Tapi kan beb,Althea.Kr ni macam tau-tau je yang aku perlukan satu box yang membantu aku mengatasi kulit muka yang lebih teruk.Teruk dengan adanya pori terbuka luas macam kawah tu.So dengan adanya Un-Pore-Getable Box dari Althea.kr ni,semuanya ada yang boleh membantu aku menyelesaikan masalah yang aku alami.Jomlah aku share apa yang ada di dalam box tu.Sebelum tu,meh aku perkenalkan apa itu Althea.Kr ni bagi yang tak tahu.

Apa Itu Althea.Kr

Althea.Kr ni adalah sebuah website E-Commerce yang menjual barangan Korean beauty,Kosmetik dan Skincare.Bukan itu sahaja,Althea.Kr pelbagai jenis Tools makeup untuk mereka yang gemarkan kecantikkan..Baru-baru ini Althea sudah pun melancarkan Beauty Box yang memudahkan korang untuk memilih salah satu dari Beauty Box yang korang inginkan dengan Harga yang berpatutan.So,korang kena berwaspada apabila memasuki website Althea.Kr ni kerana ditakuti korang akan borong semua beauty box yang ada tau.
Althea.Kr juga menawarkan Penghantaran Percuma untuk belian Rm99 ke atas.wah...bestkan...
Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Box  pink yang super cantik ni
Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Apa yang ada di dalam Un-Pore-Getable Box dari Althea.Kr ni..Jom kita tengok di dalamnya..
  • InnisFree -Super Volcanic Pore Clay Mask
  • Common Lab-Mild Peeling Finger Pad
  • RIRE -All kill Pore Tightening Ice Stick Dear
  • Laneige- Powder Fit Cushion SPF 50 
  • InnisFree -Jojo Volcanic Pore Care kit
  • My Beauty-Gold Hydrogel Mask & Hydrating Flower Essence mask
  • Klairs -Supple Preparation Facial Toner
  • Random Sample dari Althea

Yes..Aku jatuh cinta dengan Box ni sebab semua produk yang ada di dalamnya sangat-sangat best.Hah..Meh sini aku nak ceritakan satu persatu keistimewaan setiap produk ni ok.

SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Untuk merawat kulit muka yang banyak pori terbuka ni,kita kena tahu produk apa yang bagus untuk mengurangkan pori terbuka dan membersihkan lubang pori yang terbuka.Hah..salah satunya adalah Super Volcani Pore Clay Mask ni.Kalau tengok macam debu gunung berapi tu kan..hahaha..sebab tu nama dia Super Volcanic.Mask ni kira 6 in 1 kerana difahamkan ianya mampu mengurangkan liang roma yang terbuka,mengawal sebum,membuang sel kulit mati,membersihkan dalaman kulit dan mencerahkan kulit.Ia tidak mengandungi apa-apa mineral oil dan bebas dari produk haiwan.So,korang tak perlu risau untuk menggunakannya ok.


Sejuk je pakai mask ni tau..


MILD PEELING FINGER PAD

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


Hah...korang yang suka bermake up,nak cepat untuk tanggalkan sisa Makeup,aku syorkan sangat Mild Peeling Finger Pad ni sentiasa ada dalam budget korang.Sebab,of course lah kan,ia membantu menanggalkan sisa make up korang dengan mudah.Selain itu ada beberapa fungsi penggunaan Mild Peeling Finger Pad ni iaitu Menggunakan Finger pad untuk penjagaan kulit lebih baik dan bersih dari menggunakan tangan yang tidak bersih.So ia sangat sesuai untuk korang yang mempunyai kulit sensitif..Jauh dari penggunaan tangan di kulit muka.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Hanya memasukkan Jari ke dalam Finger Pad,dan korang boleh terus mencuci lebihan make up
Beauty Review : Un Pore Gettable Box dari Althea.Kr


RIRE ALL KILL PORE TIGHTENING ICE STICK DEAR

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


 Hah yang ni pun aku dah cuba,lepas korang cuci bersih muka,ambil All Kil Pore Tightening Ice Stick ni dan korang letakkan kat pori.Rasa sejuk dan bila kulit muka korang ada masalah,dia akan rasa pedih sikitlah..Tapi lama kelamaan rasa tu hilang..Timbullah pulak rasa sejuk tu..Lepas tu korang biarkan sampai dia kering dan cuci..Lepas je korang cuci,rasa lah kulit muka korang yang licin tu..Yes...aku suka sangat ni.Actually,Ice Stick ni fungsinya untuk mengecilkan liang pori kita yang dah terbuka luas tu,Selain itu memperbaiki kulit muka kita tau.Korang yang ada oily skin,kulit muka kendur tu..Patut cuba ok.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box



POWDER FIT CUSHION SPF50

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box


Satu masalah kulit muka aku adalah oily.First impression aku bila tengok Powder Fit Cushion ni rasa macam tak sesuai dengan kulit kan..Yelah,ianya nampak seperti berminyak.Tapi jangan disangka nampak berminyak ni,rupanya bila apply kat muka,wah....serius weh..Memang best.Dah tak perlu korang nak pakai foundation tau.Ia boleh control kulit muka yang oily macam aku ni.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box




JOJO VOLCANIC PORE CARE KIT

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Di dalam Jeju Volcanic Pore Care kit ni mengandungi Pore Cleansing Foam,Toner dan juga cotton pad.Sesuailah untuk korang yang traveller..Dah siap Kit untuk penjagaan kulit muka kita semasa kita travel.And aku suka sangat dengan Cleansing Foam dari Innisfree ni.



GOLD HYDROGEL MASK & HYDRATING FLOWER ESSENCE MASK

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Di dalam Un Pore Getable box ni aku dapat dua Mask iaitu Gold Hydrogel Mask dan juga Hydrating Flower Essence Mask.Aku dah cuba dah yang Gold Hydrogel.Nak pakai mask ni kena ada waktu ME TIME tau.Masa tu untuk kita rileks,pejamkan mata sambil tu kita pakai mask.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Contoh je...hehehe
Gold HYdrogel Mask ni sangat sejuk bila diletakkan di muka.Dah tak payah letak dalam fridge dah..Memang dah sedia sejuk pun.Pakai mask ni sehingga mask ni kering.Ada dalam 20 minit gitulah..Lepas cuci tu,skin rasa sangat halus.


SUPPLE PREPARATION FACIAL TONER

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box
Ini satu lagi Facial toner yang memberikan result terbaik untuk menutup segala pori kat muka.Lepas cuci muka apply lah toner ni untuk kulit yang lebih cantik dan berseri..Ia lebih kepada membantu menyeimbangkan PH kulit muka .so korang wajib tau cuba


Korang juga boleh menonton Video Unboxing Un-Pore-Getable Box ni yang aku dah upload semalam.




Untuk Un-Pore-Getable Box ni korang dapat memperbaiki kulit muka yang bermasalah.

Althea.Kr Review : Un Pore Gettable Box

Untuk mendapatkan Box ni korang hanya perlu ke website mereka seperti di bawah ini.



Website : http://my.althea.kr/un-pore-gettable-box
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV
Blog : http://blog.althea.kr/



Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Wednesday, December 06, 2017

Showtimes2u.com website Movie Trailers Terkini di Pawagam

Wednesday, December 06, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Especially lah untuk kaki wayang kan.Sebelum korang menonton filem baru dipawagam,mesti korang akan make sure yang korang akan lihat Trailer filem terkini..Betul tak.Mestilah,sebab,Bila melihat Trailer sesebuah filem tu,barulah korang akan rasa teruja untuk melihat filem penuh tu kan.Tapi kat mana nak tengok Trailer filem terkini selain di televisyen?
Showtimes2u.com merupakan sebuah website yang sesuai dengan kaki wayang yang ingin melihat Trailer terbaru filem-filem terkini.Showtimes2u.com website yang menyediakan info tentang Trailers filem terbaru yang akan di tayangkan.Bukan itu sahaja tau,di website ini,korang juga boleh melihat waktu tayangan dan butiran filerm terbaharu di sini.So,mudahkan,korang hanya perlu klik website Showtimes2u.com dan automatic korang akan dapat banyak info terkini tentang movie terkini  di pawagam.


Korang just klik trailer movie yang korang nak tengok,semua maklumat tentang cerita,pelakon,bila akan ditayangkan,semua ada kat situ.So tak payah nak meng"Google lagi untuk baca sinopsis atau details tentang movie tu ye.Hanya satu website yang memberikan info yang jelas tentang movie terkini di Showtimes2u.com ni
Hah..kan..akak dah kata semua trailer movie ada tau.Cakap je nak filem apa,confirm korang tak menyesal.Kalau korang nak lihat pawagam yang berhampiran dengan korang,klik je dekat button showtimes,maka akan keluarlah gambaran seperti di bawah ni.
Showtimes2u.com website Movie Trailers Terkini di Pawagam
See...Just klik je lah pawagam-pawagam yang terdekat dengan korang tu.hah...tengah terfikir nak tengok cerita apa lepas ni.
Agak-agak movie apa yang terkini di pawagam eh..Klik link kat bawah ni ye

https://www.showtimes2u.com 


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Preview Screening The Lego Ninjago Movie

Wednesday, December 06, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Throwback cerita sabtu lepas.Actually aku dapat invitation untuk prview Screening The Lego Ninjago Movie ni dari Legoland Malaysia.
Pagi sabtu lagi aku dah terpacak di TGV Cinema Aeon Bukit Indah.Ada lagi rakan blogger yang join untuk tengok movie iaitu Hernee Nazir.So pukul 10.30 kami dah siap-siap ambil tiket.
Sebelum masuk wayang,sempatlah kami wefie bersama.
Tetiba je muka jadi flawless macam ni..hahaha

Pinjam anak-anak si Hernee ni.memandangkan dak Naura tak ikut,umi pinjam menantu jelah...hehe

Masa reaction aku first time tengok cerita ni,oh,...Pelakon yang sangat terkenal dari Hongkong ni berlakon,tetapi sangkaan ku dikesemua cerita ni akan ada kisah dia..Nop..Itu hanya pembukaan sahaja ok.

Selepas sinopsis,barulah keluar Lego animation Ninjago ni beraksi..Dalam cerita ni,Lord Garmedon ni adalah seorang remaja yang selalu tak disenangi oleh rakan di kolej kerana kejahatan Ayahnya terhadap Bumi Ninjago.

Sampai satu masa dia menentang Ayahnya untuk menakluki bumi Ninjago dengan kuasa-kuasa Jahatnya.Banyaklah aksi-aksi pergaduhan antara dia dan ayahnya sampai ayahnya sendiri tak tau yang menentang dia tu adalah anaknya..Hah..macam tulah ceritanya.

Tapi ending yang menarik tu,membuatkan aku yang tengok ni sedih,dengan perkara-perkara yang berlaku sepanjang dia menentang ayahnya..Ha...itu jelah aku nak cerita.Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya haruslah menonton movie ni ye.


Bila Legoland Invite para Blogger,tak sah kalau takde gift dari Mereka.
Ini adalah koleksi aku yang kedua selepas Ayam lego..hehehe





Oh ya... By the way..Nak bagitahu kat korang.Kalau korang nak tau Trailer untuk sesebuah Filem,sebelum korang melihat di Pawagam,Apa kata korang ke website  Showtimes2u.com .At least korang tahulah kan serba sedikit pasal Filem yang bakal korang tengok tu nanti.Hah..Lagi satu bukan tu je tau.Korang boleh menempah jugak tau tiket di website ni.Senang je kan,jadi korang boleh plan bila nak menonton sebab di website tu tertera senarai pawagam dan waktu tayangan..So senang kan ...


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Buat Play doh guna Tepung Gandum

Wednesday, December 06, 2017 40 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ hah..Kalau korang bacalah kan entry aku,Kalau nak baca lagi boleh klik SINI,Oh ya,entry tu aku cerita Deko bilik Dak Naura.So,adalah sikit-sikit nak buat homeschooling untuk dia.Yelah dia pun dah semakin membesar,so sebagai ibu,aku nak yang terbaik untuk dia,memandangkan dialah sorang (buat setakat nilah),Kalau tak jadi Doktor,at least jadi orang berguna..Yang bijak pandai..Boleh Masuk U,ada kerjaya yang baik dan semua tu untuk dia jugak kan.


So,bukan nak paksa dari awal lagi nak suruh dia belajar.Kalau ikut apa yang aku belajar dari Seminar yang aku hadir minggu lepas,boleh rujuk entry SINI ye.Penceramah tu kata,umur macam Naura ni,otak dia hanya fikir bermain.And , diorang takkan fikir apa-apa selain bermain.sebab tu ramai yang nak jadi budak-budak kan..kah².Sebenarnya kalau kita pandai create permainan untuk diorang,secara tak langsung,kita banyak menggerakkan otak kiri mereka,which is otak kiri tu memberikan mereka lebih kecenderungan untuk berfikir lagi..



So,umi kena pandai create permainan dan hah!! yang penting kena main sama dengan diorang,kena jadi macam diorang..Kena berkawan dengan diorang!! So,aku akan set mind untuk bermain dengan diorang ni hah..Bukan sebelum ni umi tak pernah belikan dia Play Doh,pernah kot,tapi tak bertahan lama..Sekejap je..So,bila banyak kali beli,memang lah sangat 
merugikan.Bukan murah gak Play doh ni.So,baiklah umi buatkan untuk dia play doh homemade.
Banyaklah rujukan yang umi cari macam mana nak buat Play Doh ni.Hah..Kalau korang rajin,sila google homeschooling activities.Blog orang putih banyak weh aktiviti yang diorang buat.Hah..Kalau korang nak tahu,bagaimana buat play doh guna tepung gandum sahaja,sila baca entry di bawah ni ye.
Buat Play doh guna Tepung Gandum

Bahan-bahan untuk buat Play doh


  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 gelas air suam
  • 3-4 sudu minyak masak
  • pewarna kuih
  • Sedikit garam

Cara-cara membuat play doh guna tepung

Di dalam satu bekas,masukkan tepung ,garam dan juga minyak.Kacau dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga tepung yang di adun tu tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik.Bahagikan tepung yang diuli tu kepada beberapa bahagian yang korang nak.
Ambil bekas dan letak pewarna yang dah dicampur dengan air.Kemudian uli di dalam bekas yang diletakkan pewarna.Uli sehingga pewarna tu sekata dengan tepung.

Takde gambar yang aku nak tunjuk sebab buat dengan Naura,memang habislah tepung bersepah..Kalau lagi bagus,kita buat sekali dengan diorang.Cubitkanlah sikit tepung yang korang dah uli tu.ajak dia uli sekali..




Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tada......Siap dah Play doh umi



Aku masukkan play doh ni ke dalam bekas tertutup supaya taknak dia keras.Bila dah macam-macam warna,kemahin sukalah Naura tu.Mau taknya...Lepas settle je buat play doh ni,terus dia ajak main.Masa ni umi dah penat ,mata dah mengantuk,tapi energy dia untuk bermain banyak lagi...hadoiiii..sila bertabah ye umi.

Buat Play doh guna Tepung Gandum
Karipap Play doh warna merah.Gasaklah nak

Buat Play doh guna Tepung Gandum
Tu apa pun tak tau dia buat apa,Dia kerat -kerat masuk dalam bajak tu.

Itu jelah yang dia buat.Nampaknya umi kena uli lagi tepung,letak warna lain pulak dah.....


Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Tuesday, December 05, 2017

Deko Bilik Belajar dan Bermain Naura

Tuesday, December 05, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺ Semangat umi membara selepas ke Seminar Readeasy Bacalah anakku.Kemain lagi nak deko mendeko bilik Naura untuk dijadikan bilik untuk dia bermain dan belajar.Walaupun Naura baru je menginjak ke 2 tahun 3 bulan,tak semestinya dia tak boleh belajar kan.


Dari dibiar bilik tu kosong,baik diisi dengan sesuatu yang lebih baik dan menarik.Actually,bilik tu pun akan jadi bilik Naura bila dia besar nanti.Cuma sekarang ni,bilik tu dijadikan bilik untuk baju dia,tempat iron baju dan solat je.So umi ambil sikit part untuk jadikan bilik ilmu untuk dia.

Sticker ABC,123, umi dah beli lama dah,cuma yang ada ABC terbaru tu,umi saja tambah untuk dia tengok-tengok walaupun tak faham.Jadi bila masuk bilik tu,umi bolehlah ajar dia sikit-sikit kan.

So,jom kita tengok sebahagian yang umi dah buat.Insyallah,nanti umi buat penambah baikkan untuk bilik tu supaya nampak lebih colorfull lagi.

deko bilik
SUDUT ILMU

Walaupun simple,tapi oklah bagi umi kan.Banyak benda lagi umi nak buat,tapi kena buat sikit-sikit sebab kadang-kadang tak cukup masa nak buat,So bila ada masa je umi buatkan untuk Naura.

Lagi satu dak Naura ni bukan boleh tengok umi pegang gunting ke,gam ke,semua dia nak pegang jugak.Bagi mengelakkan eksiden,terpaksalah umi buat bila dia dah tidur,Tengok jelah tu,senget benget umi kejekan.Sebab nak cepatlah tu jadi macam tu.
Selain itu,umi ada tampal kertas Mahjong ni di satu side dinding bagi memudahkan dia menconteng.Actually malam tu umi nak ajar dia buat garisan panjang je.Tapi tengoklah apa yang dia buat..hoho..Oklah kan,nak membiasakan diri dia 



Semoga usaha umi ni,memberikan Naura otak yang bijak dan jadi orang yang pandai.hoiii..touching tau bila sebut pasal anak ni.Teringat kat anak yang sorang lagi tu...Tapi apa kan daya,umi bukan hak hakiki untuk dia.Kalau dia datang rumah je baru umi boleh ajar dia.


Ok..tu baru part 1 tau..ada satu lagi aktiviti yang umi buat untuk Naura.Dah pun terlaksana malam tadi.Tu pun huru hara jugak dibuatnya..Tapi umi puas hati sebab wishlist umi dah terlaksana walaupun belum lagi 100%..


Jomlah cari lagi bahan belajar untuk dia.,..

Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Monday, December 04, 2017

Umi di Seminar Kaedah Mengajar Membaca & Kaedah Fonik Gabung Bunyi

Monday, December 04, 2017 3 Comments
Assalamualaikum
Hai korang☺☺Hah...ni cerita hari sabtu lepas tau.Umi menghadiri SEMINAR KAEDAH MENGAJAR MEMBACA DAN KAEDAH FONIK GABUNG BUNYI di Wisma Pelaut Pasir Gudang Johor

kaedah fonik

Dalam Seminar tu,umi ambil dua sesi iaitu Sesi 
  • Tajuk 1- Cepat Membaca Cara Fonik Bacalah Ankku dan ReadEasy
  • Tajuk 2- Kemahiran Menulis Bersama Terapi Carakerja
Hah.Sebelum tu aku nak tanya korang ni.korang tau tak apa itu Kaedah Pembelajaran Fonik?Meh aku  share sedikit dengan korang maksudnya ya

kaedah fonik

APA MAKSUD FONIK


Fonik bermaksud satu Kaedah untuk mengajar anak membaca yang mengaitkan bunyi dengan simbol tertentu.Bagi pengamal kaedah Fonik,anak-anak akan diajar bunyi asas dalam pertuturan.Hubungkait bunyi dengan simbol/huruf/grafem dan bagaimana untuk menggabungkan bunyi/fonem itu menghasilkan sukukata dan perkataan.


MEMBINA PERKATAAN DARIPADA BUNYI

Dalam setiap patah perkataan yang kita tuturkan setiap hari,terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat.

Contohnya bila kita menyebut perkataan 'ANI" ,kita sebenarnya menyebut bunyi "aa"', ""n"" ,"i"  dengan cepat.Hah..cuba korang buat.Dari perlahan ke nada yang laju.Mesti akan terbentuk perkataan ANI tu..Begitu juga dengan bahasa inggeris,perkataan "CAT" terdiri daripada gabungan bunyi "Keh" "aa"  "Teh" .


Dan begitulah konsep kaedah Fonik yang menggabungkan bunyi menjadi satu perkataan.Cuma kita sahaja yang tak sedar dalam konsep sebegini.

sumber : http://junioraulad.com

Pada Seminar itu,banyak ilmu yang aku dapat tentang kaedah Fonik ni.Insyallah aku akan praktikkan untuk Kakak dan adik.Teruja sangat bila melihat kanak-kanak seawal usia 5 tahun dah boleh untuk membaca.
kaedah fonik
tada......Partner umi di Seminar ni..Kalau tak kenal boleh terjah blog dia hehehe
herneenazir.com


kaedah fonik
Penceramah di sesi pagi

Penceramah Sesi kedua


Nanti aku ceritakan lagi apa yang aku perolehi dari Seminar ni ye.Di seminar tu jugak ada jualan buku,so umi ada belikan buku complete dengan CD untuk Si Cahaya Hati umi tu...Nanti umi share lagi ye...





Thanks for Reading kisahsidairy.com
Contact me at :sitirohaida81@gmail.com

Follow Us @aida_yusof81