Sunday, March 05, 2017

Mudahnya Berbelanja dengan Eshop Tesco

Assalamualaikum 

Hai Korang☺☺☺Selamat berhujung minggu..Apa aktiviti korang untuk hari minggu ni..Pergi bersiar-siar dengan family? Seronok tu..Aku pun sedang menikmati percutian di Kluang..Lepas pada program bersama anak-anak yatim,take one day untuk habiskan percutian ni..bawa anak menikmati keindahan Bandar Kluang.

Oklah..nanti aku update entry pasal Kluang tu ye..Lupakan seketika pasal percutian ni.Sekarang ni zaman IT kan..Semuanya di hujung jari.Selalunya kita beli barang-barang seperti alat makeup,baju,handbag semua di atas talian kan..

Dan sekarang ni,Kalau korang perhatikan banyak juga Shopping mall yang dah menggunakan perkhidmatan delivery.Salah satunya Tesco..Tesco adalah gedung pembelian barang harian termasuk barang kering dan basah,serta keperluan-keperluan lain.Sebenarnya Eshop Tesco ni baru jugak diperkenalkan,cuma aku baru ni menggunakan perkhidmatan mereka.Syok jugak kan..Jimat masa dan jimat duit..Kenapa aku cakap jimat duit? Bila berbelanja di sana,confirm akan lebih dari sepatutnya pembelian yang dicatit..Itu aku,tapi tak taulah kalau korang.Lagi satu jimat masa..Maksudnya kalau korang memang takde masa nak pergi beli barang dapur,Tesco boleh bantu tau.

Caranya sangat-sangat mudah..Kroang hanya perlu ke Website Eshop Tesco..Daftar,Pilih barang keperluan yang korang nak,buat pembayaran,pilih slot  untuk penghantaran..Dan tunggu barang sampai depan rumah korang..Mudahkan..

And yes,ini kali pertama aku menggunakan khidmat delivery dari Tesco..Dan aku terjatuh cinta dengan driver tesco..hahaha..Ok...gurau je..

Bagaimana nak Berbelanja dengan Eshop Tesco?

Masuk website Eshop Tesco di sini ESHOPTESCO

Untuk korang yang baru pertama kali nak menggunakan perkhidmatan EshopTesco ni boleh register di sini ye.. REGISTER

Bila korang dah register dan isikan semua maklumat ,dah boleh terus shopping
Eshop Tesco

Aku rasa apa yang korang nak untuk keperluan rumah,semuanya ada disini...Nak barang kering..basah..Household..semuanya ada..

tesco online

Contoh kalau korang nak beli keperluan seperti minyak macam dalam gambar ni..Korang cari je dalam groceries tu minyak.Bila dah jumpa korang just klik dekat add to Trolley..Kalau nak tambah lebih dari satu unit,korang klik je kat simbol tambah tu..
Nampak tak bakul masuk tu..Itu berapa jumlah yang korang kena bayar pada keseluruhan barangan yang korang pilih..Ni aku bagi contoh jelah kan.


Lepas tu korang boleh booking slot..Maksud booking slot tu,booking waktu penghantaran untuk hantar ke rumah korang..Kena budgetlah kan..korang ada rumah masa bila

tesco online

Korang klik je kat Book a slot tu...Keluar lah tarikh dan masa macam ni
tesco online
Hah..kat atas ni tarikh dan masa penghantaran..Yang unavailable tu korang tak boleh pilih dah..Yang ada tulis RM tu je yang korang boleh pilih.Ada timing yang services penghantarannya murah tau..Kan..nampak tak kat situ tak rugi mana pun kalau nak dibandingkan korang pergi terus ke Tesco...
Masa aku menggunakan perkhidmatana Eshop Tesco ni aku pilih penghantaran pada pukul 10-12...So charge penghantaran tu RM5.00 Ok sangat-sangat.

Dia akan tolak sekali dengan pembelian korang tadi..Macam gambar kat bawah ni
tesco online

Lepas korang dah pilih semua barang,dan dah pilih masa dan tarikh penghantaran..Terus je klik Continue Checkout tu ye.

tesco online
Pembayaran boleh melalui dua kaedah ni..Ikutlah korang nak pilih yang mana..Korang jugak boleh cancel tau untuk order ni,tapi dia akan limitkan last masa yang korang boleh cancel.Or korang nak tambah order.

Masa tu aku order malam,So aku nak barang tu sampai esok pagi..Just tunggu jelah antara waktu yang korang dah book tu..Dalam pukul 11 lebih dah sampai...senang weh

tesco online

Nampak tak..sampai dah depan rumah..Abaikan jelah gambaran yang lain tu..nak amik depan-depan..malu ngan abang driver...aduyaiii.So snap dari jauh je lah..

tesco online
Antara barang yang aku beli dari Tesco tu..
Masa tu ada dua barang yang takde tau..Mesti korang ingat diorang dah telan duit korang kan.Sebab korang dah bayar penuh semua kan.Tapi sungguh tidak..Diorang tak tolak ok..

Korang akan dapat Invoice dan resit..Dalam tu diorang akan listkan barang yang korang terima..Harus check satu persatu..Dari segi condition barang,tarikh luput dan mana yang korang rasa penting untuk korang terima..Kalau rasa tak puas hati dan ada barang rosak,korang boleh bagi dekat abam handsome..Nanti dia akan tolak dari situ..Dan mintak korang sign..

tesco online
Inilah dia invoice yang akan korang dapat ok..

Selepas itu duit korang akan ditolak..So korang jangan risau..yezzaa...

Macam mana..senang tak..senang tak..Ok..next time boleh berbelanja lagi kalau dah masing-masing takde masa..Bukan apa,masa tu aku dan husband sibuk untuk uruskan sesuatu..Setiap malam kami keluar,sampai tak sempat nak beli barang dapur..Masa tak mengizinkan untuk berbelanja ko!!

hah..Korang faham tak entry ni..kalau korang tak faham boleh tanya di komen ni..nanti aku balas..ok..Thanks for reading..


18 comments:

  1. Bagus tesco buat macam ni. Tapi macam kinah kalo tesco dekat dengan rumah boleh pergi jalan kaki je huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. disebabkan takde masa ,tu yang order online je kinah..

      Delete
  2. Eh baguslah ada macam ni, senang nak shopping hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk seorang suri rumah,sangat-sangat recommended

      Delete
  3. mmg senang sangat kan..ngat nak try juga nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tau..rasai sendiri pengalaman berbelanja barang dapur secara online

      Delete
  4. batu pahat takde tesco. hampeh betul. agak2 kalau order, dia delivery smpai batu pahat tak? hahha

    Uyul Rosli

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. plastik tu rasanya tak charge kot..sebab bukan hari sabtu...

      Delete
  6. bagus juga kan tesco buat online order. call, order, byr, pastu brg sampai kat rumah. nasib baik kat sabah takda tesco. duk kedah dulu mmg selalu juga p tesco

    ReplyDelete
  7. Bagusnya! dah tak payah nak keluar lagi kan. guna ni pun dah memadai. tapi dekat selected tempat jelah yang ada.

    ReplyDelete
  8. sekarang semua online dah kak, hehe

    ReplyDelete
  9. Ini betul2 jimat ni...nak cuba tapi tesco dgn rumah dekat sgt..hahaha

    ReplyDelete
  10. wah tesco shopping online, best niee... ok nanti PM sebab nak ajo cara letak map tu ek

    ReplyDelete
  11. Bestnya...julia suka shopping direct ke tesco nak jamu mata sebenarnya...kalau mcm ni sesuai nak buat surprise utk rumah parents julia nanti...tetiba lori tesco datang hahhaa good idea

    ReplyDelete
  12. Ehhh siap boleh online shopping lagik ye barang dapur.. Bestnye kalau ada jugak di kuantan ni.. RAsanya kat kuantan tak de tesco.. hurmm..

    ReplyDelete
  13. Wah...menarik info ni. Boleh cuba jugak. Jimat masa...jimat tenaga

    ReplyDelete