Bawa Mereka Bersiar-siar

Monday, January 16, 2017

Assalamualaikum

Takdelah kisah menarik sangat hujung minggu lepas..Dah janji dengan si kakak fiyah nak balik.Dah 2 minggu dia tungu umi balik.Tapi apa kan daya,umi tak boleh balik minggu lepas..So umi balik minggu ni..Nenek dah call,kakak dok sebut nama umi je.Alahai anak.Hati mak mana yang boleh tahan kan bila dengar anak macam tu.

Tak perlulah aku bercerita lagi kenapa aku tinggalkan dia kat kampung,sedangkan adik ada bersama aku..Mungkin orang yang rapat sahaja dengan aku yang tau cerita sebenarnya..So,aku harap korang enjoy je baca cerita aku ni..bhahaha..

Jumaat petang lagi aku dah balik ke kota tinggi.Balik je keje,terus siap-siap untuk balik kampung.Yess..Tak dinafikan nampak kereta aku masuk laman,dia dah jerit.Ni kan pulak aku keluar pintu..dia terjah,peluk kuat-kuat..Masa tu rasa nak menitis air mata,ku tahan jebat...hahaha

Dah janji dengan dia nak bawa jalan-jalan..Sabtu tu aku keluar bawa pi shopping barang-barang pampers ngan susu yang dah kehabisan stock.Petangnya pula,lepas hantar makcik dia ke asrama,ingatkan nak bawa ke Tasik Bandar Penawar main kereta control..Tapi sayangnya takde pulak kereta control tu..Just lepaskan dia main kat Tasik tu..

Adik dengan kakak.
Kakak memang sayang kat adik dia..Kalau dalam talipon pun,dia akan tanya adik dia dulu..Bila berjumpa pun dia akan peluk adik dia..Tapi bila bab bermain tu,kadang-kadang dia suka dengki ngan adik..

Kalau ajak selfie,dia lah paling suka,Ajar adik dia cara nak selfie lah,pegang tanganlah walau adik tak berapa nak suka kalau kakak pegang tangan dia..

Muka bad mood sebab umi tak kasi main dekat playground..Bukan apa,petang-petang macam ni,lepas hujan pulak tu,Risau nyamuk banyak..Lagipun sekarang kan musim denggi,..Tu yang tak benarkan dia ke sana..


Ahad tu umi ngan babah nak balik dah.Masa pagi tu tanya dia,ok ke kalau umi tinggal,kakak kan nak sekolah..Dia jawab ok je..Tapi petang tu berubah bila umi dah siap-siap pakai tudung.Mengamuk sakan nak ikut umi balik...Be strong sayang..Umi bukan sengaja tinggalkan kakak..Tapi umi terpaksa sayang..Nanti umi balik lagi...(amik tisu lap airmata)Tak menahan tengok anak nangis...

You Might Also Like

5 Orang Komen

  1. Naluri kakak sayang adik tu tetap ada Eda
    Sama macam umi juga kalau boleh tak nak pisah tapi tak boleh nak buat apa kan..

    ReplyDelete
  2. benda-benda macam ni, orang yang mengalami je faham.sabar ye sis..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ida...alorrr cian nyer kakak...jgn nangis syg yer...nanti ibu balik lg...:(

    ReplyDelete
  4. alahai..bergenang air mata baca..sabar kakak..

    ReplyDelete
  5. sedihnya, kdg2 toys anak pun bolh buat kita sedih lg nak tinggalkan ank, xpe la mungkin kemudian hari Allah permudahkan urusan, dpt stay dgn anak sekali

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"