Eubos Haut Rute Lotion untuk anak yang Berkulit Sensitif

Wednesday, March 29, 2017

Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺.Bila mempunyai anak yang berkulit sensitif ni,banyak perkara yang perlu kita pandang.Bukan sahaja dari segi pemakanan,tetapi krim yang kita gunakan untuk tempat-tempat tertentu.
Macam anak aku ni,dikategorikan kulit sensitif jugak.Pantang kena gigit nyamuk atau serangga yang lain,kalau tak diletak krim yang betul-betul,boleh jadi berkudis.

Satu lagi,bila cuaca terlalu panas,badan berpeluh,mulalah timbul ruam-ruam di badan tu..Mulalah dia rasa tak selesa.Kekadang sampai luka bila dia garuk.Dulu macam-macam krim dah aku cuba tau

Tapi....bila aku terjumpa satu losyen ni,dan tengok ianya amat sesuai dengan anak aku,so aku teruskan jugak.Eubos Haut Ruhe Lotion ni adalah untuk anak-anak yang mempunyai kulit sensitif.Ianya tiada bauan,warna dan tiada pengawet.
Eubos Haut Rute Lotion


Bukan itu sahaja,kalau korang ada masalah kulit kering pun,korang boleh apply krim ni tau..Ianya dah menjadi macam serbaguna dah.Bukan sahaja anak aku guna,bahkan aku pun guna.
Eubos Haut Rute Lotion

Krim ni memang senan je nak apply..Lembut dan terus meresap dalam kulit.So,takdelah melekit kat kulit kan.and aku berpuas hati dengan krim ni.Jadi penyelamat untuk kulit sensitif anak-anak aku ni.
Ianya bebas dari kerengsaan.Krim Eubos Haut Rute Lotion adalah hasil formulasi dari Evening primrose Oil,Sweet Almond Oil dan Jojoba Oil.

Sangat disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan juga gatal.Lepas mandi je,aku akan sapukan krim ni pada Naura..

Lepas ni,takdelah risau lagi dengan kulit sensitif.



You Might Also Like

4 Orang Komen

✿ Terima Kasih kerana singgah di Blog Ini
✿ Segala komen anda amat dihargai

DISCLAIMER

A blog Kisahsidairy.com is a personal blog.
The Opinions expressed here represent my own .
In Addition,my thoughts and opinions change from time to time I consider this is neccesary conseguenve of having an open mind
Email me at sitirohaida81@gmail.com
"BEST VIEW WITH GOOGLE CROME - COPYRIGHT 2017"