Sunday, April 30, 2017

Keropok Losong untuk minum petang

Sunday, April 30, 2017 6 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊😊kat mana tu..Berpiknik ke petang-petang ni.Hujung minggu ni kan,ramai rasanya yang bersiar-siar

Aku pulak hari ni di rumah mertua.Actually dari semalam kat sini.Rumah aku sekarang ada aktiviti mengecat.So,macam tak sedap pulak kalau ada kat rumah.Tukang cat pun nanti tak selesa kan.

Tapi bila petang-petang macam ni,dihari cuti pulak tu,ada je benda yang nak dimakan untuk minum petang.At least menu yang ringan-ringan.Di bandar ni tak susah nak cari benda untuk dimakan.Tak perlu susah jugak untuk keluar rumah.Just call je,nanti ada orang datang hantar makanan.
Keropok losong sedap.Alhamdulillah,dapat penjual yang ok..Makanan sedap untuk dimakan.So,petang ni keropok losong dan milo panas.


Saturday, April 29, 2017

Kehilangan dua Officemate sekelip mata

Saturday, April 29, 2017 12 Comments
Assalamualaikum

Hai korang😊😊..sebenarnya beberapa bulan kebelakangan ni,company aku ada kemerosotan dari kewangan.Projek banyak tergendala,ini semua kerana ekonomi yang semakin teruk sehingga cuatomers yidak mampu untuk meneruskan kontrak bersama company kami.

Sebagai pekerja kami terpaksa redha kerana 14 orang pekerja terpaksa dibuang kerja 24jam.Sehari sebelum tu,memang masih belum tahu siapakah gerangan yang bakal dibuang.Of course yang dibuang akan mendapat pampasannya.
Masing-masing berdebar sehinggalah semalam,ada diantara kami yang dipanggil.Dan dua sahabat yang selalu bersama aku telah dibuang.Sedih kerana lepas ni,aku keseorangan.
Inilah dia sida and dayah.

So,lepas ni takdelah geng makan,Mungkin terpaksa bawak bekal kot..huwaaaa..

Sempat semalam belikan souviner untuk mereka.Moga mereka diberikan rezeki pekerjaan yang lain selepas ini.All the best to both of you guys..

Friday, April 28, 2017

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK YANG NAKAL MENJADI SOLEH

Friday, April 28, 2017 6 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺Salam jumaat yang penuh barakah hari ini,Moga kita sentiasa dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yang baik,dikurniakan iman yang kuat untuk menghadapi segala rintangan yang mendatang.

Suka aku nak share benda-benda ilmiah yang bukan sahaja untuk aku,tetapi untuk mereka yang membaca entry ini.Di samping kita share,kita dapat ilmu..Moga Allah swt sentiasa memberikan aku peluang untuk jadi insan yang terbaik.Dikongsikan oleh seorang rakan di Facebook iaitu Rabiatul Aida,aku kongsikan disini untuk muhasabah diri dan ilmu untuk aku dimasa hadapan.Jom baca 13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK YANG NAKAL MENJADI SOLEH


1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

moga kita sentiasa menjadi ibubapa yang sentiasa prihatin terhadap anak-anak kita.

Cari kerja Kosong di gkerjaya.com

Friday, April 28, 2017 8 Comments
Assalamualaikum


Hai korang☺☺ Nowadays,lagi di zaman IT ni,nak cari kerja memang sangat mudah jika dibandingkan dengan zaman 70-80 an dulu.Nak cari kerja mesti nak kena jelajah dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain.

Dan dahulu,suratkhabar adalah carian terpenting digunakan untuk mencari kerja.Betapa payah kan dulu.Tetapi di zaman yang serba canggih ni,pelbagai website yang memberikan perkhidmatan mencari jawatan kosong yang sesuai dengan kita.Sangat mudah.

Kepada mereka yang mencari jawatan kosong terkini samada swasta ataupun kerajaan,aku sangat-sangat syorkan untuk korang terjah laman web gkerjaya.com.

gkerjaya.com


Siapa yang patut follow  website gkerjaya ni?
  • Mereka yang sedang mencari jawatan kosong
  • Mereka yang ingin bertukar kerjaya kepada yang lebih baik
  • Mereka yang baru habis spm/diploma/ijazah /phd dan lain-lain

Di gkerjaya.com terdapat pelbagai tip-tips kerjaya diberikan antaranya :-
  • Panduan bina kabel dalam linkedlin.
  • Panduan permohonan kerja melalui email
  • Panduan mohon kerja melalui SPA dengan betul
  • Panduan mohon jawatan kosong di jobstreet dengan betul
  • Tips penulisan resume dan lain-lain lagi
Korang juga boleh baca panduan yang telah disediakan di SINI.

Bagi korang yang nak tengok jawatan kosong terkini boleh terus ke laman sesawang gkerjaya.com

All the best..

Madah Bicara 47 |

Friday, April 28, 2017 2 Comments
Assalamualaikum

Tidak perlu cemburu
Pada rezeki orang lain

Kamu tidak tahu apa yang 
Telah diambil darinya

Tidak perlu juga sedih
Akan cubaan yang kamu terima

Kamu tidak tahu apa yang 
Akan diberi kepadamu

Bersyukurlah..bersabarlah
Bukan senang nak cari rezeki seperti yang kita harapkan.Rezeki terletak atas usaha masing-masing..
#selfreminder

Thursday, April 27, 2017

Blog dah ada Widget Top Komentar

Thursday, April 27, 2017 11 Comments
Assalamualaikum

Hai korang😊😊 malam ni terajin nak buat entry.Kotlah korang sudi nak membaca.

Ni nak cerita pasal widget terbaru di kisahsidairy.com ni.Actually lama dah nak pasang widget ni,tapi ada tutorial tu bila aku masukkan widget,langsung yak keluar apa-apa.So,aku terus padamkan niat hati nak masukkan widget tu.Tapi untuk tahun ni nak buat pembaharuan pulak.

Bagi menghargai TOP KOMENTOR di blog ni,so,aku perlukan widget untuk mereka.
Nanti di hujung tahun,akan ada hadiah yang akan menanti mereka..wahhhh..bestkan..Nak hadiah kena rajin komen blog kita lah awak.
Setakat ini,inilah orang-orang yang rajin menyinggah dan tinggalkan komen di blog ni.Thanks korang..sayang ketat-ketat


SHOPBACK MALAYSIA | Beli dengan diskaun dan Cashback

Thursday, April 27, 2017 5 Comments
Assalamualaikum 

Hai korang☺☺☺ Alahaiii..seronoknya dengar bila shopping dengan diskaun,lepas tu dapat duit balik? Masuk akal tak..uishhh..macam tak percaya kan..Tapi nak bagitahu korang ni,silalah percaya kerana wujudnya laman web yang memberikan diskaun dan mengembalikan semula duit korang..Memang super jimat..

SHOPBACK MALAYSIA,adalah tempat korang dapatkan diskaun dan korang akan dapat tunai dengan membeli belah di website ini.Macam tak percaya kan,Hanya dengan Shopback Malaysia je tau yang ada.

Meh aku cerita sikit tentang kewujudan ShopBack ni

Shopback adalah salah satu perintis yang memperkenalkan cara membeli-belah serba baru ke arena membeli belah online di Asia Tenggara sejak september 2014.Shopback beribu pejabat di Singapura,Amerika Syarikat,Malaysia,Filipina ,Indonesia dan Taiwan.




Macam mana Shopback ni berfungsi?
  • klik di online store yang korang suka
  • Belanja dan buat pembayaran
  • Dapatkan duit kembali ke dalam akaun korang
  • shopback akan masukkan duit terus ke akaun korang
Ni meh nak cerita bagi ibu-ibu yang takde masa nak keluar shopping dan bawa anak-anak keluar tu,memang perkhidmatan shopback ni sangat sesuai lah untuk korang.Mudah je sekarang ni dengan online shopping yang semakin banyak di Malaysia

Bukan sahaja untuk korang yang menjadi suri rumah sepenuh masa,malah aku sebagai ibu yang bekerja ni pun kekadang takde masa untuk shopping barang dapur tau.

Bila dah wujudnya Shopback Malaysia ni,alahaiii...bukan nak cakap apelah,mudah sangat-sangat.Dah lah dapat diskaun,penghantaran pun cepat,malah korang akan dapat duit balik..Untung ke tidak?


Macam aku ni,selalunya bekalan yang selalu habis adalah barang dapur,dan disinilah aku akan masuk website Shopback dan pilih Vendor yang menjual groceries atau dalam bahasa melayunya barang runcit.


Macam aku ni,aku lebih suka masuk tempat yang ada jual Groceries macam kat atas  ni.Macam-macam barangan dapur kering dan basah untuk korang beli tau.Senang je,klik dekat Groceries store yang korang berkenan,dan dia akan direct masuk ke groceries store yang korang pilih.

So di website Shopback,aku hanya perlu memilih Groceries store yang aku nak macam kat bawah ni.Aku pilih untuk berbelanja di Honestbee je.Just klik start Shopping Now and korang boleh terus berbelanja di website tu.Nampak tak Up to 4.0% Cashback...Menarik kan..





Bila korang klik start shopping now tu,automatic dia akan terus ke website yang korang nak tu.Itulah mudahnya guna  Shopback ni kan.

Bila dah masuk ke website Groceries yang dipilih ni,boleh la terus membeli dan membuat pesanan.Lepas dah buat pesanan dan pembayaran,maka korang akan dapat cashback..Nak beli sayur,daging,ikan semua senang.Jadi nak memasak sangatlah mudah kan.Tak payah aku nak fikir nak keluar cari barang untuk masak.Tunggu je kat rumah untuk mereka hantar barangan yang aku beli tu.Yelah.Suri rumah macam aku ni,memang wajib memasak untuk anak-anak dan suami.Boleh dikatakan setiap hari aku memasak.Sebab tu,barang dapur asyik habis je.Nasib baiklah Honestbee ni ada perkhidmatan penghantaran.



Item yang aku beli untuk memasak..hahah...kalau berbelanja lebih dari Rm40 free delivery..Bestnya..

Senang,mudah dan pantas dengan membeli barangan runcit di Shopback kan.Tak banyak sangat masalah untuk membelinya di luar.

Kalau korang tak faham macam mana nak dapatkan Cashback ni,korang boleh tonton Video kat bawah ni

So korang cepat-cepatlah singup ShopBack ni.Rugi tau kalau tak sign up.Jimat sebab dapat pulangan duit kembali...wow... So korang yang nak register boleh SIGN Up

Maklumat Lanjut tentang SHopBack di bawah ni



Wednesday, April 26, 2017

Bantu mereka yang memerlukan di Bulan Ramadhan nanti

Wednesday, April 26, 2017 6 Comments
Assalamualaikum


Tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru ingin membuka peluang sekali lagi bagi tahun ini untuk meneruskan amalan membantu ibu tunggal dan anak yatim di sekitar Skudai menjelang Ramadhan tidak lama lagi.

Berikutan pengalaman tim kami sebelum ini, ada yang menitiskan airmata berikutan banyaknya bantuan yang diterima hanya menjelang Aidilfitri sahaja bukannya menjelang bulan Ramadhan yang dimuliakan maka, inilah sebab utama kami memutuskan agar amalan sebegini diteruskan bagi tahun ini. Insha Allah.

Anda boleh menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan samada memilih :


  1.  Pakej A - sekampit beras 5kg atau 10kg bagi 1 famili,
  2.  Pakej B - satu set keperluan dapur iaitu minyak masak 5kg, tepung gandum, gula, garam, bihun, sekampit kecil bawang merah, kicap, sos atau apa sahaja yang dirasakan boleh menjadi keperluan asas di dapur,
  3. Pakej C -  sepasang telekung wanita dewasa atau telekung kanak-kanak yang baharu,
  4.  Pakej D - wang tunai seikhlas hati yang sebahagiannya akan digunakan untuk membeli hamper kurma buat 1 famili.
Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru



Anda juga bebas memilih jika mahu menyumbangkan kombinasi pakej yang tertera.

Bagi Pakej D (tunai), sumbangan perlulah dibuat secara online ke akaun Maybank Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru 5511 3750 7754. 

Mohon Whats App kan slip transaksi sumbangan atau menyerahkan semua barangan sumbangan (Pakej A, B & C) untuk dikumpulkan kepada Puan Zulhaya Marzuki di talian 013-765 2551

Jika anda tidak sempat membeli barang-barang yang ingin disumbangkan, tidak mengapa. Anda boleh memilih Pakej D sahaja dan kami akan membelikannya untuk anda bergantung kepada barangan keperluan lain setelah kami kumpulkan.

Semua wang sumbangan & barangan sumbangan perlulah diserahkan sebelum 17 Mei 2017. Dan serahan akan dibuat pada 20 Mei 2017.

Kami juga amat mengalu-alukan sponsorship daripada mana-mana pihak yang ingin turut serta bersama kami di dalam Ramadhan Care tahun ini.

Semoga amalan anda dan amalan kita semua diangkat dan diberkati oleh Allah serta dapat memberi makna yang besar walaupun sedikit bagi golongan yang memerlukan. Terima kasih.


Tuesday, April 25, 2017

Tanda-tanda kolestrol tinggi dalam badan

Tuesday, April 25, 2017 9 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺sebenarnya dulu ada terbaca pasal kolestrol ni,tapi tak pernah nak amik tahu.Tapi tetiba je kaki ni rasa cramp kat bahagian betis,kerap pulak tu.Terus teringat balik tanda-tanda kolestrol dalam badan.So,aku search balik tanda kolestrol banyak dalam badan.Bukan apa,kena mencegah dahulu.Lepas tu,aku tak pernah lagi buat check untuk kolestrol.Terus rasa seriau.

Orang kurus,kekadang tak bermakna dia tak mempunyai kolestrol kan.Ingat nak pergi farmasi je untuk check kolestrol ni.

Aku ada baca Tanda-tanda Kolestrol dalam badan.Nak share kat sini untuk rujukan akan datang.Mana tau kan,ada lagi simptom macam ni,boleh lah cegah.Terbaca di entry dietdietsihat tentang tanda-tandanya..So aku share di blog ni ye

Tanda kolestrol tinggi dalam badan

1.Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. Kuku berubah

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong.


4. Kulit ikut berubah

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.


Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran.


5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.


6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.


7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.


8. Diare

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.


10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.


11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. Kelebihan berat badan

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.


13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.


So,aku perlu check jugak tahap kolestrol aku ni.Yelah.Kolestrol ni kira penyakit yang boleh membawa maut..sebab tu kena cegah dari awal..maklumlah umur bukan makin muda..hehehe

Ranking Alexa Kisahsidairy.com 25.04.2017

Tuesday, April 25, 2017 4 Comments
Assalamualaikum

Hai korang☺☺☺Selamat kembali bekerja selepas beberapa hari cuti..Syoknya bercuti..macam nak sambung.Tapi tugas hakiki kenalah diteruskan..Kalau tak tak cukup budget pulak nanti..heheh

Nak bercerita pasal Ranking Alexa untuk kisahsidairy yang semakin membaik..Semakin naik,semakin cantik dan semakin memberangsangkan.Nampaknya Alexa Traffic Rank semakin mengecil.Mengecil bukan bermakna tak bagus,tapi kepada yang lebih bagus..Ok..ai puji diri sendiri..hahaha


alexa

Global Alexa Traffic Rank : 943,331

Traffic Rank in My : 5807

Ranking Alexa yang lepas : SINI

Site Linking in : 420

Check Ranking Alexa korang di SINI


Alhamdulillah..dah capai yang terbaik..Insyallah akan lebih buat yang terbaik untuk blog.Kerana pencapaian yang terbaik adalah kepuasan untuk diri sendiri tau.

Kalau korang nak tau aku pernah dapat Ranking terbaik untuk blog aku.Walaupun takdelah terkenal tapi di carian google,aku masih wujud.
Di SINIadalah entry Pencapaian Alexa yang terbaik pernah aku dapat.Walaupun Alexa Traffic Rank masih di atas 1 juta.tapi untuk Traffic Rank di My.adalah dibawah 600...


Monday, April 24, 2017

Madah Bicara 45 | Sabarlah

Monday, April 24, 2017 1 Comments
Assalamualaikum


Selagi boleh bersabar
Teruslah bersabar
Selagi boleh diam
Ambillah hikmah diam
Bersedih sederhana
Tapi lebih bahagia andi tersenyum
Usahlah fikir anggapan
Orang lain,kerana
Allah tahu apa yang kita rasa

Sabar tu pun boleh menguji tahap keimanan kita,dalam kehidupan ni,tak pernah ada yang perfect..

Birthday Nur Awfiyah

Monday, April 24, 2017 7 Comments
Assalamualaikum
Hai korang😊😊😊.Throwback cerita birthday nur awfiyah.Sebenarnya planning dari bulan lepas,cuma mencari masa yang sesuai je untuk buat birthday dia.Nur awfiyah genap 3 tahun pada 15 april 2017.alhamdulillah..besar bagai juara sekarang mulut je dah kemahin lagi...

Taklah buat besar mana,tapi tak sangka ramai yang datang.Deco birthday pun buat sendiri.
Deco yang kami anak beranak hasilkan..save budget kan..

Kek birthday pulak awfiyah request nak robocar poli..ok..umi ikutkan je,sebab masa bday dia dekat sekolah,dia berebut dengan kawan nak robocar poli
Alhamdulillah..selamat dah semuanya.Walaupun makanan yang disediakan simple,tapi tetap meriah.
Umi dan kakak

Alhamdulillah,niat nak buat birthday kakak dah terlaksana.Walaupun umi tak dapat nak buat besar-besaran,ini pun dah mencukupi.

Bulan 7 buat birthday adik pulak..Tema pun tak tau ape lagi..

Follow Us @aida_yusof81