Wednesday, February 15, 2017

# biskut gery # kisahsidairy.com

Biskut Gery Viral Dah Dapat

Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺☺Sihat?...Dah cuba ke Biskut Gery Yang sedang Viral berbulan yang lepas.
Actually,aku takdelah sangat nak mencari biskut tu,Sebab kalau pi pasar malam pun ada je orang jual.
Tapi tak pernahnya nak membeli..Ada gak niat nak rasa biskut tu,Tapi bila nampak,boleh buat bodoh je kan.

Hadoii..Orang dah lama peram dalam rumah biskut Viral tu,ko baru nak mencuba?? Ketinggalan zaman? emmmm...biarlah orang kata nak ketinggalan zaman pun..Kebiasaannya kalau benda-benda viral ni,sekejap je..Lepas tu hilanglah ceritanya kan.

Nak dijadikan cerita,Masa aku keluar makan tengahari,di tempat yang biasa aku makan,tempat pakcik jual buah,dekat tepi buah potong tu,ada bakul,dalam bakul tu ada biskut Gery ni..Saja suruh korang baca ayat budak-budak sikit.Tapi masa sampai kedai makan berhampiran tu,takde kisah sangatlah kan pasal biskut tu.Tapi tengah² makan tu,nampak orang tu keluarkan biskut tu dan letak dekat tepi buah potong tu..Aku perhatikan je,Dan-dan terkeluar dari mulut,cakap dengan officemate."Kejap lagi kita beli biskut tu nak? Berapa eh satu...dia pun xtau..aku andaikan biskut tu sebungkus rm10.Cakap kat dia,ko beli coklat,aku beli yang cheese..Nanti kita tukar-tukar..

Yang cheese tu aku punya...biasalah peminat cheese kan

Lepas makan,terus je pergi kedai buah tu,tanya harga RM5 untuk sebungkus biskut Gery..Oklah kan..Ambil sorang satu.Sampai opis,officemate aku dah rasa dulu biskut coklat dia tu..Eh..aku ada show off biskut tu kat insta aku...Jemput Follow eh aida_yusof81
Aku je buat rileks sebab masih kenyang lagi.Siap officemate lain tanya mana aku beli ni..Eh..ter promote kedai pakcik tu..Moga-moga murah rezeki mereka kan.

Aku suka yang cheese..sebab tak berapa nak manis sangat.Biskut tu pun dah bergula kan..Kalau yang coklat lagi manis..So far,bagi aku ok je..Korang pun boleh buat jugak kot...Beli je biskut gula kat kedai..Lepas tu tampal je cheese atau coklat..hah..gitu je kekdahnya..Tapi kalau korang malas macam aku,korang beli jelah..hahahah

Sebenarnya aku pun tak  tau asal usul biskut ni,nanti korang google la eh..Lapar pulak bila tengok biskut ni...

hahaha..ok bai..thanks sudi baca dan singgah di teratak blog pink saya ni..love u..

15 comments:

  1. semua orang dah makan haruslah dicari juga ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Kakak belum rasa lagi ni Eda
    Belum jumpa sebenarnya:)

    ReplyDelete
  3. Masa hot viral tu pun ju xda la galak mcari, 3 weeks kemudian bru tiba2 tekak nak rasa. rm 2.89 sen utk cheese, kalo perisa coklat & kelapa rm 3.50 se pek.

    ReplyDelete
  4. ramai share resepi biskut ni kan...saya pun tak pernah rasa lagi,,.

    ReplyDelete
  5. baru tahu ada perasa coklat,selalu mkn yg cheese je

    ReplyDelete
  6. Uikk kenapa terlepas dari ketahuan tentang biskut ni.. adehh

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi.
    Bab makan ni saya kurang nak mencuba apatah lagi yang viral. Tak terkesan di hati untuk mencuba walau rakan-rakan sibuk mencubanya.

    ReplyDelete
  8. busyra pun dah rasa. ada lg ni dkt rumah. hehe. kita sama. busyra pun suka yg cheese tu lg.

    ReplyDelete
  9. Memang mahal biskut ini. Nanti nak try jugak. Tapi katanya jual kt online murah skit.

    ReplyDelete
  10. Belum pernah try lagi nihh kak eda. Nanti Uyul nak cari lah.

    ReplyDelete
  11. fiza ada share resepi kat blog tapi belum cuba buat lagi..nak membeli pun xjumpa lagi. teringin nak rasa

    ReplyDelete
  12. satu family suka makan, tapi belum merasa lagi perasa coklat. hehehe

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81