Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah

Saturday, January 28, 2017

Assalamualaikum

Lama tak bercerita pasal rumah kediaman..Rumahku syurga ku...Walaupun dah hampir dua tahun berpindah,Tapi rumah still macam tu jugak..Maknanya No renovation and No Painting..

Tapi ada pasang angan-angan nak cari perabut untuk rumah tu..Maklumlah kan..Nak beli semua tu memerlukan modal.Ingat malas nak berhutang..Beli apa yang mampu je..Janji ada..Aku memang saja je sebenarnya nak biarkan rumah tu kosong cenggitu..Anak kecil,biarkan dia meneroka rumah yang kosong tu je..haha..Tapi bila dah besar sikit ni,ingat ada lah nak pasang angan-angan beli perabut especially sofa untuk diletakkan di ruang tamu.

Nak beli perabut ni bukan boleh main beli je..Kena jugak tengok keluasan rumah yang hado tu..Kang kalau beli besar sangat,makan ruang yang banyak,rumah pulak jadi sempit..betuiii dak.Sebab tulah kena survey dulu Ciri-ciri Perabut yang sesuai dengan Ruang Tamu rumah..Ok..meh aku share tips yang aku baca di blog senihias.com ni...Moga bermanfaat untuk aku dan korang yang membaca..


Image result for susunan perabot di ruang tamu
sumber : teratak impian ibu
1.TAHAP KEGUNAAN
Sebelum itu,haruslah kita mengenal pasti tahap kegunaan perabot di ruang tamu.Contohnya,apabila kita nak beli sofa,adakah sofa itu untuk kegunaan keluarga beristirehat dan menonton TV atau perabot berkenaan jarang digunakan.Jika ianya kerap digunakan,pastikan sofa yang dipilih tahan lasak bagi menerima apa juga bebanan yang dikenakan ke atasnya.Ukurang yang sesuai untuk menampung berat pelbagai saiz dan kumpulan manusia.Sofa yang berwarna terang menarik tumpuan.

2.KESESUAIAN GAYA
Kita seharusnya mengenal pasti gaya yang sesuai dengan keperluan konsep reka bentuk ruang tamu rumah kita,Pilihan sofa yang bertepatan dengan gaya yang dipilih antaranya
  • Gaya moden menampilkan gaya sofa rendah dan rata selain nampak bersih dan minimal.
  • Gaya klasik menampilkan gaya sofa melengkung berukir dan berukuran besar.Rangka kayu yang keras dan tahan lama.
  • Gaya Tradisional menampilkan gaya tradisi etnik tertentu yang menggunakan bahan kayu.
  • Gaya Resortdan kedesaan menampilkan sofa daripada anyaman serta bahan semula jadi.


3.KESELESAAN
Tahap keselesaan sofa bergantung kepada keanjalan dan kelembutan kusyen.Kita boleh tentukan sama ada hendak memilih jenis kusyen yang melekat atau terasing,Ukuran sofa dari segi keselesaan antropometrik dan ergonomik dapat diketahui dengan cara duduk di atas sofa berkenaan bagi menguji tahap keselesaannya.Perlu mengenal pasti bahan yang digunakan samada ia adalah campuran bahan berbusa(foam),gentian atau kekabu.Pengisian bahan berbusa adalah terbaik kerana dapat mengekalkan bentuk selain memberi sokongan yang kuat.

4.PILIHAN WARNA
Pilihan warna yang terang sangat digalakkan kerana ia mampu menarik tumpuan.Warna semulajadi adalah pilihan sempurna kerana mudah digabungkan dengan perabut lain.Cara terbaik adalah sofa utama mengekalkan warna sama manakala aksesori dan hiasan sampingan seperti kusyen boleh dalam berbilang corak dan warna.Kelebihan mengetengahkan upholsteri bercorak bukan sahaja merangkan suasana ruang tamu tetapi mampu menutup kekotoran di sofa.

5.KESESUAIAN RUANG
Satu kesilapan utama membeli perabot ialah kerana tertarik dengan tawaran jualan murah tanpa membuat perbandingan kesesuaian dengan luas ruang rumah.Apa yang menyedihkan perabot yang dibeli tidak boleh muat walaupun pada pintu rumah..Hah..itu memang sedih...rugi pun rugi jugak kan...Sepatutnya kita harus memastikan saiz dan dimensi serta ukuran lebar,tinggi dan panjang perabot diketahui bersama dengan ukuran maksimum ruang tamu rumah kita.

6.KETAHANAN FIZIKAL
Selain ketahanan struktur perabot,ketahanan bahan fabrik juga penting,kerana fabrik jenis jacquard paling tahan.Bahan pelindung pula berfungsi menjaga fabrik bukan ketahanan fabrik.Periksa perabot yang hendak di beli.Part ni kita perlu ambil masa untuk memeriksa dari segi pembinaan struktur rangka perabot.Sofa tahan lama biasanya menggunakan kayu keras sebagai rangka biarpun ia menyebabkan perabot itu berat untuk diangkat.Tunggang terbalikkan perabot yang hendak di beli untuk mengetahui kekuatan dan kestabilan sofa.Duduk dan rasai sofa yang hendak dibeli seperti yang biasa kita lakukan ketika dirumah kerana ia membantu kita membuat analisis mengenai tahap keselesaan dan ketahanan perabut.Perlu juga meminta pandangan dari ahli keluarga terdekat.



Itu baru hal perabut dan susun atur ..belum lagi bab nak deko perkara-perkara lain..Belum lagi bab warnakan rumah tu...Tengah pening nak cari warna yang sesuai untuk ruang tamu rumah aku tu..any idea?

You Might Also Like

1 Orang Komen

  1. rumah kita..black, red and white.. tapi deko simple2 jek..deko2 bajet..

    ReplyDelete

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"