Friday, March 17, 2017

# program jdt blogger

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim Pkayik siri 1

Assalamualaikum

Hai korang ☺☺☺.Sebelum tu ingin aku memanjatkan kesyukuran kerana apa yang kami rancangkan sebulan yang lepas berjaya diselesaikan.Setelah bertungkus lumus mencari para sponsor dan mereka yang ingin memberikan sumbangan,akhirnya semuanya terlaksana dengan jayanya.Walaupun pelbagai dugaan yang kami hadapi.

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat.Siapa kata nak adakan program begini senang..Allah jelah yang tahu bagaimana susahnya kami ni..Tapi takpe..At least kami berpuas hati bila jejaknya kami ke Rumah anak-anak yatim ni.

Seribu pengalaman yang tak mungkin kami lupakan bila bersama anak-anak ni..Air mata keibuan mengalir tatkala memandang seorang anak yatim,yang masih kecil,yang masih memerlukan kasih sayang seorang ibu dan bapa.Tapi pada umurnya 9 tahun,dia kehilangan kasih sayang tu.Allahu,.menitis air mata tatkala membuat entry ini.Sungguh..tak boleh aku bayangkan perasaan mereka.Untuk meneruskan hidup,mereka lalui juga tanpa kasih sayang seorang ayah dan ibu..

Dan tatkala seorang anak berkata"tak pernah rasa macam ni"Apa yang korang akan lakukan..Air mata ini mengalir..Rasa nak peluk anak itu..Nak menangis depan mereka semahu-mahunya..Tapi apa kan daya.Sebagai orang tua,tak seharusnya kita menangis dihadapan mereka yang kuat.Kita juga harus kuat.Sekuat dan kuat lebih dari mereka.Siapa kata anak yatim tak perlukan perhatian dan sumbangan..Itu kata orang yang tak mendekati mereka.Walau mereka tak pandang pada sumbangan,tapi mereka memandang pada masa dan kasih sayang sementara kami berada disitu..Terdengar gelak ketawa mereka,membuatkan hati tersentuh.Dah..cukup...tak boleh nak perkatakan lagi..Luahan hati seorang ibu..


Bertempat di Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Kluang -Pkayik.Kami telah mengadakan sesi perkenalan,sesi gotong royong dan sesi sambutan harijadi untuk anak-anak ini.
Korang boleh lihat Tentatif Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim Pkayik siri 1 yang kami anjurkan

Tarikh4 Mac 2017(Sabtu)
Masa8.00 pagi hingga 1.00 petang
TempatPertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang -PKAYIK
MasaAktiviti
7.30 pagiKetibaan Ahli JDT Blogger
8.00 pagiKetibaan Para Media dan Penaja
8.30 pagiBacaan Doa
Sesi Suaikenal
9.00 pagiGotong-Royong
10.30 pagiMinum Pagi
11.00 pagi
11.15 pagi
Ucapan dari wakil JDT Blogger
Ucapan dari wakil PKAYIK
11.30 pagiPenyampaian Sumbangan
11.40 pagiBacaan Doa Selamat
11.45 pagiSambutan Hari Lahir dan Jamuan Makan
1.00 petangBersurai


Program ini telah di Rasmikan oleh Yang Dipertua PKAYIK iaitu Dato'Haji Gapar bin Gurrohu.Alhamdulillah..Orangnya sangat merendah diri..Boleh lagi bergaul sesama kami ni..


Emcee kami pada hari itu oleh Uyul

Anak-anak bergambar kenangan dengan Dato'Haji Gapar bin Gurrohu 

Sesi bergambar kenangan bersama anak-anak PKAYIK.

Aktiviti bergotong royong oleh anak-anak PKAYIK dan ahli JDT BLOGGER..Mereka sangat awesome.Bantu membantu dalam aktiviti ini.Masa inilah nampak mereka happy.


Majlis kami diakhiri dengan sambutan harijadi anak-anak PKAYIK. Tengok semuanya gembira.. kami makan dan beramah mesra dengan mereka. Alhamduliah.. Ikutkan macam tak cukup masa setengah hari bersama mereka, Tapi apakan daya.. insyallah.. Ada ruang dan peluang, boleh jumpa dengan mereka lagi.. 

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada ahli JDT Blogger yang lain yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Terima kasih kepada para sponsor yang sudi menaja pelbagai jenis makanan, Tshirt untuk para bloggers dan juga kepada mereka yang memberikan sumbangan baik dari segi kewangan dan barangan keperluan lain. 

Harapan kami di masa akan datang, moga program-program seperti ini dapat dijalankan dengan lebih banyak lagi. Kalau tidak kita yang menolong mereka, siapa lagi kan. Kalau tidak dapat memberi sumbangan, sedekahkan untuk mereka kasih sayang walau hanya beberapa ketika. Itu sudah memadai. Apalah daya mereka untuk mencari kasih sayang yang sejati. Mereka tidak dapat apa yang anak-anak kita dapat. Tak salahkan berkongsi sedikit. 


Puteri JDT Blogger..Bergambar kenangan sebelum semuanya balik.

Dibawah ini adalah senarai Para Penaja yang Menaja barangan makanan dan sebagainya. Jika korang ingin Mencari pelbagai jenis Variasi makanan, boleh follow ig dan facebook mereka.

Para Sponsor  Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak Yatim Pkayik siri 1

Handsock - Handcok Besar Malaysia
Facebook : Hidayah Minhat
Instagram : Handsock Besar Malaysia

Bag Goodies - Kasih Concept
Facebook : Kasih Concept
Instagram : Kasih Concept

Button Badges - Creative Hand
Facebook : Kad kahwin Creative Hand
Instagram : Creative Hand

Deco Birthday Party - Equine Concept BP
Facebook : Equine Concept BP
Instagram : Equine Concept BP

Pop Corn - Cathy Doll
Facebook : The goodies Popcorn
Instagram : The goodies Popcorn

Cream Puff - Maizatul Akmar Zakaria
Facebook : Maizatul Akmar Zakaria
Instagram : Maizatul Akmar Zakaria

Brownies - Nur Atikah Abd Rahim
Faebook : Nur Atikah Abd Rahim
Instagram : anna_cakeHouse

2 Kek Birthday - Dila
Facebook : Dila
Instagram : Dila

2 Kek Birthday - Aznanie
Facebook : Aznanie.azman

Goodies Bag - Butik Safira
Facebook : Safira Trading
Instagram : Butik Safira

Muffin  - Cuppies Lover Corner
Facebook : Cuppies Lover Corner
Instagram : Cuppies Lover Corner
Blog : Cuppies Lover Corner




5 comments:

  1. Rindu anak anak PKAYIK. Kak eda, Uyul ada anjurkan GA. Jemput join.


    ********************************************************************************
    Jemput join Uyul Rosli 1st Giveaway!! 100pcs Name Card untuk dimenangi. >>
    Uyul Rosli 1st Giveaway | Blonolog Blogger Picisan
    ********************************************************************************

    ReplyDelete
  2. tahniah buat JDT blogger ada program macam ni..

    ReplyDelete
  3. Program yang sangat bagus.
    Tahniah semua.

    ReplyDelete



Follow Us @aida_yusof81