Monday, February 06, 2017

# kisahsidairy.com # parenting blogger

Merangsang Naura Untuk Berus Gigi

Assalamualaikum

Hai korang 👀😉..Ececeh..sejak dah ada emoticon dalam blogpost ni,rasa setiap ayat nak letak...mengada sangat kan..Oklah tu kan..Boleh buat orang yang membaca terhibur..Berwarna-warni..kita kan 1 Malaysia...Ok....Takde kena mengena.

Seriously,(merujuk kepada tajuk entry) Nak mulakan menggosok gigi anak tu memang payah.Nak bergelut hari-hari dengan dia..Nak kena soft spoken,manja-manja dengan dia barulah dapat gosok gigi tau.

Sekarang ni Naura dah pun berusia 18 bulan..ada beberapa bulan lagi dia dah nak menginjak ke umur dua tahun..Aku paling marah kat babah dia bila dia selalu cakap,"dia dah Besar"..Tak boleh terima kenyataan anak aku tu dah besar...Jangan cepat sangat besar boleh tak anak umi..Nanti umi rindu.😂😂..yelah..bila dia dah besar panjang,nak belai dia pun payah...Tu belum pandai bercakap..hoiii.Gigi pun dah hampir nak penuh..Baru semalam perasan dia dah tumbuh gigi besi geraham.Ada dua batang..Keseluruhan gigi dia sekarang ni dah ada 9 batang tu officially.Yang tak official,kira macam pucuk baru nak tumbuh tu belum kira..Sebab tu rajin sangat nak ngap orang..Kakak  ngan babah dia rajinlah kena ngap ngan dia..cuma umi dia lah bernasib baik sebab jarang kena,bukan tak kena langsung.Kalau dia ngap,umi dia ngep lah mulut dia...hahaha..

And seriously,nak mengajar anak menggosok gigi ni bukan satu perkara mudah tau..Sebab tu bila anak dah pandai pegang berus gigi sendiri,silalah bagi..Belikan berus gigi yang sesuai dengan usianya..Jangan tak tau,berus gigi pun ada mengikut usia masing-masing.Cuma bila korang dah tua tu,xpayah lah cari usia berus gigi budak-budak kan.

As usual,sebagai parents kita kena cari ilmu keibubapaan..Dan itu yang aku sedang buat sekarang.Ada terbaca di artikel PAMA tentang bagaimana menangani anak yang tak suka berus gigi..meh aku share Tips Merangsang anak memberus gigi


1) Ajar anak cara yang betul 
Mulakan dengan memberus gigi mereka untuk mereka. Pakar pergigian ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut kanak-kanak adalah bersih sehingga i dia berusia enam tahun. Pun begitu, anda boleh mengajarnya untuk memberus gigi sendiri pada usia tiga hingga empat tahun supaya dia boleh berdikari. Sebelum itu, anda mestilah memberus gigi si kecil sebagai pelajaran pertamanya  tentang kebersihan pergigian dan secara tidak langsung akan menjadi  rutin hariannya selepas makan.
Anda juga perlu memastikan si manja menggunakan peralatan yang betul seperti berus gigi yang sesuai dengan peringkat usia tiga hingga empat tahun yang dilengkapi berus yang lembut dan bahagian pemegang yang besar. Pilihlah ubat gigi yang diformulasikan khas tanpa fluorida untuk gigi susu dan tanpa gula. Perisa buah-buahan yang harum serta berus gigi yang berwarna-warni dengan gambar watak animasi kesukaannya akan memberikan keseronokan dan keterujaan untuk memberus gigi.

berus gigi
Semangat setiap kali masuk bilik air even nak basuh berak dia pun,sibuk nak pegang berus gigi.


2) Berikan kebebasan memilih 
Kanak-kanak pada usia ini suka membuat sendiri dan berlagak seperti orang dewasa. Oleh itu, berikan kebebasan kepada si manja untuk memilih sendiri berus dan ubat gigi. Selain itu, biarkan dia meletakkan sendiri berus gigi pada berus. Selain itu, sebagai galakan kepadanya, anda boleh meletakkan tempat cawan, letak berus gigi dan ubat gigi lebih rendah sesuai dengan ketinggiannya agar mudah dicapai dan menggalakkan dia berdikari memberus gigi sendiri.
image berus gigi
Umi siap belikan berus gigi yang khas untuk dia...Boleh tengok pada berus gigi..Selalunya ia akan tulis untuk umur berapa.
3) Beruslah bersama-sama 
Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktiviti bersama. Sebagai contoh, memberus gigi sebelum tidur. Anda boleh mengajak anak anda untuk berus gigi bersama-sama yang secara tidak langsung membuatkan dirinya ‘penting’ dan dinanti-nantikan anda setiap kali sesi memberus gigi.

4) Bawanya berjumpa doktor gigi 
Selalunya anak-anak lebih mudah mendengar nasihat orang asing daripada mendengar nasihat ibu bapa sendiri. Oleh itu, bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor gigi. Kebiasaannya selepas pemeriksaan, doktor akan menerangkan pada si cilik anda tentang status giginya. Di samping itu, pasti doktor yang merawatnya akan menasihatkan dia supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis. Bawalah si manja anda membuat pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
Dah bawa dia berjumpa dengan doktor gigi masa checkup dia bulan lepas..So,doktor ada terangkan cara penjagaan gigi anak.
One reminder = doktor ada bagitahu aku supaya jangan beri ubat gigi berlebihan,memadai bagi sedikit sahaja.Menurut doktor,kalau dia makan ubat gigi berperisa berlebihan,ia juga mampu merosakkan gigi tau..so aku oles sedikit je...Kalau banyak kemahin menyedut minah tu.
5) Ciptakan lagu istimewa 
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.
Yesss...lagu ni selalu dia tengok..Lagu dari cerita upin ipin...bila tengok lagu ni,dia nak sekali berus gigi...hawehhhh..

7 comments:

  1. fariza selalu hulur sendiri gigi sebab die nampak maknya sellu gosok gigi..

    ReplyDelete
  2. Comelnya si Naura nih, eh #gagalfokus

    ReplyDelete
  3. Qaíd pun nak masuk 18 bulan tapi tak gosok gigi dia sangat, kadang ingat kadang lupa, huhu...boleh pakai ubat gigi dah ek? ^.^"

    ReplyDelete
  4. alif saya payah nye nak suh gosok gigi..dia buat sendiri main-main pulak

    ReplyDelete
  5. anak2 kita.. ada masa kadang memasing susah benor nak ajak gosok gigi..

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81