Wednesday, January 25, 2017

# kisahsidairy.com # Tips

Bahaya Darah Tinggi dan Cara Mengawalnya

Assalamualaikum
Hai korang☺☺Bersiaran hari ni.semalaman tak update entry..so as usual entry auto publish.Yes..Semalam memang bercuti..Tiba-tiba husband tak sihat.Actually memang dah beberapa hari dia kata macam tak sihat.Tapi semalam,dia memang dah tak tahan..Nak kata dia demam,taklah demam mana pun..Still lagi berpeluh kan.

Tapi gagah jugak pi klinik.Of course dia kena check apa yang tak kena dengan badannya tu.Biasalah orang ada sejarah penyakit darah tinggi..Nak kena selalu pantau..Risau pulak kalau tetiba naik mendadak..Macam-macam boleh jadi.

Dan sangkaan tu betul bila darah tinggi dia naik sehingga 210..What?? 210? and yes,dia still tak nak ke hospital lagi.Just ambil ubat di klinik swasta sahaja.Dah suruh jugak dia ke hospital kan..Tapi dia tetap taknak..Takut kena tahan katanya...emm..ok...ai is pasrah je lah...

Darah tinggi ni bahaya,sebab ianya boleh membawa risiko serangan jantung,strok,penyakit buah pinggang dan demensia.Secara keseluruhannya,Tekanan darah untuk seseorang yang normal adalah 140/90 mm Hg.Ia digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi.Angka pertama adalah tekanan sistolik  aiaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh kita.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

Darah tinggi ni husband dapat dari keturunan keluarganya..So memang tak boleh elak..Walaupun ada juga disebabkan oleh faktor badannya pun boleh jadi jugak.

So,bila dah jadi macam tu,Harus sangat kita kawal tekanan darah tinggi supaya tidak terus naik..Kalau naik,seperti yang aku tulis diatas boleh membawa maut dan penyakit lain.Baca di blog Kevin Zahari,ada 7 Cara kawal Tekanan darah tinggi yang kita boleh ikuti.

1.Kurangkan berat badan
Kita perlu mengambil anisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan sekurang-kurangkan 5kg yang mana itu pun sudah memberikan impak yang ketara dan memudahkan lagi kesan ubat yang diberi oleh doktor.

2.Bersenam dengan kerap
Cuba untuk bersenam dalam 30-45 minit pada hari minggi.Paling kurang pun 3-4 kali seminggu.Pada masa yang sama ini juga membantu mengurangkan berat badan.At least kalau taknak bersenam pun,kenalah ada aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh kan..

3.Kurangkan pengambilan Garam.
Pengambilan garam perlu dikurangkan daripada 2.3g sehari.Garam umpama pasir yang serap air dan ianya boleh meningkatkan tekanan darah.Kurangkan kicap,telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidangkan.1 Sudu teh garam mengandungi 2.3g So disitu kita perlu kurangkan garam dalam makanan.

4.Jangan Merokok
Kesan Nikotin rokok dapat meningkatkan tekanan darah sehingga 10mm Hg sehingga sejam.Jadi,sekiranya korang merokok sepanjang hari,tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.Kurangkan Stress
Stress,kerja,duit,kesesakan jalan dan macam-macam lagi boleh meningkatkan lagi tekanan darah buat sementara waktu.kalau anda mempunyai kronik stress,sudah tentu ia memudratkan kesihatan nada dan boleh menyebabkan serangan jantung,strok dan macam-macam lagi.Seimbangkan kehidupan anda  dan cuba untuk elakkan stress yang berpanjangan.

6.Amalkan diet yang lebih baik.
Diet seharian amat penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah.Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk berdiet.
  •   Ketahui keperluan kalori kita setiap hari.Ini boleh mengawal jumlah makanan dan membantu mengawal  atau kurangkan berat badan
  • Makan 5-7 hidangan sehari tetapi dalam sukatan yang kecil.
  • Lebihkan serat (fiber) seperti grains,Nasi perang,buah-buahan dan sayuran segar.
  • Kawal kolestrol  dengan elakkan memakan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan laut,organ-organ seperti paru-paru.Kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda.Ia dapat kurangkan kesan garam pada tekanan darah tinggi.Pisanga dalah potassium yang baik dan mudah di dapati.
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
7.Jangan Leka
Pastikan kita selalu melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan kita.Walaupun kita tidak mempunyai masalah hypertension,pastikan kita melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali



Itulah tips yang di kongsi oleh Kevin Zahari untuk pembaca blognya.Bagi aku tips diatas perlu untuk kita lakukan supaya kita sentiasa dalam keadaan sihat.Semuanya di tangan kita untuk buat atau tidak.So,harap aku dapat lakukannya untuk yang tersayang tu.
















4 comments:

  1. Eda beli alat memeriksa BP kat pharmacy
    Tak mahal sangat kalau brand Omron tu tak sampai 300/-
    So boleh check BP en abe Eda tu selalu.

    ReplyDelete
  2. Memang kena pantau selalu kan,...musuh dalam diam nih!

    ReplyDelete
  3. Semoga hubby sentiasa sihat.. Ameenn..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81