Sunday, March 05, 2017

Khasiat Pokok Semalu

Assalamualaikum

Hai korang ☺☺..Nak ngomel ape pulak ye untuk entry ni..Oh..ni nak tanya...Korang tau tak Pokok semalu macam mana...Aku tak tau kalau budak sekarang...Tapi kalau budak-budak dulu,diorang sangat kenal pokok semalu tu..Dulu masa aku kecik,suka sangat kacau pokok semalu ni..Selalunya pokok semalu ni tumbuh dekat lalang-lalang..tepi jalan..dan banyak tempat lagi.Aku suka usik,sebab bila kita sentuh pokok ni,daunnya yang kembang tu akan menguncup,automatik ok..Sebab tu kalau nampak rasa nak sentuh je..hehehe..Mungkin sebab tu kot dinamakan Semalu.

Pokok semalu
POKOK SEMALU - Mimosa Pudica


Korang nak tahu lagi??Pokok semalu ni bukan sahaja dipandang begitu tau,Pokok Semalu ni mempunyai kelebihan tersendiri..Ia boleh merawat masalah kegatalan akibat makan air atau Athlete's foot keadaan dimana kaki merasa gatal dan  berair..Atau senang dipanggil kena ulat air...hah..gitulah Kekdahnya..


Caranya adalah  dengan menggunakan keseluruhan pokok semalu yang direbus sehingga mendidih dan di biarkan suam. Kaki direndamkan ke dalam air tadi bagi membersihkan bahagian yang mengalami masalah. Kaedah ini dikatakan dapat membantu mengekalkan kelembapan pada kulit disamping membantu masalah seperti di atas juga masalah cekam pada kuku tangan dan kaki.

-Pokok semalu juga dikatakan dapat membantu merawat masalah batu karang.

Menurut dua orang pengkaji tempatan iaitu Mostafa Ali dari Pusat Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia dan Zakaria M.A. dari Jabatan Kimia, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Mengabang Telipot, Terengganu - mereka mendapati ekstrak pokok semalu mengandungi dua bahan kimia utama yang mampu bertindak sebagai bahan perencat dan pemecah batu karang terutama kandungan kalsium oksalatnya. Ini kerana batu karang dalam pundi kencing manusia terdiri daripada 70 peratus garam organik tidak mudah larut, kebanyakannya kalsium oksalat.

-Bagi merawat luka pula keseluruhan pokok digunakan dengan cara melumatkan pokok tersebut dan digunakan untuk menampal bahagian yang luka.


- Air rebusan pokok semalu juga turut digunakan untuk merawat kanak-kanak yang gelisah dan tidak tenteram fikiran (mungkin juga hyper-active) dengan menggunakannya untuk mandi. Selain itu ia boleh diminum untuk merawat masalah insomnia dan kepenatan mental.


info : myrokan

Rupanya banyak ye kegunaan Pokok semalu tu..baru tahu pasal ni tau..Jangan dipandang ia tajam tapi tak berguna..




9 comments:

  1. Baru tau pasal tips nie.. Cuma dulu tau yang kalau ada bisul, gaul daun semalu dengan kapur.. NAnti hilang la bisul tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. cik nor buat ubat cekam kuku..hehe

    ReplyDelete
  3. Seriusssss la. Tak pernah tahu pun ada kegunaan pokok ni. Kecik2 dulu suka tekan tekan biar dia tertutup haha. Menarik! Nice sharing.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum eda...mmg malu la....hehee info yg baik ni eda..tq...

    ReplyDelete
  5. huishhhhhh.. info baru nihh kak eda. tapi kita malu laa nak petik pokokkk cemaluuu. ahahhah


    Uyul Rosli

    ReplyDelete
  6. Kecik2 dulu..buat main2 aje dengan pokok semalu ni

    ReplyDelete
  7. suka main semalu ni tapi berduri 😭

    ReplyDelete
  8. wahh baru tau leh wat ubat pokok ni...

    ReplyDelete