Cara Nak Usir Semut Dengan 4 Bahan Dapur

Sunday, January 29, 2017

Assalamualaikum



Hai korang☺☺☺ Nak update pasal benda yang paling aku tak suka ada bila di dapur..Sebenarnya bukan niat nak membunuh,tapi kekadang tak disengajakan...Kadang-kadang tak boleh lari dari membunuh..

semut
sumber:google


Macam mana aku tak bunuh semut tu,Kalau tiba-tiba dia berada di corong air panas..Bila tekan air panas,dua tiga ekor menjunam masuk dalam air panas...Dah mati.Adehh..Lepas tu dalam makanan,haisshhh...Tak taulah macam mana nak halau semut ni bukan sahaja di dapur,malah di dalam rumah..Setakat seekor dua tu takpelah..Tapi kalau dah berkelompok,mau tak risau kan..Yelah ada anak kecil ni,semua nak kena jaga.Takut digigit semut satu hal..Jenis dak naura tu sangat sensitif bila kena gigit,mulalah naik segala kudis nanti di badannya.


Lagi satu,bila ada anak kecil ni,memanglah makanan bersepah-sepah..Kemana-mana je Naura akan bawa makanan seperti biskut di tangannya..Lepas tu entah habis entah tidak,tiba-tiba dah takde je kat tangan dia.

Sebenarnya tanpa kita ketahui,Cara Nak Usir Semut  ni bukan perlu menggunakan penyembur ridsect atau apa,Hanya cuma perlu bahan di dapur untuk menghalau semut.Uihhhh...Mungkin ada yang tak tahu hal ni kan..Apa yang telah aku baca di mingguan wanita,Ada 4 Bahan dapur yang boleh usir semut tau..Apa dia?? Meh Baca..

1.KAYU MANIS

Semut paling tak suka dengan bau kayu manis yang menyengat tu..Jika ingin semut pergi jauh dari bekas gula,masukkan saja satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan.Selain dari Kayu manis,korang boleh juga menghalau semut dengan taburan kayu manis.Cukup taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.Boleh juga gunakan Cengkih untuk menghalau semut.

**ada petua lain yang aku amalkan adalah rendam cengkih/kayu manis ke dalam air panas semalaman,masukkan ke dalam botol sembur..Kemudian boleh la korang sembur di tempat semut suka merayap.Insya allah. akan berhasil...save cost nak beli yang ada dipasaran..

2.CABAI
Ambil beberapa cabai dan masukkan dalam bekas gula..Cara efektif untuk mengusir semut.

3.CUKA
Campur cuka dan air dengan perbandingan 50-50 dan letak di bahagian yang sering dihurung semut atau tabur sekeliling makanan untuk elak di hurung semut.


4.OATMEAL
Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis,cuka atau cabai,tetapi ternyata ia boleh menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan.Namun bahan ini cukup sayang jika dijadikan bahan untuk usir semut kerana harganya sedikit mahal.


Itu adalah 4 Bahan dapur yang sangat mudah untuk kita dapati di rumah tanpa membeli ubat penghapus serangga kan.Apa kata kita cuba petua ni di rumah..Lagipun takdelah bahayanya pada anak kita..betul tak..





You Might Also Like

4 Orang Komen

  1. ssalamualaikum ida...mmg berguna info ini...kekadang tu ada juga yg tersesat...:)

    ReplyDelete
  2. Selalu basuh pinggan mesti semut merayap. Kekadang tak tahu macam mana dia boleh merayap. Geram! Terpaksa sembur jugak kekdahnya. Dia punya gigitan tu.. sampai bengkak!

    ReplyDelete
  3. tq atas perkongsian. smut dkt rumah busyra mmg pantang nampak makanan. hehe

    ReplyDelete
  4. ok, oatmeal melambak kat rumah tapi tak buat ape...boleh kot guna, haha!

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai